Bismillahirrahmanirrahim.
Ayahanda Mustafa (kaunselor dari negeri Sembilan) menghantar kepada saya tentang tajuk ini dalam YM. Saya amati dan terus membaca dan sememangnya ini ialah prinsip saya juga yang telah saya tulis dalam blog ini dan kebetulan pula dicetuskan oleh Pakar Motivasi Dr.Shukri Abdullah. Prinsip yang dipegang iaitu, "apa yang saya tahu saya nak orang lain tahu juga" membuatkan saya sememangnya suka berkongsi. Maka, antaranya wujudlah blog ini. Namun, adakah apa yang kita tahu, kita nak semua orang tahu, yang pastinya, niat untuk berkongsi dan cara berkongsi itu mestilah terkawal agar tidak disalah aggapan. Mari sama-sama kita membaca entri yang amat sejiwa dengan saya ini agar sama-sama mendapat sesuatu.
"Anda tak tahu apa yang orang lain tahu dan orang lain juga takkan tahu apa yang anda tahu kesemuanya. Semua kita datang dari background yang berbeza, justeru pengetahuan juga berbeza. Perkara terbaik yang perlu Anda lakukan adalah dengan berkongsi apa yang anda tahu. Lebih banyak yang Anda kongsikan apa yang Anda tahu, lebih banyak juga orang lain akan kongsikan apa yang mereka tahu dengan Anda. Jadi, ini mewujudkan situasi menang-menang.
Kesannya, masing-masing mempunyai peluang yang sama untuk jadi cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan. Andai Anda bersikap takut orang lain akan mendahului Anda bila Anda berkongsi banyak yang anda tahu dengannya, itu adalah salah satu pemikiran negatif.Allah maha adil, alam semesta juga maha adil. Bila Anda berubah sikap menjadi pemurah, alam semesta juga akan pemurah dengan Anda. Kesannya, rezeki Anda mencurah-curah, kebahagiaan melimpah ruah dan orang lain senang bila berada bersama dengan Anda. Buang sikap kedekut, selalu memikir perbelanjaan, takut habis duit mahupun rasa gusar sebab tak cukup duit. Duit akan datang sendiri bila Anda sanggup berkongsi apa yang Anda ada dan menggunakan sumber-sumber milik Anda untuk kesenangan orang lain terlebih dahulu. Saya bercakap melalui pemerhatian saya pada sikap orang-orang yang berjaya. Mereka pemurah ilmu, maklumat dan pertolongan.
Lebih menghairankan, walaupun mereka banyak memberi serta banyak berkongsi, apa yang mereka ada tak pernah berkurang, bahkan makin bertambah!. Inilah yang dikatakan abundance. Mulai hari ini, kongsikan apa yang Anda tahu, kerana secara automatik, orang lain akan memberitahu apa yang mereka tahu. Sanggupkah Anda berubah ke arah itu? Moga kecemerlangan menjadi milik anda."
Itulah antara yang dinyatakan oleh Dr.Shukri Abdullah. Bersamalah kita tingkatkan pengetahuan. Suatu tahap, kita akan rasa kita tidak tahu apa yang kita tahu, jadi janganlah berasa panik makin banyak membaca dan mendapatkan maklumat itu sudah sememangnya berlaku situasi seperti itu. Maka, apa yang kita rasa itu sebenarnya, jika dikeluarkan topik sesuatu itu, barulah kita boleh cakap. Pelikkan, hingga makin banyak tidak tahu, makin banyak yang kita ingin cari. Itulah sebuah pencarian tentang kecintaan pada ilmu pengetahuan kerana otak kita ini lebih besar dari berpuluh buah komputer jika dikenalpasti kekuatan dan potensi menggunakan kuasa minda.InSyaAllah! Adalah lebih nikmat jika ilmu itu kita adunkan dan kaitkan punca segala ilmu dan pengetahuan itu daripada Allah S.W.T.

No comments:
Post a Comment