Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Tuesday, February 3, 2009

Komitmen Senafas


Kami 10 orang, 2 orang lagi toilet ke..hehe

Bolats

~Peace be UpoN~

Yehaa!"AKADEMIK CEMERLANG PEMANGKIN KEBITARAAN PELAJAR"

Akhirnya siap juga!

Hello..hello..kejap-kejap! aku lagi sibuk nih!--Aida..hehe

Aku dengan Aida



Bismillahirrahmanirrahim,.

Alhamdulillah aku pada kali ini bersama dengan kumpulan 2 hari yang lepas telah bersama dalam menyiapkan keperluan bagi Program Akademik Cemerlang Pemangkin Kebitaraan Pelajar yang bakal diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak pada 6 haribulan hingga 8 haribulan. Program yang bakal diadakan itu lebih memfokuskan pada kekuatan kemahiran belajar dari aspek, kemahiran membaca dan kemahiran membina peta minda dengan berkesan. Dengan kerjasama guru bimbingan sekolah tersebut, serta guru kaunseling yang sedang berpraktikum yang akan turut bersama semasa program, semoga akan berjalan dengan lancar. Pada hari ini, sahabat-sahabat telah bersama-sama menyiapkan kain rentang serta keperluan untuk program termasuk dari segi surat menyurat untuk jemputan, serta hal yang berkait dari segi perbincangan modul dan aktiviti. Program ini bawah seliaan pensyarah kami, En.Aziz Abd Yatim. Matlamatnya, agar kami bersedia dengan pengalaman sebagai persediaan sebagai kaunselor kelak selaras dengan hasrat kami untuk menjadi kaunselor bitara juga. InsyaAllah! Sememangnya, setiap semester, kami perlu mengendalikan banyak program. Itu tidak termasuk aktiviti personal yang disertai oleh kami yang melibatkan kolej dan aktiviti luar yang disertai. Namun, masing-masing perlu mencuri masa agar segala tugasan disiapkan dengan baik.

Konklusinya, peluang yang hadir itu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Dalam mendapatkan hasil, kerjasama secara kolektif dengan kumpulan amat penting. Perkongsian tenaga akan menjana hasil yang luar biasa! Alhamdulillah, kumpulan kami semuanya ahli yang terbaik dan senang membuat kerja malah saling memahami. Masing-masing saling bantu-membantu dan saling memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman. All the best to Us!


Aku dan Kak As~klik..klik bergambar..hehe

Muni dan Laptop sambil bernyanyi-nyanyi sambil menjadi deejay ceria hari ini

Iman yang syok mewarna..kaler jangan tak kaler..

Shaheda yang tekun itu..


Kami

Aina dengan senyumnya

A'ai dengan tenangnya mewarnakan huruf A..hehe


Zeti Dengan Cameranya

Tangan kiri ku ini amat berjasa sehingga hari ini

Setakat itu sahaja, untuk kali ini.Wassalam.

1 comment:

amirahumaira' said...

waalaikumussalam wbt...ya afiti..ur senior..siap dirimu afiti sekarang hehe..dunia belajar dgn dunia sebenar di sekolah amat berbeza...namun keyakinan dan semangat untuk ikhlas menolong perlu disematkan dlm hatii..bitaufk wannajah..

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42