"InsyaLLah saya doakan.." andainya perkara ini baik baginya.. bagi agamanya..bagi dunianya dan bagi akhiratnya.. maka kurniakanlah apa yang dihajatinya Y a Allah"-Terima kasih Cikli
Mood today:
Mood today:
1. Jika saya mempelajari sesuatu yang hebat, maka saya perlu sedar bahawa ilmu itu Ilmu Tuhan.
2. Jika saya terjatuh, saya perlu bangun dan bangkit semula kerana kejatuhan mengajar saya untuk lebih menghayati dalam mencapai kejayaan yang bakal menanti di hadapan.
3. Jika saya selalu sihat, jangan lupa saya juga akan sakit kerana Tuhan ingin mengigatkan saya kerana hidup tidak sentiasa senang seperti yang ingin saya jangkakan, kerana sakit yang diberi Tuhan itu ialah ubat dan penawar pembersihan hati dan jiwa saya. Walaupun sakit, sukar untuk mengharunginya, bersabar itu membentuk hati yang menerima tanpa syarat ketentuan Tuhan dan belajar untuk ketenangan diri. Bersyukur jika diberikan kesakitan walaupun kita tidak mahukannya!
4. Saya perlu sedar konsep redha dan memupuk diri untuk menerima segala yang Tuhan beri kepada saya agar menerima segala ujianNya hingga pada satu tahap diri akan merasakan Nikmatnya ujian Tuhan.
5. Jangan lawan arus yang Tuhan berikan sehingga diri tersasar jauh dan tergelincir, kembali kepada ingat siapa diri dan Dia agar Tuhan memberikan kekuatan semula pada diri.

*Perkongsian hari ini sebab tidak tahu untuk tulis apa. Tiba-tiba rasa nak tulis.Sekian Terima Kasih. Selamat membaca. Senyum sokmo. Khopkhun mark cha..(**)
No comments:
Post a Comment