Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, January 23, 2009

Hikmah

Bismillahirrahmanirrahim..,

Selang beberapa hari komputer Faiz mengalami kerosakan hard disk menyebabkan seluruh data yang disimpan dan dikumpul semenjak semester 1 lagi hilang, kali ini giliran aku pula. Banyak pula aku berceramah pada dia agar tidak bersedih.Hoho. Kata aku, mungkin Tuhan akan berikan anugerah yang lain, sebab itu dia hilangkan sementara. Habis juga karya dan teorinya hilang dan semua tugasan dari sem 1 hingga 5. Aku pula particent C yang hilang. Segala kertas kerja, text aturcara majlis prtokol yang semenjak semester 1 hingga semester 6, modul-modul aku, (boleh ambil balik dengan junior aku, sebab mereka pernah datang minta modul pada aku, dulu) karya-karya dan penulisan aku yang sedikit-sedikit (nasib baik ada back up aku dalam blog) juga musnah. Tugasan pada semester 5 yang aku simpan juga musnah nasib baik yang penting dari semester 1-4 aku simpan dengan baik di particent D.

Pilu hati ini. Patutlah hati aku selama beberapa hari segala macam tidak sedap rasanya. Aku dah agak, mungkin sesuatu yang akan terjadi. Patutlah aku terasa macam akan berlaku sesuatu. Kenapa sebabnya erk Tuhan bagi macam ni pada aku? Mesti ada sebab dan aku telah temui puncanya. Kebetulan pula penulisan pada blog oleh seseorang yang sedikit menyedarkan aku. Bermakna dalam kala terlalu gelojoh menyampaikan, ada sesuatu yang patut disimpan, jika tidak akan hilanglah sesuatu yang kita sayang dan berharga itu. Memang betul, berkait dengan penulisan aku juga. Kebetulan, cikgu aku menelefon untuk meminta contoh-contoh paperwork pada aku, dan aku berjanji untuk memberikannya. Habis juga hilang kenangan aku sepanjang di universiti. Nasib baik, kenangan gambar-gambar aku di particent D aku letak. Jika tidak, habislah!Lepas tu, tugasan aku yang semester 1 hingga semester 4 dan nota-nota masih ada. Nasib baik. Itu tanda amaran Tuhan pada aku..Haah..Memang betul.Hanya aku yang tahu sebab dan punca dan terima kasih pada Dr. Alya yang dia suruh aku baca sehari lepas. Kebetulan pula. Adalah kisahnya tu.

Nasib baik, bahan tesis dan contoh tesis sedikit sahaja; bahan-bahan yang aku cari sebagai persediaan tesis kelak bermula semester 3 lagi sebagai bahan bacaan aku. Tuhan mengigatkan aku dan Tuhan juga akan memberikan sesuatu anugerah untuk aku. Kehilangan segala dokumen pada particent C menyedarkan aku tentang sesuatu. Segalanya hikmah untuk aku agar lebih beringat dan bersederhana dan Tuhan akan memberikan sesuatu yang lebih baik pada aku. Sudah tiba masanya, aku perlu "BARU" dan laptop aku pula bakal diisi dengan maklumat yang baru serta orangnya juga baru. Perkataan "BARU" mungkin hanya aku yang faham! Mungkin ada yang tidak faham apa yang aku bebelkan ini. Tapi, hanya aku yang faham dan orang-orang tertentu sahaja.

Aku di CC sekarang ini, bersama junior yang tolong membaiki laptop. Semalam lagi aku serahkan laptop pada Zaki dan Din. Pelbagai daya dilakukan, dan hari ini.,ada perkembangannya dan laptop aku bakal pulih. Aku tidak bersedih kerana aku melihat kehilangan maklumat dan data di particent C itu, sesuatu yang positif. Berulang kali aku cakap dan Zaki mendengar, "Ada hikmah ni, laptop Kak Fiti jadi macam ni.."Kata aku. "Ha'ah,.Kak Fiti, ada sebab lah tu, kawan saya pun jadi macam ni juga, jangan bimbang Kak Fiti". Entah dia faham atau tidak maksud sebenar aku mengomel sendirian. Bagus betul budak ni, fokus untuk membaiki laptop aku. Terima kasih banyak-banyak dik..,Kalau ada adik perempuan boleh dah ni..huehue..gelenya la pulok aku ni.,

Terima Kasih

3 comments:

pokmudo said...

Terima kasih atas kunjungan Afiti. Hidup ini penuh ujian...

Cikli said...

salam...

letihnyo.
banyok sangat blog afiti.
kalu komen semua jadi serupa beleber pulak.

semoga berjaya pendidik bangsa.

AFITI said...

Trimo kasih sek2 kelate kito...pok mudo and cikli thuww..hehe

olos..letih gak..pekena secawan..hohooho

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42