Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 18, 2008

TANJONG MALIM 12 Ogos – Tokoh budayawan, Azah Aziz dan tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad masing-masing dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kesenian dan Doktor Pendidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Azah, 80, dan Abdul Rahman, 72, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun sempena Istiadat Konvokesyen Ke-10 universiti tersebut.
Azah dianugerahkan ijazah kehormat tersebut kerana ketokohannya dalam bidang kebudayaan dan kewartawanan manakala Abdul Rahman di atas jasanya terhadap bidang pendidikan negara sejak lebih 30 tahun lalu.
Sementara itu, dua guru diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis tersebut iaitu Mohd. Khairi Mat Saaid @ Abdullah, 32, dan Lim Siew Hui, 42.
Mohd. Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Sains Sukan, manakala Siew Hui dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Pengurusan Pendidikan.
Seorang lagi menerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Nizam Jamil, 32, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Sains Sukan.
Mohd. Khairi, 32, ketika ditemui berkata, penat lelahnya belajar selama ini telah membuahkan kejayaan yang membanggakan keluarganya.

1 comment:

Anonymous said...

cik gu khairi ni rakan setugas saya sekarang di sini, s/u sukan sek... haha
tp dia mcm xminat utk sambung belajar jd pensyarah walaupun peluang terbuka luas... lebih selesa dan seronok jd cikgu...
dapat anugerah pelajaran di raja mmg hebat...

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42