Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, September 22, 2008

Kepimpinan


TNC vs Ketua Fasi vs Pengarah Program
My group




"JIka kita ingin berada di atas, kita jangan sesekali menjatuhkan orang dibawah...kerana kita TIDAK pasti sbnrnya orang yang kita cuba jatuhkan itu ialah diri kita sendiri..Jadilah pemimpin yang tahu mendongak ke bawah & memimpinlah pada niat yang betul bukan kerana KEPENTINGAN DIRI
"

"Jika ingin berpolitik, wujudkan politik baru sebagai mahasiswa untuk menerajui pimpinan bukannya menerapkan ideologi-ideologi yang di pegang di luar itu. Kelak, ideologi yang dibawa oleh kepala masing-masing itu sukar untuk mencari titik persamaan"

"Jika seseorang pemimpin itu NAIK kerana orang lain, maka jika Dia jatuh, adakah orang itu akan membantu? Jika orang yang membantu itu tiada bersama, maka mudah orang itu untuk jatuh. Jadi, bangkitlah kerana kekuatan diri sendiri bukannya kerana MERASUAH dan MEMPERGUNAKAN orang lain untuk naik. "

"SUKARNYA mencari INTEGRITI DAN MENDIDIK DIRI UNTUK MENJADI PEMIMPIN JIKA PEMIMPIN ITU HANYA INGIN MENGEJAR POPULARITI DAN NAMA SAHAJA. TANGGUNGJAWAB DAN HATI MASYARAKAT DIKORBANKAN DENGAN BEGITU SAHAJA TANPA MEMIKIRKAN, PEMIMPIN ITU PERLU SEDAR BAHAWA DIRINYA BANGKIT DEMI MASYARAKAT BUKANNYA SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN DIRI. don't be arrogant"

HOPE TO BE " dapat menjadi PEMIMPIN UNTUK DIRI DAN JUGA aku mendoakan kepimpinan baru dapat menjadi PEMIMPIN MESRA mahasiswa dan mahasiswi serta mengutamakan KEBAJIKAN SEMUA. INSYAALLAH"

Afiti

1 comment:

CIKLI said...

Kepimpinan terbentuk kerana adanya matlamat yang ingin dicapai. Untuk mencapai matlamat itu maka perlunya seorang pemimpin.

Jika matlamat itu berupa hasrat individu contohya seorang ingin mencapai 4.0cgpa maka dia perlu memimpin dirinya dengan gaya kepimpinan yang sesuai dengan dirinya untuk mencapai matlamat tersebut. Jika dia gagal mencari bentuk kepimpinan yg sesuai diaplikasikan pada dirinya maka dirinya akan gagal untuk mencapai matlamat itu.Ataupun mungkin dia langsung tidak membentuk dirinya dengan sebarang corak kepimpinan maka bukan sahaja dia tidak mencapai matlamat malahan dirinya akan dibawa arus persekitaran kemana-mana arah. kalau persekitarannya membawanya ke kelab malam dia kan ke sana. kalau persekitarannya membawanya ke masjid maka kemasjidlah dia.

Lihat pada skop keluarga.Bapa sebagai pemimpin tentu mempunyai matlamat kepimpinannya. Untuk menjadikan keluarganya bahagia, cukup perbelanjaan, melahirkan anak yang bijak dan berjaya, mewujudkan anak yang soleh dan hafiz, itu semua adalah matlamat2 yg ingindi capai. Maka untuk mencapai matlamat tersebut bapa(pemimpin ) organisasi keluarga perlu ada gaya kepimpinan yang sesuai dengan ahli2 dalam keluarganya. Jika gayanya nya sesuai dengan isteri dan anak2nya maka ia membantu untuk mencapai matlamatnya. jika gayanya tidak mampu dituruti atau langsung tidak dapat diterima oleh anak dan isteri maka sukarlah ia mencapai matlamatnya kerana sudah tentu banyak konflik akan timbul.

Jika dia organisasi mahasiswa, sdah tentu matlamatnya adalah untuk melahirkan mahasiswa yang menuju kesempurnaan sebagai manusia pelajar. Berdayasaing, luas bidang ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dalam komunikasi, proaktif, sedar tentang perkembangan dunia, kebajikan terjaga, cukup 'nafkah'yang diperolehi, nafkah zahirnya(kediaman, makanan, pengangkutan) terpelihara itu semua adalah matlamat organisasi. maka Pemimpin mahasiswa menggunakan gaya kepimpinannya untuk mencapai matlamat tadi.Bijak dan hebat pemimpin mahasiswa memahamkan dan mengurus orang bawahannya maka berjayalah organisasi mencapai matlamatnya.

Persoalan :
1- bolehkah seorang pelajar bermatlamat untuk mencapai cgpa4.0? sudah tentu boleh malahan sangat digalakkan. Namun untuk mencapai 4.0 itu bolehkah dia mencuri thesis rakannya dan dikatakan itu adalah miliknya? atau bolehkan dia menceroboh bilik pensyarah untuk mencuri soalan peperiksaan? jawapnnya sudah pasti dilarang dan itu perbuatan jelek walaupun matlamat sangat murni.

2- bolehkah seorang bapa bercita2 untuk menydiakan keperluan lengkap dan sempurna kepada keluarganya? sudah tentu boleh? Namun bolehkah untuk mencapai matlamat tadi sibapa mencuri, merompak, meragut ataupun mengambl rasuah? sudah tentu tidak boleh.

3- jika dia seorang pemimpin mahasiswa, matlamatnya adalh untuk memastikan mahasiswa dibawahnya terbela 'nafkahnya'. KOlejnya selesa, kemudahnnya cukup, bahkan loarn pengajian pun cukup.Bolehkah ia mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan membuat parti liar didalam atau didalam kampus,atau menganjurkan aktiviti yang tidak syarie bagi mencapai apa2 pun matlamat kepimpinannya? Jawapannya sungguh mudah anda pun tahu.kan?

Peringatan:
'Suatu hari nanti dipadang mahsyar seorang alim akan dipanggil untuk diperiksa amalannya, tuhan bertanya apakah yang telah kamu lakukan di dunia. Si alim berkata aku telah menghabiskan usia ku dengan menuntut ilmu, dengan ilmu ini kusebarkan kepada ramai manusia, dan kulakukan itu agar mereka beriman kepada mu. Tuhan berkata kamu penipu, kamu menuntut ilmu bukan kerana aku. kamu lakukan itu semta 2 untuk mencari harta dan kejayaan dunia. kamu mengajar orang didunia bukan kerana ku bahkan kamu lakukan itu untuk orang mengatakan bahawa kamu orang berilmu dan berjasa kepada manusia.. kemudia allah memerintahkan malaikat menyeret dan mencampakkan ke dalam neraka"

Islam sangat mementingkat matlamat kepimpinan yang tulus dan ikhlas.matlamat seorang manusia semestinya untuk mencari keredhaan Allah. bukan perbuatan itu matlamat, tetapi perbiuatan itu sebagai alat untuk mencapai matlamat(keredhaan Allah)

Islam turut mengingatkan dasarnya, matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun matlamatnya baik tetapi jika diperolehi dengancara yang bathil maka amalan tadi tertolak.

Kesimpulan :
lAKUKANLAH APAPUN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMATYANG BAIK YANG PENTING CARA ITU MESTILAH BETUL DAN SYARIE. TANAMKANLAH APAPUN MATLAMAT DALAM DIRI PEMIMPIN YANG PENTING MATLAMAT UTAMANYA ADALAH UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH.

" amalan yang disertakan dengan rasa ingin menunjuk2 itu iabarat tanah yang berada diatas batu yang licin, kemudian turun hujan lebat menimpa batu tersebut. apakah yang tinggal diatas batu tadi?"

sekian

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42