Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, May 16, 2009

Cuti Pun Kena Gerak

Assalamualaikum.
Sekarang..aku kat library,..maklumlah..kampung aku ni canggih ada library..hehe..jalan jer 10 minit sampailah...datang sini..baca paper..terjumpa 3 bijik buku iaitu jalan di hadapan oleh Bill Gates, The Dignity of Man, Mohammad Hashim Kamali (Ilmiah Publisher dan The Islamic Foundation, Uk) dan 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr.Danial Zainal Abidin..buku lama-lama. Habis ke tidak aku baca ni..tak per..aku cuba..
Sebelum aku datang library ni..pagi tadi aku dah siapkan makanan sekali untuk tengahari..senang sikit...goreng telur kicap, goreng sayur..jer..mudah dan simple..sedang aku tengah hot dengan sudip kat tangan..aku dapat call...nama Cikgu Along Hisyam tertera di telefon..dalam hati aku...mesti nak ajak aku pergi program lagi ni..hehehe...Aku cakap sedang kat kampung ni..baru balik..dia ajak ke Seremban pulak..ada program motivasi pelajar..aku cakap okay..elok jugak..cuti aku ni dipenuhi aktiviti bersama pelajar...tapi ni bukan di sekolah..ni di Hutan Rekreasi Seremban dekat dengan Lake Garden..dia cakap..kalau boleh ajak member-member cukupkan 10 orang lagi...haaa..boleh lah aku ajak kawan-kawan join sekali..sebab ada yang bagi tahu aku sebelum ni..jika ada program apa-apa suruh ajak mereka..sebab ada yang nak join..aku pun mula lah hantar mesej kepada kawan-kawan aku...termasuk junior-junior..
"Salam..berminat tak nak join program motivasi..bantu pelajar-pelajar sekolah? Bertempat di Hutan Rekreasi dekat Lake Garden Seremban, 12-14 Jun. Makan minum,. tempat tinggal di tanggung..tiket perjalanan jer tanggung sendiri...anjuran kaunselor luar..Jika nak join respon ya.."
Aku pun mulalah..memforwardkan mesej-mesej tu kepada rakan-rakan...ada yang memberi respon berminat..dan ada yang berminat nak join tapi ada hal pulak kat kampung..ada yang tengah buat lesen la..macam-macam..hehe...aku ajak junior-junior aku jugak..yang dekat-dekat rumah aku ni..pelajar-pelajar UPSI especially budak kaunseling aku ajak..mereka nak join..tapi bukan budak kaunseling pun nak join jugak..aku cakap boleh jer..sebab cikgu Along Hisyam cakap..KALAU BOLEH...budak kaunseling..huhu...maknanya..kalau boleh..tak disyaratkan wajiblah bawak budak kaunseling..kan..hehe...Ramai yang tanya..cuti semester aku sampai bila..aku cakap tak tahu..haaa..ni lah sebabnya..aku ni nak pergi..nak join program ke on the dot jer..orang call..hello kat aku..dan..aku rasa nak pergi..aku on jer..tak payah pun..cuti aku macam tu lah..selalunya..huhu
Bestnya jalan-jalan ni..boleh travel lagi...tunggu masa itu..aku nak travel ke sana kelak...ada yang tanya macam mana nak jumpa...sebab semua kat kampung lain-lain...aku respon..pergi sendiri-sendiri..kita jumpa satu tempat..kalau boleh kat Seremban..lepas tu..kita pergi lah..asal sampai tempat tu jer..kononnya..nak travel..huuhuh...yerla..sebelum ni bus UPSI jer pergi hantar..huuhuh..harap jadilah aku nanti ke sana..masuk-masuk hutan..dah lama tak masuk ni..dalam semester 6 ni..aku tak masuk hutan..semester 5 dan sebelum ni..dah pernah..InsyaALLAH ..jadi...walaupun tak cukup orang..jadi..kawan-kawan yang baca blog aku ni..budak-budak kaunseling..mesej la aku yer..kalau nak join..dan nak confirmkan sapa yang betul-betul nak sertai..Sebenarnya..masa aku ke UKM tu..aku ada dua kursus..untuk Rakan Exco Akademik MPP, Seminar "Berakhirnya Ancaman Zionis" tapi aku dah janji dengan kaunselor nak join dia..so..terpaksa lepaskan..sebab dah berjanji..masa ni lah kesukaran membuat keputusan..macam dalam entri Dr.Jazimin tu.....Kursus BTN pulak akan menjelma nanti...Maknanya..lepas program Motivasi di Hutan Rekreasi..aku ada kursus BTN..tengoklah kalau jadi pergi..sebab aku dah banyak kali pergi kat situ untuk kursus BTN..dan aku dah cakap kat Aqilah..tak nak pergi..sebab masa kursus calon MPP haritu pun..memang dah pergi..huhuhu...suruh adik-adik pulak lahh pergi..Kali ni..aku suka untuk pergi dan sertai program luar..bukan melibatkan aktiviti kolej dan universiti..ini adalah khidmat masyarakat yang perlu aku lakukan.., cuba cari kelainan pulak..untuk sumbangan luar..kerana untuk anugerah ketrampilan pelajar setiap tahun..perlu pelajar terlibat dengan aktiviti luar..bukan maksud aku nak dapatkan anugerah tu..tapi amik iktibar daripada di sebalik anugerah tu..faham..tak..aku rasa orang yang baca blog ni tak paham..susah aku nak terangkan..mungkin hanya yang tertentu sahaja akan paham..hurm..
Pagi tadi..sambil aku makan nasi..pagi-pagi..yerla..dah semalam...goreng bihun dan masak megi jer untuk kami bertiga di rumah ni...pagi ni..bangun masak nasi dan ngap terus..hehehe..sambil makan nasi tu..aku tengok siaran langsung..HMM...tiap-tiap pagi sepanjang cuti ni..aku selalu tonton..kali ni..memaparkan lagi..kisah HARI GURU..macam-macam kat televisyen ni..tengok..betapa tingginya martabat dan profession seorang guru..akhir sekali..tengok persembahan daripada pelajar istimewa..dari sekolah Pendidikan Khas..yang mengalami cacat penglihatan...Namanya..Nor Najmi dan adik Zaharah...memiliki keistimewaan untuk menyampaikan sajak..berderau darah aku dengar mereka bersajak..bakat itu semamangnya anugerah Tuhan..walaupun memiliki anugerah masalah penglihatan..sambil tangan meraba-raba tulisan braille..mereka mampu menyampaikan sajak mengalahkan orang yang celik pula..diiringi oleh violin..sedap sangat aku dengar..jadi..kepada yang sempurna anugerah Tuhan..amiklah iktibar..orang cacat penglihatan pun boleh tampil untuk bersajak..jadi..kita jangan segan dan takut untuk tampil menyerlahkan potensi dan bakat diri...terutamanya pelajar-pelajar sekolah khasnya..yang masih gugup untuk tampil ke hadapan...

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42