"Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran" oleh Mohd Daud Hamzah, Phd.UsM.Buku itu kepunyaan ayah aku. Buku itu bertukar tangan apabila aku meningkat dewasa. Ketika itu aku masih kecil dan buku itu sering ayah aku baca dan kini menjadi milikku. Aku membelek-belek buku itu selepas membuat laporan Kaunseling, Dr. Jazimin. Sambil membaca, aku berYM dengan En.A. Aku ingin kongsikan iaitu, satu konsepsi ingatan melibatkan usul tentang wujudnya tiga sistem ingatan iaitu ID (Ingatan deria), IJPEN (Ingatan jangka pendek), dan IJPAN(Ingatan Jangka Panjang). Permula ingatan ialah dengan ingatan deria kemudiannya disalurkan kepada iJpen dan kemudiannya perlambangan oleh IjPan dan disimpan secara kekal dan akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Dalam ingatan jangka panjang, Tulving (1972) menyatakan terdapat dua jenis perlambangan iaitu ingatan episod dan ingatan semantik. Ingatan episod merupakan perlambangan peristiwa/kejadian/episod pengalaman. Selang dengan masa pula, ingatan episod bergabung dengan ingatan semanti. Ingatan episod akan lenyap kerana menjadi sebahagian daripada komponen ingatan semantik. Ingatan semantik pula sistem rangkaian makna yang mnejadi himpunan skema-skema (seperti yang dipelajari dalam psikologi sosial dan psikologi pendidikan) pengetahuan seseorang. Jadi, memang benarlah, jika seseorang pelajar tidak mengigat, kemungkinan sesuatu halangan yang menghalang untuk IjpaN dan IjpeN. Mungkin konsep masuk telinga kanan keluar telinga kiri itu ada kaitan. Manusia itu pelbagai. Anggap lah manusia itu sebagai buku. Setiap manusia yang ada ini merupakan ilmu bagi manusia lain. Melalui manusia-manusia yang hadir ini, banyak yang kita boleh baca. Sebab itulah mereka aku katakan sebagai buku. Jadi, seorang guru, wajar memahami konsep ini dan memahami pelajar bukannya menghukum pelajar dengan menganggap pelajar tiada potensi. Inilah persepsi salah yang perlu diubah. (hope aku tidak menjadi guru seperti ini). Usaha membantu, mendiagnos kekuatan dan kelemahan pelajar,potensi mereka menjadi aset bernilai dalam usaha memanusiakan manusia. Aku berharap aku mampu menjadi pendidik yang mendidik dan terdidik serta dididik. Ketika aku menulis entri ini, wajah-wajah ibu bapa aku, guru-guru (cikgu aku sekolah dulu dan pensyarah aku)terbayang-bayang dihadapan mata aku dan termasuklah orang-orang yang banyak membantu aku dalam aku memperoleh ilmu dan pengetahuan yang mereka sudi kongsikan bersamaku. Jasa kalian tidak sesekali aku lupa. Semoga Tuhan menempatkan mereka ini di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Doakan kejayaan anak didikmu ini kerana aku masih belum berjaya, banyak yang masih aku tidak tahu dan perlu belajar. Terima kasih.
Anda Suka Blog Ini?
::Followers::
Wednesday, September 24, 2008
Perkembangan Ingatan dan Metaingatan
"Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran" oleh Mohd Daud Hamzah, Phd.UsM.Buku itu kepunyaan ayah aku. Buku itu bertukar tangan apabila aku meningkat dewasa. Ketika itu aku masih kecil dan buku itu sering ayah aku baca dan kini menjadi milikku. Aku membelek-belek buku itu selepas membuat laporan Kaunseling, Dr. Jazimin. Sambil membaca, aku berYM dengan En.A. Aku ingin kongsikan iaitu, satu konsepsi ingatan melibatkan usul tentang wujudnya tiga sistem ingatan iaitu ID (Ingatan deria), IJPEN (Ingatan jangka pendek), dan IJPAN(Ingatan Jangka Panjang). Permula ingatan ialah dengan ingatan deria kemudiannya disalurkan kepada iJpen dan kemudiannya perlambangan oleh IjPan dan disimpan secara kekal dan akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Dalam ingatan jangka panjang, Tulving (1972) menyatakan terdapat dua jenis perlambangan iaitu ingatan episod dan ingatan semantik. Ingatan episod merupakan perlambangan peristiwa/kejadian/episod pengalaman. Selang dengan masa pula, ingatan episod bergabung dengan ingatan semanti. Ingatan episod akan lenyap kerana menjadi sebahagian daripada komponen ingatan semantik. Ingatan semantik pula sistem rangkaian makna yang mnejadi himpunan skema-skema (seperti yang dipelajari dalam psikologi sosial dan psikologi pendidikan) pengetahuan seseorang. Jadi, memang benarlah, jika seseorang pelajar tidak mengigat, kemungkinan sesuatu halangan yang menghalang untuk IjpaN dan IjpeN. Mungkin konsep masuk telinga kanan keluar telinga kiri itu ada kaitan. Manusia itu pelbagai. Anggap lah manusia itu sebagai buku. Setiap manusia yang ada ini merupakan ilmu bagi manusia lain. Melalui manusia-manusia yang hadir ini, banyak yang kita boleh baca. Sebab itulah mereka aku katakan sebagai buku. Jadi, seorang guru, wajar memahami konsep ini dan memahami pelajar bukannya menghukum pelajar dengan menganggap pelajar tiada potensi. Inilah persepsi salah yang perlu diubah. (hope aku tidak menjadi guru seperti ini). Usaha membantu, mendiagnos kekuatan dan kelemahan pelajar,potensi mereka menjadi aset bernilai dalam usaha memanusiakan manusia. Aku berharap aku mampu menjadi pendidik yang mendidik dan terdidik serta dididik. Ketika aku menulis entri ini, wajah-wajah ibu bapa aku, guru-guru (cikgu aku sekolah dulu dan pensyarah aku)terbayang-bayang dihadapan mata aku dan termasuklah orang-orang yang banyak membantu aku dalam aku memperoleh ilmu dan pengetahuan yang mereka sudi kongsikan bersamaku. Jasa kalian tidak sesekali aku lupa. Semoga Tuhan menempatkan mereka ini di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Doakan kejayaan anak didikmu ini kerana aku masih belum berjaya, banyak yang masih aku tidak tahu dan perlu belajar. Terima kasih.
Monday, September 22, 2008
Sedarkan
Mood today:
3. Jika saya selalu sihat, jangan lupa saya juga akan sakit kerana Tuhan ingin mengigatkan saya kerana hidup tidak sentiasa senang seperti yang ingin saya jangkakan, kerana sakit yang diberi Tuhan itu ialah ubat dan penawar pembersihan hati dan jiwa saya. Walaupun sakit, sukar untuk mengharunginya, bersabar itu membentuk hati yang menerima tanpa syarat ketentuan Tuhan dan belajar untuk ketenangan diri. Bersyukur jika diberikan kesakitan walaupun kita tidak mahukannya!
4. Saya perlu sedar konsep redha dan memupuk diri untuk menerima segala yang Tuhan beri kepada saya agar menerima segala ujianNya hingga pada satu tahap diri akan merasakan Nikmatnya ujian Tuhan.
5. Jangan lawan arus yang Tuhan berikan sehingga diri tersasar jauh dan tergelincir, kembali kepada ingat siapa diri dan Dia agar Tuhan memberikan kekuatan semula pada diri.
Matematik dan Sains dalam Bi (PPSMI)
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, agenda ini bermula secara berperingkat bagi pelajar Tahun 1. Bagi menjayakan projek ini, sekolah dibekalkan dengan komputer riba, projektor LCD, pencetak dan lain-lain. Respon positif dan negatif makin diterima. Pada pandangan saya, sukarnya untuk memulakan agenda ini, namun hasil untuk jangka masa panjang akan memberikan impak yang amat memberuntungkan negara. Mungkin pada usia saya, saya telah terlepas untuk mengalami situasi mempelajarinya kerana agenda ini hanya baru beberapa tahun sahaja dilaksanakan.
Dari segi psikologinya, hanya manusia yang terlepas akan merasakan rugi tidak mempelajarinya, tetapi bagi orang yang sedang mengalaminya dan merasakan amat sukar, banyak pula protes nya. Itulah hakikat manusia. Berfikir untuk kesan jangka panjang itu lebih baik walupun sukar untuk melaluinya kerana perkara yang amat sukar itulah akan memberikan keajaiban untuk diri. Akhirnya, kita telah melihat kejayaan dan murid-murid pada hari ini lebih kehadapan berbanding zaman saya dahulu yang tidak sempat mempelajarinya. Mungkin ada yang kata, fuhhh...nasib baik aku terlepas...tapi, berbalik pada konsep ilmu itu sendiri.Perkataan ‘ilmu’ lazimnya merujuk kepada dua maksud
; (1) pengetahuan dan kepandaian di dalam sesuatu perkara, merangkumi semua aspek kehidupan: dunia dan akhirat, (2) kajian berkenaan sesuatu perkara. Bagi Syed Muhammad Naquib al-Attas, ilmu didefinisikan sebagai ketibaan maklumat yang benar dan bermakna dalam diri seseorang insan. Rasululllah s.a.w pernah bersabda, maksudnya; “Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya.” Hadis ini memanifestasikan betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut dalam Islam. Wasilah dalam mendapatkan ilmu pengetahuan adalah melalui pendidikan sama ada secara implisit atau secara eksplisit.
Jika kita merenung kembali sejarah silam khususnya di sekitar abad ke-15, warisan Islam telah membuktikan bahawa masyarakat Islam pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sains dan teknologi khususnya bidang matematik, astronomi, perubatan, kejuruteraan, pertanian, teori dan sains gunaan. Justeru bagi memastikan keberlangsungan ilmu itu dalam mengecapi kegemilangan zaman perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu wajar pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris diteruskan memandangkan dunia pada hari ini telah menuntut kita untuk mempelajari bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, penguatan dan kaedah bagi mencari keseimbangan agar bahasa Melayu tetap diutamakan assessment wajar dilakukan bagi mengetahui sebanyak mana skala pengurangan dan faedah yang diperoleh.
Pendapat Mantan Perdana Menteri :
"Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka. ".
Saya perlu belajar bahasa Inggeris memandangkan saya terasa jauh dilubuk hati saya bahawa saya sangat memerlukan bahasa Inggeris untuk diri saya dan my future. Jadi terjawab atribut saya mengeluarkan entri ini. Kelak jika anda (adik-adik yang tengah belajar M&S dalam Bi) akan merasai nikmatnya kelak..walaupun sukar untuk belajar pada masa sekarang ini. Selamat berjaya dan tahniah kerana anda sangat beruntung dengan kemudahan sistem pendidikan sekarang ini.
Sekian Terima Kasih, @Khopkhun mark cha,..,
Kepimpinan
"JIka kita ingin berada di atas, kita jangan sesekali menjatuhkan orang dibawah...kerana kita TIDAK pasti sbnrnya orang yang kita cuba jatuhkan itu ialah diri kita sendiri..Jadilah pemimpin yang tahu mendongak ke bawah & memimpinlah pada niat yang betul bukan kerana KEPENTINGAN DIRI"
Sunday, September 21, 2008
Love And Belonging
daripada,
kakakMu untuk adek2..,
will be continued
Wednesday, September 17, 2008
AWAS Anda...!
Selepas aku kena chicken pox...parut yang tinggal ada di kening yang lain hilang lari entah kemana sudah. Cukup seminggu aku kena chicken pox parut itu juga bakal tanggal, macam tahi lalat lah pulak.huhu.Apa yang dirasa sepanjang kena tuh?
Best jugak...(merana idup). Pada malamnya, demam yang tinggi, badan rasa panas, pedih boleh buat menangis sorang-sorang. Sakit teramat sangat pun ada pada badan.
Tanda-tanda awal apa pulak yer?
- children sometimes have a prodrome of fever, malaise, headache, lack of appetite, and mild abdominal pain for 1 to 2 days
- the rash typically appears first on a child's trunk, scalp, and face and consists of small, very itchy, flat red spots, which then turn into raised fluid filled vesicles, often described as looking like a 'dewdrop' that become umbilicated and cloudy and eventually crust over
- the fever only lasts about 2 to 4 days
- new 'crops' of the rash on the child's trunk and then arms and legs continue for about 4 days
- all of the lesions are crusted over about 6 to 7 days after the illness began
- the crusts then fall off in another 7 days, although it sometimes takes up to 20 days, usually without scarring
More serious symptoms that might indicate a complication of chicken pox has developed include redness around the base of skin lesions, a cough and difficulty breathing, or any neurological symptoms, such as slurred speech, severe headache, vomiting, seizures, or trouble walking.
JIKA terdapat tanda-tanda awal, baik awal-awal pergi jumpa doktor.
Nak Rawat Macam mana yer???
Bersabar ajer lah. Panas pedih tuh mula-mula nak hadapi memang duka lara lah. Just jangan fokus pedih, fokus mender lain untuk elak kepanasan dan kepadihan itu (ayat cilok dr). First, amik jerAcetaminophen. Patients with chicken pox typically have viral-type, prodromalacetaminophen (Tylenol) with doses determined by the weight of the patient. Children should never be given aspirin or medications containing aspirin for chicken pox or any other viral illness because of the risk of Reye's syndrome. Soothing Baths
Frequent baths are sometimes helpful to relieve itching. Adding finely-ground (colloidal) oatmeal such as Aveeno can help improve itching. Oatmeal baths can be prepared at home also by grinding or blending dry oatmeal into a fine powder and adding about 2 cups to the bath water. One-half to one cup of baking soda may also be added to bath water to reduce itching. Lotions
The most common lotion used for chicken pox is Calamine lotion. This or any similar over-the-counter preparation can be applied to the blisters to help dry them out and soothe the skin. Pastu, Antihistamines.
Cara mudah yang saya lakukan ialah:
1. Mandi Ais ( menurut nasihat orang yang pakar lah dan saya ikut. Katanya, supanya keluar tekanan dalam badan tu. Saya buat dan rasa lega jer, tapi tahan lah sejuk tuh, letak ais banyak-banyak campur sikit air, dan jirus jer. Baca bismillah selawat banyak kali niat untuk buat ubat tawwwW..!)
2. Kalau dah mandi tu, kena la jugak sabun, nak clear badan dulu pun ok pastu mandi ais. Tak pun nak mandi ais dan sabun tu pun ok jugak. Buat lah apa yang anda rasa patut.
3. Pas mandi tuh, saya taruk ubat doktor bagi. Lotion Dermoplex kat kotak lotion tuh. Cecairnya warna pink. Taruk dengan kapas atau tisu, atau cotton bike pun ok gak. Jangan taruk dengan tangan, takut tangan tuh ada kuman and bakteria jer..
4. Makan dan minum ubat yang doktor bagi. Vitamin pun doktor bagi, kalau dia tak bagi, mintak jer kat doktor sebab vitamin tu best. Manis..hehe...Actually, vitamin tuh membantu untuk bijik-bijik tuh ilang, baik untuk kulit. Hisap jangan duk telan pulak.
5. Kata orang tua, berpantang, tapi saya ikut jer la. Jangan duk makan kicap udah, nanti berparut ler muka tu...Kalau nak makan, ayam boleh tapi pastikan bahagian berisi contoh dada ayam, dan part-part banyak isi (untukng sikit cmtu..best ler..hehe). Pastu, jangan makan telur dan benda-benda gatal yang lain. Makanan pedas jangan makan, tapi saya makan ok jer,..tak ada apa kemudaratan pun. Malahan kita sering dengar orang suh minum air kelapa. Bergantung pada anda nak minum ke tak. Better tak yah minum. Tapi orang tua kata biar keluar semua. Ermm...ikutlah pada diri anda. Sebenarnya, xkeluar smer pun tak per...niat kuar mana yang ada tu jer (menurut orang yang....). So, tak minum pun tak per, minum pun tak per...Saya mula-mula tak minum, tapi kebetulan tengok air kelapa tu, terliur, minum gak sikit. Hehe...
6. Mandi kena kerap, tapi orang kata jangan mandi. Saya mandi jer sebab nak cuci kulit tu..kalau tak memang la gatal jer. Ada pantang kita kena ikut, dan ada yang tak perlu ikut. Ikut logik la jugak.
7. Baju tuh, selalu la tukar, dan pas kena tuh, clear sumer baju, pakai baju yang tak sayang la masa kena tuh, nanti cuci dengan air panas sebab nak hapuskan bakteria dan virus verricella tuh.
8. Apa yang penting ubat hospital tu jangan tinggal, Lotion yang doktor bagi setiap lepas mandi wajib letak.
Alhamdulillah, ramai sahabat bertanya, kenapa saya tidak ada bekas parut. Itulah yang hanya saya lakukan, mungkin disebabkan vitamin juga saya makan. Semua ubat tu diberikan oleh doktor. Sepanjang kena chicken pox, hanya berdikari dan dibantu oleh rakan-rakan sahaja dan tinggal di kolej tidak pulang ke rumah. Masa sakit sememangnya nak pulang, tapi bagaimana dengan pembelajaran, even tak pergi kelas, kna kuarantin,..bergantung pada pemilihan anda sendiri lah mahu pulang ke tidak. Saya bersebab dan ada perkara yang perlu diselesaikan. Jadi, bersediakah anda untuk mengalami chicken pox. Memang perit untuk hadapinya, namun,..semua itu akan berakhir. Amalkan apa yang saya amalkan, insyaAllah, tiadalah parut. Menda itu orang paling takutkan. Jika bersama rakan-rakan, ketiadaan ibu bapa, minta bantuan rakan yang dah terkena chicken pox untuk tolong letakkan ubat. Itulah yang saya lakukan. Setakat itu sahaja. Semoga perkongsian ini, anda boleh jadikan rujukan agar anda juga tidak mengalaminya ke "fade up" an seperti mula-mla saya alami hingga emosi pun cam nak terbalik, sakit. Alhamdulillah, target untuk sembuh itu perlu ada, dan pastinya, berdoa agar target kita dengan target ALLAH selaras dan Allah membantu kita sihat dan mencapai target kesihatan itu dengan baik. Seminggu sahaja, sakit hilang baik seperti sedia kala. InsyaALLAH. Setiap penyakit ada ubatnya.
HRB-novel
http://azizyatim.blogspot.com/2008/05/peranan-kaunselor-pelajar-di-sekolah.html
Tuesday, September 9, 2008
Pengorbanan Vs Realti
.jpg)
My Dad ketika umur 31
My Dad 40years

Aku, ira, cikgu wan, junior syawal...hotel river view..

Ketika usia 16 tahun bersama rakan-rakan baru dikenali, mewakili negeri ke Perkhemahan Aku, Farhana ( SmSains Machang), Hasliza, Fatimah( smSains machang)

Palm Garden Hotel Putrajaya with my Pk Bahasa, cikgu Khabsah: Pidato Kebangsaan BPR
1.jpg)
Zaman lamer2 masa tingkatan 4..80 km xpdc: Ujian Pentarafan Raja
Zaman hingus-hingusan yang kuhargai..huhuhu
Sunday, September 7, 2008
Pendaftaran Kursus- Minor
Sunday, August 24, 2008
Tanggungjawab
Gambar bersama kawan-kawan yang ada buat jurnal, Yati lak saja2..smbil belek2 kamus...dan aku mengupdate blog sambil menyemak tugasan rekabentuk. Huhu 
Jurnal Psikoanalisis yang telah saya olah semula...semak balik sebelom diantor..chek jgn x chek..hehe
Asgmnt Delenkuensi...En.Taquddin..ni pasal kajian aku tu..huhuhu dah beres..tunggu nak hantar jer...aku suka buat research pasal ni..banyak yang aku tak tahu jadi tahu....
Thursday, August 21, 2008
Anugerah
Alhamdulillah..blog ini telah kembali normal kerana akibat kekangan yang berlaku. Kekangan teknikal. Kekangannya, aku tersilap tukar layout, alang-alang ingin canggih tapi tersasar canggihnya, semua item-item di tepi hilang. Susah juga akhirnya kembali. Kejadian berlaku apabila dialih bahasakan ke bahasa Inggeris. Sebelum ini dalam B.Melayu jadi sukar pula kerana seperti juga dalam telefon. Jika dialih bahasanya menjadi pening yang biasa aturan guna dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi Bahasa Melayu. Namun, baru aku faham, alat jika diguna dalam BI jadi lain, Tapi kalau membaca jurnal ke, artikel kalau boleh dan paling suka dalam B.Melayu. Baru sedar kadang-kala BI memang penting dalam kendalikan alat. Apapun, aku risau juga akibat aku frust masa form 5, BI aku makin menjadi seperti sekarang. Sederhana. Al-kisahnya, masa trial aku dapat A, tetapi, exam sebenar aku dapat B. aku frust terus sampai usia aku 21 tahun. Sekarang aku beransur-ansur untuk mempelajarinya kembali memandangkan aku perlu pergi melangkah jauh perlu dengan Bahasa Inggeris. 
Wednesday, August 20, 2008
Motivasi Kendiri- Bersama Renungi

~cikgu Afiti~
Monday, August 18, 2008
Konvokasyen
sayer nak pergi sekolah
Kak Det nak g konvoPengumuman Pelajar Wanita Upsi
Pusat Pengajian Siswazah Upsi???
UNIVERSITI Perguruan Sultan Idris (UPSI) melantik pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hasan sebagai Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UPSI berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Dr. Mohd Yusof yang merupakan seorang pakar dalam bidang pemikiran dan kesusasteraan moden menggantikan Prof. Madya Dr. Nagendralingan yang sebelum ini merupakan penyelaras pusat berkenaan.
Pusat Pengajian Siswazah itu tidak mempunyai pemimpin tetap sejak Oktober 1999.
Menurut Dr. Mohd Yusof, tugas utamanya sekarang adalah untuk memantap pusat tersebut dengan mengembangkan pendidikan dan ilmu pengetahuan di peringkat siswazah melalui penambahan bilangan siswazah dalam pelbagai bidang pendidikan.
``Selain itu misi pusat tersebut adalah untuk memenuhi hasrat dan keperluan Islam tentang pendidikan dan ilmu pengetahuan, mengatur dan mengadakan strategi pembangunan pendidikan,'' katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sejajar dengan wawasan itu, beliau bercadang untuk mengadakan sistem yang mantap untuk program sarjana seperti kerja kursus sepenuh masa.
``Kita akan memperuntukkan kira-kira 42 jam kredit yang boleh ditamatkan dalam tempoh tiga semester atau satu setengah tahun,'' katanya.
Kuliah-kuliah akan diadakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membolehkan para pelajar dari semua negeri di Semenanjung Malaysia mengikutinya.
Pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) pula, beliau bercadang mengadakan kaedah atau mod penyelidikan sepenuh masa di bawah penyeliaan para Profesor dan Profesor Madya di UPSI sendiri.
``UPSI juga akan mengembangkan program Bahasa Melayu ke dunia Melayu dengan menawarkan program pasca siswazah itu kepada pelajar-pelajar dari negara Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Laos,'' ujarnya.
Pada masa ini pusat berkenaan mempunyai pelajar-pelajar dari selatan Thailand.
Di samping program sarjana dan PhD, pusat pendidikan pasca siswazah bercadang menawarkan program profesional dan berprestij seperti Doktor Pendidikan (EdD).
Program itu ditawarkan kepada tokoh-tokoh yang terkenal dari dalam dan luar negara yang berpengalaman dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan syarikat.
Penilaian kursus peringkat siswazah itu katanya, akan dibuat oleh tokoh-tokoh pendidikan di dalam dan luar negara sebagai pemeriksa luar bagi calon-calon peringkat sarjana dan PhD.
Sementara itu Pusat Pengajian Siswazah UPSI yang menerima pelajar pertamanya pada 1999, kini mempunyai 125 pelajar sarjana (MEd) dan 25 pelajar Doktor Falsafah (PhD).
Program yang ditawarkan ialah Bahasa dan Kesusasteraan, Sains dan Teknologi, Seni dan Muzik, Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Sains Sosial serta Pengurusan dan Ekonomi.
Sekretariat Upsi
Turut bekerjasama menjayakan pertandingan itu ialah Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI.
Pertandingan dikenali Rakan Muda National IPT Eco (Nieco) Challenge Merdeka 2004 itu akan diadakan di sekitar UPSI, Tanjung Malim, Behrang, Slim River dan Hulu Bernam.
Pengarahnya, Ezzad Ghuzlan berkata, sasaran peserta ialah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS); ahli persatuan atau kelab rekreasi; jabatan, firma dan syarikat serta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.
Menurutnya, pertandingan itu antara lain bertujuan untuk mempromosi sukan lasak sebagai medan cabaran rekreasi terbaik di Malaysia.
Katanya, ia juga diadakan untuk menarik minat generasi muda melalui cabaran disiplin pertandingan sekali gus mendedahkan masyarakat kampus dan luar mengenai prospek sukan lasak yang semakin berkembang.
``Objektif lain adalah untuk mengajar peserta menghayati kemerdekaan serta mengharungi cabaran-cabaran yang dipertandingkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tema pertandingan tahun ini ialah Gaya Hidup Sihat Pemangkin Kemerdekaan Sejagat.
Mengulas lanjut, skop pertandingan ialah format cabaran serta berkumpulan dengan saiz setiap kumpulan ialah tiga orang.
Kategori yang dipertandingkan pula katanya ialah IPT Lelaki dan Campuran serta Kebangsaan Lelaki dan Campuran.
Ezzad berkata, disiplin yang disediakan untuk pertandingan tahun ini ialah larian, mendaki tembok batu, merentas hutan, berbasikal gunung, kayak, cabaran misteri, orientering, menuruni tebing sungai dan water tubing.
Menurutnya, setiap peserta kategori kebangsaan terbuka lelaki dan campuran, masing-masing akan dikenakan yuran sebanyak RM350.
Manakala yuran kategori intervarsiti terbuka dan campuran ialah masing-masing RM300.
``Peserta juga akan menerima baju T kejohanan, sijil penyertaan, sijil menamatkan kejohanan, makanan, penginapan, insurans berkelompok, pengangkutan dan hadiah sampingan,'' katanya.
Mengenai hadiah, pihaknya menyediakan hadiah untuk tempat pertama hingga keempat bagi setiap kategori.
Hadiah wang tunai Kategori IPTA dan IPTS (Lelaki dan Campuran) bagi johan ialah RM1,200; naib johan RM900; ketiga RM700 dan keempat RM400.
Sementara itu, johan untuk Kategori Kebangsaan (Lelaki dan Campuran) akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500; naib johan RM1,000; ketiga RM800 dan keempat RM500.
Semua pemenang bagi kategori berkenaan turut menerima hamper dan sijil
Azah, 80, dan Abdul Rahman, 72, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun sempena Istiadat Konvokesyen Ke-10 universiti tersebut.
Azah dianugerahkan ijazah kehormat tersebut kerana ketokohannya dalam bidang kebudayaan dan kewartawanan manakala Abdul Rahman di atas jasanya terhadap bidang pendidikan negara sejak lebih 30 tahun lalu.
Sementara itu, dua guru diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis tersebut iaitu Mohd. Khairi Mat Saaid @ Abdullah, 32, dan Lim Siew Hui, 42.
Mohd. Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Sains Sukan, manakala Siew Hui dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Pengurusan Pendidikan.
Seorang lagi menerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Nizam Jamil, 32, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Sains Sukan.
Mohd. Khairi, 32, ketika ditemui berkata, penat lelahnya belajar selama ini telah membuahkan kejayaan yang membanggakan keluarganya.
Tahniah Anak Kandung Suluh Budiman
Penerima Ijazah Pendidikan Biologi, Nazarul Shima Rosmi dan Nazarul Shida Rosmi, 23, merupakan pasangan kembar seiras yang tidak pernah berpisah sejak dilahirkan.
Kedua-dua mereka yang bercita-cita ingin menjadi pendidik sejak di bangku sekolah, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan.
''Kini, kami menyimpan hasrat supaya ditugaskan bersama di sebuah sekolah," kata Nazarul Shima dan kembarnya yang berasal dari Beseri, Perlis, ketika ditemui selepas menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu.
Satu lagi pasangan adik-beradik iaitu M. Jayanthi, 35, dan M. Subashini, 33, pula memberitahu, ijazah yang diperoleh bakal mengubah kehidupan mereka lapan beradik selepas ini.
Menurut Jayanthi, dia dan adiknya masing-masing bekerja keras untuk cemerlang dalam pelajaran dan gembira akhirnya berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan.
Selain itu, katanya, kejayaan hari ini juga adalah berkat doa daripada ibu bapa mereka yang banyak berkorban selama ini.
''Selepas ini, kami akan bantu adik-adik yang lain meneruskan pengajian mereka supaya boleh mengubah taraf hidup kami pada masa depan.
''Kami sekeluarga menyedari tanpa pelajaran dan ilmu pengetahuan, kita tidak akan mampu untuk bersaing," katanya.
Sementara itu, pasangan suami isteri, Mohd. Zailirudin Abdul Aziz, 33, dan isterinya, Kasidah Abdullah, 30, mengakui terlalu banyak rintangan yang dihadapi semasa mula-mula menyambung pengajian di UPSI.
Namun, berkat kesabaran dan muafakat, katanya, mereka akhirnya berjaya meneruskan pengajian dan memperoleh apa yang diidamkan sewaktu mula melangkah kaki ke sini beberapa tahun lalu.
''Kejayaan ini juga merupakan berkat pengorbanan kedua ibu bapa kami yang selalu memberikan sokongan agar kami meneruskan pengajian sehingga tamat," kata Mohd. Zailirudin.
Pasangan suami isteri ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Penganugerah ijazah hari ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.
Kampus oh Kampus dan Kisah Manis Insan-insan
Canselor UPSI, Tuanku Bainun bertitah, dengan siapnya projek itu bakal menyaksikan sebahagian besar warga UPSI, pelajar dan staf serta infrastruktur dan prasarana akan berpindah ke kampus baru selewat-lewatnya tahun 2010.
Baginda bertitah, ini secara tidak langsung masalah penempatan pelajar dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi dengan pembangunan di kampus baru itu.
''Perkembangan UPSI dalam bidang pendidikan akan dapat berjalan seiring dengan pembangunan demi memberi yang terbaik kepada para pelajar dan staf untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing demi kejayaan UPSI," titah baginda di sini hari ini.
Tuanku Bainun bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen Ke-10 UPSI bagi sidang pertama di kampus itu di sini.
Sejumlah 67 graduan menerima Sarjana Pendidikan dan 872 graduan menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah bagi sidang pertama ini.
Titah baginda, program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah itu menjadi bukti kemampuan UPSI melaksanakan dasar dan hasrat kerajaan untuk menampung keperluan guru berijazah di seluruh negara.
''Program ini merupakan satu simbol kepercayaan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran terhadap kemampuan UPSI melaksanakan program-program baru demi mencapai wawasan pengajian tinggi negara," titah Tuanku Bainun.
Sehubungan itu, titah baginda, UPSI perlu meningkatkan pencapaian dalam bidang penyelidikan dan perundingan serta mengantarabangsakan universiti agar ia menjadi pusat rujukan dan tumpuan serantau.
Tuanku Bainun bertitah, ini dapat dilihat melalui program-program pertambahan tenaga pengajar yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan pengambilan pelajar asing yang lebih teratur dan meluas.
Tuanku Bainun bertitah, penubuhan Fakulti Teknikal dan Vokasional serta penawaran program-program teras tetapi dengan alternatif pendidikan menjadi langkah penting mencapai kejayaan yang diimpikan.
''Selain itu, Pusat Kajian Pedagogi akan ditubuhkan sebagai pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan di peringkat serantau.
''Penubuhan pusat ini menampakkan hasilnya apabila beberapa agensi terutama Kementerian Pelajaran telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan menggemblengkan tenaga menjayakan pelaksanaannya," titahnya.
Tuanku Bainun bertitah, Institut Pengajian Siswazah (IPS) di UPSI sudah menawarkan program Sarjana dan PhD dalam bidang bukan pendidikan.
Sehingga hari ini, 158 program ditawarkan di peringkat sarjana dan 59 bidang PhD dan daripada jumlah itu, 102 program ditawarkan dalam Sarjana Pendidikan serta 33 program PhD dalam bidang pendidikan.
Titah Tuanku Bainun, selain program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang ditawarkan IPS, IPS juga melaksanakan program kerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran untuk program sarjana bagi pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan program Diploma Pendidikan dengan Kolej Polytecah MARA.
IlmuSehubungan itu, Tuanku Bainun mahu setiap guru yang meninggalkan UPSI dapat menyampaikan ilmu dan pengajaran yang berguna dalam memartabatkan pendidikan negara.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Samsuring Meli, 39, adalah antara 67 graduan yang menerima Sarjana Pendidikan hari ini.
Beliau yang merupakan graduan bukan guru menerima Sarjana Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) daripada Tuanku Bainun.
Bapa kepada tiga anak itu menjadikan kegagalan pada masa lampau bagi meraih kejayaan bagi diri dan keluarganya.
''Kejayaan saya ini adalah berkat sokongan dan dorongan keluarga terutama isteri Juwariah Muda, 38, yang membakar semangat untuk terus belajar," katanya ketika ditemui di sini.
Samsuring berkata, dia pernah gagal ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1988 dan 1996.
Namun kegagalan itu, jelasnya, tidak melemahkan semangat sehingga dia berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) di UPSI pada 2003.
''Saya akan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD selepas ini," katanya yang kini bertugas di Ipoh.
Sementara itu, sepasang suami isteri guru, N. Rathakrishnan Naidu, 45, dan isterinya D. A. Alexander Etro, 42, yang mengalami kepayahan berulang alik dari Ipoh ke sini berbaloi apabila menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahagian Inggeris Sebagai Bahasa Kedua).
''Saya dan isteri berkorban kesusahan setiap minggu untuk mengikuti kuliah di sini. Saya juga terpaksa meminta ibu bapa untuk menjaga dua anak berumur tiga dan 12 tahun kerana mahu mengejar kejayaan ini," katanya yang turut mendapat sokongan isterinya itu.
Sementara itu, lapan orang guru menerima Anugerah Kecemerlangan Pingat Emas Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob.
Mereka ialah Chan Seow Hong (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian Kelas Pertama; Alina Abdullah (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Kelas Pertama; Nik Mohd. Zaki Nik Mohamed (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Kelas Pertama dan Norsuzila Mansor dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Kelas Pertama.
Empat penerima lain ialah Loke Li Mun (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) Kepujian Kelas Kedua Atas; S. Mogana (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) Kelas Kedua Atas; Fairus Fariza Zainudin (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Kelas Kedua Atas dan Norazlina Musa dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) Kelas Kedua Atas.
Berita zaman Lama
UPM yang diwakili oleh Tizreena Mohd. Ismail, Muhammad Yunus Zakariah dan Sucharit Pongprakyun mendapat tempat ke-105 daripada 276 pasukan yang bertanding.
Tizreena berkata, pasukannya diberi masa 15 minit untuk menyediakan bahan debat dan jangka masa itu tentunya mencabar minda mereka.
Menurutnya, antara tajuk yang dibahaskan pada kejohanan itu ialah Kita Sepatutnya Membebaskan Industri Yang Gagal dan Serangan 11 September: Dasar Luar Negara Amerika Syarikat Patut Dipersalahkan.
``Sebelum ke Kanada, kami berlatih sebanyak dua kali dalam seminggu serta banyak kali menyertai pertandingan persahabatan dengan universiti awam yang lain,'' kata pelajar tahun dua, ijazah Sarjana Muda (SM) Bahasa Inggeris itu kepada Dunia Kampus.
Kejohanan yang berlangsung dari 27 Disember 2001 hingga 6 Januari 2002 itu diadakan setahun sekali.
Pada kejohanan itu, Malaysia menghantar pasukan debat dari UPM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Multimedia (MMU).
Pasukan debat dari UIAM mendapat tempat ke-81 dan ke-104.
Muhammad Yunus yang merupakan pelajar tahun dua, ijazah SM Kejuruteraan Mekanikal pula berkata, kejohanan itu banyak memberi pendedahan kepada mereka terutama dari segi bertukar-tukar idea dengan pelajar universiti lain.
``Kami berpeluang berkongsi maklumat, pengalaman dan idea dengan pelajar dari universiti-universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford, Universiti New York dan Universiti Monash,'' katanya.









