Normas tolak tawaran lanjut pelajaran luar negara kerana lebih minat dalam aspek pertanian
BAGI sesetengah individu, tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara pastinya suatu yang dinantikan dan tidak sesekali dilepaskan.
Namun, kepuasan dalam pencarian ilmu serta minat dalam aspek pertanian membuatkan Normas Yakin Md Ariffin, 42, yang ketika itu baru saja menamatkan pelajaran di Tingkatan Lima menolak tawaran berkenaan.Sebaliknya, beliau memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang pertanian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Cawangan Sarawak semata-mata minat dan sikapnya yang sukakan aktiviti luar, berbanding tawaran mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris di United Kingdom.
Itu cerita lama, kini Normas yang bekerja sebagai Pengurus Glenmarie Golf and Country Club, Selangor berbangga dengan pilihannya dan dianggap antara pakar mengenai bidang rumput, sesuai dengan kerjayanya berkaitan padang golf.
Jawatan disandangnya bukan sesuatu yang mudah dicapai kerana ia bermula daripada bawah. Ketika ditawarkan bekerja di situ sebagai pembantu superintendan padang golf, ketuanya, seorang rakyat Australia mengarahkan beliau menjalankan tugas seperti pekerja am lain.tu termasuk menanam rumput, membaik pulih padang dan sistem pili air, membawa traktor dan apa saja yang berkaitan dengan aspek penyelenggaraan. Beliau bersama rakan dianggap tidak layak menjalankan kerja superintendan walaupun mempunyai kelayakan akademik.
Atas alasan itu, rakannya berhenti kerja selepas enam bulan bertugas. Namun, Normas tetap meneruskan tugas atas niat mahu belajar segala-galanya berkaitan aspek penyelenggaraan padang kerana ia berkaitan ilmu.
“Saya pernah ditanya adakah kerja itu susah. Di sini, tiada sesiapa yang nak bunuh saya. Kerja sebagai pengurus estet di Sabah dan Terengganu jauh lebih susah. Ini ilmu baru dan ia berkaitan minat dalam pertanian. Banyak perkara dipelajari di sini termasuk diarah memeriksa semua pili air pancut.
“Sekarang saya tahu semua kedudukan pili air pancut di sini dan bagaimana menyelenggara padang. Apabila menjadi ketua, saya sudah mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan di padang, ini suatu kelebihan,” katanya.
Selepas tujuh tahun di Glenmarie, beliau ditawarkan jawatan sebagai Pemangku Pengarah Operasi di Clearwater Sanctuary Golf, Batu Gajah, Perak sebelum dilantik sebagai Pengurus Kelab di Kelab Kota Permai Golf & Country, Shah Alam.
Tujuh tahun merantau, Normas kembali ke tempat asal kerjanya di Glenmarie pada 2007 sebagai pengurus kelab dengan membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan.
Sepanjang tempoh itulah beliau memulakan kerja membina laman web sendiri www.mynormas.com khas mengenai rumput dan landskap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan menawarkan maklumat serta nasihat secara percuma.
Melalui laman web itu, pengunjung diterangkan secara lengkap mengenai rumput, bahagian, cara pembiakan, jenis rumput, faktor pemilihan, rumput utama serta nama saintifiknya. Normas juga turut menerangkan mengenai prinsip membina landskap dan seni reka landskap.
Laman web pertama Bahasa Malaysia khas mengenai rumput itu juga menyiarkan maklumat mengenai penyediaan tapak, penanaman, pembajaan, masalah, penyakit, mutasi di padang serat maklumat khas mengenai penyediaan rumput di padang golf.
“Saya mahu berkongsi pengetahuan yang ada. Ada pelajar daripada Indonesia dan pengunjung dari Hawaii meminta pendapat mengenai rumput. Menjadi satu kebanggaan dapat berkongsi maklumat,” katanya yang juga penulis mengenai rumput dalam majalah ParGolf, Golf Malaysia dan Laman.
Ketika ini, kelab itu dalam proses meningkat taraf rumput dengan menggantikan jenis Tifdwarf kepada rumput Mini Verde yang diimport dari Amerika Syarikat di bahagian ‘green’. Di ‘fairway’ dan ‘rough’ pula, rumput jenis Tifway 419 ditanam menggantikan Bermudagrass.
Beliau juga bersedia membantu mana-mana pihak membincangkan kaedah terbaik penanaman rumput terutama di padang stadium, sekolah atau laman rumah kerana kebanyakan rumput ditanam sesuka hati berdasarkan kecantikan tanpa mengira ketahanan serta kesesuaian.
“Ramai orang suka menanam rumput popular seperti rumput karpet di laman rumah tanpa menyedari ia tidak sesuai kerana rumput ini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Jika terlindung ia akan mudah mati dan rumput ini cepat panjang, jadi perlu dipotong setiap hari,” katanya.

No comments:
Post a Comment