Pengalaman merupakan anugerah kepada setiap manusia yang bijak mengambil peluang. Setiap pengalaman yang hadir itu merupakan sebuah Sejarah bagi sesebuah kehidupan. Jika dinamakan sejarah, maka manusia itu perlu belajar daripada Sejarah Kehidupan. Sejarah kehidupan pula adalah kitaran kehidupan dan perjalanan manusia yang berkait dengan masa. Apabila masa berlalu, maka sudah menjadi sejarah untuk diri. Maka, sejarah itu ialah pengalaman bagi setiap manusia yang telah melalui kehidupan pada masa lepas. Bagaimana ingin menjadikan sejarah kepada diri?Bagaimana ingin menjadikan sejarah itu sebuah pengalaman yang berharga?Semuanya kerana menghargai masa yang ada untuk sebuah pengalaman yang terbaik. Pengalaman yang terbaik yang saya maksudkan bukanlah pengalaman itu penuh dengan kegembiraan dan keseronokan, namun nikmat melaluinya itu yang menjadikan manusia belajar daripada masa lepas. Disebabkan masa lepas, manusia itu maka kita berada di sini pada hari ini.
Menurut teori silang budaya, orientasi manusia pada masa itu terbahagi kepada tiga konsep bagaimana manusia berpandangan terhadap masa; pertamanya ciri manusia yang berkonsepkan pada past orientation iaitu yang menghargai masa lepas, menjadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran untuk hari ini, keduanya manusia yang berfikir untuk the now, iaitu menganggap masa sekarang adalah paling penting, menghargai masa sekarang dan memenuhinya sebaik yang mungkin, dan yang ketiga ialah manusia berkonsepkan future orientation iaitu lebih berfikir ke hadapan, mengambil masa untuk merancang dan berfikir, sentiasa ikuti perkembangan termasuk dalam fesyen, dalam perhubungan pula lebih kepada perhubungan jangka panjang. Namun, semasa dalam kelas Silang Budaya, saya sempat bertanyakan Cik Nani, pensyarah saya yang jelas penerangannya; "Cik, jika manusia yang jenis orientation nya pada semua konsep masa tersebut macam mana pula,?"Itulah soalan yang saya ajukan. Jawapan beliau ialah berdasarkan masa dan mana yang paling prioriti dalam diri. Benar juga jawapan itu, namun, saya juga ada jawapan tersendiri sebelum saya bertanyakan soalan pada pensyarah saya; bahawa manusia itu terbentuk kerana rangkuman keseluruhan masa. Sebenarnya, apa yang saya tanya itu ialah berkait dengan diri saya kerana jika dinilai, semua aspek itu saya lalui termasuklah anda juga. Mungkin boleh juga ada konsep baru jika manusia yang terbina itu kerana rangkuman 3 masa tersebut, mungkin Overall Orientation atau PPF Orientation (Past, Present, Future). Barulah lengkap kitaran manusia. Namun, itu hanyalah yang terfikir ketika dalam kelas namun bukannya konsep baharu, mungkin suatu hari nanti akan menjadi konsep. Hehe.
Pengalaman perlu dihayati sepenuhnya agar terasa nikmat siapa kita hari ini ialah kerana sebuah pengalaman. Peluang untuk mencari pengalaman dan melalui pengalaman semuanya dirasai oleh manusia. Jika 10 orang, maka 10 pengalaman, jika sejuta orang, sejuta pula pengalaman yang berlainan. Pengalaman itu mungkin pahit, dan mungkin indah, namun bagaimana untuk menghayatinya sebagai perkara yang positif ialah melalui pengalaman tersebut dengan nikmat. Nikmat yang bagaimana? Jika sukar, setelah melalui jerih, dan pahit maung, maka laluinya dengan kesabaran dan gagahi perkara yang dilalui itu, maka suatu hari nanti anda akan bersyukur dan merasai kenikmatan itu. Manakala, jika dengan keindahan, bagaimana pula perlu melaluinya?Jangan pula ghairah dan terlalu berlebihan, yang penting hayatinya dengan hati yang tenang dan rasa bersyukur dan perlu berada pada landasan agar menjadi nikmat terbaik bukannya tergelincir. Kelak akan terasa kebaikannya. Masa kita melalui peristiwa dan episod, anda sedar atau tidak sebenarnya bahawa anda sedang melalui pengalaman itu? Jika anda sedar, maka perlu rasai dan hayati dengan penuh nikmat seolah-olah anda sedang menikmati ais krim Cornetto. Hehe
Pengalaman yang dilalui beberapa hari yang lepas telah berlalu, kerana diri ini gemar ingin mencari dan mencuba dan merasai pengalaman itu. Diri ini sentiasa bergerak mengikut rentak derapan kaki kemana ingin lalui dan melalui rasa hati. Segalanya kerana sebuah pencarian yang tidak pernah henti. Saya mendapat mesej daripada ayahanda Cikgu Mustafa sebuah artikel melalui YM, bahawa kita hidup di dunia ni bukan sekadar untuk bersuka-suka, bersenang-lenang. Setiap daripada kita mesti tujuan tersendiri, peranan tersendiri.
Syukur jika anda lahir dalam keluarga bahagia, dibesarkan semuanya cukup, berjaya sampai ke universiti dan sekarang mempunyai kerjaya tetap. Anda patut mensyukuri nikmat itu, bukannya menunujuk-nunjuk kerjaya tetap anda atau memandang rendah pada orang lain. Anda lupa peranan anda dalam hidup hanya kerana anda diulit kesenangan, dan keselesaan. Jika anda sudah cukup senang sekarang ini, ingatkan diri sendiri bahawa kesusahan boleh muncul bila-bila masa dalam situasi tidak diduga. Bagi anda yang lahir di dalam keluarga sederhana, bermasalah dalam perhubungan keluarga, sumber kewangan yang sempit, saya kagum kerana anda punya semangat tinggi untuk mengubah nasib anda.
Benarlah kata orang, kesusahan dan kegagalan mengajar seseorang apa erti ketabahan hidup, fokus dan kesungguhan. Kesenangan dan keselesaan membuat kita lupa tujuan hidup, lupa matlamat kita, lupa tentang MATI dan lupa dosa serta pahala. Bila dah senang, kita lupa yang susah-susah. Orang yang hidupnya susah dulu baru senang kemudian ibarat padi yang semakin berisi, semakin tunduk jadinya. Hanya ada sedikit kesombongan dan ketemberangan.
Jika sekarang ini anda dilanda kesusahan, jangan berhenti berusaha mengubah nasib hidup anda. Dugaan dan ujian daripada Tuhan akan tetap diturunkan pada anda selagi anda tak lulus ujian tu. Untuk lulus ujian-ujian tersebut, anda perlu kuat mendepani segala apa jua yang mendatang. Setelah lulus ujian-ujian tersebut, anda akan menjadi orang positif, punya pemikiran positif dan yng sentiasa bertindak positif. Anda akan sentiasa cekal, sentiasa tabah, sentiasa bijak mendepani apa saja cabaran. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini? Ingatkan diri sendiri dulu, hidup bukan sekadar bersuka-suka. Hidup ini mengajar anda sesuatu.
Untuk itu, usah bersangka buruk tatkala mendepani dugaan Yang Maha Esa. Sentiasa ada hikmah disebaliknya kerana kita ini ialah hidup kerana masa lalu dan carilah pengalaman sebanyak yang mungkin jika anda ingin ke hadapan. Jika suatu masa anda berada di peringkat dan suatu tangga, maka amat perlu untuk berpaling sebentar menoleh pengalaman yang dilalui.
Kisahnya begini. Pada hari pertandingan itu, saya tertidur. Adila, rakan saya, telah menelefon saya menyatakan "Fiti, Dila nak tengok Fiti,..bla..bla.." Terkejut pun ada juga, bahawa diri ini tertidur pada jam 6.30 pagi selepas terjaga Subuh. Tengok-tengok sudah menunjukkan 9.30 pagi walhal pertandingan 10.00 pagi. Masa itulah, dalam ingin cepat, boleh pula dalam hati rileks. Setengah orang mungkin rilek dari segi lakunya, tetapi aduhh..saya pula boleh pula hati melenggang-lenggang, cuma pergerakan sahaja sedikit cepat. Baju, tudung, seluar belum diseterika, bersolek pun tidak lagi. Diri ini terus mengambil telefon "Dila dah start ke?". Jawabnya "Belum. Tak mula lagi" dan lega diri ini. Aku cakap padanya, mungkin aku akan sampai 10.15 pagi sebab tertidur. Terus pula mandi dan selepas itu mengejutkan Lin juga kerana dia ingin menemanku pada hari tersebut. Selesai mandi terus bersiap-siap. Bersolek dekat 15 minit juga dan terus ke Dewan Za'aba. Sebelum itu aku mendapat mesej bahawa majlis akan dimulakan dan diri ini menyatakan aku dalam perjalanan tiba. Walaupun sekejap, rasanya kerana sebuah pengalaman bukan kemenangan yang dicitakan. Itulah yang diri ini nikmati, dan lalui pengalaman tersebut malah sebagai sokongan kepada kolej untuk terlibat pada hari tersebut dan ingin memeriahkan penyertaan.
Diri ini ialah peserta paling akhir. Kesemuanya wakil dari kolej masing-masing telah mendapat nombor giliran, diri ini sahaja yang terakhir mendapatkan nombor. Sudah berada di pentas ketika itu, peserta pertama. Tiba masa diri ini pula, paling lawaknya, terlupa pula nak catwalk. Haha. Apabila turun pentas barulah teringat. Alamak rupanya tidak catwalk. Diri ini tidak sempat mendengar pula syarat-syarat walaupun aku telah melihat peserta lain catwalk dengan bergayanya. Walhal aku tahu perlu catwalk, dah orang catwalk, catwalk lah tu syaratnya. Mungkin, unconcious. Apabila nama diumumkan, terus sahaja diri ini berjalan ke pentas, lantas memegang mic. Diri ini pula tidak perasan dan muka bersahaja, rasanya Pengerusi Majlis mungkin pelik dengan tingkah saya. Lin yang memerhati dari bawah menyatakan selepas itu "Akak, masa akak pegang Mic, Mc tu macam nak suruh akak jalan". Saya pula boleh senyum dan tidak perasan masa itu. Pada kali ini diri ini, perlu menjawab soalan. Soalan itu perlu diundi. Aku mencabut undi ketika dipentas. Soalan pertama yang diterima ialah isu gejala sosial dan yang kedua isu Gaza yang sedang memuncak. Terus menjawab dengan yakinnya (Konon lah!) dan hati ke hati dan berharap pertandingan tetap pertandingan, utamanya ambil nilai itu paling penting. Diri ini berharap orang yang mendengar ketika diri ini bercakap, semoga mendapat sesuatu.
Selesai menjawab soalan yang diundi, pengerusi majlis sempat berseloroh menyatakan diri ini menjawab soalan seperti menjawab Bahasa Melayu Pro (Subjek universiti). Siapa nak buat esei boleh lah jumpa aku...Huu.huu..pandai pula bergurau.Isk..isk..Katanya yang sempat bergurau senda. Diri ini pula senyum macam tidak ada perasaan pula. Haih!. Pengerusinya, Roshada, rakan saya yang menjadi sekretariat yang perlu mengacarakan majlis tersebut. Diri ini dengan muka bersahaja turun ke pentas. Masa diri ini bercakap, aku lebih kepada nilai apa yang ingin sampaikan. Saya melihat juri sedang mencatatkan markah. Pertandingan itu tamat dengan diri ini orang terakhir bagi Pertandingan Busana Muslimah 2009 sempena Hari Terbuka Kolej. Selepas itu penyampaian hadiah. Nama demi nama dipanggil dan diri ini langsung tidak menjangkakan nama diri ini yang tempat pertama. Muka dengan rileks dan bersahaja naik kepentas menerima hadiah. Begitulah pengalaman hari itu.
Pengajaran bagi aku ialah, jangan tertidur lagi jika ada pertandingan. Jika ingin tidur, pesan pada rakan untuk kejutkan aku termasuk lah jika ada hari penting. Namun, bagaimana untuk menguruskan keadaan jika ingin cepat itu yang penting. Itulah sebuah pengalaman yang telah diri ini lalui. Sempat pula berseloroh dalam hati, jika ada uji bakat pengacaraan untuk pencarian pengacara dan busana muslimah majalah ke tv ke, sekurang-kurangnya apabila ditanya ada ke tidak pengalaman semasa temuduga, sudah pasti aku mejawab ada walaupun jika aku ini tidak menang. Haha..Berangan pulak. Menang itu bukan ukuran. Namun, yang penting kita melaluinya dan kita rasai perkara yang dilalui itu. Pengalaman makin menjadikan diri matang. Diri ini masuk pertandingan ini pun secara senyap juga. Budak rumah jer yang tahu dan rakan yang dekat. Diri ini, semester ini tidak lah terlalu sibuk dengan aktiviti, kerana sudah mendapat kad pencen dan bergerak apabila ada memerlukan pertolongan dan membantu di belakang tabir. Diri ini lebih sibuk kepada tujuan mengejar pointer kerana PNGK masih tidak memuaskan. Biarlah perlu disimpan kekuatan untuk itu di dalam hati ini.
Sukar untuk menceritakan betapa pentingnya sebuah pengalaman. Usahlah merungut ketika mendapat pengalaman yang sedih, sukar dan pahit kerana siapa kita hari ini ialah kerana sebuah pengalaman, masa dan sejarah. Hargailah pengalaman yang hadir. Rungutan itu sudah biasa jika sukar, itu pula sebagai luahan kerana luahan itu dan rungutan sememangnya normal. Kesimpulannya, kerana pengalaman begitu berharga kita makin ingin ke hadapan dan jika sudah ke hadapan perlu ditoleh semula ke belakang siapa kita sebenarnya. Ambillah setiap peluang yang hadir, kadang-kadang kekangan dan halangan timbul, namun, bagaimana untuk hold dahulu mungkin ada perkara dan pengalaman yang lain mendesak ingin muncul. Itulah ketentuan perjalanan Allah S.WT. Mungkin belum tiba masanya jika pengalaman yang kita terlalu inginkan itu tidak dapat dan belum lagi hadir, maka itu sudah ketentuan. Gambar sempat dirakamkan kerana pengalaman itu sangat berharga untuk diri ini.
Terima kasih ucapan tahniah untuk diri ini. Mesej dan ucapan daripada kalian saya hargai. Saya makin kenal siapa kalian, dan anda saya amat hargai. Saya mendoakan kejayaan kalian juga.
No comments:
Post a Comment