Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, January 8, 2010

Terpaksa Menyatakan

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak berbicara. Baru ingin menaip di keyboard. Jam pada laptop 2.43 pagi. Namun, jam pada hp saya 3.00 pagi. Sengaja dipercepatkan masa mungkin kerana saya ini manusia yang liat dan suka melihat jam. Suka sangat melihat jam. Tapi saya tidak suka memakai jam. Apabila dipercepatkan jam, membuatkan saya terus bingkas dengan cepat. Mungkin. Kenapa saya tidak suka memakai jam? Saya pun tidak pasti. Dahulu saya suka pakai jam ketika berada di alam persekolahan. Mungkin ketika itu saya masih tidak mempunyai handphone. Sekarang ini, jam saya ialah bergantung pada handphone. Keduanya, kulit saya ini alah, gatal bila pakai jam jika tali jam tidak sesuai. Saya pun manusia yang cerewet untuk memilih jam yang sesuai dengan diri saya. Jika saya teringin beli, banyak perkara yang saya perlu nilai. Kadang-kadang, boleh jadi keliru. Haha. Sama juga dengan memilih jawapan exam. Jika banyak pilihan saya akan jadi keliru. Sebab itu, saya tidak suka soalan objektif ketika exam bermula dari sekolah rendah hinggalah masuk universiti. Mungkin kelemahan saya kan?Lebih baik soalah esei. Maklumlah, mahu ganti A.Samad Said. Haha!!!

Cerita di atas ialah baru set induksi. Cerita sebenar baru ingin bermula. Kisahnya begini. Saya ini manusia yang jual mahalkah?Sampai satu tahap, kata-kata orang menyatakan saya jual mahal menyakitkan hati. Mahal atau tidak itu bukan persoalan. Saya juga bukanlah manusia yang perfectionist. Cuma dalam keadaan sekarang kita perlu menjadi manusia yang memilih. Kenapa?Mungkin anda pun tahu jawapannya. Saya ini bukanlah terlalu sempurna. Rupa sekadar bersederhana, perangai pun bersederhana sahaja. Rupa tidak boleh diubah, sebab saya tidak suka pada botox. Niat untuk mengubah sikap dan perangai ke arah lebih baik itu ada dan ingin menambahkan iman itu ada walaupun saya ini kadang-kadang tersasar kerana diri ini ibarat lalang. Cuma, saya ingin nyatakan juga, kadang-kadang untuk mendekati manusia yang terlalu sempurna, saya berasa saya tidak layak dan banyak yang saya perlu perbaiki. Jadi, lebih baik saya tumpukan pada pelajaran saya dahulu. Saya juga fikir, mungkin belum tiba masanya. Malah, saya juga terpaksa menyatakan pendirian saya, saya tidak suka orang berselindung dalam mengenali saya. Saya suka manusia yang telus dan direct kerana tidak membazirkan waktu saya. Dari situ saya boleh melihat kejujuran manusia walaupun manusia itu direct. Hati kita boleh rasa dan kesan antara manusia yang jujur atau tidak walaupun perkara itu abstrak. Saya juga tidak suka jika ada orang ingin mengenali saya dengan melakukan penyamaran dan menyatakan mengenali saya dari jauh. Saya patut abaikan, namun membuatkan saya juga tertanya-tanya siapa orangnya. Jika sekadar main-main, baik lupakan kerana saya tiada masa untuk menjadi kaunter pelayan. Saya sedar saya ini manusia yang sangat biasa sahaja. Kadang-kadang saya perlu membuat penjelasan agar orang lain faham juga situasi saya. Saya bukan manusia yang "mudah". Semoga perkataan "mudah" ada yang memahami saya. Saya sangat perlukan seseorang yang memahami saya dari segi ini buat masa ini. Jika anda boleh meminati seseorang, saya juga berhak, kerana saya ingat kata-kata seorang sahabat saya, perasaan itu tidak pernah salah, cuma diri kita yang patut menjaganya. Kata-kata itu saya pegang hingga sekarang. Berbicara aspek ini, perlu juga tindakan itu matang barulah nampak gentleman. Maaflah, belum tiba masanya dan saya sebenarnya tidak layak untuk mengeluarkan entri ini mungkin akan menyatakan saya poyo. Poyo atau tidak, blog ini kepunyaan saya dan saya rasa saya patut meluahkannya. Saya memohon maaf jika entri ini agak berunsur kepoyoan teramat.

Banyak yang saya fikirkan untuk mendirikan rumah tangga. Saya ini anak sulung. Walaupun adik saya hanya dua orang, yang bongsu sudah berusia 20 tahun, saya rasakan saya ini seorang kakak kepada adik-adik dan juga seorang anak sulung. Ada yang menyatakan pada saya, jika kau fikir sampai bila pun tidak sudah. Ya, benar. Cuma saya ingin juga membahagiakan insan yang melahirkan saya, tidak salah saya berkorban sedikit masa untuk ini kerana saya belum temui insan yang benar-benar untuk diri saya. Malah, saya redha dan pasrah tentang soal ini pada Allah SWT walaupun kita kena berusaha mencari. Kadang-kadang, saya ini minat pada seseorang namun banyak aspek yang saya perhati. Ibu saudara saya pernah menasihati saya, agar saya mencari seseorang kerana kelak apabila berkerjaya sukar untuk mencari. Namun, saya hanya mendengar tanpa sepatah kata. Ibu saudara saya menasihati agar perkara utama perlu dicari ialah agama pada seorang lelaki. Katanya, duit boleh dicari lagipun, saya juga akan berkerjaya, cuma ilmu agama itu perlu dicari pada seorang lelaki. Bukan bermakna seseorang hadir dalam hidup kita itu telah sempurna agamanya barulah datang kepada kita, bukan sedemikian, cukuplah jika seseorang lelaki itu sanggup belajar dan membimbing kita. Bukan mudah untuk saya berkenan tapi saya ini bukan pemilih!Lagikan Nabi juga sentiasa belajar tingkatkan iman dan ilmu Allah apatah lagi kita manusia biasa. Semoga ada yang memahami saya.

Kenapa saya tulis entri ini, sebab belakangan ini saya hadapi kekusutan sedikit tentang ini. Saya berdoa pada Allah SWT, agar hati saya ini sentiasa telus, ikhlas dan penuh keredhaan apa yang telah ditentukan di luth mahfuz. Saya percaya pada keindahan Allah SWT. Urusan Allah SWT lebih baik untuk diri ini. Saya serahkan pada Allah di samping saya berdoa. Perasaan ini tidak pernah salah, cuma kita perlu menjaganya. Saya bersyukur Allah SWT sentiasa menyayangi saya, cuma kadang-kadang saya ini manusia yang teralpa. Semoga Allah S.W.T mengampunkan saya. Sekian.

P/S: Saya perlukan orang yang memahami saya saat ini bagi topik ini. Terima kasih pada yang memahami.



Saya tidak sabar untuk minum Jusmate 5. Saya harap, tragedi saya akan berakhir. Sukar juga menjadi manusia yang semakin membesar kerana terpaksa berhadapan banyak cabaran. Kadangkala, kita makan biasa sahaja orang cakap kita membesar disebabkan makan banyak. Hurm!Mungkin ke sekolah tapi tidak "disekolahkan" agaknya!!!!Tidak mengapalah, manusia ini pelbagai...

Siapa suka nyanyi lagu ni, meh ikut saya nyanyi walaupun saya tahu suara saya sumbang.hehe

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

2 comments:

Nadia Yuna said...

jalan tar belah mane eh yang? huhu

AFITI said...

jalan tar aritu sy pnh nmpk..nnti k.nadia try la gak p jalan msjid india..biasanya tudung gitu kwsn tu adalah..aritu p pun main ikut kaki je kak..huhu..tjumpa jgk la

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42