Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, May 16, 2009

Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum.Aku kat library berdekatan dengan rumah aku sekarang ni..Lama tidak ke sini..jadi amik peluanglah..nak post kan entri yang aku tulis tadi...
Guru Pembina Negara Bangsa..

Bermula daripada semalam..mesej-mesej Selamat Hari Guru aku terima..Terima Kasih kepada adik-adik yang tidak jemu-jemu menghantar mesej selamat Hari Guru dan juga pada rakan-rakan..sahabat-sahabatku..aku juga tidak lupa untuk hantar mesej kepada tenaga pengajar aku..pensyarah-pensyarah aku…SELAMAT HARI GURU!!!

Pada pagi ini, aku rasa nak goreng bihun..alamak..bawang dah licin..mulalah suruh adik aku yang bongsu tu pergi beli..buat liat pulak laaahh…dia akan pergi sambil dia nak pergi tambahan. Setelah itu, siap semuanya..sorang pergi sekolah..sorang lagi..entah kemana…aku pun makan bihun yang digoreng tadi depan tv…Sekarang siaran langsung perasmian Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin…Dato’Alimuddin pun ada..aku pernah berjumpa dengan Dato’Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom..ni..Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, nampaklah cakna dia tu sebagai pemimpin..dan juga pemimpin dalam dunia pendidikan..sebab selalu jer ada jika majlis keilmuan. Kali ini majlis diadakan di Terengganu. Amanat dan ucapan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat perhatian memandangkan beliau menyatakan beberapa insentif kepada guru…Aku cukup berbangga kerana 1 tahun jer lagi..aku bakal bergelar sebagai seorang guru…semangat untuk menjadi pendidik bangsa tidak pernah luntur dalam hati aku…moga usia aku dipanjangkan untuk memberi sumbangan dalam dunia pendidikan.
Pelbagai acara dapat ditontonkan dan aku tertarik dengan coral speaking dan koir yang disampaikan oleh bakal pendidik dan pendidik-pendidik yang cukup mengesankan…Sedar tidak sedar…ada air mata bergenang..Kali ini…aku mesej kepada guru-guru aku…tapi..aku pula menerima mesej daripada pelajar-pelajar sekolah...semalam..aku lihat pertandingan debat antara guru..one day..mungkin aku di situ juga..kebanyakan cikgu yang sertai pertandingan itu..masa alam persekolahan dan pembelajaran..mereka pernah sertai...Semoga suatu hari nanti…aku juga berpeluang untuk menjadi guru bitara sekali lagi..Anugerah Guru Bitara 2009, sepanjang aku bergelar pelajar pernah diraih,..walaupun kecil, biasa tetapi amat bermakna..mula dari situ…aku bercita-cita untuk menjadi pendidik luar biasa juga…ketika melihat pencalonan tokoh-tokoh guru..aku mula memasang angan-angan untuk menjadi seperti mereka..tidak sabar rasanya untuk ke sekolah..berhadapan dengan situasi kegetiran…apa istimewanya menjadi pendidik?Entahlah..yang pasti kerana minat dalam dunia pendidikan..cita-cita diri ini bukan sekadar guru biasa..tetapi insan yang berjasa dalam dunia pendidikan..Ini bukan lah angan-angan, bukanlah cakap kosong tetapi sebuah cita-cita yang akan menjadi realiti…Bila akan menjadi realiti? Hanya masa yang akan menentukannya…Bersabar sahajalah…masa itu akan tiba…beromong kosong..tidak ada gunanya tanpa realiti..berjasa pada orang pasti beroleh kejayaan.
Barulah aku tahu..sedar..begini rupanya rasa dalam hati seorang guru..kerana aku juga dididik oleh pensyarah-pensyarah aku merangkap pendidik aku untuk bergelar seorang guru kelak…Ramai yang cakap…bersemangat untuk ke sekolah…tapi lain apabila ke sekolah..suka-duka..kecewa dan macam-macam…tapi…itulah kerana pahala dan kepuasan diri kelak..apabila melihat insan lain melakarkan kejayaan…Kenapa Hari Guru disambut..???Hal ini kerana..guru tunjang Pembina Negara bangsa..Kenapa hari doktor, hari jurutera, hari arkitek Malaysia tidak pula disambut..kerana…hadirnya..doktor, jurutera, arkitek daripada seorang guru biasa yang tidak jemu mencurahkan bakti pada anak bangsa!Bersempena dengan HARI GURU ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru seluruhnya kepada guru-guru aku…dan yang masih aku ingat…semasa cikgu di sekolah rendah iaitu:

Cikgu Lee Chin Song cikgu aku masa darjah satu sehingga sekarang aku masih berjumpa dengannya..dia cakap..aku ni suka bercakap sejak dari sekolah rendah lagi...huhuhuh

Ustaz Rusli (aku tidak tahu di mana beliau sekarang, aku nak sangat jumpa)

Sir Zubir..aku berjoget-joget dalam kelas...masa dia mengajar..

Puan Ramzah..cikgu Sains aku..sekarang Guru Besar..dan guru cemerlang di SKB1

Cikgu Ibrahim Muda..Cikgu BM yang mencetuskan aku minat BM masa aku sekolah rendah..

Cikgu Ibrahim Tua..sporting gila..dia nak rotan aku..sebab aku buas..aku lari keliling kelas..masa hari guru..aku bersalam dengan dia..masa tu aku sekolah rendah lagi..jumpa orang-orang yang tua dari aku..semua aku salam..tak kira lelaki ke perempuan...dia amat best!!!

Cikgu Khabsah..mak kawan aku..Ika..aku dengan dia terlalu akrab..walaupun dah tidak sekolah di situ..tapi aku still berjumpa dengan dia..

Cikgu Salleh Ali (Guru Besar tahun 1998)..lost contact..tak pernah jumpa..tapi dia yang aku tahu..dia seorang guru hebat di Kelantan..rasanya..sekarang dah pencen kot..

Cikgu Rozaki..seorang yang bersabar...dia cakap pernah menangis..kerana mengajar pelajar kelas hujung yang tidak tahu membaca dan pelajar kelas tercorot itu berjaya mendapat 5A UPSR...dia menangis menitis air mata....dia ceritakan masa aku pergi buat latihan di SKB1 masa semester 4 lepas..

Cikgu Azlan (Cikgu Muzik)..cikgu hensem...anak dia Syafrin..aku tak tahu kemana dia..

Cikgu Zuki (Cikgu Muzik)...aku ingat sampai sekarang..dia ialah kawan ayah aku..masa satu sekolah..dia juga pernah menceritakan kepada aku..siapa pelajar yang bernama MOHD BASRI BIN OTHMAN..Ya..dialah ayah aku...kini aku meneruskan semangat ayah aku itu.... dan seluruhnya warga Sekolah Kebangsaan Berangan 1, Tumpat, Kelantan ...aku ucapkan Selamat Hari Guru...

Guru-guru di Sekolah Menengah pula,

Tuan Pengetua, Puan Hajjah Wan Radziah Bin Wan Ismail ( Insan yang menjadikan aku manusia yang tabah) ,Cikgu Mustapha ( Cikgu Ekonomi)- Insan yang menjadi model untuk memotivasikan diri sendiri, Cikgu Mad ( yang selalu ajak aku untuk berfikir sesuatu kelainan)

Cikgu Khabsah ( P.Kanan Pentadbiran sekarang)..insan yang pernah menggubal kurikul KBSM...suatu ketika dahulu...kalau aku pergi rumah dia..dia akan suruh aku goreng mee..terutamanya..kalau hari raya..suruh pergi rumah dia..duduk kat dapur lah aku dengan kawan-kawan..pernah mengiring aku ketika ke Putrajaya untuk pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan..sama-sama di hotel dan menguatkan semangat aku...dialah cikgu Bahasa Melayu yang sepanjang zaman aku hargai...Cikgu Cheng Kin Hay...Aku sedih apabila teringat kat dia...kerana dia lah idola aku ..untuk aku teruskan bidang penulisan..dia berusaha menghantar penulisan aku ke dewan bahasa dan pustaka suatu ketika dahulu...dia mengajar aku ketika di tingkatan 2 hingga tingkatan 3...aku jadi gila bahasa kerana cikgu inilah...dan meminati Bahasa Melayu kerana beliau juga..idola aku ketika aku mengacarakan majlis..beliau juga..kerana..aku tabik..walaupun dia orang cina..tetapi..bahasa Melayu mengalahkan orang Melayu...aku sentiasa bersama Kamus Dewan ketika di sekolah menengah kerana beliaulah..yang menjadi sumber inspirasiku...sekarang...dirinya sudah bertukar sekolah..ingin aku katakan padanya..jika aku berjumpa kelak..”Terima kasih, cikgu..kerana banyak ajar saya sesuatu..”Cikgu Wan ( Selalu iring aku ke pertandingan pidato)dan guru yang bersemangat waja.. Cikgu Asnida ( Cikgu Sejarah yang selalu ambil dan tumpangkan aku pergi sekolah, berkongsi-kongsi dan suruh aku membuat penerangan depan kelas dan mencari maklumat baru jika aku terjumpa sesuatu fakta yang baru),Cikgu Faridah ( Idola aku sepanjang hayat)- Mempunyai anak 9 orang...yang sulung ketika usia 19 tahun sudah berada di luar negara...yang kedua bakal ke luar negara juga..dan yang kecil-kecil berada di MRSM..banyak memotivasikan aku, Cikgu Suki ( Selalu suruh aku mengajar di depan untuk subjek BM dan membuat lawak-lawak yang aku gelak nak pecah perot), Cikgu Zulkifli Mat Ail ( Insan yang mendorong aku untuk cemerlang ko-kurikulum bermula dari aku tingkatan 3..beliau merupakan guru pengakap dan menggalakkan penglibatan ko-kurikulum), Teacher Sara (Insan yang membuatkan aku sedih kerana pernah menyindir aku kerana aku terlampau aktif ko-kurikulum..tetapi akhirnya dia tersenyum bangga dan memeluk aku ketika aku mendapat anugerah pelajar cemerlang), Cikgu Zubaidah dan Cikgu Khairi ( Sepasang suami isteri...yang aku bangga kerana menjadi muridnya...cikgu Bio dan Cikgu Kimia aku...selalu ajak aku dan rakan-rakan ke rumah..ajak pergi lipat kain depa..hahaha..ajak masak-masak di rumah dia..kalau pokok rambutan berbuah...berbakul-bakul suruh aku dan kawan-kawan makan...cikgu yang tidak berkira...kelas tambahan tidak pernah diminta duit..suka buat tuisyen free)

Dan semua seluruh pendidik warga Sri Wanga...aku ucapkan selamat Hari Guru

Ketika aku melangkah di universiti aku masih dibawah tunjuk ajar pendidik...aku dapat lihat pelbagai cara dan gaya pendidik-pendidik merangkap pensyarah aku mendidik kami...seorang insan yang aku terasa beliau benar-benar seorang guru ialah En.Taquddin..kerana pendekatannya amat berbeza..masih diadun cara guru mengajar di sekolah cuma dalam situasi kami pelajar-pelajar dewasa. Keseluruhan rakan-rakan aku selesa belajar dengannya..sebab itulah apa yang diajarnya..masih melekat dalam fikiran aku...aku suka bertanya sesuatu soalan..dan situasi padanya..jawapannya..amat menyelesakan..dan ada gayanya sebagai tokoh pendidik...tahniah..!!!Pensyarah-pensyarah aku yang aku hormati..Dr.Jazimin, En.Aziz, Puan Naza, En.Anuar, Puan Naza..(bila belajar dengan dia..aku menganggap dirinya..seorang ibu mendidik anak)...semua orang boleh mengajar...bukan semua orang boleh mendidik...Dr.Nasir, Cik Nani, Puan June...dan seluruhnya...aku ucapkan SELAMAT HARI GURU...kerana kalian ialah pendidik yang sangat unggul..kalian juga menjadi idolaku...termasuklah..Prof.Aminah..aku cukup tersentuh dengan kata-katanya...dan cara beliau bercakap amat mendalam...kerana misi dan visinya ingin melihat suatu kejayaan yang bermakna dapat aku rasakan...walaupun aku ini hanya pelajar biasa...kata-kata TNC HEP aku masih ingat...”Untuk menjadi pelajar yang benar-benar mendalami amat sukar..lakarlah kejayaan setinggi langit..namun jangan dilupa rumput di tanah...bangkitlah kerana kekuatan diri..bukannya kerana kekuatan orang lain”
Tidak dilupakan..seorang guru..yang mengajar aku tentang sesuatu...beliau bukan seorang pensyarah aku..bukan juga guru sekolah ku..tetapi seorang guru yang aku kenali..yang banyak memberi nilai mendalam untuk diri aku untuk terus melangkah...iaitu Dr.Alya Zara..Julie Ezwin Binti Othman...semoga cita-cita menjadi seorang dalam dunia pendidikan terlaksana..kelak...

Aku ucapkan juga..kepada cikgu-cikgu yang aku kenal...Kak Ina...Kak Izah,..Kak Yan..Cikgu Masyitah...Cikgu Along Hisyam..Cikgu Mustafa Kamal..dan lain-lain lagi...

5 pencalonan Tokoh-tokoh guru tahun ini…kelayakannya..antaranya..mengambil kira..
Penglibatan cemerlang di bilik darjah, kecemerlangan dalam bidang-bidang lain,berusia 50 tahun dan lebih..jika tidak sampai usia tersebut boleh juga berdasarkan anugerah kecemerlangan, pensyarah-pensyarah pun boleh terlibat untuk pencalonan.


5 orang yang menerima Anugerah Tokoh Guru:
Seingat aku..En.Pua Seng Tiong, En.Shaul Hamid Mydin Syah,
tan sri dato’dr asiah abu samah, tokoh pendidikan kebangsaan
Datuk A.Rahim ..tak ingatla...nama apa...

Allahyarham Abd.Rafie Mahat...juga menerima anugerah..diwakili isterinya..(Aku pernah mengambil anugerah dengan beliau dahulu...)..YaAllah..sudah meninggal..kenapa aku tidak peka pun...tentang pemergian beliau... Cikgu Nizam...yang keluar televisyen..cikgu muda..bangga sungguh aku tengok..macam nak kenal pulak dengan dia ni..berkongsi...keluar tv dalam usia yang sangat muda...dia dikenali sebagai cikgu Bos..kerana dia memanggil pelajar-pelajarnya bos..kini..berbalik kepada dirinya..cikgu Boss...mengamalkan sikap terbuka dengan pelajar-pelajar..rumah dia pula jadi rumah kedua..merupakan cikgu kemahiran hidup dan cikgu seni visual...teringat pula aku kat cikgu Khairi dan Cikgu Zubaidah ni...huuhuhuhu...Selalu ajak pelajar ke dusun...menonton wayang...pernah dijemput untuk mendapat pencalonan guru cemerlang peringkat nasional pada tahun 2006,2007,2008..tetapi menolak kerana dirinya menyatakan beliau hanya 8 tahun sahaja mengajar..elok diberi penghargaan pada orang lain...beliau .sentiasa mengimamkan pelajar-pelajar solat dan macam-macam yang dia buat...aku rasa...pakej untuk menjadi guru itu perlu benar-benar bersedia...Cikgu Nizam merupakan guru generasi baru..1 dalam seribu...itulah kata-kata pengetuanya...

SELAMAT HARI GURU..GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...!!!!

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42