Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 26, 2009

Konvensyen Remaja 2009

Pandanglah sejauh yang mungkin, mungkin ada kebaikan di sebaliknya
Ajak roomate aku sekali pergi. Tanda pertama escalator mind.Hehe
Educator will be!
Kami
S/U (tepi kiri)...tengah baju biru tu YB..Hehehe...kanan tu,..P.A dan yang belakang tu body guard yang kecik..hehehe
Yang rendah ke kiri, yang tinggi ke kanan..hihihi..
Cikgu dengan anak murid.hehe
Jangan komen gambar aku sedang membesar..hehe

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Pembelajaran yang bermakna untuk hari ini di Putrajaya sempena konvensyen yang amat memberikan keutuhan untuk hati ini. Majlis ilmu dan pengalaman seperti ini tidak sesekali aku lepaskan kerana matlamat yang SATU. Input kesedaran dalam mencapai matlamat dan semangat semakin di dalami. Pada hari ini, diri ini bersama rakan-rakan ke "Konvensyen Remaja 2009" mendengar intipati pembentangan kertas kerja oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir, wanita besi yang telah menawan Kutub Antartika berkaitan "Menjulang Maruah Negara". Program ini di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan sebagai wakil beberapa mahasiswa/i dijemput ke sana.

Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, aku dapat rasakan betapa kentalnya semangat seorang wanita yang ingin berjasa kepada negara. Apabila mendengar pembentangannya, aku dapat rasakan kehebatan dan kekuatannya, meremang bulu roma dan air mata turut bergenang kerana pada masa yang sama diri ini turut berdoa juga agar diri ini diberi kekuatan seperti itu suatu hari nanti. Siapa yang tidak mahu mencipta perkara luar biasa untuk diri, agama, masyarakat dan negara? Segenggam harapan dan senekad motivasi ini tersemat di hati. Tiada lagi ukuran gender siapa yang lebih ke hadapan yang pasti, manusia yang kenal potensi diri lebih terkehadapan.


Aku ingin kongsikan beberapa konsep yang dibawakan oleh Datin Paduka Syarifah Mazlina iaitu berkaitan dengan "MARUAH"

M- Mentaliti
A-Amanah
R-Rahsia

U-Usaha
A-Agong

H-Hebat



Ungkapan ini sebenarnya melibatkan maruah diri kita. Segala aspek berkaitan dengan maruah ialah bermula dengan mentaliti. Untuk menjulang maruah negara, pertama perlu dijulang maruah diri sendiri kerana maruah itu ialah pada muka diri kita sendiri bukannya orang lain. Untuk menjadi insan yang benar-benar ke hadapan, mentaliti perlu lebih ke hadapan mendahului insan-insan lain kemudian bawalah mereka bersama-sama. Untuk membincangkan towering personality itu sudah ada insan yang mencapainya di Malaysia, namun konsep baru yang perlu diperkukuhkan ialah towering mentality (aku akan kupaskan tajuk ini mengikut pandanganku dalam blog bicara arkitek minda)

Towering mentality ini amat menuntut kita untuk berfikir lebih ke hadapan dan sentiasa ingin maju dengan membawa secara bersama konsep glokal. Menurut Datin Paduka Syarifah Mazlina, kita perlu think international. Jika dahulu konsep duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, namun, kita sekarang perlu berubah duduk sama tinggi, berdiri sama tinggi jika ingin lebih ke hadapan. Jika Amerika Syarikat telah maju, bagaimana pula kita ingin maju secara holistik tanpa mengabaikan nilai-nilai? Itu yang memerlukan kita mengikut acuan sendiri tanpa meminggirkan nilai sebenar diri kita. Pada pandangan aku, itulah konsep jati diri sebenarnya. Kelantangan beliau dalam melontarkan pandangan, seluruh tenaga dapat aku rasakan. Menurut beliau, semasa di Kutub Antartika, beliau menanam sesuatu dalam perut bumi Antartika iaitu mesej yang tersimpan dalam balang besi yang terkandung tulisan Wawasan 2020 dan beberapa lagi tulisan seolah-olah wasiat negarawan. Beliau mencabar kami seluruh isi dewan berikan kehebatan dan membawa pulang mesej tersebut sebelum tahun menjelang tahun 2020. Kata beliau masih ada masa lagi untuk laksanakannya dan beliau merupakan manusia pertama Islam memacakkan bendera dengan laungan Allahuakhbar!

Namun, dalam kita mencapai kehebatan, suatu ungkapan baru iaitu, escalator mind perlu ada dalam diri. Apakah escalator mind? Maknanya, jika kita hebat, kita akan turut, ada perasaan untuk bawa orang lain bersama-sama menjadi hebat juga! Itulah kurniaanNya; orang yang hebat, dia ingin orang lain juga menjadi hebat bersama-sama dan hanya perasaan itu ada pada orang yang benar-benar hebat sahaja bukannya ingin hebat untuk diri-sendiri sahaja. Jika ada perasaan ingin lihat kehebatan pada diri-sendiri sahaja, itulah kehebatan yang fokus hanya untuk individu bukannya kehebatan sebenar. Lebih bermakna jika kehebatan itu orang lain juga dapat merasainya dengan membawa orang lain secara bersama-sama. Insyaallah, aku juga teringin melahirkan insan-insan yang hebat kelak. Itulah niat diri ini. Jadi, tugas asas yang perlu diselesaikan, diri mesti clear dan terokai kehebatan diri. Pandangan aku, jika suatu tahap kita sudah lali dengan kekuatan dalam mengenal diri dan menikmati kepuasan dalam pencarian itu, maka akan ada suatu perasaan kita ingin membantu orang lain juga dan orang yang hebat akan terus cari dan mencari tanpa henti untuk disumbangkan sesuatu pada orang yang lain. Percayalah! Itulah sebagai hamba yang ikhlas dalam menjadi hebat, maka Allah akan sentiasa melimpahruahkan kejayaan pada insan yang sentiasa ingin membantu orang lain juga.

Dari aspek amanah pula, kita perlu ada perasaan amanah pada diri, agama, bangsa dan negara. Kagum juga aku dengan penerangannya. Mungkin sukar untuk aku ceritakan dalam blog ini, namun pembentangannya itu lebih jelas semasa melalui pengalaman itu dan hanya aku dan rakan-rakan yang ke sana dapat merasainya betapa agungnya Allah ciptakan manusia. Jika ada perasaan tanggungjawab dan amanah terhadap aspek tersebut maka, diri kita secara automatiknya akan rasa terpanggil kerana niat dalam melakukan sesuatu itu ialah untuk potensi diri, kerana ingin menjulang agama, ingin melihat bangsa kita dan negara kita di mercu. Semangat seperti ini aku rasakan insan yang benar-benar negarawan yang mempunyai hati yang luhur.

Menurut beliau lagi, dalam hidup ini, kita jangan terlampau serius. Mati cepat tau!Hehe. Kita ada fokus apa yang ingin dicapai, cuma jangan serius. Mungkin yang membaca blog ini boleh bezakan antara fokus dan serius kan? Serius buat kerja dengan fokus buat kerja lain maksud tau! Cuba sama-sama fikirkan. Aku suka juga, sebab Datin Paduka suka berjenaka tapi dengan penuh nilai. Bermakna kejayaan yang dilakukan perlu dengan minat dan suka (enjoy) dengan tingkahlaku kita itu. Aku juga tidak suka orang serius kerana, serius ini mem "fade up" kan dan tidak fleksibel sebenarnya.Teringat pula, masa sekolah ini aku jenis serius. Namun, segalanya berubah ketika aku datang universiti. Aku sedar diri aku jenis gila-gila, kadang-kadang skema apabila kawan aku nyatakan seperti itu. Sebelum ini memang sedar pun, hehehe,..tapi peneguhan kata-kata rakan bahawa diri ini sememangnya sebegitu, membuatkan kita makin kenal diri..kan..kan..hihiii. Maklumlah, Datin Paduka Syarifah Mazlina ini orang Psikologi. Hehe. Aku rasakan, sebab dia kuasai psikologi dirinya, sebab itulah orang akan jadi hebat!

Seterusnya Rahsia. Beliau menyentuh penuh dengan bermakna konsep ini namun, dalam beliau membincangkan konteks negarawan, aku pula semasa beliau bercerita, aku terfikir; sebenarnya, berkaitan dengan rahsia diri seperti Dr.Alya pernah bagitahu aku. Tidak semua perkara kita boleh luah dan ceritakan pada orang. Peluahan itu dalam aspek kaunseling memanglah lain pula maksud dan takrifannya. Namun, aku makin faham kerana rahsia diri juga menjadikan manusia itu bersabar, kuat dan hebat! Jika kita bersedih, kecewa dan putus-asa pendam dan tukarkan kepada benda yang positif. Itu juga antara rahsia untuk diri. Jika semua diluahkan maka, aura ositif itu akan hilang. Itulah yang aku faham juga. Ligat kognitif aku nih, masa beliau tengah membentangkan kerana sambil aku dengar, aku match kan dengan diri dan apa yang aku faham dan apa yang terkandung dalam pemikiran aku ni. Aku campur-campur dan proses maklumat yang sedang aku terima, dengan maklumat apa yang telah aku pelajari dan alami, teori-teori aku, akhirnya, terbitlah pemahaman baru aku sendiri. Itulah pembelajaran!

Usaha pula, melibatkan usaha yang luar biasa. Orang lain tidak buat dan tidak fikir, kita buat dan fikir. Usaha menghendakkan kita mencetuskan diri untuk menjadi perintis. Kagum juga aku, dengan penerangannya iaitu di Kutub Antartika, tidak ada kehidupan pun di sana. Namun, Amerika telah membina sebuah bangunan untuk buat penyelidikan di sana selama 30 tahun yang lalu. Ini bermakna, mereka sudah jauh kehadapan dan mendahului. Bagaimana untuk mengangkut batu-bata untuk ke kutub Antartika untuk membina bangunan; keadaan cuaca dan glasier, yang sedang mencair..?Dengan sikit-sikit usaha jangka panjang, lama-lama siap akhirnya tempat penyelidikan di Kutub tersebut. Wah, mereka sangat jauh ke hadapan. Mungkin masa itu. Datin Paduka masih kecil lagi bangunan itu mula dibina. Itulah sebenarnya pemikiran untuk jangka panjang. Usaha sebenarnya, pelbagai cara mengikut kreativiti. Kalau aku nak bebelkan pasal usaha ini, rasanya korang lagi lah cekap!

Agong pula bermakna kita perlu mengagungkan diri sendiri bukan bermakna untuk meriak kan diri tetapi mengagungkan motivasi diri agar berterusan. Malah beliau konsepkan sebagai warganegara, agar menghormati agong dan ketuanan bangsa dan negara. Sukar pula ingin dijelaskan, tetapi aku faham apa yang beliau nyatakan mungkin lain kali aku boleh coretkan lagi tentang ini. Akhirnya tentang ungkapan Hebat. Teringat pula semasa aku buat aktiviti dalam kelas dan sekarang ini menjadi trade mark kelas aku, Hebat..hebat..hebat...hahaa...Ungkapan yang beliau nyatakan itu berkait dengan keajaiban diri yang semuanya boleh diterokai. Semasa slide dipaparkan ketika beliau kena frost bite, yang boleh merosakkan kulit dan kesannya boleh meninggalkan tulang pipi, menyatakan bahawa keajaiban diri bertahan itu pasti membuahkan kejayaan yang hebat. Dalam hidup sudah biasa dengan cabaran. Cabaran mental itu yang perlu dijaga dan diuruskan dengan baik, jika tidak mudah terasa down. Sebelum beliau memperjuangkan misinya, banyak halangan namun, kerana percaya pada kehebatan diri, semua keajaiban boleh berlaku dan minat pula, memberikan segalanya. Kunci untuk mengekalkan motivasi ialah minat dan sabar!

Perkongsian pengalaman oleh beliau juga amat memberikan kesan mendalam untuk diri aku. Bayangkan kekuatan dirinya menjadikan beliau antara idola aku juga kerana cita-cita untuk menjadi seseorang sentiasa tersemat di hati ini tambahan pula, dia lahir dalam bulan Mei.hehe Namun, selepas aku tamat belajar, mulakan langkah dengan keinginan menjadi cikgu dan kaunselor yang canggih dan terus menapak dan menapak dalam dunia pendidikan. Doakan aku ini kuat, keberkatan ibu bapa dan guru itu paling penting untuk aku! InsyaAllah kerana niat ini SATU dan niat ini ingin menjadi seperti escalator mind juga!

"To be the first, you need to finish first!" InsyAllah!

Untuk perkongsian tentang forum dan pengalaman pada hari ini akan ditulis untuk entri yang lain.
Datin Paduka (Gambar tidak jelas)

2 comments:

AmAlin Aiman Hanif said...

Salam.
Terima kasih kerana sudi berkongsi apa yang telah dipelajari.. Memang benar kata saudari..kehidupan di bumi Allah ini memerlukan semangat dan jati diri yang utuh untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kejayaan itu tak akan datang dengan sendirinya..ia memerlukan usaha yang berterusan dan yang penting bertawakkal dan berdoa pada Allah swt.

Saya doakan cita2 murni saudari untuk menjadi guru dan kaunselor hebat serta escalator mind akan menjadi kenyataan. Saya yakin saudari mampu menggapainya suatu hari nanti. Hanya Allah saja yang tahu.. Hanya masa yang menentukannya..

Keep up Good work!!!

AFITI said...

wsalam..terima kasih ats doa en.am itu..semoga menjadi rahmat terbesar ats doa2 saudara utk diri ini.cita-cita untuk bergelar pendidik itu tidak pernah padam..dan menjadi escalator mind itu tetap luhur bersama niat..hanya menunggu masa..sebelum habis belajar...insyaallah..terima kasih..byk2..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42