TANJONG MALIM 17 Ogos - Pasangan kembar, sepasang suami isteri dan dua beradik antara penerima ijazah dalam sesi kedua Istiadat Konvokesyen Ke-10 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini semalam.
Penerima Ijazah Pendidikan Biologi, Nazarul Shima Rosmi dan Nazarul Shida Rosmi, 23, merupakan pasangan kembar seiras yang tidak pernah berpisah sejak dilahirkan.
Kedua-dua mereka yang bercita-cita ingin menjadi pendidik sejak di bangku sekolah, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan.
''Kini, kami menyimpan hasrat supaya ditugaskan bersama di sebuah sekolah," kata Nazarul Shima dan kembarnya yang berasal dari Beseri, Perlis, ketika ditemui selepas menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu.
Satu lagi pasangan adik-beradik iaitu M. Jayanthi, 35, dan M. Subashini, 33, pula memberitahu, ijazah yang diperoleh bakal mengubah kehidupan mereka lapan beradik selepas ini.
Menurut Jayanthi, dia dan adiknya masing-masing bekerja keras untuk cemerlang dalam pelajaran dan gembira akhirnya berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan.
Selain itu, katanya, kejayaan hari ini juga adalah berkat doa daripada ibu bapa mereka yang banyak berkorban selama ini.
''Selepas ini, kami akan bantu adik-adik yang lain meneruskan pengajian mereka supaya boleh mengubah taraf hidup kami pada masa depan.
''Kami sekeluarga menyedari tanpa pelajaran dan ilmu pengetahuan, kita tidak akan mampu untuk bersaing," katanya.
Sementara itu, pasangan suami isteri, Mohd. Zailirudin Abdul Aziz, 33, dan isterinya, Kasidah Abdullah, 30, mengakui terlalu banyak rintangan yang dihadapi semasa mula-mula menyambung pengajian di UPSI.
Namun, berkat kesabaran dan muafakat, katanya, mereka akhirnya berjaya meneruskan pengajian dan memperoleh apa yang diidamkan sewaktu mula melangkah kaki ke sini beberapa tahun lalu.
''Kejayaan ini juga merupakan berkat pengorbanan kedua ibu bapa kami yang selalu memberikan sokongan agar kami meneruskan pengajian sehingga tamat," kata Mohd. Zailirudin.
Pasangan suami isteri ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Penganugerah ijazah hari ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

No comments:
Post a Comment