Gambar ini diambil selesai sahaja tugasan membuat liputan tentang kejadian Bunuh Diri
1. Hidup adalah berseni.
Bagi saya, hidup ini adalah suatu yang berseni kerana seni-seni kehidupan itu wujud dalam diri dan kehidupan setiap orang. Seni kehidupan yang dimaksudkan di sini ialah, pelbagai masalah, kepahitan, kenikmatan dan keindahan, pelbagai pengalaman dan pengorbanan. Semuanya saya anggap perkara tersebut sebagai warna dalam sebuah lukisan yang ada kepelbagaian di atas kertas lukisan tersebut. Saya mengandaikan lukisan tersebut sebagai sebuah kehidupan. Manakala corak-corak lukisan tersebut saya mengandaikan sebagai perjalanan manusia. Manakala pelukis pula ialah kita. Tanpa warna, corak dan pelukis dan segala adunan dalam lukisan tersebut tidak akan indah dan wujud. Tanpa kelengkapan elimen tersebut, pincanglah lukisan tersebut dan tiada keindahan dan tarikan pada sesebuah lukisan. Justeru, saya menyatakan bahawa kehidupan sebenarnya berseni. Tanpa semua cabaran dan dugaan kita tidak dapat mencapai kenikmatan hidup. Jika hidup itu semuanya sama dan hambar tanpa masalah dan cabaran, tidak dinamakan hidup adalah seni kehidupan.
2. Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan.
Bagi diri saya, jika saya silap dan bersalah saya akan mengakui bahawa saya yang silap. Saya tidak akan menunding jari pada orang lain. Jika kita menunding jari pada orang lain, walhal kita yang bersalah, diri kita boleh disifatkan sebagai hipokrit dan tidak mengakui kelemahan diri. Sampai bila pun masalah dan perasaan bersalah akan muncul dan hadir dalam diri kita melainkan perkara tersebut sememangnya bukan silap kita, pertahankanlah tetapi perlulah dengan cara yang betul dan tidak tergelincir daripada landasan. Apabila kita menyedari dan mengakui kelemahan dan kesilapan kita, banyak manfaat yang kita peroleh untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih terbaik. Secara tidak langsung, pelbagai manfaat dan pengajaran yang kita akan peroleh melaluinya dan dapat dijadikan panduan untuk memperbetulkan kesilapan kita. Malahan kejayaan juga akan mendampingi orang-orang yang sanggup belajar daripada kesilapan. Malahan orang yang belajar daripada kejatuhan dan kesilapan mampu bangkit semula.
3. Kesedaran dalam diri adalah aura kejayaan.
Bagi pendapat dan diri saya, kejayaan hadir dalam diri orang-orang yang mempunyai kesedaran untuk berjaya dan mereka berusaha untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Bagi mendapatkan kejayaan itu, kesedaran bahawa siapa diri kita, mengapa kita perlukan kejayaan itu, dan kita berusaha bukan atas semangat semata-mata kita dapat merasai nikmat pengorbanan hidup yang sebenarnya. Berlandaskan keyakinan diri pada Allah kekuatan yang ada, usaha yang kita lakukan kita perlu yakin bahawa Allah SWT akan membantu kita dan sentiasa bersama dengan kita dalam proses untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya mempunyai kesedaran apabila saya jatuh dan saya tinggal bersama seorang ibu tunggal yang hidup dalam serba kekurangan. Meniti atas kesedaran tersebut itulah saya nekad mahu berubah dan perlu mendapatkan ilmu. Saya percaya tidak ada perkara lain yang boleh membawa saya untuk ke hadapan melainkan saya berubah dan saya berusaha atas kesedaran dan ilmu adalah sebahagian hidup kita. Apabila kita sedar, kita dapat mengatahui kesilapan dan berupaya untuk melakukan yang terbaik.
4. Manusia adalah insan biasa yang luar biasa.
Bagi diri saya, saya percaya dan yakin bahawa Allah SWT mencipta manusia dengan pelbagai potensi, bakat, kelemahan dan sebagainya dalam diri kita. Apabila kita menyedari kelemahan ,kita akan berusaha untuk memperbaikinya daripada sikap buruk kepada sikap yang lebih baik dengan niat, setiap hari kita melakukan perubahan dengan beransur-ansur. Bakat dan kelebihan yang kita ada juga adalah setitis pinjaman daripada Allah SWT. Justeru, carilah bintang dalam diri kerana di sisi Allah kita adalah seorang manusia biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan Pencipta. Namun, kita harus ingat kita adalah manusia yang luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan pelbagai potensi, kelebihan dan segalal-galanya. Namun, segala kelebihan yang Tuhan bagi kita perlu mencarinya dalam diri kerana jika kelebihan yang ada tidak digilap, tidak digali samalah dengan sebutir bintang yang tidak bercahaya. Malahan, kita harus ingat bahawa bintang yang ada dalam diri bukan untuk diri kita tetapi cahayanya diperlukan oleh sekeliling dan orang yang memerlukannya. Justeru, gunakanlah kelebihan yang ada untuk diri orang lain juga. Saya percaya kita dianugerahi kelebihan tersebut kerana Allah tahu bahawa kita berupaya mendapatkannya dan kita boleh menggunakannya secara terbaik untuk orang lain. Masakan Allah memberi kelebihan itu jika Dia tahu kita tidak akan menggunakan kelebihan tesebut untuk orang lain dengan sebaiknya? Sememangnya kita insan biasa yang luar biasa.
5. Kepahitan adalah madu kehidupan.
Bagi diri saya, kepahitan adalah madu kehidupan kerana melalui kepahitan tersebut kita dapat menikmati kehidupan sebenar. Saya percaya bahawa kehidupan adalah proses pembelajaran. Setiap hari adalah ilmu bagi diri kita manusia yang sanggup menerima pelbagai asam garam kehidupan. Justeru, hargailah kepahitan yang datang dan bakal mendatang dengan terbuka kerana melalui kepahitan tersebut kita akan mendapat nikmat seperti madu kemudian hari. Saya percaya Allah memberikan kepahitan kepada seseorang kerana Dia tahu kita boleh menerima dan menelan kepahitan tersebut. Allah itu adil. Dia tidak akan memberikan kepahitan tersebut untuk orang yang tidak boleh menghadapinya. Malahan bersyukurlah dengan kepahitan tersebut kerana dengan bersyukur kita akan merasai kemanisannya dan jangan lari daripada kepahitan tersebut. Jika kita lari, kita tidak dapat untuk mengecapi kemanisannya malahan kita semakin lupa untuk menerima kenyataan dan hakikat diri. Saya percaya dimana ada kepahitan, di situlah ada kemanisan hidup. Kepahitan adalah sebenarnya manis jika dijadikan nilai dan pengajaran dan kemanisan adalah kepahitan jika leka, tidak diambil iktibar dan nilai .
6. Hidup adalah untuk mencari kehidupan sebenar.
Bagi diri saya, saya menerima hakikat bahawa kita hidup dengan pelbagai matlamat dan tujuan. Jika tiada matlamat dan tujuan, masakan kita hadir untuk mengenal bumi Tuhan. Justeru, rasailah kita sebagai hamba yang terpilih untuk merasai kehidupan di bumi Allah ini. Kehidupan kita sememangnya dicari oleh kita yang ingin mencari kehidupan sebenar. Dalam hidup, kita perlu mencari landasan hidup yang sebenar. Namun, jika kita mencari dan terus mencari, kita akan kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Sememangnya jika kita mencari, kita akan merasai bahawa kita mahu terus mencari walaupun kita menjumpainya sedikit demi sedikit siapa diri kita. Samalah juga dengan ilmu, apabila kita mendapat sesuatu ilmu, kita merasakan diri kita masih kerdil dan ingin terus mencari walaupun orang melihat kita mempunyai pengetahuan yang luas. Namun, kita merasai kita masih tidak cukup dengan ilmu. Mencari kehidupan sebenar adalah terlalu jauh dan akan menjadi dekat di hati kita apabila kita terus mencarinya. InsyaAllah dengan usaha kita untuk mencari siapa diri yang sebenarnya, kita mampu menjadi manusia dan diri yang membawa acuan sendiri, personaliti tersendiri dan kehidupan lain daripada yang lain berlandaskan Pencipta.
7. Bintang yang paling bersinar adalah bintang dalam diri.
Bintang dalam diri hanya akan terserlah apabila kita mencarinya. Saya yakin dan percaya semua makhluk termasuklah manusia yang dicipta ada bintangnya masing-masing dalam diri. Jika kita mampu mengeluarkan bintang tersebut secara maksimum, saya percaya bahawa kita mampu menyinari seluruh semesta yang ada. Bukan bermakna alam ini tetapi keajaiban dalam diri akan menjadikan kita lain daripada yang lain dan kita mampu menjadi terbaik dan bersinar menerangi orang lain dengan kehadiran kita. Malahan tempias kelebihan kita dapat dirasai oleh orang lain jika kita mempunyai sikap ingin berbakti kepada masyarakat. Di sinilah saya terfikir bahawa kita dijadikan untuk saling memerlukan antara masyarakat. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan diperlukan oleh masyarakat seperti menjadi pemimpin dan berguna untuk masyarakat. Saya mempunyai impian sebegitu. Justeru, tidak mustahil bahawa kita adalah unik seperti bintang yang mampu menerangi hidup orang lain dan dengan segala sinar yang ada dalam diri kita, kita mampu menerangi dan berguna untuk masyarakat nanti.
8. Kebahagiaan sebenar adalah kebahagiaan hati.
Saya percaya bahawa kebahagiaan yang sebenar adalah kebahagiaan hati kerana untuk mencari kebahagiaan hati amat memberi nikmat kepada kehidupan kita yang sebenarnya. Bukan material, bukan penghargaan, bukan juga sanjungan untuk seseorang mencapai kebahagiaan hati. Hati yang bahagia ialah hati yang sentiasa tenang berada di samping Allah SWT dan sentiasa mengingati Allah. Secara tidak langsung, untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan pun mudah jika hati kita bahagia. Saya yakin, jika ketenangan dan keredhaannya yang dicari, Allah akan terus menguji hati kita pada suatu masa, kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNya dan itulah nikmat dalam jagaanNya. Secara tidak langsung, hati akan menjadi sentiasa bahagia dan dapat merasai betapa dekatnya kita dengan Allah SWT. Melalui pengalaman saya, walaupun berada dalam kemewahan, saya belum pasti berada dalam kebahagiaan. Namun, walau berada dalam kemiskinan dan pada masa yang sama kita yakin pada Allah, saya percaya kita akan mendapat kebahagiaan hati berlandaskan keyakinan pada Allah. Saya teringat kepada kata-kata kata bapa Pengakap Dunia, iaitu, Tuhan akan membantumu dalam setiap kerja-kerjamu. Justeru, yakinlah dengan pertolonganNya dan kita akan mendapat kebahagiaan hati walaupun kita diuji. Hidup yang paling indah dan bahagia adalah hati yang berada di samping Pencipta.
9. Aura ibarat permata dalam diri yang perlu dicari dan digali kerana kedalamannya seperti menggali seribu tahun.
Aura dalam diri sememangnya wujud dan lahir sejak kita dilahirkan. Tarikan pada seseorang mungkin melalui sikap, personaliti dan keindahan seseorang berbicara malahan identiti seseorang personaliti tersebut. Banyak yang boleh dikenalpasti dan hanya yang membezakan pandangan tersebut hanyalah pendapat masing-masing. Namun, aura bukan mudah untuk kita dapatkannya. Melalui pengalaman, kegetiran dan pengorbanan juga, aura akan wujud dalam diri. Hal ini kerana, perkara tersebut boleh mempengaruhi sifat seseorang dan sikap seseorang itu sendiri. Ada yang tidak mengenali aura dan tidak menjumpai aura, melalui pengalaman dan risiko yang datang, seseorang akan dapat mengetahui aura masing-masing semasa dalam menempuhi kegetiran dan saat-saat mencabar. Di situlah akan keluar aura seseorang yang wujud. Mungkin sebelum ini kita tidak mengetahui aura kita tetapi dalam saat yang kita terdesak kita menggunakan aura tersebut secara tiba-tiba dan orang lain boleh perasan bahawa kita mempunyai aura. Mungkin aura semasa kita menghadapi kegetiran. Kesusahan, kepayahan dan sebagainya yang kita guna untuk menjadi bangkit daripada perkara tersebut.
10. Rasailah kekerdilan diri apabila mendapat sesuatu kejayaan.
Bagi diri saya, semakin saya berjaya, semakin saya merasai kekerdilan diri di samping Allah SWT kerana segala yang kita peroleh adalah pinjaman daripada Allah dan Allah berupaya dan boleh menarik semula kejayaan kita apabila kita ditaburi dengan kelalaian. Apabila kita berjaya, kita akan terus muhasabah diri dan terus mencari kelemahan dan kekurangan untuk menjadi lebih baik dan juga bagaimana untuk kehadapan lagi. Justeru, walaupun kita telah berada di atas teruskanlah mencari kelemahan diri. Malahan, melalui rasa kelemahan yang perlu diperbaiki kita boleh berubah untuk mendapat yang terbaik lagi. Bagi diri saya, jika saya berjaya dalam sebarang bidang pun, carilah kelemahan saya kerana melalui kelemahan dan teguran serta komen tersebut dapat saya perbaiki untuk lebih berjaya daripada sebelum ini. Melalui kelemahan yang dikenalpasti kita mampu bengkit. Jangan terus berpuas hati dengan kejayaan yang kita capai. Walaupun kejayaan telah kita cipta, carilah kelemahan dalam kejayaan itu untuk mendapatkan kejayaan yang lebih baik.
11. Orang yang berjaya tidak akan terus berjaya dan orang yang gagal tidak akan terus gagal.
Bagi diri saya, falsafah ini sering hadir dalam diri saya sebagai ingatan dalam hidup saya. Falsafah ini adalah ingatan terhadap diri saya supaya saya tidak leka dan terus berusaha. Orang yang berjaya tidak akan terus berjaya kerana jika seseorang itu berubah sikap kepada pemalas, seseorang tersebut akan mengalami kekandasan di tengah jalan melainkan dia sedar dia perlu berusaha dan bertindak dengan usaha tersebut. Malahan, orang yang gagal tidak akan terus gagal melainkan seseorang itu berubah sikap dan berusaha secara berterusan. Akhirnya, orang yang gagal tersebut akan mendapat kejayaan suatu hari nanti. Kata-kata ini sebagai ingatan kepada saya agar tidak leka dan lalai.
12 Aku akan menyambut hari ini dengan cinta di hatiku.
Bagi diri saya, falsafah ini sering saya ingatkan dalam diri agar hari-hari yang saya lalui amat berharga dengan detik-detik dan setiap saat yang hadir pada hari tersebut. Walaupun hari tersebut kita kecewa, sedih, dan gembira, kita rasailah bahawa kita bertuah mendapat peluang untuk merasai dan menikmati kesedihan tersebut. Jika kita ditimpa masalah pada hari tersebut dan hari tersebut penuh dengan tragedi tidak diingini, rasailah bahawa kita istimewa untuk menghadapinya dan orang lain tidak mendapat peluang untuk merasainya. Justeru, pelbagai ragam yang hadir dalam hidup, rasailah dengan penuh kesyukuran termasuklah kejayaan yang kita capai. Hargai dan nikmati detik hari-hari tersebut gunakannya dengan cinta di hati dan sayang terhadap hari tersebut kerana hari ini tidak sama dengan hari esok dan hari ini tidak sama dengan hari semalam.
15. Aku adalah keajaiban alam yang terbesar.
Falsafah ini sering hadir dalam diri saya kerana sebagai pencetus semangat dan cara saya untuk mengeluarkan segala potensi yang ada. Kata-kata ini adalah tunjang untuk saya mara dan tidak gentar menghadapi pelbagai cabaran . Malahan, dorongan ini turut menjadikan diri saya unik sebagai ciptaan Allah SWT. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keajaiban masing-masing malahan dilengkapi dengan pemikiran yang pelbagai pada diri masing-masing. Penentuan segala-galanya ialah sikap seseorang untuk mencipta keajaiban kepada masyarakat. Keajaiban yang dicipta bukan untuk diri sendiri tetapi keajaiban tersebut perlu digunakan dan disumbangkan untuk semua. Secara tidak langsung, kita akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT atas perkongsian kehebatan tersebut. Kata-kata ini juga sebagai perangsang agar kita tidak gentar untuk meluahkan pendapat, bersuara, berada dalam khalayak ramai, bimbang dan bersosial secara berhemah.
16. Jika aku terlalu yakin, aku akan ungkapkan segala kegagalanku.
Falsafah ini sentiasa saya titipkan dalam diri agar saya tidak menjadi sombong dengan kejayaan yang pernah saya cipta. Apabila terlalu yakin kita akan tergelincir daripada landasan dan akan lupa diri. Cara percakapan juga akan menjadikan kita sombong jika kita terlalu yakin. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup saya sendiri dalam pergaulan, kita harus bersederhana. Jangan terlalu meninggikan diri dengan kehebatan dan keyakinan yang ada. Hal ini menyebabkan pergaulan kita tidak akan disenangi. Justeru, samalah juga apabila saya terlalu yakin, saya singkapkan segala kegagalan saya biarpun kecil mahupun besar sebagai panduan dan pengajaran agar tidak terlalu ”overconfident”. Overconfident juga menyebabkan kita tergelincir daripada landasan jika kita terus hayut. Malahan overconfident juga menyebabkan kita tidak disenangi dalam pergaulan. Justeru, falsafah ini sentiasa mengingatkan saya berhati-hati kerana masa terlalu jauh dan kita seperti di tengah laut yang belum ada penghujungnya. Pengakhirannya terbukti pada akhirnya siapa kita yang sebenarnya. Justeru, jangan terlalu yakin bagi mengelakkan diri kita tidak disenangi terutamanya dalam berkehidupan bersosial serta demi mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan.
17. Jika aku menikmati saat-saat kehebatanku, aku akan mengingati saat-saat rasa malu.
Falsafah ini sentiasa menjadi pegangan kerana untuk menjadi ingatan kepada diri dan hidup saya. Saat-saat kita malu menyebabkan kita menjadi lebih berhati hati agar kita tidak merasakan diri terlalu hebat dan berupaya mengawal dan mengelakkan diri daripada melakukan kemaluan tersebut. Jika kita merasakan diri terlalu hebat, sebenarnya ada lagi orang yang lebih hebat daripada kita. Sepatutnya kita belajar daripada mereka untuk menjadi orang-orang hebat seperti mereka. Sepatutnya, contohilah mereka. Apabila kita menikmati kejayaan dan merasai kehebatan, kembalilah kita muhasabah dan merenung diri bahawa segala-galanya adalah pinjaman Allah. Memang benarlah jika kita senang kita akan melupakan kepayahan. Walhal kepayahan jugalah yang menyebabkan kita menjadi senang kerana melalui kepayahan kita bina diri, kita celik akal untuk bangkit daripada kepayahan. Justeru, saya ingat saat-saat yang memalukan diri tersebut agar kita tidak alpa dan lalai serta tergelincir dari landasan hidup diri kita sebenar dan landasan yang Allah tetapkan.
18. Jika aku memperoleh kekayaan yang melimpah, aku akan mengingat satu mulut yang tidak disuap.
Falsafah ini menjadi peringatan kepada saya bahawa saya tidak boleh merasa senang dan selesa dan sepatutya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Malahan juga, menjadikan diri saya ”empati” bahawa jika kita senang, ingatlah kepada yang susah dan memerlukan pertolongan kita. Selain itu, falsafah ini menjadikan saya seseorang yang memahami kerana orang lain juga memerlukan pertolongan. Jika kita senang, ingatlah orang yang susah. Bayangkan kita ditempat mereka dan diri saya boleh merasai apa yang mereka hadapi dan meletakkan diri kita di tempat mereka. Falsafah hidup saya ini saya jadikan pegangan hidup agar saya bersederhana dan mengingatan diri saya ketika saya senang apa yang sepatutnya saya lakukan dan saya juga telah merasai kepayahan. Apabila dalam kepayahan, rasailah ada orang yang susah. Itulah pesanan ibu saya agar saya besyukur dan tidak berlebih-lebih. Malahan, samalah juga jika saya merasakan saya senang, saya sentiasa akan mengingati saat kedaifan.
19. Peluang adalah permata yang tertimbus dalam pepasir putih.
Peluang ada dimana-mana sahaja. Hanya orang yang bijak mencuri peluang dapat menikmati kejayaan dan kebahagiaan. Peluang diibaratkan tertimbus dalam pasir putih. Orang yang tidak nampak peluang tersebut samalah orang buta yang tidak bertongkat. Sedangkan orang buta yang bertongkat pun dapat mencuri peluang apatah lagi kita yang tidak buta. Jika manusia yang celik tidak dapat mencuri peluang yang ada di hadapan mata mereka sebenarnya bukan buta mata tetapi buta hati kerana membiarkan peluang terbiar dengan begitu sahaja. Jika saya berjaya mencuri peluang itu, samalah juga saya telah mendapatkan sebutir pemata. Jika saya berjaya menemui dua atau tiga permata, saya mengandaikan bahawa saya telah mencuri peluang dengan sebaik-baiknya. Namun, permata tersebut saya akan terus mencari dalam hamparan pepasir putih walaupun bawah sinar matahari terik kerana cahaya matahari yang terik menyukarkan untuk diri kita membezakan sinaran permata dan sinaran matahari. Namun, berkat kesabaran peluang itu mampu bersama saya untuk saya gunakan dengan sebaik-baiknya.
20. Contohilah orang-orang yang berjaya untuk menjadi lebih berjaya.
Pegangan falsafah ini saya ingatkan untuk diri saya kerana semasa tingkatan enam saya dikenali pelajar yang sentiasa sibuk dengan belajar, tugas, mesyuarat, bersama pemimpin dan aktiviti serta program sekolah. Bermesyuarat dengan pengetua untuk membincangkan agenda sekolah sudah menjadi rutin harian. Namun, saya tetap mengingatkan diri, walau sesibuk mana pun saya, saya adalah orang yang terpilih untuk menerima tanggungjawab tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, orang-orang yang sibuk sebenarnya adalah orang yang berjaya kerana mereka telah biasa dengan kesibukan dan bijak serta terpaksa membahagikan masa. Saya percaya dan yakin selagi saya sibuk, selagi itulah saya akan berjaya.
21. Orang yang cemerlang ialah orang yang belajar daripada kesilapan manakala orang yang bijaksana ialah orang yang melihat kesilapan dan berazam tidak akan melakukannya.
Orang yang benar-benar berjaya ialah orang yang telah berjaya mengenal kelemahan diri sendiri dan memperbaiki kelemahan itu. Seseorang itu dianggap cemerlang apabila dia sanggup belajar daripada kesilapan. Hal ini kerana melalui kelemahan tersebut kita akan memperoleh pengajaran dan nilai yang amat bermakna untuk diri kita agar kita menerima hakikat bahawa kita pernah melakukan kesilapan. Kesilapan yang kita lakukan itu, kita dapat adunkan untuk memperbaiki segala kesilapan yang akan datang malah kita boleh mengawal dan mengelakkan diri kita daripada melakukannya lagi. Manakala orang yang bijak pula melihat kesilapan dan berazam tidak akan melakukannya. Maksudnya di sini, saya berpegang teguh bahawa jika saya melihat kesilapan berlaku di depan saya, saya berazam tidak melakukannya dan setiap kesilapan yang berlaku sama ada daripada diri saya mahupun yang saya lihat, itu adalah suatu pengajaran yang amat bermakna untuk diri saya. Saya harus berusaha mengelak daripada berlaku dalam diri saya dan jika masalah itu hadir dan tidak dapat dielakkan untuk berlaku dalam hidup saya, saya akan menerima dengan hati yang terbuka. Dengan cara itu, saya akan matang menghadapinya. Datanglah sebarang bentuk cabaran pun, saya sudah biasa melaluinya.::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Orang yang benar-benar berjaya ialah orang yang telah berjaya mengenal kelemahan diri sendiri dan memperbaiki kelemahan itu. Seseorang itu dianggap cemerlang apabila dia sanggup belajar daripada kesilapan. Hal ini kerana melalui kelemahan tersebut kita akan memperoleh pengajaran dan nilai yang amat bermakna untuk diri kita agar kita menerima hakikat bahawa kita pernah melakukan kesilapan. Kesilapan yang kita lakukan itu, kita dapat adunkan untuk memperbaiki segala kesilapan yang akan datang malah kita boleh mengawal dan mengelakkan diri kita daripada melakukannya lagi. Manakala orang yang bijak pula melihat kesilapan dan berazam tidak akan melakukannya. Maksudnya di sini, saya berpegang teguh bahawa jika saya melihat kesilapan berlaku di depan saya, saya berazam tidak melakukannya dan setiap kesilapan yang berlaku sama ada daripada diri saya mahupun yang saya lihat, itu adalah suatu pengajaran yang amat bermakna untuk diri saya. Saya harus berusaha mengelak daripada berlaku dalam diri saya dan jika masalah itu hadir dan tidak dapat dielakkan untuk berlaku dalam hidup saya, saya akan menerima dengan hati yang terbuka. Dengan cara itu, saya akan matang menghadapinya. Datanglah sebarang bentuk cabaran pun, saya sudah biasa melaluinya.
Semua ini adalah perkongsian untuk semua dan falsafah ini telah saya tulis untuk penciptaan teori saya iaitu teori 2K (Kejayaan dan Kebahagiaan). Semua paparan adalah untuk perkongsian dengan anda semua. Semoga kita beroleh keberkatan dan percambahan ilmu hasil perkongsian ini. Terima Kasih.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;

No comments:
Post a Comment