Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Wednesday, September 24, 2008

Perkembangan Ingatan dan Metaingatan


Al kisah hamba mencoret laporan makmal kaunseling, hamba berehat seketika. Hamba berehat sambil mengerjakan YM dengan gelak ketawa dengan cikgu hamba, EN.A berbincang pasal lagu di blog. Selingan itu juga hamba membaca karya Mohd Daud Hamzah, PHd. USM yang memberitakan "Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran". EE..apa punya bahasa nih!Berbalik kepada bahasa yang betul senang orang nak paham...

"Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran" oleh Mohd Daud Hamzah, Phd.UsM.Buku itu kepunyaan ayah aku. Buku itu bertukar tangan apabila aku meningkat dewasa. Ketika itu aku masih kecil dan buku itu sering ayah aku baca dan kini menjadi milikku. Aku membelek-belek buku itu selepas membuat laporan Kaunseling, Dr. Jazimin. Sambil membaca, aku berYM dengan En.A. Aku ingin kongsikan iaitu, satu konsepsi ingatan melibatkan usul tentang wujudnya tiga sistem ingatan iaitu ID (Ingatan deria), IJPEN (Ingatan jangka pendek), dan IJPAN(Ingatan Jangka Panjang). Permula ingatan ialah dengan ingatan deria kemudiannya disalurkan kepada iJpen dan kemudiannya perlambangan oleh IjPan dan disimpan secara kekal dan akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Dalam ingatan jangka panjang, Tulving (1972) menyatakan terdapat dua jenis perlambangan iaitu ingatan episod dan ingatan semantik. Ingatan episod merupakan perlambangan peristiwa/kejadian/episod pengalaman. Selang dengan masa pula, ingatan episod bergabung dengan ingatan semanti. Ingatan episod akan lenyap kerana menjadi sebahagian daripada komponen ingatan semantik. Ingatan semantik pula sistem rangkaian makna yang mnejadi himpunan skema-skema (seperti yang dipelajari dalam psikologi sosial dan psikologi pendidikan) pengetahuan seseorang. Jadi, memang benarlah, jika seseorang pelajar tidak mengigat, kemungkinan sesuatu halangan yang menghalang untuk IjpaN dan IjpeN. Mungkin konsep masuk telinga kanan keluar telinga kiri itu ada kaitan. Manusia itu pelbagai. Anggap lah manusia itu sebagai buku. Setiap manusia yang ada ini merupakan ilmu bagi manusia lain. Melalui manusia-manusia yang hadir ini, banyak yang kita boleh baca. Sebab itulah mereka aku katakan sebagai buku. Jadi, seorang guru, wajar memahami konsep ini dan memahami pelajar bukannya menghukum pelajar dengan menganggap pelajar tiada potensi. Inilah persepsi salah yang perlu diubah. (hope aku tidak menjadi guru seperti ini). Usaha membantu, mendiagnos kekuatan dan kelemahan pelajar,potensi mereka menjadi aset bernilai dalam usaha memanusiakan manusia. Aku berharap aku mampu menjadi pendidik yang mendidik dan terdidik serta dididik. Ketika aku menulis entri ini, wajah-wajah ibu bapa aku, guru-guru (cikgu aku sekolah dulu dan pensyarah aku)terbayang-bayang dihadapan mata aku dan termasuklah orang-orang yang banyak membantu aku dalam aku memperoleh ilmu dan pengetahuan yang mereka sudi kongsikan bersamaku. Jasa kalian tidak sesekali aku lupa. Semoga Tuhan menempatkan mereka ini di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat kelak. Doakan kejayaan anak didikmu ini kerana aku masih belum berjaya, banyak yang masih aku tidak tahu dan perlu belajar. Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

AfitiSaya gembira membaca blog anda bila anda menulis dengan menggunakan BM yang betul dan tidak dicampuradukkan sehingga tidak diketahui apa jenis penulisan itu. Inilah cara terbaik melatih diri menulis dalam BM supaya BM tidak menjadi bahasa yang tidak tentu arah seperti yang terdapat dalam blog yang saya terjumpa sehingga tidak faham mesej yang hendak disampaikan. Jika bahasa SMS digunakan BM kita akan hancur dan dijadikan bahan ketawa oleh bangsa asing.Tahniah dan teruskan usaha.
Pn Zu

AFITI said...

Pertama sekali, terima kasih Puan Zu kerana sudi membaca entri di ruangan blog saya. InsyaALLAH..jika terdapat kelemahan yang perlu diperbetulkan, tegur-tegur lah saya. Yer..bahasa dan penulisan itu meggambarkan siapa orang nya dan juga personaliti orang itu. Bagi saya, apa yang ditulis itu ialah ketelusan ssorang itu memberi pandangan dan pendapat..Terima kasih ya Puan Zu, tapi saya tidak tahu,..siapa gerangan Puan Zu ni..hurmm..kalau terbaca komen saya ni, nanti bg alamat blog Puan yer..nnti boleh saya ke blog puan Zu.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42