Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, October 8, 2010

My Bos is My Hero


Pertama, ingin nyatakan kegembiraan. Penurunan berat badan. Mencecah juga 8 kg. Macam tak percaya pun ada. Benarkah??Iya..iyaa..iyaa..yerla..kesiankan kat aku ni..yang dah lama tunggu saat ini apabila episod aku berada tahun tiga belajar yang menjadikan aku meningkat mendadak.

Alhamdulillah..sukar nak turun berat badan sebenarnya. Penat juga bila difikirkan usaha. Usaha apa?Usaha makan!Haha...Akhirnya...boleh lah kiranya turun...percaturan Allah kan..siapa tahu.....kan.....Cukup itu sahaja..Woooha!

Niat yang baik adalah perlu segala-galanya untuk kebaikan setiap inci daging yang membaluti tubuh. Sepanjang kehidupan, apa yang sering aku niatkan,sering berlaku mengikut percaturan yang sememangnya Allah telah tetapkan. Target aku untuk kerja sekarang ini pun, telah aku niat awal-awal selaras dengan minatku. Status posting telah diketahui. Alhamdulillah. Baru semala rasanya menghabiskan praktikal, rupanya hanya menunggu penempatan sahaja. Namun, terdetik juga dalam hati aku, aku hanya ingin tahu lokasi penempatannya sahaja.

Pastinya, aku seronok dengan kerja sekarang dan melibatkan perkara yang aku minat, dalam bidang yang melibatkan kajian, dan yang melibatkan permainan, percaturan kognitif. Setakat hari ini, apabila aku peroleh sesuatu, aku akan bertanya kepada diri aku, kenapa Allah sentiasa beri apa yang aku niatkan, dan yang aku inginkan. Dengan cara persoalan itu makin meletakkan keyakinan dan rasa tidak ada cinta lain yang boleh menapak dihatiku melainkan cinta Allah sahaja. Cuma, dalam aku ingin capai apa yang aku niatkan adalah aku bukan mudah-mudah peroleh, kerana aku berusaha. Hidup aku sejak dari kecil sampailah besar, hanya dengan perkataan "berusaha" sahaja aku mengenali diri aku. Cuma, walaupun usaha keras, aku akan sentiasa mengekalkan "muka rilek" aku ini....kerana wajib ada berusaha, sibuk mana pun, hati mesti tenang..sure mudah peroleh apa yang kita inginkan...aku minat gila hal yang berkaitan "mengkaji". Kalau boleh, apa yang aku pegang, terlintas depan mata..pasti otak aku mahu berfikir...aku tak rasa itu berat...sebab aku suka....dan semuanya "automatik".

Sebut pasal rilek ni...ada satu perkara. Rileks drive kereta. Jika aku berada di sebelah driver yang memandu kereta...yerlah..pandu kreta la..xkan pandu unta!Haha. Aku mudah muntah naik kereta, jika pemanduan seseorang dalam keadaan "kalut". Luaran rileks, tapi hati kalut,sukar juga. Entahlah, kenapalah dengan aku ini...sesetengah...yang pernah aku naik kereta sama-sama...kena rileks2..drive..baru aku tak muntah naik kereta. Betui ni....aku tak tipu....!Psikologi pemanduan orang lain boleh mempengaruhi keadaan aku kah?Yer....hanya jawapan itu sahaja aku boleh berikan. Dalaman aku akan menolak (muntah), jika pemanduan dalam keadaan "loklaq" bak kata orang Kedah.

"Walau sibuk mana, hati mesti tenang..pasti..semuanya ada ganjaran daripada Allah S.W.T".

Tajuk entri aku adalah tidak berkaitan dengan entri ini, kerana itu trademark sepanjang aku bekerja beberapa bulan ini"

Alhamdulillah, pengisian tahun 2010 adalah sangat-sangat hampir mencapai targetku. Syukur pada Allah. Setiap tahun, pasti kuhitung apa pencapaian yang telah kulakukan untuk diri ini dan orang lain yang boleh aku sumbangkan.

Doakanlah aku ini, masih terpisat-pisat juga dengan karya ini yang masih belum terlunas. Terima kasih pada pihak penerbitan Aksara Keraian yang memberi peluang pada aku. Nama pena Ilham Murabbi agaknya lebih "memprivasikan diri aku ini" yang asalnya memang namaku digunakan. Namun, aku selesa dengan cara ini.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42