Sementara kesempatan yang ada 5 minit ini, saya ingin mencoretkan pandangan berkaitan dengan tingkahlaku. Manusia sebenarnya bagus jika mengikut dan mencontohi tingkahlaku yang baik daripada orang lain. Namun, kadang-kala, jika seolah-olah apa yang dilakukan, hanya terikut-ikut tanpa tujuan dan kerana personaliti orang itu tiada gunanya juga. Lebih baik ikutlah diri sendiri yang sebenar dan jangan mudah terpengaruh dan carilah kekuatan melalui diri sendiri, itulah yang sebenarnya aset yang paling berharga dan paling hebat. Analoginya, jika cikgu makan berdiri, janganlah makan berdiri, jika diri belum benar-benar bersedia. Namun, tidak salah belajar daripada itu, tetapi jangan melampau tidak menghormati guru walaupun guru itu makan berdiri. Adat berguru, terima apa yang baik dan lempar jauh-jauh apa yang tidak baik, jadi lebih baik bersederhana sikap bila bersama guru kerana baik buruk pun, dia guru anda juga.
Jangan mudah terpengaruh, sinonim juga dengan tabiat jangan suka mengikut orang dan mudah terjerumus dengan perilaku yang kadangkala menyusahkan orang. Adakah orang yang kita ikut itu selesa atau tidak? Itu yang perlu prihatin walaupun orang itu Guru yang mengajar kita. Lebih baik berpada-pada dan jadi diri sendiri. Justeru, jadilah diri kita sendiri serta menghormati nya. Orang makan duduk, boleh lah kita belajar makan untuk duduk, kalau jenis yang diri memang makan berdiri bukannya buat-buat duduk walhal diri sendiri tidak seperti itu. Namun, tidak salah jika kita belajar. Mungkin mesej ini akan bermakna juga untuk anda. Semoga sama-sama beroleh sesuatu.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment