Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, August 10, 2011

Jiwa keguruan ini

Assalamualaikum.

Jiwa keguruan ini tidak bisa meluahkan kata.Hanya menelan air liur ditekak tatkala manik jernih mula ingin berguguran. Hari ini adalah sejarah bagi jiwa ini bergelar seorang guru atas peristiwa yang cukup indah. Sejarah terpenting dalam kehidupanku. Ingin memeluk erat-erat wajah pelajar itu, jiwa ini memberi harapan besar kepadanya, jiwa ini terkesan tatkala sesuatu yang tidak dijangka telah kulakukan.Senyuman daripada guru-guru lain untuk diri ini memberi makna yang cukup indah.Namun, ada kalanya kejayaan yang dilakukan untuk pelajar ini rasa tercabar oleh individu yang merasakan namaku ini disebut-sebut oleh pelajar tersebut. Jiwa "budak" itu ikhlas. Pujian itu, kuterima dan hanya berkata, ini amanah dan aku telah melakukan seadanya sebagai seorang guru. Aku bukanlah seorang wirawati yang gagah untuk mengubah manusia, sedangkan diri ini hanya melukut di tepi gantang dan terlalu banyak kekhilafan diri ini. Namun, aku percaya, natijah niat yang baik disebalik keikhlasan, mengambil berat terhadap pelajar-pelajar, menghormati pelajar-pelajar dan melayan mereka seadanya akhirnya memberi kejayaan. Biarlah Allah mengetahui disebalik yang berlaku.

Hanya ingin berkata dalam hati:

Terima kasih dan saya tahu walaupun bantuan ini bukanlah sesuatu yang berharga, tetapi saya tahu awak amat terasa dihargai apabila saya mengambil berat tentang awak..semuanya untuk masa depan awak...Semoga keselesaan awak bersama dengan saya sentiasa berpanjangan.Awak menjadi harapan untuk cemerlang. Tatkala awak menangis, saya juga ingin berderai air mata. Saya tahu, dalam kereta tadi lepas awak bersalam dengan saya, awak ingin memeluk saya, cuma awak terhenti seketika kerana saya tidak membalas respon itu. Saya tahu, awak pelajar yang baik, bercita-cita tinggi...teruskanlah...guru kerdil ini sentiasa bersama awak...Hari ini, awak dapat melangkah kaki ke sekolah yang telah lama awak tinggalkan cukup membuatkan saya rasa seperti ingin melompat kegembiraan.Pengetua berkata: kalau boleh dia mahu buat sujud syukur. Saya dapat rasa, jiwa awak selesa bersama saya.Terima kasih kerana kata-kata bermakna kepada saya semasa dalam kereta tadi.Saya hargai dan saya tahu, kata-kata pelajar saya semuanya ikhlas.Mulakan azam baru, itulah kata-kata terakhir saya sebelum awak meninggalkan saya keseorangan di dalam kereta tadi. Ya,Allah, temukanlah aku dengan pelajar-pelajar yang memerlukan aku.Aku bersedia!

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42