Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, March 16, 2013

Khidmatku

Assalamualaikum.

Sudah berkurun blog aku ni bersarang. 
Masa cepat sangat berlalu atau aku sahaja yang tidak berkesempatan untuk menulis di blog ni...?
Hampir 6 bulan bersawang. 
Sepanjang 6 bulan suka duka gembira sedih itu pasti ada. Apatah lagi setiap hari pun kita alami pelbagai perasaan kan?
Sekarang ini, aku sudah berkhidmat di tempat baru.Bukan lagi di Kedah. Keputusan pertukaran pada bulan 10 dikhabarkan gembira kerana dapat hidup bersama suami. Namun, dalam hati ada kesedihan terbuku.Tempat pertama aku mengenali dunia kerjayaku sebagai kaunselor "berkesan dan terkesan di hati...yang membuatkan aku mencintai dunia kerjayaku...yang mengajar aku untuk ikhlas dalam tugas..yang mengajar aku untuk menjadi kaunselor yang benar-benar bekerja sehingga merasai kepuasan" telah ditinggalkan.

Kini, kerjayaku bermula di Selangor. Aku di tempatkan di sebuah sekolah. Majoriti pelajar Cina yang agak berbeza sekali budaya termasuk cara untuk aku bekerja. Aku menerima 27 masa jadual untuk mengganti guru kerana kekurangan guru di sekolah tersebut.Nama sahaja ganti, tetapi sebenarnya aku perlu mengajar Subjek Moral dan ABM...PBS untuk subjek tersebut pula kena buat seperti uru mengajar yang lain. Tugas kaunseling pun buat..tetapi...fokus...fokus itu tidak sepenuhnya kini.  Hilang fokusku seketika. Aku agak kekok sekali, tapi hati masih memberontak kerana aku benar-benar mahu fokus dalam gerak kerja kaunseling.Sebenarnya, tugas kaunselor bukanlah senang tetapi tidak dinafikan ada yang mengambil mudah, maka sebab itulah persepsi orang pada kaunselor ini tidak banyak kerja. Semasa di Kedah, aku telah merasai pahit...menangis...suka duka...gembira..kepuasan kerana kerjaya kaunselor. 

Aku kini boleh dikatakan hilang arah dan tercari-cari kembali untuk aku kekalkan momentum seperti dahulu....Namun, aku ditugaskan untuk mengajar. Hati menjerit..menangis...tetapi aku bersabar...Perkara bukan core bussines aku memang aku seolah-olah anak kehilangan emak. Namun, aku perlu kekalkan momentum diri ini dan cari kembali. Aku berdoa semoga cepat-cepat guru baru datang agar aku dapat buat tugas utamaku. Jika dahulu aku ke sekolah 7.20am-6.40 pm aku pulang...sekarang di sekolah baru...aku perlu berada sesi petang bermula 1.10pm-6.40pm.Aku hanya mencari kepuasan dan nikmat kerjayaku. Aku perlu mencari rentak dan pertahankan bidang dan momentum diri ini agar tidak jauh tersasar.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42