Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, April 17, 2011

Lenyapkanlah

Alhamdulillah.

Syukur pada Nya atas nikmat nyawa pada hari ini. Masih lagi aku mampu bernafas dan menikmati hari-hari seperti sebelumnya. Ya Allah, peristiwa dua bulan lepas masih belum dapat dilupakan tahap traumanya. Hilangkanlah rasa geram pada hati ini atas perlakuan yang sehingga kini aku masih tidak dapat maafkan. Kejam rasanya. Hapuskanlah rasa marah dan geram aku yang mencengkam hati sehingga timbul rasa benci pada manusia ini. Sepanjang kehidupan dialah manusia yang amat mencengkam kemarahan diri ini dan hanya mampu tersimpan dalam hati. Kenapa begitu sukar untuk memaafkannya. Geram, benci, marah semuanya terpahat.Dia yang membenarkan aku mengukir dan memahat rasa itu pada hati ini. Doakan aku sahabat-sahabat yang membaca blog aku ini. Aku diperlakukan begitu kejam sebab itulah aku tidak mampu lupakan. Namun, Tuhan itu Maha Mendengar dan Dia telah membantuku keluar daripada situasi yang DURJANA itu. Nikmat UJIAN yang telah Allah berikan untuk aku rasai. Cepatlah rasa ini pergi kerana MEROSAKKAN HATI AKU.Aku mahu hati ini kembali bersih tanpa sekelumit dosa. RIMAS rasanya bila hati begini apabila teringat akan episod DURJANA itu.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42