Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, January 10, 2010

Insan Yang Bernama Aku

Assalamualaikum.

Hidup ini perlu diimbau kembali agar sejarah yang silam dalam kehidupan kita itu mampu membangkitkan kekuatan dan motivasi untuk diri. Pada 12 Mei 2010 kelak, akan genap usia aku 24 tahun. Bukan mudah untuk hidup sebagai insan yang bernama NOR AFITI BT MOHD BASRI. Mungkin diri ini tercipta sebagai manusia yang perlu survive hidup. Dalam kehidupan ini, setiap manusia perlu berusaha keras untuk hidup. Hidup bukanlah semudah yang disangka. Namun, dalam kesusahan itu, Allah sentiasa bersama kita. Orang yang pernah merasai kesusahan, tidak akan janggal jika kesusahan itu datang, namun, jika orang yang sentiasa senang dan tidak pernah merasai kesusahan, akan mengalami transisi konflik dalam menghadapi kesusahan. Kesusahan itu bukanlah derita, cuma Tuhan ini menyayangiku dan mahu aku sedar bahawa kesenangan bukan berpanjangan. Jika aku pernah senang, aku perlu ingat bahawa pada bila-bila masa aku akan susah. Tempat mengadu ialah Tuhan, kerana Allah itu sentiasa memahami kita walau dalam pelbagai bentuk komunikasi pun. Kalau mengadu pada manusia, walaupun melibatkan komunikasi, kita masih tidak berasa puas sedangkan dengan manusia kita mampu berkomunikasi dua hala? Komunikasi dengan Allah akan menjadi terapi dalam diri kita. Alhamdulillah, diri ini sentiasa bersyukur dan redha dengan serendah hatinya terhadap pemberian Tuhan. Malah, diri ini mampu tersenyum, kerana kesukaran hidup yang lalu membuatkan diri ini tersenyum. Kadang-kadang, kemewahan hidup itu adalah ujian.

Ketika kecil terlampau dimewah-mewahkan. Itulah hidup diri ini. Namun, syukur kerana dikurniakan bapa yang terlampau baik. Ketika kecil sangat naik lemak. Hurm..Namun, sekarang ini, aku mempunyai seorang ibu, dan dua orang adik lelaki. Maka, akulah yang akan kembalikan kesenangan kepada mereka. Masih lagi aku ingat, tahun 2008 amat memberi cabaran, tapi aku sangat tenang menghadapinya. Kehilangan orang paling signifikan dan orang pertama dalam hidup aku itu, membuatkan aku menghadapi kesukaran emosi. Lihat aku tenang, tiap malam aku menangis melihat gambar-gambar dan tulisan beliau. Bapaku kekuatan untuk aku menyambung cita-citaku. Walupun beliau telah tiada, aku sematkan dalam diri beliau ada ada dalam diriku. Ketika menyiapkan tesis, papa aku kembali ke rahmatullah. Aku pulang ke kampung ketika pembentangan dapatan kajian beberapa hari sahaja lagi. Dapatan kajian masih belum dianalisis. Namun, aku percaya, semuanya boleh jadi dan aku hanya turutkan hati aku ini dan langkah. Aku sangat percaya pada instinct sendiri. Alhamdulillah, selepas pembentangan, dapatan kajian aku mendapat respon membina. Aku harus bersikap jujur pada pensyarahku. Kadang-kadang pensyarah tidak akan tahu, jika kita tidak menyatakan apa permasalahan kita. Maka, disebabkan aku pegang pada konsep ketelusan dalam berkata-kata, maka aku terangkan pada pensyarah aku, hanya ini yang mampu aku buat, kerana aku menghadapi kematian papa aku.

Kenapa ada yang bertanya bagaimana aku boleh rapat dengan pensyarah ketika aku belajar dahulu. Sukar aku menjawabnya. Prinsip aku, jika kita kenal seseorang, jadikan mereka bukan datang dan pergi, bukan ketika mereka diperlukan, dan bukan kerana markah yang tinggi, tapi mereka itu perlu dihargai dan sentiasa jujur. Paling penting, pembawaan diri kita. Biar bagaimanapun ideologi mereka, mereka tetap guru kita. Apa yang aku lakukan sama seperti ketika aku di sekolah. Komunikasi haruslah hati ke hati. Bukan touch and go. Jangan takut untuk mesej bertanya khabar, ucapan selamat dan sebagainya namun haruslah kena pada tempatnya. Tidak salah pada pandangan aku, kerana kita tidak mengganggu privasi mereka pun. Cuma kadang-kadang, ada manusia yang mahu rapat, tapi tidak berfikir bahawa manusia juga ada boundry dan privasi yang perlu dihormati. Mudah sahaja sifirnya dalam pergaulan haruslah hormat, komunikasi hati ke hati dan ketelusan. Kita boleh menilai antara ketelusan ataupun sebaliknya. Bagaimana menilai?Jawapannya, kita ada mata hati.

Berhadapan dengan penyelia aku, terus-terang aku nyatakan aku ini ada perasaan sedikit takut pada beliau. Takut pada konsep aku ialah " terlampau hormat" sehingga tidak banyak butir komunikasi yang keluar. Bagaimana aku memecahkan rasa terlampau takut itu, aku andaikan beliau juga manusia. Mungkin jika kita bercakap secara telus, kita mampu menjadikan mereka sebagai sahabat dan juga teman berbicara. Namun, harus ada batasannya. Kenapa aku takut pada beliau ketika itu?Pertamanya penyelia aku ini adalah Ketua Jabatan. Keduanya, aku pernah melakukan kesilapan, datang lambat ke kelas beliau, hingga aku gugup takut, hingga aku berada di belakang pintu kelas berminit-minit sebelum masuk kelas. Tapi terpaksa tabahkan hati, kalau tidak, apapun tidak dapat ilmu hari itu. Pastinya, aku akan malu dengan sikap aku ini. Kelewatan itu disebabkan aku terlupa di mana aku letak file jadual aku. Telefon member semua off hp ketika dalam kelas. Ketiganya, aku tidak datang kelas penyelidikan beliau, kerana aku ke konvensyen remaja, untuk kolej aku. Disebabkan tiga aspek ini, membuatkan aku malu pada beliau. Walaupun aku cuba hubungi beliau, beliau nyatakan perlu juga hadir kelas, sedangkan aku dalam bas ke Putrajaya. Banyak yang aku peroleh dan belajar daripada beliau walaupun surat HEP ada. Aku dapat belajar banyak perkara daripada beliau.

Tambah pula beliau adalah penyelia tesis aku. Sedikit sebanyak akan berlaku "counter transference" juga. Suatu perkara yang aku lihat pada beliau. Ketika semua orang sudah pulang, aku pergi jumpa beliau secara personal memohon maaf. Mungkin tidak semudah untuk memaafkan. Namun, aku nyatakan, sebenarnya aku nak datang kelas, cuma aku tercicir jadual aku kelas mana satu maklumlah ketika itu masih awal kuliah. Baru 5,6 kali kuliah masih belum ingat bilik kuliah yang mana. Teruk betul. Kemudian, aku bertanya pada beliau tentang proposal cuma katanya mahu lihat dan aku kata aku hanya ada soft copy sahaja dan aku tunjukkan pada beliau. Namun, dalam laptop beliau meneliti. Tidak pula, pensyarah aku ni marah, tunjuk dalam laptop. Beruntungnya ada pensyarah yang memahami. Boleh pula pensyarah aku ni ambil laptop dan siap tolong baiki. Masa tu barulah aku cuba memahami dirinya. Dalam hati aku ni, baik sangat pensyarah aku ni..nampak kat luar lain. Mungkin itu trick dia sahaja., buat-buat tegas dengan pelajar. Bermula hari itu, aku ada semangat untuk ke kelasnya walaupun aku dapat B+ untuk subjek penyelidikan. Aku ingat paling koman pun aku dapat A-. Pada masa dapat result penyelidikan tu, baru aku sedar, rupanya aku ni buat silap ke kelas lambat tu kot, mungkin menggores perasaan dia ke..sebab tu Tuhan tak bagi aku A. huhu..Biasalah kalau buat hati guru kita ni terasa. Itu aku paling takut dan pantang. Masuk semester baru pula, aku buat tesis, beliau juga penyelia tesis aku. Ketika itu masih lagi takut-takut. Tahap takut tu masih ada 50%. Kalau tersalah ejaan ke apa ke..mula lah..rasa takut tu..takut tidak bertempat. Perasaan takut ni pada beliau seorang sahaja. Mungkin terlampau hormat hingga membataskan komunikasi. Tanya satu, jawab satu, macam lecturer lain pula, boleh pula aku berbincang dan bagi pendapat dengan senangnya. Banyak juga gap dan aku tidak mesra dengan penyelia aku. Itu yang aku sedar.

Pada suatu hari, aku ke ofis beliau sorang-sorang. Disebabkan aku buat kajian sorang-sorang, tidak sama-sama ahli yang lain mengkaji modul yang sama, aku ke ofis beliau pun sorang-soranglah. Lagipun, lebih senang sebegini. Entah macam mana aku boleh tercakap, aku minta maaf, sebab aku jumpa beliau pun ketika-ketika sahaja dan pada masa tu, aku lepaskan semua. Aku katakan pada beliau, aku minta maaf, ketika rakan-rakan pergi jumpa beliau, aku masih tak dapat jumpa beliau aku di kampung. Ketika itu beliau tidak tahu pun kenapa aku di kampung. Inilah silapnya, patutnya perlu beritahu penyelia juga. Malah, aku tidak tahu pun, apabila semua diminta berjumpa dengan beliau. Bila aku dapat tahu, lagilah perasaan bersalah tu. Hari itu, aku ceritakan semua pada beliau sehinggakan beliau boleh bertanya latar belakang keluarga aku. Aku pula secara telus berbicara. Hati aku banyak kelegaan. Malah, saling berborak pula. Tiba-tiba beliau menyatakan pada aku " Sebenarnya ramai pelajar takut pada saya". Aku pula mudah jer menjawab, sebenarnya saya pun takut pada dr..Boleh pulakkan..fluent jer terkeluar..Responnya..Ya ker?A'ah..saya takut pada dr mungkin saya terlampau pengang konteks"hormat pada dr. Telus sahaja aku berbicara sedemikian. Hinggalah kami sembang pasal facebook, rakan kenalannya yang suruh sampaikan salam dan sebagainya. Ada sahabat dr yang aku kenal di facebook sempat aku borak dan orang itu katakan pada aku, ucapkan salam padanya dan katakan saya cakap pada beliau " Beliau seorang bapa yang baik". Kagum aku mendengarnya, dan ketika itu juga aku menyampaikan salam insan tersebut pada dr. Wajahnya ceria ketika itu..Malah, bermula dari situ, banyak yang kami sembang..Pengajaran yang amat bermakna buat aku, dan aku akui, beliau sememangnya seorang bapa yang baik..aku boleh rasa. Boleh pula beliau meminta maaf pada aku, katanya maaf atas tindakan sedikit tegas beliau pada aku, katanya saya tidak mahu awak terlena dan bersedih dengan pemergian ayah awak, itu cara saya untuk awak tidak terbuai-buai dengan perasaan dan sampai sekarang aku ingat kata-katanya dalam kelas dan masa kami berbincang, "Perasaan ini tidak pernah matang". Aku tahu, masa taklimat juga beliau tujukan pada aku..ada suatu kata-kata yang amat mengesankan pada aku dan aku jadikan ia sebagai motivasi kepada aku. Sekurang-kurangnya, aku mengenali beliau pada saat-saat akhir sebelum aku meninggalkan UPSI.

Semasa melaksanakan tesis, banyak tunjuk ajar yang beliau berikan pada aku. Walaupun 5,6 kali jumpa secara personal, aku benar-benar kualitikan masa yang ada ketika berbincang. Ada juga clash masa kerana penyelia aku juga ada tanggungjawabnya. Turun naik juga aku ke ofis beliau dalam memperbetul tesis-tesis. Alhamdulillah, berkatnya dapat aku peroleh A. Ketika beliau menyemak tesis aku, aku perhati caranya dan boleh pula aku tanya

" Dr dulu ambil minor bahasa ke?"

"Ya..macam mana awak tahu..?"

"Tuuu..cara dr semak tesis saya tuu.."

Dia tengok jer aku dan meletakkan pen,.dan mula bercerita. Mungkin dalam hati beliau " Budak ni duk perati aku cara semak ker..huhuhuuh..

"Ya..saya ambil minor bahasa dulu...saya ni minat menulis, minat bahasa..blaa..blaa.."

Aku pun tengok ler keadaan bilik dia tuuu..memang betul penyelia aku ni orang bahasa..orang jiwa sastera..hehe..dalam hati ni...lebih kurang aku jer..kalau kertas-kertas tu..jangan orang alihkan ler..kalau tak..aku tak jumpa..kekeke..Kemudian aku mencelah..

"Patutlah, orang Sastera, orang artistik ni.." Sambil-sambil mata aku perhati sekeliling biliknya..huhu..Beliau pula menyambung ceritanya...bla..blaa...

Sampailah aku boleh bercerita pasal pernah kerja mengedit novel..dan beliau pula cerita pasal beliau suka menulis...dan dia mengajar ketika sekolah dahulu pun kalau tak silap aku Sejarah dan Bahasa Melayu...hikhikhik..Dalam hati aku ni...patutlaaaaaahhh...duk patutlah..patutlah..jer..huhuhu..

Patutlah..Azril ada cakap kat aku masa aku jadi MC Malam Anugerah Kasih tu Dr.Nasir puji..huhuhuhuuh...Apalah sangat..ketika itu baru aku terlintas..Orang bahasa akan perhati, masa pengendalian majlis tu..patutlah dia cakap macam tu pada Azril. Apapun, aku hargai.

Berbalik kepada tesis, kajian ini, dilaksanakan sendiri. Mati esok sorang-sorang, dosa pahala ditanggung seorang-seorang..Kos juga boleh katakan tinggi buat sorang-sorang. Buat program pun sendiri, cuma minta bantuan rakan untuk tengok-tengokkan pelajar. Alang-alang buat, walaupun tesis, biar puas hati. Apa yang boleh aku simpulkan ketika aku dibawah seliaannya, beliau seorang bapa yang baik, dan sangat baik..sedikit sebanyak beliau ada memberi pandangan kepada aku untuk membuat kajian selepas ini mungkin untuk menyambung pelajaran...itu aku hargai..Beliau ialah Dr. Mohammad Nasir bin Bistamam. Terima kasih dr. Jasa dr akan saya kenang walaupun sekejap saya mengenali dr. Semoga Tuhan sentiasa menempatkan guru-guruku ini ditempat yang tertinggi dan terpuji diakhirat kelak. Dr.Nasir memang best!

Aku ada impian aku sendiri. Insan-insan yang hadir dalam hidup aku banyak memberi tunjuk ajar pada aku. Malah memberi sokongan dan kekuatan diri aku untuk meneruskan pelajaran selepas ini. InsyAllah. Itulah Falsafah ilmu seperti kata Dr.Jazimin dalam facebooknya. Banyak perkara dan situasi aku menjadi pemerhati dan sentiasa menilai...Kita perlu menjadi manusia yang memahami jika ingin disayangi manusia, dan kita perlu menjadi manusia yang tahu menilai jika ingin disayangi oleh Allah SWT.

Material juga aku perlukan kelak

1. Rumah sendiri untuk ibu dan adik-adikku
2. Kereta
3. Pasangan hidup

Pasangan hidup? Aku juga memikirkannya. Tipu jika usia 24 tahun masih tak berfikir tentang pasangan hidup. Boleh aku katakan, aku ini dari segi percintaan bersifat storage kepada pragma. Bermakna mungkin dalam rakan-rakan dan aku mengenalinya sebagai seorang kawan dahulu barulah boleh ada perasaan. Untuk mencari pasangan yang level sama pemikiran ini susah, jika tidak sama boleh runtuh institusi rumah tangga. Cukuplah pasangan aku itu mempunyai kesederhanaan hati walaupun jika diberi peluang oleh Allah SWT seorang yang hebat luaran. Lebih baik mencari insan yang ada ilmu agama walaupun rupanya tiada, dan aku juga impikan pasangan yang berpelajaran. InsyAllah Tuhan itu sentiasa terbaik buat kita!

Buat masa ini, biarlah aku bercinta dengan Pencipta kerana aku rasakan aku hanya layak mendampinginya. Walaupun aku kaki facebook, kaki internet, dan kaki segala kaki... paling penting..urusan dengan Allah haruslah lebih dekat daripada segalanya walaupun laptop selalu jadi makanan harian, makanan rohani ketika bersama Allah haruslah dijaga dengan terbaik!!!!!!Aku rindu pada Allah, Aku rindu Pada Nabi Muhammad S.A.W. Mampu mengalir air mata jika mengigati betapa hebatnya Allah dan sayangnya pada Nabi Muhammad S.A.W walaupun tidak pernah melihatnya sekalipun. Aku doakan, ibu bapaku,adik beradik, nenek dan saudara mara ISLAM ku..agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Hidup ini hati kena lurus dan Allah perlu ada setiap saat walaupun ketika kita tidur?Bagaimana?Kita ada mata hati, kita pandai menilai bagaimana.

3 comments:

Ibtisamfarah said...

Salam Sis, thanks for dropping by at my blog..actually order mmg da close, tp I do receive email for orders and I slowly do the orders.So if sis betul2 interested, blh email me for order. And good to know you're from Tumpat ek? Akak dari Kelantan gak..and so happen bila buka your blog macam kenal plak org dalam tu..ada gambar adik ipar akak dalam tu.. ;)

AFITI said...

Wsalam sis, huhu..ore kelate jugok..pakat buat bisnes..hehe..adik ipar?which one sis..ramai ni..wanita ke lelaki..?

AFITI said...

opsS..Sis..saya dah tahu sapa adik ipar sis..haha..kiranya sis jumpa adik ipar sis dlm ni..keke..patut la bila godek2 blog sis, mcm pnh tgok gmbr budak2 dlm blog tu..after dropping komen kt blog sis baru prasan..adik ipar sis tu agak kamceng sis..rakan sepermainan kt upsi..;P

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42