Assalamualaikum...Saya ingin berkongsi sedikit sahaja perkembangan kuliah pada hari ini. Hari ni ada kuliah delenkuensi kanak-kanak dan remaja. Namun, ingin saya ketengahkan pendapat saya untuk dikongsi. Delenkuensi ni amat berkait dengan trait manusia. Termasuklah dari aspek biologi. Trait amat berkait dengan keturunan dan temperemen. Malahan juga berkait dengan persekitaran. Pada pendapat saya, delenkuen boleh berlaku apabila wujud pertentangan dengan idea self dan real self juga,..hal ini kerana keinginan yang tinggi itu..melebihi kendiri individu. Jika dalaman kita mempunyai keselarasan, delenkuensi kanak-kanak mahupun remaja tidak akan berlaku. Namun, kita harus fikir bahawa konsep manusia itu tidak akan terlepas daripada suatu kesilapan jua. Kesilapan yang dimaksudkan ialah kenakalan. Malahan diaggap manusia itu normal jika mempunyai kenakalan. Jika tidak ada perkara itu, manusia itu statik jika dilahirkan dengan semuanya bersifat sama. Namun, harus difikirkan, konsep super ego yang dikemukan oleh Freud bahawa, penguasaan super ego itu penting dalam membentuk peribadi dan personaliti manusia. Bersamalah kita fikirkan. Kerana, jika dari sudut pro nya, itulah dinamakan proses untuk menjadi seorang manusia. Batas-batasnya perlu diingat dalam kita brtingkah laku. Di mana kita ingin meletakkannya. Itulah dinamakan kanak-kanak dan remaja yang masiah belum mencapai keseimbangan dan pemikiran. Itu hakikat tetapi level umur tidak menjanjikan apa-apa.Janjinya ialah dimana kita meltakkan diri kita sama ada ingin terlibat dalam delenkuensi atau pun tidak. Jadi, kanak-kanak dan remaja harus dipandu untuk bersama-sama dalam mencapai kenikmatan dan kehidupan sebagai seorang manusia.
No comments:
Post a Comment