Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, September 7, 2008

Pendaftaran Kursus- Minor

Assalamulaikum wbt. Pada kesempatan ruang masa yang ada 7 minit ini, walaupun aku nak siapkan banyak benda pada malam ni..aku ingin berkongsi sesuatu tentang pendaftaran kursus untuk sem depan. Kalau aku tak tulis kat blog ni, tak freedom pulak hati dan pemikiran aku. Pendaftaran kursus telah selamat aku daftarkan pada hari khamis minggu lepas pada 5 haribulan Ogos 2008. Pada kali ini, kemungkinan ada kekeliruan bagi pelajar kaunseling kerana pada semester depan kami akan fokus kepada minor masing-masing. Sebelum ini, kami dikatakan tiada minor...walaupun implisitnya minor kami ialah psikologi kaunseling. So dikatakan tiada minor kerana iras dan tidak lari daripada subjek kaunseling juga. Pada semester enam kami wajib memilih satu minor samada bimbingan dan kaunseling kanak-kanak atau kaunseling Islam. Aku juga sebelum itu dalam pemilihan dan banyak survey daripada senior-senior aku lakukan. Aku juga minat bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Menarik juga. Malahan pasal kaunseling Islam juga menarik perhatian aku untuk mempelajarinya. Kedua-duanya penting bagi aku untuk kehidupan aku dan juga perancangan aku. Walau bagaimanapun, aku memilih untuk mengambil subjek kaunseling Islam akhirnya. Ramai sahabat-sahabat memilih kaunseling kanak-kanak. Berpecah lagi kami nampaknya. Disebabkan plan aku yang telah aku rancang dan sebab musabab projek yang aku ingin lakukan, aku memilih kerana untuk kepentingan untuk diri aku dan perancangan semuanya. Malahan, aku kuatkan juga, walaupun aku tiada asas dan aku tidak pernah belajar di sekolah agama, tidak bermakna aku tidak layak dan harus menarik diri daripada mempelajarinya. Jadi, bila lagi???SEKARANGLAH! Terdetik juga disebabkan pengaruh aku berfikir pada sebelum itu dengan seseorang tentang pengkajian makhluk halus @iblis dengan psikologi manusia. Tidak disangka terkebetulan pula. Jadi, ditambah pula niat aku pada semester tiga lagi untuk mengambil minor ini, jadi, pada hari tersebut aku telah mendaftar untuk mengambil minor itu. Dalam teori realiti mengatakan aku harus bertanggungjawab terhadap pilihan yang dilakukan. Memang benar. Tidak kira lah disuruh menghafal ayat ke surah apa-apa ker dalam minor itu, nak tak nak aku kena lakukan sebab bagi aku bab penghafalan ini aku tidak berapa suka sebab aku lebih suka imiginasi. Justeru, pada masa itu aku perlu memikirkan tekniknya dan aku harus bertanggungjawab terhadap pemilihan yang aku lakukan. InsyaALLAH macam manapun, aku akan bertanggungjawab dengan positifnya. Semoga permulaan kepada minor itu, aku akan meneruskan pengkajian aku untuk masa depan aku. Sem 7 pula pembaharuan telah dilakukan oleh universiti. Biasanya sem 8 praktikum. Namun, perubahannya bermula tahun ini, kami kena praktikum masa sem 7 dan masuk balik pada sem lapan. Kami akan kembali ke UPSI dengan gelaran guru pula. Kenangan bersama di sini tidak akan dilupakan. Masa yang ada ini, aku harus menghargainya sebagai pelajar bimbingan dan kaunseling yang terarah diri, cita-cita, fokus dan matlamat. Terima kasih.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42