Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, March 16, 2013

Kurniaan Allah: Cahaya Mataku

Alhamdulillah.

Beberapa bulan lagi...aku akan bergelar seorang ibu.

Rasa seperti tidak percaya kerana begitu cepat masa berlalu. Kini, aku mengandung 20 minggu (5bulan) usia bayi dalam kandunganku ini.

Ujian ibu mengandung telah dilalui.
Buat kali keduanya aku terlantar di hospital. Alahan agak boleh tahan. Berulang-alik ke hospital swasta empat kali sebulan pun pernah. Macam-macam ujian dilalui.
Namun, segalanya Allah bantu diri ini sedayanya upayaku.

Pernah terdetik di hati ini, aku tidak mampu lalui, bagaimana ibuku melaluinya.
Hati menangis. Suami yang memujuk dan memberi galakan.

Suami juga mendapat tempias alahan. Sepanjang mengandung, suami merasai sakit belakang, demam,....dan bila aku sakit gigi....dia pun sakit gigi....(kalsium kena tarik kat anak jadi sakit gigi).

Apapun, syukur pada Allah.Cuma, aku sahaja yang sering terlalai mengigatiNya.

Hari ini Allah bantu...semalam Allah bantu...dan esok Allah tetap membantu. Terima kasih Tuhan.  


Pada usia cecah 5 bulan aku sudah mula makan nasi. Sepanjang alahan, nasi pun tidak tersentuh 9kg turun berat badan. Sekarang sudah mula berselera. Namun, harus berwaspada juga nanti tidak pasal-pasal kena minum air gula. Sebenarnya, buku merah di klinik kerajaan aku tidak daftar lagi. Aduhai. Kekangan masa. Cuma, buku merah klinik swasta tempat aku rujuk sekarang. Perancangannya cuti sekolah nanti aku akan ke klinik kerajaan. Balik sekolah tadi (sekolah ganti) ke farmasi mencari ubat gigi untuk ibu mengandung (Pureen). Gusi membengkak harapnya gigi sihat. Sakit, gigi geraham pula tu. Sambil itu, beli supplement untuk baby (Neurogain). Moga anak ibu sihat walafiat, cerdas, sempurna ciptaan Allah baik rupa dan akhlak...dan aktif untuk jadi pejuang Islam. Ameen.

Aku berdoa semoga dipermudahkan urusan bersalin walaupun ketakutan menghantui diri. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Aku yakin dan berserah PadaMu...

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42