Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, April 16, 2011

Meninggalkan Al-Quran Hati Menjadi Gelap


Assalamualaikum.

Sesungguhnya meninggalkan Al-Quran beberapa hari menyebabkan hati terasa gelap dan buta sekali. Marilah kita kembali. Sesungguhnya, dengan membaca Al-Quran menyebabkan hati tenang dan lebih segar. Tiada ubat lain sebenarnya melainkan bersama-sama Allah S.W.T. Sedih sangat.Banyak masa selama ini sibuk pada perkara lain dan keduniaan. Jika dahulu boleh katakan setiap hari. Apabila mula kerja, seminggu sekali, itupun pada malam jumaat dan hari-hari tertentu sahaja. Jom, kembali pada Allah S.W.T. Sesungguhnya saya rindukan juga sahabat-sahabat untuk bertadarus, sahabat-sahabat untuk menyegarkan hati saya dengan kalimah-kalimah Allah. Saya duduk dan sering terfikir, adakalanya iman kita pasang surut. Ketika surut, Allah datang mencari kita dan Dia bersama kita datang walaupun kita melupakanNya. Sedihkan? Tujuan hidup tiada lain melainkan kehidupan akhirat. Ada 9 juzuk lagi yang saya tinggalkan. Curilah masa setiap hari. Bukankah Allah jadikan masa untuk beribadah kepadaNya? Jom, azan maghrib sudah berkumandang, kita segerakan solat.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42