Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, August 9, 2008

A massage : A motivation to MY SELF and U

Smile @ Sengeh

kat Umh emak dan ayah angkat


Bersama Kawan-kawanku


Kisah Seekor Kupu-kupu Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut.

Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut. Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal.. Kita memohon kebijaksanaan...Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang. Kita memohon kemakmuran...Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran. Kita memohon cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.

2 comments:

aira said...

assalamualaikum
k.fiti..
x disangka kita ada minat yg same...
psikologi..
kagum ngn akak..
msok mcm2 aktvti..
wana nk wat gak cmtu tp wana nk stabilkn dlmn wana tok aktf...
spya x tension sgt...
heee...
tq akak...kate2 akak bg smngat kt wana..
t kite smbot bsday sme2 k...
leh kn...
=)
ilal liqa'

AFITI said...

yes..biasanya org y lahir pd bulan y sama mmpunyai ciri-ciri dan perwatakan y sama..cuma kita mengharugi sstu itu pada situasi yang berbeza..insyaallah...kalau nk join apa2 gtau pd akak..akak leh tlg..mnt debat x...?nnti join kelab debat..sbb nk ahli..boley..nnti kita smbut bestday sama2 yer...InsyaALLAH..yer..bgus nk stbilkan dalaman..sebab segala luaran kita bermula daripada dalaman..ada paper..ym la akak yer..utk dikongsi...InsyaALLAH..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42