Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, December 27, 2008

Hungry Knowledge




Mari membaca blog

Rancangan blog sekali lagi memaparkan undangan khas Puan Rubiah Ahmad merupakan seorang arkitek yang juga terlibat secara langsung dalam lapangan motivasi. I like the way she think. It is so deep and a lot of meanings. Suka saya perkongsiannya tentang aspek budaya membaca yang diperkatakan oleh beliau. Kupasan beliau yang cukup bernas menarik minat saya, diuli pula dengan idea yang sangat mematangkan. Saya tertarik untuk mencoretkan entri ini berkait dengan aspek budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekarang. Jika ditanya, dalam seminggu berapa jumlah buku yang dibaca atau dalam sebulan, setahun, berapa jumlah buku yang benar-benar telah dibaca (sila jawab dalam hati). Itulah gambaran sebenar diri anda dan sejauhmana cinta anda kepada “knowledge”. Jika ditinjau dalam kalangan mahasiswa sendiri, pada pandangan saya budaya membaca dalam kalangan mahasiswa masih belum memberangsangkan. Saya tahu, kerana saya hidup dalam kalangan mahasiswa juga. Hal yang jelas, Prof.Dato’ Dr.Aminah Ayob, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri menyatakan tahap kunjungan pelajar ke perpustakaan masih belum mencapai tahap membanggakan. Adakah alat ukuran kunjungan ke perpustakaan itu menjadi skala yang tepat untuk menggambarkan tahap membaca dalam kalangan mahasiswa masih lagi lemah? Adakah diukur melalui skala peminjaman buku-buku di perpustakaan? Semakin tinggi belajar, semakin kurang pula membaca? Benarkah? Sepatutnya, semakin tinggi belajar semakin dahaga untuk menambah pengetahuan. Belajar di universiti pula, semasa membuat tugasan barulah terkial-kial mencari buku. Jika ditanya berapa buah buku yang dibeli dan dibaca dalam satu semester, susah untuk menjawabnya. Apabila ditanya berapa pasang baju dibeli, berapa pasang kasut dibeli dalam satu semester, berbuih mulut jadinya. Banyak persoalan sebenarnya yang menjadi tanda tanya. Teringat kata-kata Puan Rubiah yang merupakan antara insan yang saya kagumi dalam aspek perkongsian idea yang amat mematangkan( semoga saya dapat berjumpa beliau dan berYM dengan beliau suatu hari nanti); suka saya terhadap beberapa istilah yang beliau gunakan semasa rancangan Blog di televisyen, RTM 1. Beliau menyatakan seorang pemandu teksi mendapat anugerah mastermind mengalahkan professor. Mengapa ini terjadi? Jika orang yang suka berfikir singkat mungkin akan cakap, “Wow, kalah Professor beb!” tetapi jika berfikir panjang, anggukan kagum itu akan muncul lantas turut membangkitkan rasa bermotivasi untuk mencintai ilmu. Sebenarnya, dalam budaya dan kebiasaan di Malaysia, kedudukan atau status itu lebih diutamakan. Standard orang yang bijak pandai pastinya diberi kerja yang baik-baik kerana telah dilatih daripada awal sejak dibangku sekolah lagi. Jika belajar pandai-pandai, mesti dapat kerja baik. Untuk pandai perlu banyak membaca. Itulah yang menjadi kebiasaannya dalam budaya kita. Jika malas membaca, tidak berjaya kerja biasa-biasa sahaja. Namun, di Sweeden, di United Kingdom, konsep "hungry for knowledge" itu yang menjadi nadi kepada amalan membaca mereka. Mungkin inilah kesilapan belajar untuk peperiksaan di Malaysia, apabila belajar untuk peperiksaan, membaca pula terhad untuk peperiksaanlah, dan perkara yang dibaca hanya buku peperiksaan. Selepas peperiksaan, tidak ingat apa-apa kerana konsep dahaga kepada pengetahuan itu tidak ada. Situasi amat berbeza di negara-negara luar. Mereka berlumba-lumba mencari buku-buku dan mencari sebanyak mungkin pengetahuan. Tidak ada kelas atau piawai yang membezakan, kerana semua masyarakat di sana membaca tanpa mengira kelas dan pangkat kerja. Sebab itulah,tidak hairan, pemandu teksi juga boleh mengalahkan Professor untuk anugerah mastermind. Itu penghargaan yang cukup membanggakan bagi diri saya kerana masyarakat di luar negara lebih gemar membaca bukan untuk peperiksaan, pangkat dan kerjaya. Mungkin membaca itu basic need atau sudah menjadi makanan mereka. Sebab itulah negara dan masyarakat mereka lebih maju. Sebabnya mereka lebih kaya dengan pengetahuan. Maju itu bukan diukur dengan melihat pembangunan fizikal tetapi diukur dengan pembangunan nilai. Nilai-nilai itu ialah melalui ilmu dan juga budaya minat membaca. Analoginya, seorang yang berpakaian kemas serta berkot dan seorang lagi yang berpakaian biasa. Luaran memperlihatkan mungkin si pemakai yang berkot dan kemas itu lebih berpengetahuan. Apabila ditanyakan soalan, sejarah penciptaan dan pemakaian kot, terkial-kial orang yang memakai kot itu untuk menjawab, sedangkan orang yang berpakaian biasa itu panjang lebar menceritakannnya. Apabila ditanya, bagaimana anda tahu kepada pemuda berpakaian biasa itu, jawabnya; Saya membaca kebetulan dirinya juga bekerja di kedai yang menjual kot. Orang yang menjual dan tidak memakai kot tahu tentang sejarah penciptaan kot sedangkan pemakai kot tidak mengambil tahupun sedangkan ilmu itu sebenarnya sudah berada dibadan sendiri tetapi akibat terlepas pandang, terus diabaikan. Apa sebenarnya analogi yang saya ceritakan itu? Fikir-fikirkan kerana itu tujuan saya untuk mengajak anda sama-sama berfikir. Terfikir juga saya, untuk menjadi manusia serba berpengetahuan dan serba tahu itu jarang-jarang ditemui. Mungkin perlu ditanam dalam diri dan budaya hungry for knowledge itu perlu diterapkan agar menjadi masyarakat yang peka dan merasakan penting dalam mendapatkan ilmu bukan membaca untuk menjadi pandai dan seterusnya mendapatkan kerja yang baik sahaja. Tidak ada makna sebenarnya jika penghayatan dalam diri bahawa diri tersangat memerlukan diri diisi dengan ilmu pengetahuan itu tiada. Bolehkah orang yang pakar dalam bidang Kaunseling, pakar juga dalam bidang Sejarah dan Bahasa? Bagaimana? Samalah juga sebenarnya konsepnya terhadap pengayaan ilmu itu. Jadi pakar dalam bidang kaunseling, pakar pula dalam bidang Sejarah kerana minat dan cinta dalam ilmu Sejarah dan minat pula dalam bidang penulisan dan bahasa. Lebih kurang sebenarnya apa yang saya perkatakan itu. Semoga anda faham. Agar sukar juga untuk saya menerangkannya. Jika di sekolah, cikgu pula suruh pelajar itu cemerlang dalam bidang akademik dan lebih baik jika turut cemerlang dalam ko-kurikulum. Bermakna, jika awal-awal lagi sudah dilatih dan dididik sedemikian, maka tidak hairanlah jika pelajar tersebut melangkah ke hadapan dan menjadi seseorang yang serba serbi juga seperti yang saya perkatakan iaitu pakar dalam Kaunseling, Sejarah dan Bahasa apabila pelajar itu telah terkehadapan. Mengapa pula tidak boleh, kerana ilmu itu tiada hadnya. Justeru, membaca itu bermula dari kesedaran, maka bersuaralah bersama-sama saya melalui mata pena maya ini, untuk membudayakan budaya membaca. Saya menulis entri ini juga tujuannya untuk berkongsi dan mengajak anda membaca kerana saya sedar anda juga tiada masa untuk membelek buku. Jadi, bacalah entri ini. Hehe. Namun, dalam dunia hari ini, budaya membaca itu bukan sekadar membaca buku. Dunia serba maju. Manusia yang tidak pernah ketinggalan dengan ilmu semasa dianggap up to date person. Terkejarkah kita? Berusahalah, ilmu itu tidak terbatas dan ada di mana sahaja. Cuma ilmu Pencipta dengan Kita sahaja yang terbatas. Hari ini, untuk mendapatkan ilmu itu, hanya di hujung jari. Jadi jangan hairan jika anda sering melihat saya sering mengadap laptop, dan membaca blog-blog seluruh dunia. Ada juga sahabat saya bertanyakan saya, engkau minat erk benda macam ni? Sebenarnya itulah ilmu untuk diriku. Search satu link, akan terdorong untuk search pula maklumat lain kerana semangat ingin tahu itu tidak pernah padam. Namun, keutamaan saya tetap diutamakan. Masa itu sangat cukup, hanya cara yang paling penting, untuk menguruskannya sahaja. Saya hanya mempu tersenyum apabila ditanya sedemikian. Bagaimana pula dengan YM yang sentiasa di On. Itulah medan saya mencari sahabat untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan, kerana itulah minat saya juga. Tanggapan berYM sudah pasti jiwang-jiwang. Namun, sebenarnya bergantung pada individu untuk menggunakan kemudahan IT. Jadi BerYM lah dengan saya…hehe…Peluang itu sangat hampir dengan kita. Cuma kita sering terlepas pandang untuk menggunakannya. Kadang-kadang hikmah dan sebab terlepas pandang itu mungkin itulah yang terbaik buat kita. Mungkin untuk orang lain dahulu, selepas itu barulah kita. Jadi, bersabarlah dan berusahalah. Jika rakan-rakan yang minat menulis, malas memegang pen untuk mencanang idea, sudah tiba masanya menulis melalui blog ini. Tidak rugi, ilmu dan maklumat anda dikongsi dengan orang lain. Jika menulis, pastikan orang yang pertama membaca ialah saya, kerana saya tersangat menghargai perkongsian anda. Bersamalah kita wujudkan budaya membaca dan sebab itulah juga saya sering menghantar link blog saya untuk anda kerana saya ingin anda juga sama-sama membaca. Mungkin itu peringkat awal eksperimen saya. Setakat itu sahajalah perkongsian tentang budaya membaca. Baik buruk entri ini semoga diambil nilai.
~Hungry For Knowledge~

2 comments:

Unknown said...

Salam Afiti,

Terima kasih atas penghargaan Afiti towards the blog interview that I appeared on 14th Dec. I feel so honoured being mentioned in this light in your entry.

Saya amat gembira yang Afiti pun kongsi akan berapa mustahak nya attitude 'Hunger for Knowledge' & I believe for that, you are a great educationist.

Bagi saya sikap suka membaca (hungry for knowledge) amat lah mustahak dan akan meningkat prestasi sa saorang itu, dalam cara berfikir & bertutur.

Sikap ini akan membuat sa saorang itu, wiser & sentiasa mengguna kan akal & tidak reactive secara mendadak yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Thank you again Afiti for this honour.

AFITI said...

Wsalam Puan Ruby. Im very Proud of You. Cara kupasan dalam RTM 1 hari tu membuatkan saya kagum cara berfikir Puan Ruby. Terangguk-angguk saya menonton rancangan tersebut. Semoga rancangan blog di RTM 1 dapat memaparkan lagi personaliti seperti Puan Ruby dalam melontarkan pandangan dan pendapat agar cara berfikir kita juga mampu menyedarkan masyarakat. Tahniah juga untuk rancangan blog. Puan ada x blog pengacara blog RTM 1 hari tu?Jika Puan ada Ym? Mungkin boleh saya berborak di YM dengan Puan..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42