I would like to share with U, about my lecture for today. Today is subject Delenquency of Children and Teenagers. My lecturer En.Taquddin Abd Mukti shared with us about one word " Obsessive Compulsive" because- the story of psycho man. Do U want to know what is Obsessive Compulsive..?hehe..dalam bm lak... Ni hanya selingan sahaja masa lecturer aku bagi break lima minit sambil menyembang. Ringkas cerita pkataan ni merujuk kepada sikap was-was. Al kisahnya, seorang pesakit di Tanjong Rambutan yang bersandar di dinding dengan gayanya, berjam2..lepas tu tukar gaya lain plak...sehingga dia dapat pegang dinding. Lepas itu, my lecturer bagi plak contoh, was-was nak keluar rumah..tarik pintu banyak kali, lepas tarik-tarik..and tarik...aku sempat juga menjampuk, mandi sabun banyak kali. Lecturer aku mengiyakan dan menghuraikan contoh itu. Aku tahu pun dari mak aku pasal sabun banyak kali ni time mandi. Aku menjampuk lagi, aku cakap., kalau la makan pun was-was...tak tahulah macam mana. Seisi kelas gelak pasal was-was makan ni,..Lecturer aku pun gelak jugak, dia kata kalau makan ni tak la pulak was-was kan..,nasib baik la..aku mencelah, mujur ada perut yang mengigatkan. Dia tersenyum,.dan mengatakan ha'ah...Lepas tu dia berkongsi pasal lecturer nya masa dia belajar di sebuah maktab sebelum dia mask universiti dan meneruskan master, dan pengajian selanjutnya,..lecuturernya mengalami masalah mental. Sehingga pada suatu ketika dia pergi ke tempat awam yang biasa dia pergi dengan hanya memakai tali leher dan berkasut tanpa memakai baju dan seluar. Otaknya sangat bijak dan memang brilliant. Kisahnya lagi, dia pernah membakar jaguar nya kerana tesis nya semasa PHD, dicuri orang. Beliau juga merupakan bapa kepada seorang pelakon terkenal di televisyen. Itu yang aku terkejut. Jehan Miskin. Bapanya dari sudut pemikiran amat tinggi sekali. Dalam kelas, menghisap rokok sambil mengajar. Aku menceritakan bukan untuk membukla aib orang, tetapi ambillah pengajaran. Aku kagum kerana kecerdikan dan ketertinggian ilmunya. Namun,....Apakah ini semua...?Aku mendengar kisah penceritaan lecturer aku dengan perasaan terkejut dan agak bersedih. Kita kembali dengan fitrah dan hakikat kita sebagai manusia tidak ada lain mencari kebenaran iaitu ALLAH SWT. Itu lah jawapannya. Masa ini, aku teringat tentang amanat guru aku sebelaum aku meninggalkan alam persekolahan," Afiti jangan terlebih berfikir dan berfikir jauh sangat..,". Kami selalu berbincang bersama-sama, dalam mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Cikgu aku menyatakan kepada ku kerana dia mengenali diri ku dengan amat rapat. Dia menyatakan pemikiran aku terlalu matang. Aku faham mansudnya. Dia menyuruhkan aku sentiasa mengadunkan pemikiran dengan ilmu-ilmu agama. Itulah yang aku sentiasa lakukan. InSyAllah amanat itu tetap aku pegang. Berfikir secara tinggi, kritis, dan matang serta kaitkan dengan ilmu ketuhanan memnjadi prinsip hidupku. Jika pencapaian tinggi melangit pun dari segi pemikiran tiada makna tanpa adunan ilmu ALLAH dan terpesonglah jawapannya. Aku berminat tentang ilmu tasawuf. Aspek kedua yang dikongsi semasa selingan dalam kelas sebelum menyambung pembelajaran iaitu tentang konsep pelabelan. Pelabelan sememangnya faktor pentinag dalam berlaku nya kes atau delenkuensi. Contohnya, seseorang kanak-kanak atau remaja yang terlibat dalam kegiatan mencuri, peringkat pertama mencuri secara tidak sengaja. Selepas itu, apabila rang sekeliling telah melabel dirinya mencuri, dia akan terdorong untuk mengekalkan sikap mencurinya itu. Aku teringat dalam subjek Psikologi Sosial yang aku pelajari, yang Puan Hapsah ajar. Katanya, individu apabila dilabel akan menerima labelan itu ataupun akan bertindak balas projektif. Maknanya, jika individu bertindak balas projektif, dirinya akan mengatakan tidak. Bahawa dia tidak akan mencuri selepas itu, dan cuba membersihkan dirinya daripada terus dilabel. Namun, jika individu menerima, maknanya " ah, dah orang tahu aku mencuri, mencuri jer lah". Itulah perkongsianku hari ini. Perkongsian ini hanyalah selingan daripada lecuturer ku semasa break 5 minit sebelum sambung pelajaran hari itu.
No comments:
Post a Comment