Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Showing posts with label -perkongsian Afiti. Show all posts
Showing posts with label -perkongsian Afiti. Show all posts

Thursday, January 15, 2009

Mengenali dan Menghargai Kalian

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengenali manusia cukup membuatkan aku gembira. Semakin mengenali manusia, maka semakin aku mengenali personaliti manusia serta kehidupan mereka. Ingin aku kongsikan pengalaman mengenali manusia di alam maya juga membuatkan aku sedar bahawa manusia itu saling memerlukan. Kadang-kala tidak terjangkau kita akan mengenali manusia di alam maya ini pelbagai ragam dan kisah yang di ketahui di sebalik kehidupan mereka kadangkala merasakan hidup ini sangat bertuah apabila orang memerlukan kita. Sejak aku mempunyai blog pada tahun 2007, ada insan yang sanggup berkongsi cerita tentang kehidupan mereka ada suka, derita, kegetiran dan kegembiraan. Mungkin, alam maya ini menyediakan aku agar aku lebih bersedia untuk bergelar bakal kaunselor kelak. Ingin aku kongsikan beberapa orang yang aku kenali dan kebanyakan yang aku kenali, mereka di peringkat sekolah menengah. Macam mana mereka boleh menemui blog aku, aku tidak pernah ambil tahu. Mungkin, mereka surf dan explore di internet. Seolah-olah diri ini diberi kekuatan sebagai tempat berkongsi, malah aku cuba sedaya-upaya masuk dalam situasi mereka. Kadang-kala apabila mendengar luahan, terkedu dan air mata ini bergenang. Kadang-kala ada juga yang telah berusia daripada diri ini, yang mengenali aku dari blog sehinggalah berkongsi sesuatu cerita. Kadang-kala tidak terjangkau oleh aku kerana orang yang lebih berusia dari diriku; mungkin lebih makan garam daripada aku. Namun, cuba juga diri ini merasai apa yang dirasai mereka. Aku belum cukup lagi dengan pengetahuan dan belum lagi bergelar kaunselor. Itu yang kalian perlu ketahui. Walau bagaimanapun, anggaplah diri ini tempat berkongsi. Aku sedar, jika di aku berada di situasi mereka, mungkin aku juga terpaksa survival untuk menghadapi sesuatu. Mungkin, inilah kurniaan yang tidak boleh aku lepaskan untuk mengenali mereka dan mungkin ini persediaan yang perlu aku terima sebelum aku di lapangan kerjaya. Seperti kata kak Semilealina yang aku kenal melalui blog ini, dia menyatakan aku perlu bersedia dari awal dan seperti kata Dr.Jazimin, alam kerjaya dan alam belajar merupakan dunia yang sangat berbeza. Jadi, untuk sambung belajar, elok bekerja dan melihat situasi kerja dahulu kerana kebanyakan orang belajar untuk bekerja bukannya belajar untuk hidup. Jadi, aku harus bersedia daripada awal untuk di lapangan, mungkin terpaksa survive seperti En.Aziz yang begitu kuat, semasa menjadi kaunselor di sekolah dahulu. Memang patutlah, sehingga sekarang pengalaman itu berharga buat dirinya. Berharga sesebuah pengalaman itu kerana episod yang amat bermakna bagi dirinya ketika bersama pelajar.

Pelajar-pelajar sememangnya memerlukan seseorang terutamanya guru mereka. Mungkin, jika aku berada di lapangan kelak, mungkin juga aku akan di uji dengan ujian yang berat. Niat aku membina blog ini juga untuk memahami manusia, sebab itulah aku meletakkan email dan YM aku di blog ini. Berinteraksi secara maya membuatkan aku sedar bahawa, mereka sebenarnya seperti aku juga ketika di alam persekolahan yang memerlukan guru-guru ketika mempunyai peluahan yang ingin dikongsikan. Sesungguhnya, walaupun mengenali mereka di alam maya, aku merasakan amat gembira mengenali kalian. Banyak perkongsian kalian menjadi panduan untuk diri ini agar lebih memahami manusia walaupun masih tidak seberapa. Orang kata, peluahan di alam maya ini, mungkin rekaan semata-mata. Namun, aku percaya, di sebalik rekaan itu, mesti ada realiti dan banyak perkara yang perlu aku terokai. Aku merasakan itu menjadi kewajipan dan tanggungjawab aku selagi termampu untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnnya cukuplah sekadar mendengar dan faham isi hati manusia. Sebenarnya, pada pandangan diriku, seseorang itu tidak sewenang-wenangnya berjumpa dengan kaunselor, untuk berkongsi masalah. Manusia ini pelbagai, adakalanya jenis yang tidak suka berhadapan dalam meluahkan sesuatu. Justeru, alam maya inilah yang mungkin menjadi permulaan untuk berkongsi bercerita. Walau bagaimanapun, aku mengakui, di sebalik apa yang kalian hadapi, aku juga turut merasainya dan aku sedar bahawa kita saling memerlukan. Jadi, aku bersedia mendengar walaupun kita tidak pernah bersua. Jadikan, medan IT ini tempat kita bersua secara maya dan sebagai perkongsian. Terima kasih adik-adik semua. Diri ini mendoakan kejayaan dan ketabahan kalian kerana hidup ini semakin kita kuat, semakin kita diuji kerana Tuhan itu ingin mengetahui sejauhmana kekuatan kita.




Sunday, August 10, 2008

Kertas Kerja Program Motivasi-Perkongsian

(Muka Depan Sekali)
Logo

KERTAS KERJA
________________________________________________________________
KEM MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 6 ________________________________________________________________
TARIKH :
12 JUN 2008
TEMPAT :
SMK DATO BIJI WANGSA
ANJURAN :
ALUMNI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6
SMK DATO BIJI WANGSA
PENASIHAT:
ENCIK MOHAMMAD BIN OTHMAN

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa pelajar-pelajar STPM tahun ini agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini:
1.1 Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran SMK Dato Biji Wangsa untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di samping mendedahkan para pelajar ini kepada situasi sebenar kehidupan di univerisiti berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang dimiliki oleh fasilitator.

2.0 PENGENALAN

Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak mahasiswa terhadap perkara-perkara berikut :

2.1 Bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru terhadap kami sehingga dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan kami berasa terpanggil untuk memberi sedikit sumbangan kepada pihak sekolah dalam memberi motivasi kepada pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Afektif:
Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada para pelajar tingkatan 6 untuk memberikan kesedaran bahawa jalan utama ke universiti ialah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam STPM.

3.2 Kognitif:
Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya para pelajar dapat menghadapi peperiksaan STPM dengan tenang dan bersemangat.

3.3 Psikomotor:
Memastikan para pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para fasilitator.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 12 @ 13 Jun atau 19 Jun 2008
Hari : Khamis Malam Sabtu
Tempat Program : SMK Dato Biji Wangsa

6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

6.1 Pengetua dan Pentadbir Smk Dato Biji Wangsa
6.2 Kaunselor-Kaunselor Pelajar
6.3 Guru-Guru Tingkatan 6

7.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

7.1 Pelajar-pelajar tingkatan 6


8.0 TENTATIF PROGRAM

8.1 HARI PAGI JUMAAT- PAGI SABTU

8:00 Pg Pendaftaran

9:30 Pg Ice Breaking
ü Matlamat
ü Tali Berantai

2:30 Ptg LDK 1
ü Radio Rosak
ü Aset
ü Kayu Tiga

5:00 Ptg LDK 2
ü Kenali Diri
ü Keramat Pena

7:00 Mlm Persiapan Diri/ Makan/ Solat

9:00 Mlm LDK 3
ü Forum

12:00 Mlm Subconscious

4:00 Pg Qiamullail

7:00 Pg Senaman Dan Sarapan

9:00 Pg Majlis Penutup

10:00 Pg Majlis Tamat

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penasihat
En. Mohammad Bin Othman
Setiausaha Kurikulum Smk Dato Biji Wangsa

Pengarah Program
Nor Afiti Binti Mohd Basri
Timbalan Pengarah 1
Khairul Hafizi Bin Zakaria
Timbalan Pengarah 2
Siti Salwani Binti Mustapa
Setiausaha Program
Siti Khatijah Binti Hussin
Bendahari Program
Siti Shaera Bt Abdullah
Ahli-Ahli Jawatankuasa:
Ahmad Faiz Bin Abdullah Zarawy
Ahmad Khalil Bin Yusof
Mohd Ezat Bin Mohd Zain
Mohd Anuar Bin Omar
Mohamad Zulkarnain B. Hashim
Mohd Amin Bin Che Hassan
Mohd Azani Bin Awang Nik
Muhammad Russdi Bin Abdullah
Nor Asila Binti Nordin
Nor Shuhada Binti Mohd Nor
Rohani Binti Awang

10. PERUNTUKAN KEWANGAN

Diserahkan kepada pengurusan dan pentadbir sekolah (jika pihak sekolah ingin sediakan)

11. PENUTUP

Semoga program ini mendapat kelulusan pihak pentadbiran SMK Dato’ Biji Wangsa serta guru-guru tingkatan 6. Jutaan terima kasih diatas pertimbangan pihak tuan.

Disediakan oleh :
Siti Khatijah Bt Hussin
Setiausaha Program “Motivasi Pelajar Tingkatan 6
Alumni Tingkatan 6 (2005/2006)

Tandatangan:.................................
Tarikh:.........................................

Disokong oleh :

En. Muhammad bin Othman
Setiausaha Kurikulum SMK Dato’ Biji Wangsa
Tandatangan:.................................
Tarikh:.........................................

Disemak oleh :
KAUNSELOR

Tandatangan:.................................
Tarikh:.........................................

Disahkan untuk dimajukan kepada PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Tandatangan:.................................
Tarikh:.........................................

Permohonan diluluskan oleh :

PENGETUA SMKDBW
Tandatangan:.................................
Tarikh:.........................................

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42