Bismillahirrahmanirrahim.
Pertemuan seringkali membuatkan seseorang manusia yang berfikir itu merenung sedalam-dalamnya. Pertemuan itu telah diaturkan olehNya dan Dia yang berhak mengetahui seluruh isi pertemuan itu yang membawa 1001 kemungkinan. Pertemuan yang berlaku mungkin sengaja oleh pencarian kita atau kebetulan yang telah dirancang matlamat oleh Tuhan. Sepatutnya, manusia perlu menghargai pertemuan. Aku ingin kongsikan beberapa kejadian yang membuatkan aku rasa keajaiban dan kurniaan daripadaNya. Namun, dalam masa aku menaip ini, aku berfikir beberapa kali sama ada untuk dipaparkan entri ini, atau tangguhkan sahaja atau lebih baik untuk tidak meluahkan pada entri ini. Mungkin telah agak lama aku tahan kadang-kadang rasa tidak mahu dicoretkan dan hari ini barulah aku ingin tuliskan. Sebenarnya begini, sekarang ini, aku banyak berfikir, aku tiba-tiba dapat bertemu dengan orang-orang yang aku ingin jumpa. Adakah Tuhan telah memberikan kurniaan itu, sepanjang doa aku untuk berjumpa dengan orang-orang yang aku anggap hebat dan hubungan pula senang terjalin dalam mengenali mereka. Aku juga terfikir jika awal semester 1 hingga 5, aku sudah bergelumang dengan aktiviti universiti dan kolej, kali ini, secara biasa sahaja bergerak dalam menyampaikan maklumat. Sekarang ini, lain pula, aku lebih aktif dengan aktiviti luar yang menjurus kepada bidang aku. Ketentuan Tuhan ini, aku ikut sahaja dan masa aku lebih banyak dalam mendekatkan diri dengan orang-orang ini. Tidak rugi sebenarnya dan aku makin menjiwai dan teruja untuk aku lebih jauh dalam bidang aku lalui sekarang ini. Aku sedar, aku kali ini lebih banyak berfokus dan menjuruskan diri dalam hal yang berkait dengan kecenderungan bidang yang aku ceburi dan aku makin nampak kejelasan itu. Samalah juga, aku rasa sangat memberi kesan; kemudahan IT banyak membantu aku dalam mengenali insan-insan ini lebih dekat. Daripada blog akhirnya membawa kepada Ym, dan akhirnya berjumpa pula. Aku sangat terperasan, bahawa aku sudah berada dalam laluan yang aku inginkan dan aku hanya perlu mendalaminya sahaja dan jaga laluan itu agar tidak tergelincir. Mereka yang aku kenal ini pula bukannya calang-calang orang dan aku juga boleh tergumam dan bersyukur aku dapat kenal seseorang termasuk orang hebat dalam bidang kaunseling dan dunia pendidikan. Adakah ini kurniaan Tuhan dipertemukan dengan mereka. Aku pula memang jenis tidak segan silu untuk mengenali mereka (Muka tak reti malu). Lepas ini, siapa pula yang aku akan jumpa yer, dan aku nak jumpa siapa pulak lepas ni, ada dalam hati aku. Aku teringat tentang hal jumpa ini masa aku bersekolah dahulu; Aku ini alkisahnya jenis benci giler pada mata pelajaran Sejarah dan Geografi masa tingkatan 1-3, tahap kebencian Sejarah pula berlanjutan hingga tingkatan 5. Al-hamdulillah, tiap kali aku berdoa untuk menemui sesuatu, iaitu aku nak jumpa teknik pembelajaran Sejarah, maka Tuhan bagi kurniaan itu pada aku. Paling tidak diduga, aku pula gila Sejarah. Pusinglah soalan macam mana, A tetap dalam tangan. 4 soalan aku boleh karang 20 muka surat dalam masa 2 jam. Masa tu memang tidak ada masa aku nak toleh kiri kanan depan belakang dah...Pemeriksa pun letih nak baca. Paling aku minat dan otak mudah makan, Tamadun Dunia. Paling hairan, buku tebal beratus muka surat aku boleh ingat. Patutlah Fuad kata aku "GILA". Itu perkara tidak mustahil sebenarnya, tapi aku berfikir jugak, nota pensyarah bagi tak sampai 10 muka surat kenapa tak boleh ingat (hek eleh). Itu yang buat aku berfikir. Otak dulu dengan otak sekarang tidak sama ke?Patutnya lebih tajam. Sedapkan hati jer la,."Makin banyak belajar, makin banyak tidak tahu..."(Ayat poyo jer nak sedapkan hati). Tutup lah cerita pasal pertemuan. Itu kisah pertemuan terhadap apa yang aku inginkan. Sebabnya aku sangat percaya, 100 orang manusia, 100 kaedah pembelajaran. Sebab itu teknik pembelajaran berkesan bagi aku ialah, bergantung pada diri sendiri.
Berbalik kepada pertemuan dengan manusia. Aku pun tidak reti nak cerita ni. Aku dulu minat dalam sajak, cerpen; kali ini aku berpeluang untuk bertemu dengan orang yang aku kagum dalam bidang penulisan, dalam bidang penulisan sajak. Siap berYm lagi. Adakah kegemilangan yang pernah aku cita-citakan dahulu, akan hadir walaupun aku pernah tinggalkan seketika minat dan keinginan aku. Mungkin itu yang aku tangguh dahulu (mungkin kehendak Tuhan) dan Tuhan berikan kembali. Nak pula, berjumpa dengan orang-orang yang bijak pandai dalam Kaunseling dan Psikologi dan agak rapat. Mungkin ini antara pencarian aku juga. Ha'ah, memang betul suatu pencarian untuk menemui insan-insan yang aku ingin jumpa itu. Tapi,..siapakah aku? Aku ini orang kampung jer..belajar pun tak habis lagi dan mereka inilah yang aku jadikan idola-idola aku. Aku tidak suka orang menyekat minat aku, apa yang aku buat. Aku nak terus pergi jauh. Sebabnya, aku tidak suka dikongkong. Untuk mereka memang tidak berfaedah, tapi bagi aku, apa yang aku lakukan,..mungkin hari ini tidak perlu, dan mungkin suatu hari nanti akan menjadi sangat perlu. Maknanya, apa yang aku buat memang aku dah fikir, bukannya terhantuk baru nak tenggadah. Itulah manusia, semuanya ada kelebihan. Eh, apa sebenarnya yang aku bicarakan ini? PERTEMUAN yang aku bincangkan daripada pelbagai sudut.
Sekali teringat, ada hikmah aku tidak ke matrikulasi dahulu, dan aku berjaya lambat dariada kawan-kawan aku yang berada di matrikulasi dahulu. Namun, sekarang ini, aku pula yang di hadapan. Namun, aku masih menghormati mereka kerana mereka itu sahabat aku. Mungkin Tuhan tangguh untuk aku berjaya dahulu sebabnya Dia nak aku lebih berjaya. Aku tetap menyayangi sahabat seperjuangan aku dahulu dan aku percaya aku akan pergi jauh selagi tekad dan usaha aku tidak pernah henti berputus-asa. Kadangkala, normal lah jika mengeluh akibat sesuatu, komen itu dan ini, tapi perlu lah terkawal. Jangan jadi bus buruk, seperti kata mami aku. Mak aku sentiasa cakap pada aku sejak aku dari kecil lagi, dengan orang perlu merendah diri, jangan menghina orang dan jangan takut nak dekat dengan orang. Baru aku faham, memang benar, sebab itulah aku tak takut nak dekat dengan orang. Pernah aku cakap pada seorang rakan aku ini, cubalah berkenalan dengan orang ini dan ini, dan aku cuba nak kenalkan. Jawapan daripada sahabat aku itu, "Apa yang aku nak bualkan dengan dia bila aku kenal dia?" Bila jawapan sebegitu, aku tidak tahu apa yang perlu aku cakap, dan aku hanya diam sahaja. Kadangkala mereka cakap, seganlah. Mungkin itu mereka dan orang ini macam-macam. Banyak kelebihan kita tahu bersosial dan mudah mendekati orang. Takut dekati orang? Cubalah, takut itu boleh di atasi. Aku jika nak mengenali orang, aku awal-awal, aku akan search di internet, siapa orang ini dan aku akan siasat, cari dan cari, jika hati aku tersangat untuk mengenal orang itu. (Kawan aku cakap, Fiti nih bahaya..haha).
Aku rasa orang yang aku ingin kenali ini, aku akan semakin jumpa mereka dan semoga Tuhan permudahkan urusan aku. Aku ingin mengenali mereka kerana aku teringinkan ilmu yang mereka peroleh itu dan belajar daripada mereka serta untuk sama-sama berkongsi. Malah juga kerana aku suka mengenali orang dan hubungan yang terjalin, atas dasar IKHLAS lah serta menghargai manusia. Itulah aku, yang sangat teruja dan kagum dengan mereka dan aku tidak patut melepaskan peluang untuk mengenali mereka. Sememangnya aku sangat menghargai insan-insan yang hadir. Untuk kenal orang-orang ini, aku ini siapa? Aku seperti selipar buruk jer, tapi akan hadir untuk banyak kegunaan. Kalau tidak ada selipar buruk itu, sakitlah kaki, terpijak kaca, paku, termasuk taik ayam..hehe. Jadi, aku lah pelindungnya. Insyaallah dan aku juga akan cuba masuk dalam selipar-selipar manusia lain untuk memahami mereka. (Koya nya aku).
Paling aku tidak suka, orang kenal aku dengan dasar kepentingan. Contoh, junior pandai benar manis mulut dengan aku, kalau nak itu ini...mula lah. Aku paling tidak suka kaki bodek. Adik-adik, korang jangan cuba nak membodek akak, kalau nak kawan dengan akak engkau ni, jujur dik..hehehe (Warning tuh). Aku sedar, mereka itu jujur sebenarnya. Aku awal-awal lagi dapat rasa. Kadang-kadang mereka juga buat aku tersentuh hati sebab keikhlasan mereka. Nak aku sebut ke nama, yang aku rasa agak close? Kalau sebut, nanti ada yang jeles. So, simpan sahajalah. . Namun, aku ini mudah kesian,..siap buat buletin lagi siapa nak nota untuk adik-adik. Kalau masih tidak pandai guna peluang tidak tahulah korang..,
Semua ini hanyalah PERTEMUAN dan PERHUBUNGAN kerana ia seperti kita menghormati guru kita. Sebagaimana sayang aku pada guru-guru aku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tutup pasal pertemuan. Kali ini, aku ingin kongsikan sesuatu. Kenapa dengan aku erk, semenjak aku berusia 18 tahun, naper aku dapat bayangkan ada toksik dan kekotoran dalam badan. Kadangkala, sampai aku nak muntah tahu takkkkk? Siksa kadangkala diri ini. Tapi buat-buat tidak layan. Aku tidak pandai nak jelaskan part ini, al kisahnya, aku tengok Tv tentang perubatan. Sampai sekarang aku kadangkala, kerangka-kerangka dalam badan itu aku lihat macam transparent. Aku seolah-olah bayangkan toksik ada dalam badan dan membuatkan aku berfikir, macam mana nak hapuskan benda ni. Haih..aku ni mengarut ke apa,..kadangkala aku ni fikir aku ni sedar atau tidak sedar apa yang aku fikir ni. Maknanya, aku boleh tulis hal ini, aku sedarlah. (Apa ke he nya, nak jadi doktor perubatan pulak ker,..Haih..mengarut..mengarut..dan memang mengarut!!!!) tapi aku buat tidak layan apa yang aku alami itu. Kalau tidak, aku akan selalu muntah lah1. Kadang-kadang membuatkan aku terfikir, ada ke tidak alat nak buang toksik dalam badan dan aku bayangkan, kehidupan sekarang sangat banyak unsur kekotoran akibat pencemaran. Itulah, mugnkin sebab naluri terlebih cinta pada alam. Begini pulak jadinya. Tengok, merepek pulak. Sudahlah.Argh!!!
Kesimpulannya, manusia ini semua atas aturan Tuhan dan naluri untuk hidup itu perlu ada. Sudah tiba masanya untuk semua manusia mengenali kekuatan dan potensi diri dalam mendekati manusia-manusia lain juga. Kehidupan ini saling memerlukan dan Tuhan kurniakan sesuatu masalah, sesuatu anugerah semuanya untuk kita lebih beringat, lebih kuat dan yang paling penting, "RETI" menghargai apa yang ada dan jangan tergelincir.
p/s--Aku sebenarnya..sedang layan lagu nak matching dengan movie yang nak dibuat ni dan tengah pikir macam mana nak buat tugasan ni bagi menarik. Jadi, layan blog mana tahu idea datang lagi...aduiii..cuti macam tak cuti...! Malam aku jadi burung hantu. Siang aku tido. Orang tido aku berjaga. Orang berjaga aku tido! Terbalik pun terbalik lah.
Setakat itu sahaja. Wassalam.

No comments:
Post a Comment