Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, January 12, 2010

Tamat Sudah


Assalamualaikum. Tamat sudah sebulan diri ini bekerja. Cuti semester kali ini terisi di sini. Pengalaman yang ditimba di Institut Peradaban Melayu, IPM, UPSI sangat memberi makna kepada diri ini. Terima kasih dan syukur pada Allah yang memberi diri ini peluang untuk menimba pengalaman. Mana-mana kekurangan dapat juga diri ini belajar. Matlamat utama bekerja sebagai skim pelajar walaupun gaji biasa-biasa, adalah sebuah pengalaman dan juga persediaan diri ini di alam kerjaya. Mungkin pengalaman ini akan berguna untuk diri ini temuduga kelak dan juga sebagai tanda diri ini menghargai masa dan sebuah pengalaman yang bermakna. Cuti ini hanya berhubung dengan ibu dan adikku hanya di telefon sahaja. Praktikum sudah minggu depan. Jiwa harus bersedia dan jiwa adalah milik Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar, tekanan kerja apabila banyak sangatlah menjadikan diri ini menghargai sesuatu, jika masa rilek sampai boleh layan, pengalaman dari segi pengurusan dan segalanya memberi makna. Itulah kenangan berada di IPM, UPSI di bilik Penerbitan dan Penyelidikan. Terima kasih atas tunjuk ajar, teguran dan semua yang tidak akan saya lupakan. Banyak yang pelajari daripada anda juga. Yang pasti perlu seronok ketika bekerja. Kupohon pada Nya, semoga aku dapat melalui episod kerjaya yang akan datang dengan kekuatan dan ketabahan.

...........................

Salam takziah dan semoga kedua-dua insan yang mempunyai semangat perjuangan ini ditempatkan di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat, Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Mohd Faizol bin Abdul Sukor. Allah lebih menyayangi mereka. Teringat masa Pilihan Raya Kampus dahulu dan aku dapat menilai perjuangan yang ingin dicapai. Teringat memori suka duka pilihanraya kampus dan pengalaman perjuangan ini amat memberi makna dan kepuasan kerana sebuah pengalaman dan perjuangan. Semoga semangat perjuangan diteruskan kepada calon pilihanraya yang akan datang seperti aktivis ini. Aku doakan kemenangan yang pasti untuk pilihanraya bulan 1 ini. Paling penting, perjuangan harus diteruskan. Mereka banyak memberikan sumbangan terhadap masyarakat kampus.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42