Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 11, 2008

Assignment, Assessment and En. Anuar

~~ Buku yang RM 65 hengget~~ di mana-mana ada ajer warna hijau. Tu.tilam aku tu...Promosi tilam la plak...hehe...Is it green is my lucky colour???
Saat kesiapan~~huhu

Selesai sahaja membuat tugasan berkait dengan Asessment in Counseling bagi chapter 7 iaitu "Intelligence and General Ability Testing" by Susan C.Whiston. Tugasan ini merupakan tugasan yang ketiga oleh lecturer aku En. Anuar. Seorang lecturer, seorang pegawai HEP, seorang pengetua kolej, dan juga merupakan seorang yang bertanggungjawab bagi kemasukan pelajar ke UPSi. Aku sudah lama mengenalinya. Semasa semester 2, beliau mengajarku subjek Teori Kaunseling. Bermula titik tolak itu aku mula mengenal teori dalam kaunseling. Semasa semester 1 paham sikit-sikit jer Puan.Sabariah yang mengajar. Mungkin aku pada masa itu masih nanar orang kata. Semester ini, En. ANuar mengajar subjek Pengujian dan Pengukuran dalam Kaunseling. Aku mengenalinya di kolej, dalam persatuan, dalam organisasi, dalam majlis-majlis dan apa-apa sahaja yang berkait dalam aktiviti universiti. Itu yang membuatkan aku agak mengenalinya. Tambahan pula orang Kelantan. Nak dikongsikan, asgmnt aku semasa sem 1 ialah 19 asgmnt, semester 2, 20 plus and plus, semseter 3, 20 plus and plus, semester 4 aku ingat 26 gitu lah..( tapi kawan aku cakap termasuk presentation ialah 30 lebih). sem lima ini aku tak terkira kerana banyak pecahan dan setiap lecturer tiga atau 4 tugasan. Agaknya semester ini dicampur semua rasanya dekat jugak 30 lebih. Jika setiap minggu kena hantar asgmnt. Namun, hakikatnya, perlu ditelan kerana pelajar bimbingan dan kaunseling sudah dikenali sebagai RAJA SEGALA ASGMNT. Jolokan itu sudah diberikan kepada pelajar kaunseling sejak bermulanya kaunseling di UPSI. Namun, sejauh manakah membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah, pelajar-pelajar mendapat penghayatan dan penilaian dengan bersungguh-sungguh semasa membuat tugasan itu atau hanya sekadar menyiapkannya sahaja untuk diberi markah oleh pensyarah??? Itulah perkara yang pernah aku luahkan bersama 2 orang rakanku semasa perjumpaan dengan penasihat akademik semasa Malam Perjumpaan dengan Fakulti. Bagi aku, jika aku melaksanakan sesuatu tugasan, aku inginkan kepuasan dalam menghasilkannya. Untuk aku menyiapkan lambakan tugasan, sudah pasti itu menjadi tanggungjawabku. Namun, bagaimana pelajar yang lain??? Kita harus akur bahawa manusia ini pelbagai. Tidak ada satu pun yang mempunyai kepala dan pemikiran yang sama. Justeru, sama-sama fikirkan. Aku selalu mengatakan, jangan merungut kerana tugasan yang banyak, merungut membuang air liur jer. Lama-kelamaan tugasan itu, nak tak nak akan selesai jugak apabila habis satu semester. Is it right?...So, buat sesuatu dengan ketekadan dan juga perlu fikir kesannya juga sama ada baik untuk semua atau sekelompok sahaja. Now, aku on d way buat research pasal Sexual Harrassment for my tugasan. Kesimpulannya aku just nak cakap pasal tugasan jer. tapi termerepek ke benda lain. Sekarang jam menandakan 2.14 pagi. Roomate ku baru jer melelapkan matanya. Kejap lagi aku mahu sembahyang isyak. Kelas pukul 10.00-am 1.00- pm esok. Bermula dengan Pendidikan dan Pencegahan Dadah dan pukul 3.00-pm - 5.00-pm kelas intervensi kaunseling pulak. K lah. aku nak mandi dan sembahyang isyak. Disebabkan kelekaan dan kelalaian bercinta dengan buku Kak Susan ni, sembahyang isyak pukul 2.30 pagi.

Terima Kasih. Assalamualaikum

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42