Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, October 18, 2009

Semoga Arwah Bapa Aku Mohd Basri Bin Haji Othman tenang di sana

Nukilan arwah yang minat menulis yang sempat aku rakamkan

Hasrat arwah yang tidak kesampaian
Arwah belajar belum sempat habis..semoga ini suatu jihad arwah walaupun banyak tentangan dan cabaran...semoga beroleh pahala yang tinggi

Aku terjumpa tulisannya pada buku..



Mulianya niat dan hasratmu papa
YA Allah kurniakanlah balasan yang baik dan pahala pada papaku ini
Menitis air mata aku membaca coretan ini..ketika beliau sakit...tulisan pada tahun ini..

Alat inilah yang aku simpan baik-baik..yang pernah arwah cari makan untuk menyara kami suatu ketika dahulu...arwah hanya pembantu hospital sahaja, namun untuk memewahkan kami adik-beradik suatu ketika dahulu, arwah rela membuat kerja sampingan di rumah..mulianya hati mu papa!!!!
Banyak lagi yang arwah tulis, tidak mampu aku rakamkan..air mata mengalir deras..semoga papa sentiasa ada dalam hati aku untuk aku teruskan perjuangan ini...

Bismillahirrahmanirrahim

Terasa sebuah kehilangan. Genap usia 46 tahun, bapa aku Mohd Basri Bin Othman telah kembali mengadap Tuhan yang mencipta dan memberi nyawa. 12 Oktober 2009, jam 5-6 pagi di rumah bekas kakak iparnya...Terasa seperti mimpi dan khayalan sementara. Ya Allah Ya Tuhanku, aku anak sulung kepada allahyarham bapaku, aku mendoakan agar bapaku Mohd Basri Bin Othman berada dalam kalangan insan-insan yang terpilih dan peringkat tertinggi di akhirat YaAllah..aku sedar sepanjang tiga tahun kebelakangan ini arwah sakit YaALLAH...sepanjang kehidupannya tidak pernah sesekali insan ini menyakiti hati mana-mana manusia sepanjang aku lihat...sifatnya yang pemurah walaupun dalam keadaan dirinya tidak berupaya amat aku kagumi dan sikap untuk berbuat baik kepada manusia-manusia lain amat menjadi contoh teladan pada aku YAAllah..YAAllah, aku sedar, perancangannya tidak kesampaian dan jihad bapaku yang mencintai ilmu pengetahuan itu masukkanlah dalam diri aku setakat mana yang baik dan elok. YA Allah, Engkau berikanlah ketenangan pada bapaku MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN ketenangan dan keberkatan sepanjang kehidupan beliau dan sifat dirinya yang sentiasa membantu insan-insan lain walaupun dirinya tidak berupaya...Engkau berkatilah...Aku amat mengagumi allahyarham bapaku ini kerana mendidik aku banyak perkara...Nasihatnya agar aku membantu orang yang lebih susah itu walaupun kita susah amat memberi kesan kepada aku. Cita-cita beliau yang tidak kesampaian, berikanlah kekuatan pada aku dan adik-beradikku yang lain. Allahyarham pernah menyatakan, beliau tidak mahu melihat anak-anak susah dan Allahyarham sanggup berbuat apa sahaja. Makbulkanlah doa-doa bapaku Mohd Basri Bin Othman untuk melihat kejayaan-kejayaan kami. Engkau lebih mengetahui apa yang Engkau catatkan untuk bapaku.Aku mendoakan syurga menanti allahyarham MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN. Sebagai anak, aku ingin melihat bapaku Mohd Basri Bin Othman menjadi penghuni syurga. Maka, aku akan jaga diri aku agar tidak tersasar daripada agama.

Sesungguhnya aku pernah berdoa..."YAALLAH YATUHANKU, AKU TIDAK SANGGUP MELIHAT PENDERITAAN YANG AYAH AKU ALAMI, MAKA AKU BERSERAH KEPADAMU".Maka, apa yang Tuhan telah tentukan ini, ini adalah yang terbaik walaupun kehilangannya ibarat sebutir permata bagi diri aku. Insan yang menjadi bapaku ini seorang yang cinta pada ilmu pengetahuan dan berwawasan tinggi. Aku mengaguminya YAAllah kerana mengurniakan aku seorang bapa yang baik. Apabila ketika allahyarham sakit, manusia-manusia sekeliling ibarat kacang lupakan kulit. Apabila ayah aku ini meminta bantuan, tidak ada sesiapa yang mahu mendekati. Namun, aku tidak pernah melihat putus asa pada ayah aku. Segala-galanya Allah akan balas apa yang orang telah lakukan pada papa aku dan semoga yang papa aku lakukan diberi pahala yang tinggi.

Pada usia 42 tahun, bapaku diluluskan untuk pencen awal. Maka, dari situlah bermula segalanya pencariannya. Kehidupannya yang survival, langsung tiada fun penuh dengan liku-liku hidup amat meruntun hati..Maka, 3 tahun ayah aku menderita perasaan siapa yang mengambil tahu..Aku jauh di sini untuk menjenguk, melihat keadaannya, duduk memahami tidak sefaham-faham aku ketika aku amat rapat dengan beliau. Maafkan tie, papa...Kali terakhir aku sempat mengucup tangan bersalam dengan ayah aku pada hari raya puasa tahun 2009. Mungkin hikmah aku tidak pulang berhari raya di Thailand. Itu kali terakhir aku bersalam dengan papa aku..menangis tersedu-sedan mengalir air mata, dan aku merasakan beliau masih bersamaku dan semangatnya akan aku sambung. Cita-citanya untuk habiskan belajar dalam perubatan alternatif tidak kesampaian. Beliau ingin melihat aku grad juga tidak kesampaian. Amanatnya untuk aku sambung pelajaran sampai peringkat tertinggi, InsyaAllah, semoga semangat tidak putus-asa ada dalam diri kerana aku anak MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN. Badannya yang berisi menjadi susut amat memeranjatkan aku pada tahun lepas..aku yang pulang sekali-sekala ke kampung kerana berjauhan di sini amat sedih melihat keadaannya...pernahkah aku bertanya kenapa badannya susut???Aku ingat, ketika aku kanak-kanak, ketika itu aku sakit, beliau lah yang bersungguh-sungguh..aku ingat ketika aku sakit dada masa darjah 2, siapa yang mendukung aku ke hospital? Apabila dia sakit, pernahkah aku duduk tanya penderitaan yang dia alami..dan aku hanya sekadar tahu penyakit-penyakitnya sahaja..ketika aku kecil, kena marah pada mak aku, siapa yang back up aku?Ketika aku kecil, siapa yang ajar aku membaca, siapa yang ajar aku melukis????Ketika aku kecil, siapa yang pergi daftar untuk aku belajar di darjah 1?Masa kecil, siapa yang degil conteng kain rentang masa ayah aku sedang melukis???Ada ayah aku marah???Masa aku tingkatan 4, siapa yang beri galakan untuk aku ke Melaka wakil negeri?Masa aku kecil, siapa yang ajar aku gosok gigi cara yang betul, cara pemilihan berus gigi yang betul?Siapa yang berikan kemewahan pada aku...???Ketika tingkatan 3 aku beritahu nak komputer, papa aku rela beli demi lihat anak-anak gembira..sapa yang bersabar dengan aku time aku meragam???Tapi, aku tak sempat pun untuk beri kesenangan pada papaku, aku tidak sempat pun untuk mengubat papaku...cuma aku pernah bercakap dengan adik-adik aku plan untuk ayah aku sahaja...Aku tidak sempat...cuma aku sempat menyenangkan hatinya dan memberikannya kebanggaan memperoleh anak yang sentiasa ingin membanggakan hati kedua ibu bapa...dan anak yang menjaga diri daripada terlibat dengan perkara tidak baik...

Tempatkanlah bapaku di akhirat dalam kalangan ahli syurgaMu YAALLAH...hadirkanlah cahaya-cahaya menerangi bapaku MOHD BASRI BIN OTHMAN di alam kubur..tenangkan roh beliau dan hadirkan sentiasa rasa ayah aku ada bersama-samaku...Hanya doa yang mampu aku kirimkan....Ameen Yarabbal Alameen.



Ketika allahyarham Mohd Basri Bin Haji Othman pada usia muda


Sebelum arwah sakit
Sebelum arwah sakit

Sebelum arwah sakit

Sesungguhnya, sampaikanlah Tuhan bahawa aku benar-benar merindui papaku MOHD BASRI BIN HAJI OTHMAN. Sampaikan salam kepadanya Tuhan, aku mendoakannya menjadi ahli syurgaMu Tuhan..dan sampaikanlah bahawa anaknya ini yang tidak sempat melihat arwah ketika di kebumikan akan menyambung wawasan dirinya...dengan landasan dan syariat2 ISLAM YA ALLAH...Al-Fatihah...

3 comments:

AmAlin Aiman Hanif said...

assalamualaikum..

salam takziah. moga arwah bapa Afiti ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan soleh. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat adik untuk menggapai cita2 yang diimpikan oleh arwah.

Abang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagian adik di sana.
take care

ieda said...

salam takziah dari akak jugak dik ...

semoga roh ayah adik dirahmati allah dan tabahlah menghadapi segala dugaan dari allah ini ..

sama2 lah kita sedekahkan alfatihah semoga arwah ditempatkan di dlm golongan mereka yg dicintai oleh allah ..

banyak kan bersabar atas ujian allah ini , sesungguhnya dia maha mengetahui ..

xplorer said...

salam takziah dari xplorer

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42