Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, August 3, 2008

Hubungan dan Kasih Sayang- Spiritual


Gambar semasa di Hospital YaARang. Sebelum ke Hospital Pattani.Masa ni, aku susah hati, dengan keadaan nenek aku, aku ngn mami, mak long aku sama-sama tidur di ward menjaga nenekku.

Jari nenekku yang di check kali kedua sebelum dibawa ke Hospital Besar Pattani. Time ni kena operate untuk keluarkan nanah-Siapa sangka,gara-gara tercucuk tulang ikan pun boleh jadi macamni.Doktor tu ajak aku masuk sekali untuk lihat. Nampaknya, dah merebak hingga isi jari nenekku jadi teruk. Alhamdulillah sekarang ini, lepas dibawa kehopital Besar, dirawat dan di operate selanjutnya, nenekku semakin pulih.
Alhmadulillah, hari ini, Nenekku semakin pulih.Mami aku telefon dari Thailand tadi memberitahu keadaannya, mengatakan keadaan nenekku semakin baik. Hatiku tenang. Makan minumnya dah ada peningkatan. Amin, YaAllah.Terima Kasih Tuhan kerana memakbulkan doaku dan keluargaku. Amin.

My nenek- Hajjah Sopiah bt Haji Walong ketika nenekku di hospital YAarang,Thailand


Pada malam ini aku terdetik untuk berkongsi tentang spiritual yang dinamakan kasih sayang. Kasih sayang? Kasih dan sayang itu wujud pada dasar hati seseorang manusia. Manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini sudah mempunya id iaitu naluri yang berkehendakkan keperluan untuk disayangi dan menyayangi. Konsep Id tidak wajar dipandang sempit kerana nafsu semata-mata. Apa yang perlu, wajar kita kaitkan dengan keperluan asas manusia itu. Analoginya, nasi ialah makanan keperluan bagi fisiologi, kasih sayang pula keperluan bagi segala skop keinginan dan naluri manusia itu sendiri. Proses yang menggerakkan kehidupan manusia ialah mendasari kasih sayang dan cinta kepada Penciptanya, sesama makhluk dan juga alam cakerawala ini. Perkaitan semuanya ialah mendasari keperluan dan kasih sayang bagi sebuah kehidupan sebagai khalifah dan konsep manusia itu sendiri. Hakikat itu, sememangnya realiti. Semoga kasih sayang antara sesama makhluk sentiasa terpelihara dan kasih sayang Pencipta menjadi keutamaan.


Aku mendoakan, kesejahteraan, keselamatan keluargaku insan yang menjadi tunjang dan nadi hidupku. Mereka ialah manusia yang aku letakkan di hadapan melebihi insan-insan lain. Aku berdoa semoga nenek ku cepat sembuh. Beliau menjagaku ketika ibu bapa ku bekerja ketika aku kecil . Kasih sayang aku segalanya untuk mereka. Semuanya kerana kash sayang itu sebuah Spritual.

my mum and my Granny




No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42