Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, March 30, 2010

Mengucap Dalam Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya hati ini sangat rindu pada Tuhan

Berada di sekolah banyak menyedarkan aku beberapa perkara. Paling utama ialah sebagai kehidupan insan beragama Islam.

Mendepani para pelajar yang pelbagai latar belakang lebih2x lagi sebagai guru bimbingan kaunseling (kaunselor) amat besar tanggungjawabnya. Praktikum (internship) adalah syarat semata2x untuk melayakkan diri menerima segulung ijazah. Namun, perkara lebih penting adalah pada agama. Aku ini bukanlah seorang manusia yang sempurna dari segi agama. Aku sendiri terleka, terlepas pandang. Kerja2x praktikum semuanya syarat. Bagiku itu no.2 dan ketiga urusanku.

Cuma aku ingin nyatakan, perkara dan amanah terbesar bagi aku, ialah untuk pelajar Islam.
Air mataku hampir tumpah. Ada pelajarku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Dengan hati yang sarat, air mata hampir tumpah, bibir ini bergerak mengatur barisan kalimah syahadah dan pelajar itu menuruti bacaanku. Ditanya pandai atau tidak mengucap, hanya gelengan kepala sahaja, tanda tidak tahu. Subhannalllahhhhhhhh...hati aku menjerit memanggil nama Tuhan, seraya hati aku menyatakan, YaAllah, aku ini manusia yang zalim, banyak dosa dilakukan tetapi berilah kekuatan pada aku untuk aku berada dan berjuang di jalanMu. Berilah kesempatan pada aku, untuk membimbing pelajar2x yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Bermula dengan hari lepas, aku sedar tentang sesuatu. Aku ini perlu perbaiki diri aku lebih baik, kerana aku tidak mahu, pelajar Islamku tidak tahu mengucap dan tidak tahu tentang asas agama. Maka, aku perlu perkukuhkan peribadi dan akhlakku. Setiap pelajar yang berjumpa denganku, dengan caraku tersendiri aku akan selitkan dengan kalimah syahadah termasuklah ketika Bimbingan Individu mahupun Bimbingan Kelompok yang aku lakukan. Aku sedar tentang suatu tanggungjawab besar dan aku rasa aku adalah insan terpilih untuk mengajar tentang kalimah syahadah itu. Aku terkejut, sedih, terkilan kerana ada pelajar yang tidak tahu mengucap.

Bibir ini, hati yang sarat dengan air mata, menjerit2x dalam hati
Rupanya ada pelajar yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Bermula 3 hari lepas, aku mengajar mana2x pelajarku kalimah syahadah itu. Semoga Allah merahmatiku. Aku sangat sedih. Aku ini teruk dari segi agama dan aku kena perbaiki lagi diriku dalam usahaku untuk mengajar mereka ini. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkatiku. Ketika itu, banyak perkara bermain dalam fikiranku. Kalau aku ada anak suatu hari nanti bagaimana agakanya, perkara ini yang paling penting perlu diterapkan dan bagaimana pula generasi aku selepas ini. Macam2x aku fikirkan. Tidak segan aku katakan, mungkin selepas ini generasiku hanya Islam pada nama jika generasi selepas ini ramai tidak tahu mengucap. Arghh pentingnya kaunseling Islam...!!! (Otak mula fikirlah ni,..kalau masa buat master, aku rasa macam nak kaji pasal Kaunseling Islam pulak..adusss..bercapah2x).

Kesimpulannya, wahai sahabat2x sekalian, sebagai guru, caknalah tentang perkara ini., janganlah terlepas pandang. Jangan lah kita mengajar teori semata2x, mengajar pelajar tentang ilmu duniawi semata2x walaupun kita bukan guru Agama Islam, tetapi perkara asas ini adalah wajib. Setiap hari aku masuk kelas, permulaan aku ialah 3 perkara sahaja, mengucap kalimah syahadah, dan akan diteruskan rukun Islam dan rukun Iman kelak. Perkara mudah, kita sering terlepas pandang.

3 hari telah berlalu, peristiwa ini memberi kesan jangka panjang untuk aku. Tidak kiralah jika setting kerjaya aku kelak samada di sekolah, mahupun di IPTA, bagiku untuk mendidik pelajar tahu mengucap dua kalimah syahadah adalah pengertian besar bagiku. Alhamdulillah, walaupun kedua ibu bapaku tidak pernah satu persatu mengajar aku mengucap, hanya diajar masa kecil sahaja, tetapi, aku belajar masa tabika sehingga hari ini aku akan katakan bahawa cikgu aku yang mengajarnya, ustazah aku yang mengajarnya semasa di sekolah rendah. Aku bersyukur dilahirkan sebagai diriku yang tahu mengucap dua kalimah syahadah berserta maksud2xnya aku ingati. Cukup bahagia hati aku jika kita dapat membantu dari segi ini dan mudah sahaja bukan sukar mana pun. Ramai yang cakap ini unsur sensitiviti. Bagiku bukan sensitiviti, tanggungjawab itu lebih penting dari segalanya. Apa guna Islam jika tidak tahu mengucap???

Aku menyatakan suatu perkara kepada pelajar itu. Kata2x itu adalah kata2x daripada guruku ketika aku di alam persekolahan dan kini aku pula mengatakan kepadanya. "Jika kita mahu ibu bapa kita masuk syurga, jadilah anak yang baik. Jika kita mahu hidup senang, kita janganlah meminta perkara yang berlebihan daripada ibu bapa, jika kita terjebak dadah, ibu bapa akan disoal di akhirat kelak dan pastinya kita tak mahu ibu bapa kita masuk neraka kerana kita". Ayat itu aku pegang sejak dari dahulu lagi, sebab itu, aku sentiasa mahu lakukan yang terbaik kerana aku punyai kedua ibu bapaku.


~Praktikum~

1 comment:

You N Me said...

saye pun praktikum jgk.. lagi 2 minggu habis.. tp di Sekolah Rendah... :) Kita sama bakal kaunselor.. seronok kerja ni.. Semoga Berjaya jadi kaunselor yg berdedikasi..! :)

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42