Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, April 15, 2011

Buat Kajian

Assalamualaikum.

Tiba-tiba tora datang lagi!Hehe.Ayat iklan televisyen jer. Begini, tiba-tiba terfikir tentang suatu perkara. Beberapa minggu lepas, aku masuk kelas ganti, bila disoal tentang rukun Islam dan rukun Iman, semua pelajar aku ingat. Woah!Hebat!Hebat!Hebat!Aku mula membuat perbandingan tentang pengalaman aku berada di suatu tempat keilmuan,apabila aku tanya pada pelajar di sana tentang rukun Iman, dan rukun Islam habis berterabur dan adakalanya tidak tahu langsung mengucap kalimah syahadah. Hebatnya pelajar-pelajar di negeri Kedah tempat sekarang ini, persekitaran mereka agak berbeza dengan di kawasan Selangor. (Maaflah terlalu terbuka, tetapi realiti untuk diperkatakan). Pelajar disini walaupun nakal-nakal itu menjadi kebiasaan tetapi masih tersemat di hati mereka tentang penghayatan rukun Islam dan rukun Iman. Beginilah tugas seorang guru merangkap sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling. Benar-benar kuhargai kerjaya ini kerana adalah medan kepadaku menyampaikan sesuatu yang benar. Terasa ingin tumpah air mata apabila ada pelajar yang tidak tahu mengucap.Dalam masa yang sama sebak hati dan terketar-ketar di lidah untuk bertanya kenapa jadi sampai tahap mereka tidak tahu. Jawapannya adalah ibu bapa tidak pernah ajar. Maka, menjadi tanggungjawab guru untuk mengislamkan kembali. Namun, aku bukanlah hebat dalam bidang agama, cuma dalam masa aku belajar, aku menyampaikan kepada pelajar-pelajarku. Mereka tidak berpengetahuan bukan untuk diperlekeh dan dihina, sebaliknya mereka perlu dididik dalam masa yang sama mengigatkan diri kita. Jika guru tahu mendidik, tetapi guru sendiri yang tidak betul caranya, itu dinamakan mengajar itik berenang.

Mudah sahaja, jika kita ingin mengetahui berapa ramai yang masih ingat tentang rukun Islam dan rukun Iman begini caranya.

1. Anda pergi di tempat awam, tiba-tiba lontarkan sahaja kepada sesiapa tentang soalan apakah rukun Islam dan apakah rukun Iman. Saya pernah buat pada pelajar. Yang terkejut dan tergaru-garu kepala pun ada, tetapi mereka berjaya jawab. Nanti, bagilah token kepada sesiapa yang boleh jawab. Senang cara nak buat pahala sebenarnya kan?

2. Pergi di suatu lokasi, contoh di universiti, apabila terjumpa individu yang berpangkat anda pergi dekat dengannya dengan penuh merendah diri anda tanyakan soalan apakah rukun Islam dan apakah rukun Iman. Mereka tidak akan sepak dan melempang anda, sebab anda bertanya yang baik-baik. Cuma mungkin terkejut sedikit. Dari situ, anda cuba lihat dan buat kajian.

Adakalanya yang asas kita pernah belajar ketika sekolah rendah lagi, apabila sudah masuk ke alam universiti, alam pekerjaan kita tinggal semuanya pengetahuan yang ustazah Fardhuain ajar. Sedangkan perkara asas itulah yang kita akan bawa untuk masuk kubur kelak. Wallahua'alam bissawab.

Sekian.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42