Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, September 20, 2011

Menuju Bahagia


Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana semakin dipermudahkan urusan untuk diri ini. Hanya 2 bulan lagi menunggu tarikh itu. Tarikh yang dipilih oleh seseorang yang begitu bermakna untukku. 2.12.2011. Semoga dengan sesi taaruf ini adalah perkenalan yang diredhai dan sebagai pelengkap kehidupanku kelak. Masa itu bagaikan begitu pantas. Saat mengenalinya tanggal 16.4.2011 tidak dijangka sehingga lamarannya "direct" untuk menjadikan aku sebagai isterinya. Semoga niat murnimu itu ikhlas terbina sehingga akhirnya. Perkenalan melalui facebook. Aku ini tidak percaya kepada perkenalan maya. Namun, apa yang aku tidak percaya itulah yang TERJADI. Malah, dalam soal jodoh ini juga aku tidak kisah orang mana, tetapi orang lelaki KELANTAN aku tidak mahu. Namun, percaturan Allah SWT lebih baik dan berhikmah. Rupanya kami satu negeri, dan juga satu daerah. Malah, kampungnya dengan kampungku hanyalah 15 minit sahaja!!!!Kenapa tidak berkenalan di luar sahaja? Dalam facebook pula tempat berjumpa. Katanya, kerana sudah ditakdirkan ini laluan untuk kita berjumpa. Dia tidak minat dan tidak ada masa berfacebook dan agak "kurang minat" berfacebook. Pelik, tapi inilah laluannya untuk kami bertemu. Doakan dipermudahkan urusan juga untuk tahun hadapan. Dia sendiri telah berjumpa mamiku semasa Eid yang baru berlalu. Adik-adik juga telah bertemu mata dengan bakal "abang ipar" mereka.

Mami, andai ini jodoh anakmu ini...doakanlah mami...Mami teringin sekali mempunyai anak lelaki bernama Firdaus. Walaupun tidak ada anak lelaki bernama Firdaus, tidak mengapalah...Harapnya menantu mami ada nama "Firdaus". Masinnya mulut mami aku ni.

Perhubungan?

Dia jarang sekali menghubungiku. Jika berhubung hanya ada hal penting sahaja. Mahu bertanya khabar itu jauh sekali. Pernah ditanya pada awal perkenalan kami...Bersedia atau tidak aku menghadapi "kesibukannya". Maka, aku perlu faham. Rasa yakin dan percaya kepadanya itu semakin kuat. Awalnya agak memberontak jiwa ini...Ya, kerana kami baru sahaja dua kali bertemu mata. Pernah tertanya-tanya adakah betul-betul dia mahu jadikan aku isterinya. Jadi atau tidak majlis itu. Seingat aku sudah 5 kali aku tanya...katanya YA. Jarang menghubungi tidak bermakna lupa. Perlu selalu berhubung ke kalau mahu jadikan isteri? Ayatnya itu membuatkan aku banyak berfikir. Mungkin dia agak menjaga perhubungan. Solat istkharah dilakukan dan Allah telah hadirkan orang itu dekat kepadaku. Sekarang ini sudah menjadi "kefahaman utama" diri ini tentang dirinya. Tarikh sudah ditetapkan...katanya tak lama lagi majlis akan berlangsung. Katanya itu membuatkan aku berdegup kencang juga. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT seandainya dia jodohku...Engkau Permudahkanlah Ya Allah....Aku selalu juga berhubung dengan emaknya. Sekarang ini aku telah menempah beberapa keperluan yang perlu untuk majlis pertunangan nanti. InsyAllah. Kata emaknya mahu langsungkan ikatan pada Raya Haji. Namun, kekangan kesibukan amat membantut lagipun aku tidak mahu terkejar-kejar dan inginkan persediaan termasuklah dia. InsyAllah, kita hanya merancang...Allah menentukannya...

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42