Assalamualaikum.
Diri ini ingin mencoretkan ceritera cerita pada laman blog ini untuk malam ini (1:54 pagi). Pada jam 9 lebih, aku mendapat mesej daripada adik bongsu aku suruh menelefon secepat yang mungkin dan mesejnya pula seolah-olah segera menyuruh telefonnya semula. Kredit pula tidak cukup untuk berbual lama, sebab semalam topup, habis pulak. Kecut juga perut, sebab melalui mesejnya seolah-olah ada hal penting. Hati aku rasa macam tidak sedap sahaja. Justeru, nasib baik, budak rumah aku, penjual topup. Aku pun mulalah menelefon adik bongsu aku tuh. Pok Su butir nangka (Mami aku panggil--hehe).
"Salam.."-Adik
"Wasalam..hello...rano Di?"--Aku
"Ti nak tanya ni, nak buat surat guano nak suruh semua warga Sri Wangsa, cikgu-cikgu dengan pelajar turun ke dewan untuk taklimat pilihanraya MPP?"-Adik
"Buat surat untuk gapo ni....pilihanraya MPP Sri Wangsa?"-Aku
"Hoom..aku jadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Majlis Perwakilan Pelajar Wangsa..."-Adik
"Patut la Cikgu Mad ada yM dengan aku kata Sekolah kita jadi Pusat Persediaan Universiti Sri Wangsa..(dalam hati ini tersyukur amat sangat dan bangganya aku pada adik aku serta sekolah aku terpilih)"--Aku
"Hoom...Sekolah kita satu-satunyo dipilih peringkat Negeri Kelantan untuk PPU pastu nok buat surat tu rano aku nak taip ni ?...(tup tap..tup tap...menaip)"--Adik
Kakaknya yang suka berleber ini, mulalah berceramah...bla..bla..itu ini...bla.bla..hehe
Itulah antara perbualan adik aku yang bongsu dengan aku, yang sudah berusia 19 tahun dalam versi Kelantan. Ingat kes apa! Hurm..Alhamdulillah, adik aku sentiasa menjadikan kakaknya ini sebagai rujukan setiap kali ada apa-apa persoalan. Biasanya hal akademik, perkongsian, pengurusan, surat menyurat (bab penulisan) dan segalanya lah. Adik aku yang bongsu dan yang kedua itu juga, apabila ada sebarang rujukan dan berkait hal surat menyurat rasmi,majlis, aktiviti, hal pelajaran dan sebarang hal lain, aku lah menjadi rujukan untuk bertanya, berkongsi itu dan ini..Kakaknya inilah akan menjadi rujukan. Alhamdulillah. Aku lah kakak mereka. Hubungan kami insyaallah, akan tetap utuh. Dalam hati ini, bangga dengan dirinya dan khabar pula menjadi Pengerusi Suruhanjaya MPP Sri Wangsa. Engkau belajarlah daripada pengalaman agar engkau merasai apa yang kakak mu pernah rasa. Aku memang suka adik aku aktif dan berkepimpinan. Aku akui, jika dahulu aku pernah menjadi pemimpin pelajar, adik aku yang kedua pula, pengawas, dan Pengerusi Pertina, yang ketiga ini pula, sekarang merasai juga sebagai pengawas sekolah dan jawatan-jawatan lain, termasuk Pengerusi Suruhanjaya MPP, julung-julung kalinya penubuhan MPP di Sekolah Menengah untuk Pusat Persediaan Universiti buat pertama kalinya yang mana satu-satu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Biji Wangsa terpilih di Negeri Kelantan. Sebenarnya, pelajar tingkatan enam sekarang atau PRA Universiti, akan dijadikan Pusat Persediaan Universiti. Jadi, lanjutan PPU ini, sekolah kami akan terpilih. Mungkin kerana kecemerlangan untuk setiap kali STPM melayakkan sekolah ini menjadi testement untuk percubaan ini. Alhamdulillah.
Ini pulak yang tengah; Riduan Bin Mohd Basri--Buat aku geram, kamera aku tak hantar-hantar lagi aku nak guna pun susah banget!
Aku akui juga, kepimpinan kami antara adik-beradik memang bakat itu ada. Bukan untuk membangga diri, tapi karisma itu ada dan diakui oleh guru-guru juga. Aku bangga dengan adik-adik aku. Tengok dari fizikalnya, cara bercakap seorang-seorang memang lah termasuk adik aku yang tengah walaupun nampak sedikit introvert masa kecil, tetapi apabila besar, luar jangkaan pula. Mungkin mewarisi datuk dan moyang aku juga. Aku teringat apabila alang-alang bercerita kisah kepimpinan ini, ibu aku pernah ceritakan pada aku termasuk nenek aku, datuk dan moyang aku dahulu memang orang kuat masa di Thailand dulu, sebagai ketua kampung, dan rumah mereka tumpuan pula untuk bermesyuarat dan jika ada permasalahan dalam kampung. Aku bangga menjadi cucu Wan Long@Walong dan bako' Che Wea. Di Thailand, berbinti kan keturunan bukannya berbinti ayah kita. Itu tidak sama dengan Malaysia. Satu lagi inputnya, jika anda kemana sahaja dalam bumi Thailand, tanya sahaja anda bako' @baka apa, anda akan temui bahawa, anda sekufu atau satu baka dan keturunan walaupun sudah bersepupu sepapat yang jauh mauh!Hehe
Alhamdulillah, aku juga cukup bangga, aku sendiri telah luahkan semasa YM dengan cikgu aku, yang ketika itu di UPM part time untuk masternya dalam leadership education, akan membantu sekolah itu kelak dan aku ingin berjasa pada sekolah aku itu. Cikgu aku menyatakan juga, untuk PPU nanti, semoga Afiti dapat membantu. Itulah kepercayaan yang masih diberikan walaupun sudah 5 tahun keluar dari sekolah itu. Dalam hati ini, aku ingin ke sekolah itu dnegan status pendidik kelak. Insyaallah! Merekalah jadi sumber kekuatan aku untuk aku terus melangkah dengan bergaya dalam arena pendidikan. (Wah!yakin jer!). InsyaaALLAH, JIKA NIAT KITA BAIK, TUHAN AKAN TOLONG, CUMA JANGAN TERLALU BONGKAK. Berkata benar pada realitinya tidak salah pun, siapa lagi untuk menghargai diri sendiri jika bukan anda dan diri anda?!!!
Semoga berjaya adikku untuk kempen pemilihan. Aku sempat bertanya juga, kenapa tidak masuk bertanding juga, tapi dia cakap, dia sudah jadi Pengerusi yang akan menguruskan proses pemilihan MPP itu. Tidak mengapalah, aku tetap bangga denganmu dan aku harap, dia akan ikut jejak langkah aku juga dan jika boleh, aku ingin dia lebih hebat daripada aku. Aku berharap dia berjaya dalam STPM juga walaupun aktif, pelajaran perlu seiring!Dalam hati kecil aku, aku berdoa dia dapat duduk bersama aku juga dalam dunia pendidikan, sebab pernah juga dia menyatakan hasratnya untuk ke UPSI kelak, dan kecenderungannya dalam subjek Sejarah dan Ekonomi. Sejarah itu, macam aku lah jugak dahulu, alih-alih, kaunseling pilihanku. Mungkin dia juga. Aku berdoa sahajalah untuk kejayaannya.
Perangai adik aku ini, dahulunya, jenis panas baran. Sekarang beransur kurang panas baran itu. Mulut wah,..aku juga pernah disentap memang kalau terlibat dalam jurusan undang-undang, memang power. Ayat sharp dan aku nak bagi penerangan pun memang tak boleh lari dah! Kata-katanya buat aku mati! Kadang-kadang, dalam hati ni "Fuh...buleh tehey adik aku nih!"Dari segi fizikal, kalau dia penyek kaki dia atas kaki aku memang meraung tak terangkat kaki aku, tak terbangun kalau masa dia bergurau dan bermain sumo dengan aku.Hehe. Pecah rahsia perangai aku! Aku paling pendek di rumah kerana tertewas oleh gergasi lelaki 2 orang ini. Mak aku pula, mereka main-main, suka-suka angkat, dukung (kekpong-bahasa kelate). Bertempik mak aku sambil tergelak-gelak. Termasuklah yang kedua itu, tersangat besar badannya dan tinggi. Kisah yang bongsu lagi, lepas mandi, dia suka kacau aku dengan ambil kain tuala dia libas kat aku. Meraung melolong lah aku! Aku pap sekali di lengan, dia mulalah, menganiayai aku yang sedikit pendek ini. Mak aku cakap, badan-badan sorang-sorang besar gajah, sebab keturunan sebelah mami aku yang atuk dan moyang aku macam gergasa badannya. Wohaa!Tapi, yang perempuan slim lepas kahwin.Woha!Ada pleuang ke tidak aku ni???Kalau nasi berpinggan-pinggan makan tidak berhenti, tidak ada maknanya!Wohaa!
Kisahnya lagi, dengan yang bongsu tu, kalau dia gatal telinga pun suruh aku korek. Kuku dia masa dia dalam sekolah rendah, aku yang potong. Aku ni memang suka korek mengorek telinga, ambil lampu picit, suluh dalam telinga, dan aku memang minitik beratkan bahagian sensitif, gigi dan telinga agar dijaga baik-baik. Itu ayah aku yang ajar. Kalau pinggan di rumah, aku lah yang sekali sekala rendam dalam air panas, bagi "mati kuman" . Itu juga ayah aku ajar aku, dan aku tengok dia semasa dia merebus alat pergigian selepas dia mencabut gigi orang. Jadi, aku praktik pada mangkuk pinggan bermula aku sekolah menengah. Banyak kisah menarik antara kami. Duka pun ada juga.
Kisah adik aku yang bongsu lagi. Sekarang, dia merasai kesusahan tinggal dengan ibu aku. Sebab dialah yang satu-satunya sekarang bersama ibu aku di rumah. Ibu aku pernah cakap, dia sekarang sudah matang. Kalau ibu aku tidur, dia tak akan kejutkan kalau dia nak minta duit ke pergi sekolah untuk beli itu dan ini. Dia tahu, ibu aku penat, jika dia nampak duit ibu aku letak atas meja, itu yang dia ambil dan kami adik-beradik, jika duit berapa sen pun bukan hak milik sendiri, kami tidak akan ambil. Jikalau ambil duit ibu aku yang diletak mana-mana untuk beli sesuautu, aku dan terutamanya yang bongsu itu akan cakap lepas guanakan jika terdesak. Ynag penting, terus terang aku cakap, aku tidak pernah buka beg duit ibu aku! Kalau hand beg yang besar aku pernah lah, untuk ambil beg yang kecil dan aku akan berikan ibu aku yang membukakan beg yang kecil itu. Adik aku yang bongsu, Dia banyak guna duit sendiri dan aku akui, dia seorang penyimpan dan penabung duit. Pernah dia kerja masa cuti sekolah (aku pun macam tidak percaya dia bekerja), dekat kilang besi buruk. Tidak silap, RM 3 ribu masuk dalam poket. Wohaa! Masa abang dia yang kedua itu nak masuk universiti, dia bagi duit dia. Keras hati orang nya, tapi kalau dia bergaduh dengan aku, dia pernah menangis secara senyap-senyap. Aku tahu pasal itu, sebab aku dapat rasa. Aku dengan dia ni, marah kejap jer,lepas sejam dua jam, aku dengan dia berguraulah. Itulah aku dengan dia dan memang perangai aku sebijik ayah aku. Kalau marah, ketika itu sahaja, lepas itu macam tiada apa perkara yang berlaku. Sekali tembak, mami aku cakap aku macam bas buruk, "bhuk..bhuk..bhuk.."Lepas itu, senyap lah. Adik aku yang kedua dan yang bongsu jika mereka marah pada seseorang, mereka sukar melupakan. Contoh, dalam berkawan jika marah, tidak akan berpaling tadah. Jika baik, macam nak ambil kawan masuk dalam perut pula (mami aku cakap; padahal sama dengan mak aku juga..wahahaha!). Jenis aku pula, marah kejap, lepas orang minta maaf, walau orang mengata aku ke,..aku boleh buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Orang pernah buat dusta ke apa ke, aku boleh maaf kan. Kadang-kadang ibu aku marah juga dekat aku, dan cakap aku ni macam tidak ada perasaan, dan tidak ingat ke apa yang orang sudah buat pada aku. Hehehe..Tapi, aku pula, tidak anggap perkara itu berat walau apa yang terjadi. Hati tidak makan saman!Entahlah, bagi aku, buat apa marah, marah kejap terhadap perangai dia sudahlah. Tak payah lama-lama walau sesiapapun. Tapi, nak try boleh lah dengan aku nak tahu fire aku. Namun, aku tidak suka membangkitkan kemarahan dan aku sensitif sangat pada orang yang jenis tidak tahu menghargai, dan tidak kenang jasa orang. Bila ada masalah, perlu itu dan ini, cari aku, tetapi tidak tahu beradab dan hormat orang malah suka pula menjatuhkan orang. Analoginya, kita berikan orang makan, orang pula tidak membasuh pinggan selepas makan. Sudahlah memberi makan, kita pula yang kena membasuh pinggan. Itu analoginya orang tidak beradab! Sebab aku percaya, aku masih boleh menjaga hati sesiapa walaupun orang itu musuh ke,.siapa ke..yang penting, semuanya Tuhan tahu. Sedikit sebanyak, apa yang aku pelajari dalam bidang kaunseling sangat mendidik aku. Itulah ilmu yang dipelajari.
Konklusinya, perhubungan itu sangat indah, dan adik-beradik tidak boleh dipisahkan walau apa yang berlaku apatah lagi, jika ibu bapa kita telah tiada. Semasa kita kecil, kita membesar sama-sama. Adik aku yang bongsu beruntung mempunyai aku kakak mereka dan abang. Aku pula, tiada abang dan kakak kerana aku yang sulung dan akulah kakak dan juga abang. Memang benar, anak sulung mempunyai kepimpinan dan bertanggungjawab dan perlu tahu berdikari dan mengurus. Pandangan aku "kepimpinan" itu asalnya, sifat lelaki,dan naluri "bertanggungjawab" itu pula perempuan dan perempuan lebih bertoleransi. Jadi benarlah, kerana sulung itu tidak ada watak abang dan kakak juga, maka kedua-dua watak itu ada pada anak sulung, tidak kiralah dirinya lelaki atau perempuan semasa dilahirkan sebabnya, anak sulung tidak ada lagi orang terwala daripadanya.- Untuk faham lebih lanjut, YM lah. Panjang pula kalau tulis di sini.
Rasanya tidak ada apa lagi yang ingin dicoretkan. Semoga adik aku berjaya dan sekolah aku berjaya sehingga peringkat Malaysia. Hidup Dato'! Nantikan aku juga kelak.Terima kasih. Wasalam.
p/s--Layout ditukar memandangkan rakan aku Faiz berkomen kata layout aku kelam.Hehe. Tambah pula jiwa kewanitaan terlebih sudah...!Perubahan itu penting, kan?kan??kan???(Versi Dr.Nasir)

No comments:
Post a Comment