Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Saturday, January 10, 2009

Jangan Mendoakan Kehancuran Israel Tetapi Doakan Hidayah Untuk Mereka

Tragis dan memilukan. Air mata tidak berupaya mengalir kerana kekeringan

Mungkin ini perlu dilakukan...dan barangan mereka berlambak di pasaran kelak. Ekonomi Yahudi bersedia jatuh merundum. InsyaAllah.

Bismillahirrahmanirrahim..,

Mari kita sama-sama membaca entri ini.

"Sekarang kalau kita lihat penindasan terhadap ISLAM diluar negara ada bermacam-macam dan yang boleh kita buat ialah berdoa tapi doa umat Islam sekarang ini betul-betul bersimpang jauh.KENAPA...? Kerana mereka mendoakan untuk diturunkan bala kepada orang-orang kafir. Bilakah Nabi Nuh a.s meminta untuk diturunkan bala? Hanya selepas 980 tahun berdakwah kepada umatnya, kita mendoakan bala kepada orang kafir ini sudah berapa lama kita berdakwah kepada mereka? Selepas Nabi Nuh berdoa, ALLAH makbulkan dengan janji didatangkan banjir, dan Allah perintahkan kepada nabi Nuh utk membuat kapal, Nabi Nuh bertanya bagaimana membuat kapal? Pokok tidak ada, Allah suruh tanam dahulu, dan lihatlah tempoh utk pokok bercambah menjadi besar dan dijadikan kapal?, maksudnya Allah bagi peluang lagi dengan orang kafir ini utk bertaubat, dan lihatlah kasih sayang Allah pada umat manusia. What happen on the 39 day? Nabi Nuh lari naik kapal kerana takutkan bala Allah SWT. Nabi Yunus A.S pula juga mendoakan bala kepada orang2 kafir, maka Allah murka terhadapnya pada hari ke 40 , maka di campakkan dia ke laut yang hitam pada malam yang gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan (ikan makan ikan), dipendekkan lagi, ikan itu muntahkan Nabi Yunus after 40 hari, Allah pula perintahkan kepada Nabi Yunus buat bikar/tempayan yang besar dan cantik, beberapa hari Nabi buat, siap. CANTIK dan besar , lepas itu Allah perintahkan Nabi Yunus utk pecahkan hasil tersebut. Terkejut Nabi Yunus, kerana , Allah buat perumpaan lebih kurang, adakah AKU menciptakan orang kafir itu utk dibinasakan? Ingatlah Allah tidak menciptakan orang kafir itu untuk menjadi bahan bakar api neraka, orang kafir duduk neraka tingkat ke-3. SEDANGKAN orang yang berpura-pura Islam duduk neraka bawah sekali,iaitu orang-orang munafik. Orang ramai tidak menyedari hakikat perkara ini. Itulah kita kena berhati-hati dalam doa. Satu orang kafir mati semua org Islam berdosa. Nabi apabila ada mayat yahudi lalu depan baginda, Nabi menangis. Sahabat hairan..Nabi menjawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...doa org yang teraniaya adalah sangat makbul..walaupun seorang bukan ISLAM. Sekarang siapa yang teraniaya? Kita Orang Islam atau mereka orang kafir? Mereka orang bukan Islam telah di zalimi oleh orang Islam kerana tidak menyampaikan daqwah kepada mereka, sebab itulah bila orang Islam berperang dengan orang kafir, org kafir menang-sebab mereka telah di zalimi dan org Islam tidak berdaqwah mereka. SEAFDAL-AFDAL DOA IALAH DIBUKAKAN PINTU HIDAYAH KEPADA REJIM-REJIM ITU, KERANA MEREKA JUGA MANUSIA, DAN MEREKA ADALAH CIPTAAN ALLAH. DOAKAN KESELAMATAN KESEMUA UMAT MANUSIA, LEBIH-LEBIH LAGI DIRI KAMU BERDEPAN DENGAN JIHAD BESAR KAMU SENDIRI, Tak payah Cakap Hendak Perjuangkan Islam, Jika yang kamu perjuangkan itu membawa fitnah kepada Islam Itu Sendiri".-Mesej daripadanya.

Mesej daripada seorang sahabat maya saya. Macam-macam andaian dapat dibuat.Pro dan kontra terhadap mesej ini. Membuatkan saya berfikir dan diagnosis seketika mesej yang dihantar. Adakah mesej yang baik dan ada sentimen sebaliknya mesej yang disampaikan; atau mesej ini berpunca dan asalnya daripada orang Yahudi dan pelbagai macam dalam fikiran saya ini. Mesej bertimpa-timpa untuk mendoakan kehancuran Yahudi pula banyak diterima. Hanya yang saya mampu ambil daripada semua ini, hanya berdoa Yahudi Israel sedar dan seluruh kegemilangan ISLAM itu akan dicapai...mana tahu, Tuhan akan membukakan pintu hati mereka. Segalanya kini pasrah, redha dan berdoa sahaja. Rasa geram, marah, benci itu sudah tidak terkira. Apabila membaca mesej ini, membuatkan saya banyak berfikir. Takkan smapai kemuncak macam ni pun boleh nak berdiam diri. Hanya berdoa Pelestin dapat kebebasan, Tuhan pelihara saudara kita di sana dan bukakan pintu hidayah Yahudi, terserah pada Tuhan untuk turunkan bala atau tidak bagi menyedarkan mereka. Namun, lawan tetap lawan jika mereka bertindak melampau. Alhamdulillah, sudah tiba masanya ISLAM bangkit dan kini ramai sudah membuka mata tentang kezaliman dan perlunya UMAT ISLAM bersatu!Macam-macam kaedah untuk melawan dan umat ISLAM perlu bijak untuk menanganinya dan mainkan peranan anda walaupun sedikit yang boleh disumbangkan. Sekarang ini, boikot sahaja barangan mereka dan gunakan sahaja cara berdakwah melalui internet. Benda ada depan mata sahaja. Kelak, ekonomi Yahudi merundum lah! Nak lawan bersenjata, tidak berkemampuan. Sesungguhnya agama ISLAM agama yang SYUMUL.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42