Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Friday, October 8, 2010

My Bos is My Hero


Pertama, ingin nyatakan kegembiraan. Penurunan berat badan. Mencecah juga 8 kg. Macam tak percaya pun ada. Benarkah??Iya..iyaa..iyaa..yerla..kesiankan kat aku ni..yang dah lama tunggu saat ini apabila episod aku berada tahun tiga belajar yang menjadikan aku meningkat mendadak.

Alhamdulillah..sukar nak turun berat badan sebenarnya. Penat juga bila difikirkan usaha. Usaha apa?Usaha makan!Haha...Akhirnya...boleh lah kiranya turun...percaturan Allah kan..siapa tahu.....kan.....Cukup itu sahaja..Woooha!

Niat yang baik adalah perlu segala-galanya untuk kebaikan setiap inci daging yang membaluti tubuh. Sepanjang kehidupan, apa yang sering aku niatkan,sering berlaku mengikut percaturan yang sememangnya Allah telah tetapkan. Target aku untuk kerja sekarang ini pun, telah aku niat awal-awal selaras dengan minatku. Status posting telah diketahui. Alhamdulillah. Baru semala rasanya menghabiskan praktikal, rupanya hanya menunggu penempatan sahaja. Namun, terdetik juga dalam hati aku, aku hanya ingin tahu lokasi penempatannya sahaja.

Pastinya, aku seronok dengan kerja sekarang dan melibatkan perkara yang aku minat, dalam bidang yang melibatkan kajian, dan yang melibatkan permainan, percaturan kognitif. Setakat hari ini, apabila aku peroleh sesuatu, aku akan bertanya kepada diri aku, kenapa Allah sentiasa beri apa yang aku niatkan, dan yang aku inginkan. Dengan cara persoalan itu makin meletakkan keyakinan dan rasa tidak ada cinta lain yang boleh menapak dihatiku melainkan cinta Allah sahaja. Cuma, dalam aku ingin capai apa yang aku niatkan adalah aku bukan mudah-mudah peroleh, kerana aku berusaha. Hidup aku sejak dari kecil sampailah besar, hanya dengan perkataan "berusaha" sahaja aku mengenali diri aku. Cuma, walaupun usaha keras, aku akan sentiasa mengekalkan "muka rilek" aku ini....kerana wajib ada berusaha, sibuk mana pun, hati mesti tenang..sure mudah peroleh apa yang kita inginkan...aku minat gila hal yang berkaitan "mengkaji". Kalau boleh, apa yang aku pegang, terlintas depan mata..pasti otak aku mahu berfikir...aku tak rasa itu berat...sebab aku suka....dan semuanya "automatik".

Sebut pasal rilek ni...ada satu perkara. Rileks drive kereta. Jika aku berada di sebelah driver yang memandu kereta...yerlah..pandu kreta la..xkan pandu unta!Haha. Aku mudah muntah naik kereta, jika pemanduan seseorang dalam keadaan "kalut". Luaran rileks, tapi hati kalut,sukar juga. Entahlah, kenapalah dengan aku ini...sesetengah...yang pernah aku naik kereta sama-sama...kena rileks2..drive..baru aku tak muntah naik kereta. Betui ni....aku tak tipu....!Psikologi pemanduan orang lain boleh mempengaruhi keadaan aku kah?Yer....hanya jawapan itu sahaja aku boleh berikan. Dalaman aku akan menolak (muntah), jika pemanduan dalam keadaan "loklaq" bak kata orang Kedah.

"Walau sibuk mana, hati mesti tenang..pasti..semuanya ada ganjaran daripada Allah S.W.T".

Tajuk entri aku adalah tidak berkaitan dengan entri ini, kerana itu trademark sepanjang aku bekerja beberapa bulan ini"

Alhamdulillah, pengisian tahun 2010 adalah sangat-sangat hampir mencapai targetku. Syukur pada Allah. Setiap tahun, pasti kuhitung apa pencapaian yang telah kulakukan untuk diri ini dan orang lain yang boleh aku sumbangkan.

Doakanlah aku ini, masih terpisat-pisat juga dengan karya ini yang masih belum terlunas. Terima kasih pada pihak penerbitan Aksara Keraian yang memberi peluang pada aku. Nama pena Ilham Murabbi agaknya lebih "memprivasikan diri aku ini" yang asalnya memang namaku digunakan. Namun, aku selesa dengan cara ini.

Bukan Melupakan


Subhanallah.Tersangatlah lama berhenti berblogging. Hampir 5 bulan blog aku ini bersarang. Tidak diusik. Adakalanya perkara yang kita minat akan terabai. Tidak bermakna yang kita minat itu kekal kerana patut didahulukan mana yang menjadi perlu. Tinggal, tidak bermakna melupakan, mungkin hanya dalam hati apa yang ingin ditulis disimpan dalam hati dulu. Namun, biarlah masa yang memutarkan semuanya.InsyAllah akan kembali semula minat kita itu. Ramai yang katakan, minat harus dipupuk. Benar, tapi aku memandang minat adalah "GIFTED" kerana setiap orang punyainya. Menulis dalam blog ni, adakalanya membuatkan aku rasa banyak perkara yang perlu diprivasikan. Bukan bermakna berahsia. Apa yang dibuat, adakalanya, biarlah kita hargai dengan cara kita simpan dalam hati, jadikan gema luar biasa untuk diri lebih melangkah.


Aku mengambil kesempatan, ingin tukar layout. Niat di hati sudah banyak kali. Tetapi, tukar-tukar, sayang pulak yang lama. Kali ini, biar semuanya baru. Terhasilnya yang baru kerana yang lama juga layout sekarang ini. Analoginya, sama juga kehidupan. Faham ke? Tak apalah, biarlah aku sahaja yang faham maksud tersiratnya kerana aku suka sangat berfalsafah sorang-sorang.

Yang pasti, meninggalkan, tidak bermakna melupakan.

Saturday, May 8, 2010

YaAllah

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Tuesday, March 30, 2010

Mengucap Dalam Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Sesungguhnya hati ini sangat rindu pada Tuhan

Berada di sekolah banyak menyedarkan aku beberapa perkara. Paling utama ialah sebagai kehidupan insan beragama Islam.

Mendepani para pelajar yang pelbagai latar belakang lebih2x lagi sebagai guru bimbingan kaunseling (kaunselor) amat besar tanggungjawabnya. Praktikum (internship) adalah syarat semata2x untuk melayakkan diri menerima segulung ijazah. Namun, perkara lebih penting adalah pada agama. Aku ini bukanlah seorang manusia yang sempurna dari segi agama. Aku sendiri terleka, terlepas pandang. Kerja2x praktikum semuanya syarat. Bagiku itu no.2 dan ketiga urusanku.

Cuma aku ingin nyatakan, perkara dan amanah terbesar bagi aku, ialah untuk pelajar Islam.
Air mataku hampir tumpah. Ada pelajarku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Dengan hati yang sarat, air mata hampir tumpah, bibir ini bergerak mengatur barisan kalimah syahadah dan pelajar itu menuruti bacaanku. Ditanya pandai atau tidak mengucap, hanya gelengan kepala sahaja, tanda tidak tahu. Subhannalllahhhhhhhh...hati aku menjerit memanggil nama Tuhan, seraya hati aku menyatakan, YaAllah, aku ini manusia yang zalim, banyak dosa dilakukan tetapi berilah kekuatan pada aku untuk aku berada dan berjuang di jalanMu. Berilah kesempatan pada aku, untuk membimbing pelajar2x yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Bermula dengan hari lepas, aku sedar tentang sesuatu. Aku ini perlu perbaiki diri aku lebih baik, kerana aku tidak mahu, pelajar Islamku tidak tahu mengucap dan tidak tahu tentang asas agama. Maka, aku perlu perkukuhkan peribadi dan akhlakku. Setiap pelajar yang berjumpa denganku, dengan caraku tersendiri aku akan selitkan dengan kalimah syahadah termasuklah ketika Bimbingan Individu mahupun Bimbingan Kelompok yang aku lakukan. Aku sedar tentang suatu tanggungjawab besar dan aku rasa aku adalah insan terpilih untuk mengajar tentang kalimah syahadah itu. Aku terkejut, sedih, terkilan kerana ada pelajar yang tidak tahu mengucap.

Bibir ini, hati yang sarat dengan air mata, menjerit2x dalam hati
Rupanya ada pelajar yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Bermula 3 hari lepas, aku mengajar mana2x pelajarku kalimah syahadah itu. Semoga Allah merahmatiku. Aku sangat sedih. Aku ini teruk dari segi agama dan aku kena perbaiki lagi diriku dalam usahaku untuk mengajar mereka ini. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkatiku. Ketika itu, banyak perkara bermain dalam fikiranku. Kalau aku ada anak suatu hari nanti bagaimana agakanya, perkara ini yang paling penting perlu diterapkan dan bagaimana pula generasi aku selepas ini. Macam2x aku fikirkan. Tidak segan aku katakan, mungkin selepas ini generasiku hanya Islam pada nama jika generasi selepas ini ramai tidak tahu mengucap. Arghh pentingnya kaunseling Islam...!!! (Otak mula fikirlah ni,..kalau masa buat master, aku rasa macam nak kaji pasal Kaunseling Islam pulak..adusss..bercapah2x).

Kesimpulannya, wahai sahabat2x sekalian, sebagai guru, caknalah tentang perkara ini., janganlah terlepas pandang. Jangan lah kita mengajar teori semata2x, mengajar pelajar tentang ilmu duniawi semata2x walaupun kita bukan guru Agama Islam, tetapi perkara asas ini adalah wajib. Setiap hari aku masuk kelas, permulaan aku ialah 3 perkara sahaja, mengucap kalimah syahadah, dan akan diteruskan rukun Islam dan rukun Iman kelak. Perkara mudah, kita sering terlepas pandang.

3 hari telah berlalu, peristiwa ini memberi kesan jangka panjang untuk aku. Tidak kiralah jika setting kerjaya aku kelak samada di sekolah, mahupun di IPTA, bagiku untuk mendidik pelajar tahu mengucap dua kalimah syahadah adalah pengertian besar bagiku. Alhamdulillah, walaupun kedua ibu bapaku tidak pernah satu persatu mengajar aku mengucap, hanya diajar masa kecil sahaja, tetapi, aku belajar masa tabika sehingga hari ini aku akan katakan bahawa cikgu aku yang mengajarnya, ustazah aku yang mengajarnya semasa di sekolah rendah. Aku bersyukur dilahirkan sebagai diriku yang tahu mengucap dua kalimah syahadah berserta maksud2xnya aku ingati. Cukup bahagia hati aku jika kita dapat membantu dari segi ini dan mudah sahaja bukan sukar mana pun. Ramai yang cakap ini unsur sensitiviti. Bagiku bukan sensitiviti, tanggungjawab itu lebih penting dari segalanya. Apa guna Islam jika tidak tahu mengucap???

Aku menyatakan suatu perkara kepada pelajar itu. Kata2x itu adalah kata2x daripada guruku ketika aku di alam persekolahan dan kini aku pula mengatakan kepadanya. "Jika kita mahu ibu bapa kita masuk syurga, jadilah anak yang baik. Jika kita mahu hidup senang, kita janganlah meminta perkara yang berlebihan daripada ibu bapa, jika kita terjebak dadah, ibu bapa akan disoal di akhirat kelak dan pastinya kita tak mahu ibu bapa kita masuk neraka kerana kita". Ayat itu aku pegang sejak dari dahulu lagi, sebab itu, aku sentiasa mahu lakukan yang terbaik kerana aku punyai kedua ibu bapaku.


~Praktikum~

Sunday, March 7, 2010

Meru





Apabila terlalu lama tidak update blog, beginilah jadinya. Banyak mau di tempek kisah-kisah yang tak berapa menarik. Entri ini sudah lama, tapi baru di tempek sebab baru terlihat gambarnya pakkkk..haha

LOKASI: KEDAI MAKAN DI MERU, SELANGOR
TARIKH : BULAN 2

Ada kisah di kedai ini. Sebenarnya, jalan-jalan cari makan di petang hari. Kedai nampak macam best, cuma ada sedikit ketidakpuasan. Aku order sup tulang, sambal belacan, ulam, air laici dan air kosong. Member aku pulak order nasi goreng, tomyam, air sirap limau, dan air kosong. Aku perhati sekitar kedai, macam okay. Pelayan kedai bawakan air untuk kami. Aku membelek-belek gelas minuman. Wekks..tak jadi nak angkat sudu hirup sup. Ada kulat hijau bertempek. Tengok gelas member aku pun sama. Aiyarkk..kotor gila!Kalau secalit dua tu boleh tahan lagi..tapi bertempek-tempek gelas tu macam berlumut hijau pulak. Aku merenung lama gelas tu..saling berpandangan dengan member aku ni haa..masing-masing bercakap-cakap.. Aku ambil langkah dan bagi tahu kawan aku ni.. kita bagitau pelayan suruh ambik yang lain. Kawan aku cakap, tak payah pejam mata jer, telan..haha..gilak loo..tapi geli pulak nak minum..berkulat hijau nihhh.. Haha. Kawan aku pun tak sanggup jugak nak minum. Aku cakap, kalau kita tak bagitahu, lain kali tak boleh datang dah sini, rugi lah, makanan sedap tapi kotor..then, kita berdosa tak bagitahu dan tak tegur, orang lain pun makan dengan kotor. Kalau kita tak bagitahu, tuan kedai takkan sedar perkara ni. Member aku pun angguk tanda setuju, tapi aku yang kena cakap, dia tak mau cakap..huhu..Aku bukanlah cerewet, tidak berkira sangat, jenis main belasah jugak..tapi situasi ini amat terlampau..huhuhu..Jadi, aku mula main peranan.

Suara aku ada 5 kategori.

1. Volume : Suara bercakap dengan budak, suara romantik..hehehe..
2. Volume : Suara aku bercakap dengan mak dan nenek aku
3. Volume : Aku bercakap biasa-biasa, ketika buat sesi kaunseling
4. Volume : Aku bercakap mengajar pelajar dalam kelas
Volume 5: Volume aku jadi komandan kawad dan kem

Agak-agak aku guna volume apa..untuk bagitahu?hehehe..

.

.

.

.

.

.

.

Aku guna volume 1 dan 2 jer

"Dik, kejap.." Muka sambil senyum dan bersahaja dan penuh kelembutannya...dan menguitkan jari ke arahnya...hehe

"Dik, boleh tukar gelas tak.." Sambil aku tunjuk pada gelas dan lumut hijau pada gelas, hitam-hitam pada gelas yang terlampau itu

"Mintak maaf kak, saya tukar.." Katanya selamber dan air baru sampai.

Aku mengangguk jer

Makanan kat kedai ni sangat sedap sup tulang dan tomyam, malangnya kotor. Harap, teguran aku itu tadi membolehkan aku ke kedai ini lagi. Kedai mana?Rahsia nama kedai itu.

Kesimpulannya, jika kita ingin membuat teguran, perlulah berlemah-lembut, suara yang tenang dan baik, untuk tidak memalukan orang itu dan paling penting ialah perlu asertif. Teguran untuk kebaikan. Alhamdulillah.

Thanks My Nikon =)



Shoot by myself


Shoot by myself






Shoot by myself
DATE: 7 MAC 2010
THANKS "MY NIKON" COZ BACK TO NORMAL
LOCATION : PANTAI REMIS, SUNGAI SEMBILANG, SELANGOR
PHOTOGRAPHER : AFITI & YATI
MOOD: ENJOY, RELAXS

No words to say. Tomorrow, we will back to school.Uhhh..

Terima kasih kerana dipertemukan dengan mereka ini..dua orang pelajar seni UPSI, serumah, sangat best boleh kata ngam. Pertama, sebelum ngam dan rapat dengan mereka, aku selidiki dan memahami latar belakang orang seni ini bagaimana?Alhamdulillah, nasib baik personaliti aku Social, Artistik, Enterprising. Maknanya personaliti aku ada unsur artistik, sebab itu aku boleh masuk dan best dengan mereka. Mengenali kalian amat best!!!

Thursday, February 25, 2010

Tahniah!


Assalamualaikum.

Selepas update blog "belajarenglish", saya suka untuk mengupdatekan juga di bahagian blog ini. Saya amat gembira sebenarnya mendapat khabar kejayaan adik saya. Saya sangat berharap adik lelaki saya yang bongsu dapat melangkah ke alam mahasiswa juga. Keputusan STPM diumumkan. Alhamdulillah, akhirnya dirinya berjaya mendapat pointer 3.58. (Sejarah, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Pengajian Am).

Saya mendapat khabar mesej ini ketika saya berada di Kem Belia Langong, Gombak. Ketika ini saya sedang bersama-sama barisan kaunselor sekolah mengendalikan Program Kepimpinan Pelajar tahun 2010. Syukur alhamdulillah, kejayaan ini amat mengembirakan hati saya, kerana adik saya lelaki bukannya perempuan. Anak lelaki harus membela nasib keluarga dan dirinya berada dalam top 5. Alhmdulillah, syukur saya pada Allah. Corak pembelajaran lelaki dan perempuan amat berbeza. Namun, saya yakin potensi yang ada pada dirinya.Ketika pulang bercuti sempena Hari Raya Cina, saya dan adik bersama-sama mengisi borang UPU secara online untuk kemasukan ke universiti. Saya pulang ke kampung juga semata-mata kerana ingin mengisi untuknya dan juga sambil bercuti dan bulan tiga kelak akan ada cuti lagi, dan saya rasa ingin pulang untuk menyambut kegembiraan kejayaannya.

Jika arwah papa saya masih ada, pasti beliau amat gembira. Saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling kerana ibu bapa saya. Arwah papa saya pernah mendoakan saya ini dalam bidang kaunseling dan psikologi, dan saya benar-benar dalam bidang ini. Walhal saya ini minat dalam bidang perundangan, namun sekarang saya sedar saya tidak minat langsung dan saya sedar bidang perundangan bukan bidang saya. Bidang kaunseling adalah laluan saya. Dahulu juga saya sangat berminat dalam bidang kewartawanan, sebab itulah, saya ini kaki bergambar dan suka merakam video (buat liputan sendiri) dalam kaunseling. Apa yang arwah ayah saya harapkan benar-benar berlaku, dan saya dalam bidang ini. Arwah ingin saya dalam bidang ini kerana arwah papa saya suka melihat seorang sahabatnya yang juga "seseorang" dalam bidang kaunseling, maka itu yang menjadi harapannya pada saya. Tidak kiralah kaunseling itu dalam setting pendidikan (sekolah) mahupun setting (IPT). Arwah papa sangat ingin melihat kami adik-beradik belajar hingga peringkat tertinggi. Hari ini saya sedar, jika dahulu harapan ayah kepada saya, anak sulung, hari ini pula, saya mengharapkan adik saya untuk ke dalam bidang seperti saya ini. Walau bagaimanapun, asalkan masuk universiti, belajar betul-betul, sambung belajar, jadilah pensyarah. Itu yang saya borakkan dengan adik saya.

Pulang ke kampung waktu cuti sempat saya berbual dengan adik saya, apabila masuk universiti, belajar bersungguh-sungguh biar sentiasa dapat anugerah dekan, jangan jadi macam saya, dapat sijil dekan sekali-sekala sahaja, kemudian, bila habis ijazah, sambung master dan PHD. Walaupun adik saya baru sahaja menerima keputusan STPM, saya terangkan awal-awal kepada adik saya ini agar dirinya nampak laluan yang sebenarnya. Jika papa ada, pasti papa akan mengalirkan air mata seperti yang arwah lihat apabila aku menggenggam medal, piala, dan sijil kejayaan. Harapan dan cita-cita arwah menggunung tinggi. Walaupun arwah pernah SPM pangkat 1, namun, kekangan hidup membantutkan segala-galanya, ketika ibu mengandungkan saya, arwah pergi belajar sambilan pada malam hari..itu pernah ibu saya ceritakan, tapi ada kekangan tertentu hanya kami sahaja yang tahu dan sudah tiba masanya kita pula yang menyambung cita-cita, harapan dan semangat arwah papa. Terima kasih kepada adikku kerana memberikan kegembiraan buat kami, tidak mensia-siakan STPM. Jadilah anak lelaki yang baik, jauhi segala yang melalaikan walaupun kita sedar kita ini remaja.

kalau arwah papa ada, pasti papa bangga dgn kejayaan kita, ingtlah, bahawa jika kita ingin kita menjadi anak yang berjasa kpd kedua ibu bapa,hargailah diri kita, jadilah insan yang sangat berguna, kerana kita hari ini adalah didikan papa& mami kita. Jgn sesekali kita calarkan maruah mereka,walaupun papa tiada, semangat papa yang luar ...biasa kt ambil jadikan semangat diri kita.InsyAllah kita berjaya..!Masanya akn tiba..


Apabila mendapat kejayaan, Tuhanlah yang berkuasa dan sujud serta bersyukurlah pada Allah kerana Dia yang membantu kita dalam memberikan kejayaan kepada kita. Semoga nasib kita,kehidupan kita, masa depan kita terbela dengan usaha yang gigih dalam mencapai kejayaan. Alhamdulillah, Allah amat kasih kan orang-orang yang rajin berusaha. Ameen.

Saturday, February 20, 2010

Cover Gumux

Assalamualaikum.

Hehe..esok dah mula sekolah. Sambil duk tulis laporan, layan facebook, layan blog dan layan apa yang patut dilayan.Woha! Sekarang kan makin tembam bom bom..Kalau belon tu, rasanya dah pecah dah..

Cuma untuk cover gemuk sekarang ni, saya suka bergambar separuh sampai pinggan jer. Haha. Nak buat macam mana pilihan sendiri.Wakaka..

Untuk cover gemuk, saya memakai jubah. Elok juga boleh saya terus kekalkan imej macam ni bukan setakat untuk cover gemuk, tapi peneguhan untuk saya terus memakainya. Pakai apapun, paling penting tutup aurat. Ameen.

Saturday, February 13, 2010

Kenapa Dulu Kurus, Kenapa Sekarang Gemuk?

Assalamualaikum.Pertama sekali.Terima kasih pada kak Nadia membenarkan saya mengambil entri ini. Tulisannya amat bermakna untuk aku. Kenapa dahulu orang ramai tanya aku kurus dan apabila lihat semula gambar lama-lama orang tak sangka aku boleh naik seberat ini. Masa aku kurus, masa aku sihat sekarang pun, gaya makan sama sahaja. Jadi kenapa aku gemuk sekarang? Kebetulan Kak Nadia menulis entri ini dan inilah jawapan aku. Cuma yang berbezanya aku tidak cedera, nasib baik aku nampak sihat, berisi je tidaklah gemuk sangat sebab aku tinggi sikit dan bahagian tertentu yang makin berisi. Hayatilah, semoga dapat sesuatu.


Hari Ini.
13 February 2010


Genap setahun
Catatan Kemalangan itu
Yang bukan sahaja meninggalkan parut untuk diingati



Tetapi juga perubahan KG yang tak kembali-kembali
Daripada 57 KG kepada 72-75 KG
I Gained 15-17 KG in 4 month last year
Of course lah selepas makan ubat akibat accident tu
Mase tu kepala kan dah berlubang takde isi
Ubat tu katenye nak tambah isi
Tu yang badan pun naik tak hingat.
Dah makan lapar. dah makan lapar. tak kenyang2

Daripada kurus seperti ini

....
...
..
.

badan kerempeng macam kerengga

kulit yang cantik

shape yang lawa

boleh pakai macam2 gaya

....
...
..
.

dan selepas 4 bulan ambil ubat akibat kene cakera

....
...
..
.

Terus bertukar menjadi seperti ini

pipi bulat yang tembam

dagu yang mula berlapis

shape lari semua UP berdouble 2 kali ganda!

Ya. Memang.
Ada banyak perubahan drastik dari kejadian tersebut

Parut. KG. Body Shape. Memory

Tapi jika dilihat semula dengan lebih mendalam
Kemalangan ini berjaya merubah saya menjadi 'seseorang'
Tumbesaran secara hebat membuatkan saya berubah penampilan
Mungkin pada mulanya kerana saya malu.
Tapi kemudiannya kerana saya sedar akan sesuatu.

Inilah cara terbaik dalam berpenampilan
Bukan sahaja rasa selamat. Tapi juga dihormati
diri sendiri turut automatik menjaga tiap t/laku peribadi
Kerana kita sentiasa diperhati

Kadang-kadang saya pakai jugak tudung biasa
Tapi takde fesyen-fesyen punyela.
Memang tiga segi je depannye. huhu

humm.
Dulu masa saya kurus

Saya seksi.
Takdelah sampai buka tudung
Tapi. Saya suka pakai baju body
aurat semua lari
Bercinta pun minta dating hari-hari
Kalau tak jumpe rasa nak mati

Tapi itu semua dulu.
Kisah lama yang saya simpan dalam memori
Setiap orang pernah ada kisah masing-masing kan?
Begitu juga saya. Saya sedih sebab dulu saya lupa diri
bangga sangat bila orang cakap kita cantik
Suka sangat bila orang puji kita lawa
Pakai baju pun ikut shape body semua
Konon cantik. Konon lawa

sampai saya lupa

Yang semua keindahan ini SEMENTARA
Semuanya Pinjaman sahaja
Ya Allah, Maafkan Khilaf dan Salahku selama ini (-.-)
Dan. Saya buat entri ini bukan untuk tujuan RIAK
atau MEMBANGGA DIRI

saya ada beberapa sebab mengapa saya buat entri sebegini

Pertama - Untuk catatan 'genap setahun' kemalangan ini
Kedua - Untuk 'peringatan' kepada
Ketiga - Untuk terus 'memuhasabah diri'
Keempat - Untuk saling 'ingat mengingati'

" Sesungguhnya segala nikmat dan rezeki yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata dan semua itu adalah milik Allah S.W.T "

dan Sekarang. Saya masih lagi 'chubby' macam sebelum ni
Tak kurus-kurus pun. Tapi Saya terus berusaha ke arah itu

Cuma saya harap
Bila saya kurus nanti
Saya tak jadi macam dulu lagi!
Ini 'nota & peringatan' khas untuk diri sendiri

\(^.^)/

Ya. Sebagai manusia kita selalu LUPA
Tapi kita boleh saling ingat-mengingati sesama kita
kan kan kan?

Jadi ingatlah.
Semua yang kita ada sekarang sementara cuma
Bila Allah nak tarik. Bila-bila masa dia boleh ambik balik

Ingatkan saya juga ya
Mari Kita 'Bermuhasabah Cinta' padaNya
Sayang kamu semua


Nota :

Harap dapat menjawab persoalan e-mel yang mahukan jawapan mengapa dulu saya kurus sekarang gemuk, mengapa dulu blog penuh gambar saya, dan sekarang penuh gambar pakcik google aje hehehe, mengapa dulu banyak gambar saya sorang, sekarang gambar ramai-ramai. uhuh. macam-macam lagi soalan lah. Harap dapat jawapannya ya.
Apapun, Saya tau. Banyak lagi perlu saya ubah dalam diri saya ni. Penampilan luar je tak cukup. Kena UPGRADE dalam jugak. Ye dak? Saya tengah berusaha la ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit =)

Wassalam
*L.O.V.E*
-nadiayuna-

Ini plak gambar aku

Dari begini



..

.


..


.

jadi begini

Kalau dulu, jubah ada pakai buat sembahyang je, duduk kat rumah jer..sekarang sudah pakai kemana-mana.Alhamdulillah.

Kelemahan

Assalamualaikum.

Adakalanya aku perlu menulis tentang kelemahan diri sendiri. Bolehkah?Boleh, tidak salah, apabila orang mengetahui kelemahan kita atau ketidak sukaan kita, orang boleh faham dan orang sekeliling kita juga tahu apa yang kita tidak suka. Bukannya apabila ditulis tentang kelemahan diri sendiri, maka senang manusia mengambil kesempatan.

Kelemahanku :

1. Aku tidak suka kepada orang yang bercakap tidak beradab dan tidak ada budi bahasa dalam komunikasi. Aku agak sensitif bab ni. Jadi siapa aku untuk menghalang seseorang bercakap tidak ada adab?Apabila aku nyatakan ini, maknanya faham-fahamlah apabila berdamping dengan aku.

2. Aku tidak suka kepada kekalutan dalam membuat kerja. Semoga dapat dibezakan antara komited dengan kalut. Orang nak mendampingi aku, jangan kalut, komited tidak mengapa. Kalut akan menghasilkan kerja yang "tin kosong".

3. Dalam pergaulan, aku juga ada boundry dan manusia lain pun ada boundry.

4. Aku tidak suka apabila seseorang bercakap, menyentuh aspek perasaan dan air muka orang. Walaupun dilihat seseorang berdiam, dikatanya pula orang bermasalah. Menggeneralisasikan riak wajah orang kadangkala tidak selalunya tepat, lainlah jikalau anda pakar tafsir yang hebat. Jika mahu bertanya tentang riak wajah orang, biarlah kena bahasanya.

5. Aku tidak suka melihat penindasan dan ketidakadilan.

6. Aku tidak suka pada kebisingan.

7. Aku tidak suka work hard, and hasilnya nothing kerana aku suka work smart, hard and systematic.

8. Aku tidak suka apabila orang mesej aku banyak tanda seru (!!!!). Ayat seru (Ayat marah) macam dalam diri tidak ada unsur kesabaran.

9. Aku tidak suka kerja lebih masa tapi tak beri apa-apa makna. Bila kerja lebih masa, mulalah menyatakan rajin, tapi kualiti tidak ada. Jika kerja lebih masa dan kerja itu memberi makna akan membuatkan aku sangat suka....!

10. Aku tidak suka disekat kebebasan aku untuk aku berkreativiti. Sebab personaliti aku ada unsur artistik. Maka unsur artistik, orang seni tidak boleh disekat. Personaliti aku S.A.E.

Perkara yang sinonim dengan diri aku

1. Aku apabila buat sesuatu aku berorientasikan masa. Contoh, aku budget untuk tugasan, dalam masa 2 jam aku kena siapkan kertas kerja, maka aku akan buat betul-betul dan fokus. Jangan pelik kalau lihat aku ketika enjoy aku enjoy sakan dan boleh duk on laptop, layan fb sambil buat kerja dan sebagainya. Contoh, tesis aku hari tu. Kalau aku duk buat tesis sahaja, aku boleh bosan. Aku kena ada selingan. Apabila lepas aku buat selingan, maka aku akan high buat tesis kembali. Contoh mudah, time duk buat tesis, boleh aku berenti sekejap pergi masak ke..pergi cuci baju ker..sebab ketika itu aku sedang mencari idea dan berkhayal tentang kerja aku itu.

2. Ketika buat sesuatu, aku tidak boleh fokus pada sesuatu benda sahaja, akan ada selingan.Lepas pulun aku akan alihkan perhatian pada benda lain untuk aku ambil mood kembali dan merehatkan fikiran untuk pulun kembali.

3. Kalau aku tidur, aku tidur betul-betul, kalau aku makan, makan betul-betul, kalau aku mandi, aku mandi lama-lama, kalau aku rilek, aku rilek betul-betul.

4. Jika aku nampak situasi kalut, bising, kesibukan dan orang sekeliling aku masing-masing kalut, aku akan cuba keluarkan diri aku daripada keadaan itu. Contoh, ketika semua orang pulun eseiment depan mata aku, aku akan keluarkan diri aku daripada keadaan itu dan aku akan buat apa yang aku suka dan minat. Jika semua orang rilek, aku pula akan sibuk buat kerja. Realitinya, itulah aku.

5. Aku sukakan kedamaian, aku sangat menjaga cara percakapan dan lainlah, ketika aku bergurau. Lain pula keadaannya.

6. Aku ini walaupun nampak bersemangat, tapi itu semua dalaman, sebenarnya aku ini mengenali diri aku dengan penuh kesederhanaan hati. Bukan memuji diri, tapi aku mengenali diri aku lebih daripada segalanya.

7. Aku ini seorang yang kuat azam dan semangat. Jika tidak, apa yang aku hadapi liku hidup ini, aku sudah lama terkubur. Nasib baik Tuhan kurniakan aku azam dan semangat.

8. Aku ini jika dilihat biasa je orangnya, tapi sebenarnya jika aku membuat sesuatu, aku agak rigid. Contoh kesalahan ejaan mudah je aku kesan, dan edit mengedit aku suka. Mungkin teliti.

9. Aku suka pada suasa kekeluargaan dan berjiwa orang kampung.

10. Aku berkawan dengan semua orang dan menerima semua orang, namun, aku juga ada BOUNDRY.

11. Aku suka bergambar, menulis, berfikir tentang sesuatu, sebab setiap saat adalah bermakna.

Siapapun kita, berbuat baiklah sesama manusia, tidak salah kita meluahkan tapi biar kena caranya. Tidak salah kita berbicara, tapi biar kena bahasanya.

Thursday, February 11, 2010

Koya Sorang-sorang












Berangan kejap. Dah lama aku mensurvey kereta dan rumah..Bila aku jalan lalu nampak rumah cantik, mula lah aku duk perhati design rumah..nampak kereta lawa depan mata, mulalah mata aku liar..aku duk survey ni..bukan bermakna aku ingin beli kereta dan rumah. Tapi fikir untuk future aku je.
Macam best je kan berangan sorang-sorang. Haha!
Kalau mula-mula kerja ni, pakai kereta biasa-biasa jelah kan..nanti lama-lama pakai lah apa pun bila kewangan dah kukuh.Haih!Koya kuat tehh..Kerja pun tak lagi..baru praktikum.Haha
........
Balik ni, aku nak suruh adik aku ajar pulas stereng pulak..nasib baik lulus ujian lesen aritu..tapi lesen aku tertangguh dan sambung balik kat Kapar ni..Lulus..tunggu nak belajar pulas stereng je..Burn gitu jer duit aku kat Tanjong Malim. Uncle kat Tanjong Malim cakap, boleh ambil balik duit tu nanti..bla..blaa..Gini lah kan..kalau busy bebenau sampai tertangguh. Adik aku jer duk pulas kesian jugak dia kalau ada apa-apa emergency.

Aku akan balik kampung 15hb/02/2010. Lama tak balik jumpa mami aku dan adik-adik aku. Kalau aku balik, sure rumah macam kapal pecah, yerla..adik lelaki takdanya nak berkemas rumah. huhu..Biasalah kannss...
Balik nanti aku akan borong skirt banyak-banyak..jual skirt pulak..Maknanya...aku dah jual pelbagai pakaian buat masa ini untuk survive student's life ni..Bermula dari tudung, baju then skirt pulak..InsyAllah kalau jadi..

Kereta yang aku suka:
Boleh muat ramai untuk keluarga, muat untuk pergi kenduri, student aku kelak yang duk tunggu bus tepi jalan tu..boleh aku hangkut semua..then macam "gagah" la skit..boleh aku redah kebun mami aku and buat travel..wakakaka..yang penting kereta tu mesti cun dan smart,mewah tapi murahhhhh dan berwarna putih atau black matallic, tapi tak tahu lah kan..takut citarasa warna berubah one day.Haha!

Kereta macam abang kat atas ni posing pun best jugak..Mesti best kan pandu volkswagen..!Aku minat jugak..tapi sekadar minat jerlah..suka tengok volkswagen..tapi nak beli suatu hari nanti tu tidak la kot..tapi aku suka tengok jer..sapa ada volkswagen buruk leh la kasi tahu aku untuk koleksi di belakang rumah..haha..tapi cun sey volkswagen!

Wednesday, February 3, 2010

"Cikgu!"







Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tidak tahu apa yang aku ingin tulis. Kali ini, hanya ingin menulis apa yang tersirat dan tersurat dari hati. Tangan ini hanya mengikut rentak. Menulis untuk mengurangkan tekanan sambil melayan dan berfikir apakah diri ini ditakdirkan untuk terus berusaha keras.

Sejak dua menjak ini, nak menulis pun kekangan masa di blog ni. Kekangan masa kerana hati mendesak untuk melakukan perkara yang lebih utama. Sebelum ini, walaupun diri ini kesibukan, tetapi menulis tetap diteruskan.Mungkin keserentakan mood itu tiada. Sebenarnya entri ini taip dua tiga baris terpaksa di save kan sebagai draf dahulu kerana ada sahaja halangan untuk menaip. Ketika permulaannya aku pun sudah terlupa feel aku ketika itu. Maka, tulis sahajalah feel hari ni.

Bergelar guru ini bukan semudah yang disangka. Ada kalangan rakan-rakan masing-masing meluahkan adakah layak bergelar sebagai seorang guru.Ada yang memberi pandangan "Mungkin aku akan cari kerja lain, sebab ketika ini aku mula rasa aku tidak layak bergelar seorang guru, baru aku sedar rupanya" Itulah antara katanya...

Perit memang perit jika dapat pula sekolah high risk. Namun, sokongan guru-guru di sekolah tersebut menguatkan aku. Cikgu-cikgu di tempat aku praktikal menyatakan, kebanyakan guru yang keluar dari sekolah ini kebanyakan menjadi guru cemerlang. Namun, itu bukan cita-citaku untuk mencapai semata-mata anugerah. Ketika itu, aku rasa timbul keyakinan. Aku rasa, aku bukan praktikal sekarang ini, rasa seperti sudah bekerja dan disahkan jawatan. Aku kasihan kepada pelajar-pelajar. Namun, adakah pelajar-pelajar tidak kasihan pada diri mereka?Datang ke sekolah separuh jalan, ligat otak aku berfikir teknik yang sesuai dan langkah yang terbaik dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan ponteng. Aku tidak mahu ungkit berita sekolah aku ini mendapat liputan televisyen ke apa ke..yang penting, kami di sini berusaha. Balik rumah, aku termenung memikirkan pelajar-pelajar. Semalaman berfikir dan menelefon rakan aku, Faiz kami bersembang 1 Jam setengah saling berkongsi idea. Idea terus dicanang, hari ini, aku berjumpa ketua kaunselor, aku nyatakan di atas kertas, siap dengan model-model yang dirangka. Ketua kaunselor bersetuju. KPM juga akan memantau kami, bermakna sekolah ini dalam pemerhatian. Tidak mengapa, perjuangan demi pelajar-pelajar harus diteruskan. Program ini akan berterusan sampai bila-bila kata ketua kaunselor untuk mencapai sifar ponteng walaupun agak sukar untuk mencapainya. Aku rasa suatu hari nanti aku ingin teruskan kajian tentang ponteng ini. Rata-rata pelajar di Malaysia dan setiap sekolah tidak terlepas dari masalah ponteng. Sedang aku membincangkan isu ponteng, ketua kaunselor menyatakan, idea ini boleh dijadikan kajian kes, di beleknya surat dari JPN, dan memberikan aku teknik penulisan kajian. Hurm..dalam hati aku, macam nak buat tesis balik jer ni, sebijik format buat tesis, nama lagi kajian kes. InsyAllah, jika berpeluang boleh juga, dah alang-alang buat, biar sampai ke pangkal lengan. Dalam kepala aku, pelajar tegar ponteng boleh dijadikan kajian kes. Namun, aku rasa kesesuaian kajian eksperimental. Aku ingin lihat kesan berdasarkan model piramid.

Pelajar ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor. Isu ini remeh dan biasa, tapi bagi aku kerana ponteng lah terjadinya pelbagai permasalahan, belajar entah kemana, masa depan gelap. InsyaAllah, apabila pelajar berjaya untuk kuatkan diri daripada ponteng, pelajar akan dapat menjaga fokus dalam pelajaran, tidak sia-siakan masa, lebih terpandu kehidupan. Buat masa sekarang, nak suruh pelajar duduk di kerusi jangan berkeliaran merata-rata tu perkara asas. Ketika ini, aku teringat kepada cikgu aku, Sir Malek, Cikgu BI, merangkap PKHEM, ketika itu aku tingkatan 1 hingga 3 sebelum dia pencen. Dia selalu rounde kelas, bawa rotan kalau jumpa, ucapannya "Morning!". Morning,Sir!Balas pelajar. Kalau pelajar ponteng, apa lagi, berkejaran dengan pelajar keliling sekolah untuk suruh masuk kelas.

Hari ini giliran aku pula. Awal pagi aku masuk kelas, kena ganti guru, lagipun hari ini hari Jumaat, kerja di Bilik Kaunseling selesai. Lepas ganti kelas, aku round sekolah. Payung UPSI dilipat, aku amik masa 15 minit round sekolah, aku nak lihat pelajar melepak..di penjuru koridor pelajar bergentayangan melepak. Apa ke faedahnya, kalau duduk baca buku lagi elok, tak pun duduk diam-diam dalam kelas. Melepak, buat bising..menganggu konsentrasi pelajar-pelajar lain dalam kelas sebelah dengan suara-suara mereka. Aku berjalan, senyum ke arah mereka tapi pandai main anak mata lah nak bagi pelajar takut. Pelajar berundur, aku berhenti merapati mereka " Awak buat apa kat sini...macam best jer, sy nak join jugak..." Alaa..cikgu kami lepak sini, boring la dalam kelas..tak tahu nak buat apa..." Kan elok kalau awak duduk dalam kelas kan, " "Okla cikgu, saya masuk.."Aku berjalan ke depan jer..toleh belakang "Eh, tadi dah masuk kelas, keluar pulak!" Terus lari masuk kelas..siap main intai-intai lagi tuu..celah pintu..hurmmm..Pelajar di kelas depan pulak satu hal,..duduk bertenggek di koridor, aku jungkitkan kening, telunjuk aku dari jauh bagi isyarat suruh masuk kelas..Kecik-kecik pun dah pandai bertenggek atas koridor, kalau jatuh ke tingkat bawah, maunya pecah kepala!

"Cikgu, boleh saya bawa beg cikgu, ?"

"Cikgu, saya bosan la..."

"Cikgu, dia kacau saya..."

"Morning teacher, you're new teacher?"

Pelbagai ragam pelajar, cuma niatku satu, jika mereka tidak berjaya dengan cemerlang, cukuplah jika mereka tahu menghargai hidup mereka dan ibu bapa mereka. Datang ke sekolah tanpa matlamat, cukuplah mereka datang ke sekolah apabila mereka keluar mereka menjadi manusia, namun, cukuplah sampai di sini untuk mereka mewarisi kemiskinan dan kepayahan hidup. Untuk melahirkan pelajar yang "bermasalah" kepada pelajar yang tahu memandu hidup amat sukar, kerana setiap pelajar mempunyai hati dan fikiran yang kadang-kadang sukar diubah.Untuk timbulkan kesedaran mereka " I need to touch their heart softly"

Thursday, January 14, 2010

Lelaki

Assalamualaikum

Susah juga jika anak-anak sejak dari kecil dimanjakan dan hanya tahu disuap sahaja. Apabila besar sudah tidak pandai berdikari. Tambah pula bila dah biasa senang, apabila susah lagi tidak pandai berdikari. Kebergantungan juga tinggi. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Sudah besar masih tidak pandai berdikari. Apa nak buat? Perlu lah ada rasa malu pada diri dan perlu usaha. Itu, ini semuanya bergantung pada seorang ibu.

Jika aku menjadi seorang ibu kelak,............

1. Anak lelaki perlu ajar berdikari dan ilmu survive hidup walaupun anda anak emak.

Tuesday, January 12, 2010

Tamat Sudah


Assalamualaikum. Tamat sudah sebulan diri ini bekerja. Cuti semester kali ini terisi di sini. Pengalaman yang ditimba di Institut Peradaban Melayu, IPM, UPSI sangat memberi makna kepada diri ini. Terima kasih dan syukur pada Allah yang memberi diri ini peluang untuk menimba pengalaman. Mana-mana kekurangan dapat juga diri ini belajar. Matlamat utama bekerja sebagai skim pelajar walaupun gaji biasa-biasa, adalah sebuah pengalaman dan juga persediaan diri ini di alam kerjaya. Mungkin pengalaman ini akan berguna untuk diri ini temuduga kelak dan juga sebagai tanda diri ini menghargai masa dan sebuah pengalaman yang bermakna. Cuti ini hanya berhubung dengan ibu dan adikku hanya di telefon sahaja. Praktikum sudah minggu depan. Jiwa harus bersedia dan jiwa adalah milik Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar, tekanan kerja apabila banyak sangatlah menjadikan diri ini menghargai sesuatu, jika masa rilek sampai boleh layan, pengalaman dari segi pengurusan dan segalanya memberi makna. Itulah kenangan berada di IPM, UPSI di bilik Penerbitan dan Penyelidikan. Terima kasih atas tunjuk ajar, teguran dan semua yang tidak akan saya lupakan. Banyak yang pelajari daripada anda juga. Yang pasti perlu seronok ketika bekerja. Kupohon pada Nya, semoga aku dapat melalui episod kerjaya yang akan datang dengan kekuatan dan ketabahan.

...........................

Salam takziah dan semoga kedua-dua insan yang mempunyai semangat perjuangan ini ditempatkan di tempat tertinggi dan terpuji di akhirat, Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Mohd Faizol bin Abdul Sukor. Allah lebih menyayangi mereka. Teringat masa Pilihan Raya Kampus dahulu dan aku dapat menilai perjuangan yang ingin dicapai. Teringat memori suka duka pilihanraya kampus dan pengalaman perjuangan ini amat memberi makna dan kepuasan kerana sebuah pengalaman dan perjuangan. Semoga semangat perjuangan diteruskan kepada calon pilihanraya yang akan datang seperti aktivis ini. Aku doakan kemenangan yang pasti untuk pilihanraya bulan 1 ini. Paling penting, perjuangan harus diteruskan. Mereka banyak memberikan sumbangan terhadap masyarakat kampus.

Monday, January 11, 2010

Kalau Dah Nama Wanita...

Kalau dah nama Wanita...

Siap sedia direject

Assalamualaikum.

Tidur dulu, dah pagi esok nak pergi kerja lagi..kerja gaji tidak berbayar..huhu..bos suruh pergi lagi. Esok sambung kisah di atas. Isu Serik.

Baiklah bersambung kembali. Melihat kepada gambar di atas, diri ini ingin kongsikan sesuatu. Kita sebagai wanita a.k. a orang perempuan, pasti tidak lari dengan barangan kemas diri ataupun kosmetik. Gambar di atas, aku berkemas-kemas dan saja pulak amik gambar. Sambil mengemas barang sikit-sikit untuk pergi praktikum. Tak tahu lagi bila nak pindah dari umah sewa di Taman Bernam ni..sebab best sangat duduk sini. Haih!

Berbalik kepada cerita. Pastinya, kalau orang perempuan, jika naik jerawat di muka mesti rasa tidak selesa tambah-tambah jerawat batu! Sakit pulak tu..!Hahaha..Aku ni plak banyak jerawat pasir..Haiyaa..batu la pasir la..Cuma aku nak kongsikan..setengah orang cakap produk Tia Amelia ni menjadi..mungkin kena dengan kulit orang tu kot..aku juga tidak terlepas dari tergoda untuk mencuba. Namun, bagi aku tidak memberi dampak apa-apa...sama jer..makin menggelapkan kulit adalah..cuma sabun dia jer ok..pengalaman aku guna produk Tia ni, masa tahun 2008, permulaan guna sabun sahaja...memanglah jimat boleh potong-potong jer sabun dia tu...ok lah sabun dia tu...then baru aku perasan, macam naik jeragat pulak..mula-mula guna tu ok lah..then..gatal tangan pergi pulak cuba sebab kawan-kawan aku menjadi jer guna krim dia tuh..alamak...baru guna sikit jer..tak jadi apa-apa pun. Aku mula guna produk macam ni bermula aku tingkatan 4. Masa tingkatan tiga tu licin jer...naik tingkatan empat muka macam apa dahhh..tambah pulak duk kawat jer..hangus habis..dah ler jenis kelabu dahhh!hahaha..(Syukur jer lah diri seadanya, orang lain kelabu tak kecoh pun..)...

Masa tingkatan empat ada kawan aku tegur, "Fiti, bakpo aku tengok kulit mung ada jerawat loni, ko mu guno ngarut-ngarut doh ni..aritu aku tengok xdok sebutir pun jerawat"..

Aku jawab " Tak dok guno gapo pun, jerawat naik sendiri, mu guno gapo Na, comey molek kulit mung.."

" Aku guno Safi"

Ha..mula masa tu lah aku nak berjinak..pantang orang cakap itu ini..mulalah...arwah papa aku pun turut sokong aku..Kalau pergi Yusmira Trading tu..dia siap tanya aku nak kirim barang apa..hahaha...lawok sungguh bila ingat memori dengan arwah..

Tambah masa tu pula aku pergi XPDC Pengakap, tak da nya aku sempat nak cuci muka nih.. cuci pun macam tu jugak. Senget gak aku ni masa kecik..hehee...Lepas tu, mulalah gatal tangan, mami aku cakap dah, jangan ajar guna apa-apa, nanti makin melarat dan jangan duk picit-picit, nanti makin teruk. Maklumlah degil sangat, tangan ni suka merayap. Bermula dari tu..air tawas la,..apa la..mana-mana kawan aku yang kulit cun tu..aku tanya..pakai apa..aku pun turut join sekaki..last sekali mungkin akibat campur aduk..hancus muka aku...huhuuh..

Kalaulah aku dengar cakap mami aku................

Bila dah mula naik tu.. habislah satu muka aku ni.. Pelbagai usahalah untuk mencegah yang aku lakukan.. De Wajah pun penah aku guna (muka cun sekejap jer..putih melepak..beb time ni..,tapi stop sebab mahal time tu..tambah pula, keluar dalam akhbar De Wajah kena sita time tu..akibat bahan kimia apa tahh, Sabun Sendayu pun penah, pil jerawat (majong, arwah ayah aku tolong belikan..kekekeke...), Tia Amelia, Irena, Safi, Fair and Lovely semua tak jadi...dan ada beberapa produk lagi..aku tak ingat..nama apa..Banyak duk perabih duit..Nasihat aku pada remaja, janganlah duk usik muka kalau jerawat tak banyak tu, kalau usia masih muda dan usik muka dengan produk-produk macamni, akan menimbulkan kebergantungan pada muka..habih laaa..Nanti jadi macam kakak kamu niii...(Kak Fiti yang muka dah jadi masakkkk).

Aku berhenti dengan Tia Amelia dan Irena yang tidak jadikan apa-apa pada muka aku. Penat juga, perabih duit..sapa-sapa nak amiklah bagitau aku, Tia Amelia tu baru cuit sikit jer..termasuk Irena tu...jerawat makin banyak adalah..Aku bagi pree jaa..dari aku duk bazir beli beratus lebih tuu, then duk biarkan, masuk tong..baik aku bagi kat orang lain..Jerawat makin naikk..dan naikkkk..mungkin tidak sesuai pada kulit aku ini...Hati aku resah..! Pelik jer ni..Aku tanya roomate aku jugak..Adoi..Aku mula godek-godek web selama dua hari nak tahu pasal produk...

Suatu hari, aku makin terperasan makin naik dalam dua minggu lepas, penuh haa kat dagu ni..jerawat kat tempat lain tu lagi laa..adus..!!!Tapi orang tua cakap, kalau kawin nanti..stop la jerawat tu..Aik..Yer ker..huhu...Tak kan nak tunggu kawin dulu..sekarang ni kena jaga..nanti tak kawin aku orang tengok muka aku semacam..kahkahkah..Boleh pulak..yang penting hati beb!!!Lawak jer..!Untuk atasi masalah ni..maka, aku search di internet dan ada forum yang membincangkan pasal produk-produk ni...Aku dapat celik akal..!Ting!!!

Produk yang murah, selamat ialah Temulawak..Ramai yang bagi respon membina tentang temulawak..dan di mana untuk dapatkannya..Jauh lebih murah berbanding produk-produk lain..Teringat masa tingkatan dua pernah aku beli temulawak..tapi rasa macam melekit pelik jer..tapi kali ni cuba balik..Alhamdulillah..sepanjang aku guna dua minggu ni..kulit aku, jerawat yang banyak makin hilang, bintik-bintik di muka beransur hilang..Syukur pada Allah..Pencuci muka temulawak yang ada vitamin E dalam RM 8.90 aku beli kat farmasi Tanjong Malim, termasuk krimnya depan kampus RM 4.50..jer..Then aku telan juga pil detoxcycline (RM 8 1 papan ) seperti yang disarankan oleh kaki forum dalam web tu dan aku sempat tanya farmasian ubat luaran yang boleh mengurangkan jerawat dan saranannya Tidact.

Banyak pengajaran yang aku dapat..huhu..Kadang-kadang benda murah ni lagi sesuai dengan kulit kita..dan tidak bermakna yang mahal tu sesuai dengan kulit kita..hurm..Semoga aku akan terus bersama Temulawak dan harapnya aku takkan bertemu dengan Temukelakar lagi lepas ni...

Paling syok..,jumpa mak guard kolej aku dulu...yang selalu aku duk lepak bersembang dengan dia masa di kolej. Tadi kami makan semeja di kedai depan kampus sambil borak-borak..katanya " Eh, awak dah makin cerah laaa.....dan susut sikit badan.." Sambil mata dia duk tengok muka aku dan diri aku ni...

Aku pun balas..."Yer ker makcik, saya timbang makin berat jer..haha"

Wohaaaaa..!!!! Hari ini hari aku paling happy sedunia...

Maklumlah aku ni bulat..Terima kasih mak cik guard UPSI..kalau saya ada pitih banyak..saya dah ajak mak cik guard dating dengan saya..hahaha...

Ops..jangan gembira sangat...berpada-pada..hehe..

Sekian masa merepek telah tamat...

Aku dah serik guna produk mahal-mahal tak menjadi ni...Semoga Temulawak akan terus bersama aku...InsyAllah!Sebenarnya, ubat paling mujarab untuk hilang jerawat ialah ambil wuduk dan niat juga untuk hilangkan jerawat. Namun, mungkin hormon yang menjadikan jerawat tu naik...Pastinya, wanita tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Babai Temukelakar, welcome Temulawak..hehe

Sunday, January 10, 2010

Insan Yang Bernama Aku

Assalamualaikum.

Hidup ini perlu diimbau kembali agar sejarah yang silam dalam kehidupan kita itu mampu membangkitkan kekuatan dan motivasi untuk diri. Pada 12 Mei 2010 kelak, akan genap usia aku 24 tahun. Bukan mudah untuk hidup sebagai insan yang bernama NOR AFITI BT MOHD BASRI. Mungkin diri ini tercipta sebagai manusia yang perlu survive hidup. Dalam kehidupan ini, setiap manusia perlu berusaha keras untuk hidup. Hidup bukanlah semudah yang disangka. Namun, dalam kesusahan itu, Allah sentiasa bersama kita. Orang yang pernah merasai kesusahan, tidak akan janggal jika kesusahan itu datang, namun, jika orang yang sentiasa senang dan tidak pernah merasai kesusahan, akan mengalami transisi konflik dalam menghadapi kesusahan. Kesusahan itu bukanlah derita, cuma Tuhan ini menyayangiku dan mahu aku sedar bahawa kesenangan bukan berpanjangan. Jika aku pernah senang, aku perlu ingat bahawa pada bila-bila masa aku akan susah. Tempat mengadu ialah Tuhan, kerana Allah itu sentiasa memahami kita walau dalam pelbagai bentuk komunikasi pun. Kalau mengadu pada manusia, walaupun melibatkan komunikasi, kita masih tidak berasa puas sedangkan dengan manusia kita mampu berkomunikasi dua hala? Komunikasi dengan Allah akan menjadi terapi dalam diri kita. Alhamdulillah, diri ini sentiasa bersyukur dan redha dengan serendah hatinya terhadap pemberian Tuhan. Malah, diri ini mampu tersenyum, kerana kesukaran hidup yang lalu membuatkan diri ini tersenyum. Kadang-kadang, kemewahan hidup itu adalah ujian.

Ketika kecil terlampau dimewah-mewahkan. Itulah hidup diri ini. Namun, syukur kerana dikurniakan bapa yang terlampau baik. Ketika kecil sangat naik lemak. Hurm..Namun, sekarang ini, aku mempunyai seorang ibu, dan dua orang adik lelaki. Maka, akulah yang akan kembalikan kesenangan kepada mereka. Masih lagi aku ingat, tahun 2008 amat memberi cabaran, tapi aku sangat tenang menghadapinya. Kehilangan orang paling signifikan dan orang pertama dalam hidup aku itu, membuatkan aku menghadapi kesukaran emosi. Lihat aku tenang, tiap malam aku menangis melihat gambar-gambar dan tulisan beliau. Bapaku kekuatan untuk aku menyambung cita-citaku. Walupun beliau telah tiada, aku sematkan dalam diri beliau ada ada dalam diriku. Ketika menyiapkan tesis, papa aku kembali ke rahmatullah. Aku pulang ke kampung ketika pembentangan dapatan kajian beberapa hari sahaja lagi. Dapatan kajian masih belum dianalisis. Namun, aku percaya, semuanya boleh jadi dan aku hanya turutkan hati aku ini dan langkah. Aku sangat percaya pada instinct sendiri. Alhamdulillah, selepas pembentangan, dapatan kajian aku mendapat respon membina. Aku harus bersikap jujur pada pensyarahku. Kadang-kadang pensyarah tidak akan tahu, jika kita tidak menyatakan apa permasalahan kita. Maka, disebabkan aku pegang pada konsep ketelusan dalam berkata-kata, maka aku terangkan pada pensyarah aku, hanya ini yang mampu aku buat, kerana aku menghadapi kematian papa aku.

Kenapa ada yang bertanya bagaimana aku boleh rapat dengan pensyarah ketika aku belajar dahulu. Sukar aku menjawabnya. Prinsip aku, jika kita kenal seseorang, jadikan mereka bukan datang dan pergi, bukan ketika mereka diperlukan, dan bukan kerana markah yang tinggi, tapi mereka itu perlu dihargai dan sentiasa jujur. Paling penting, pembawaan diri kita. Biar bagaimanapun ideologi mereka, mereka tetap guru kita. Apa yang aku lakukan sama seperti ketika aku di sekolah. Komunikasi haruslah hati ke hati. Bukan touch and go. Jangan takut untuk mesej bertanya khabar, ucapan selamat dan sebagainya namun haruslah kena pada tempatnya. Tidak salah pada pandangan aku, kerana kita tidak mengganggu privasi mereka pun. Cuma kadang-kadang, ada manusia yang mahu rapat, tapi tidak berfikir bahawa manusia juga ada boundry dan privasi yang perlu dihormati. Mudah sahaja sifirnya dalam pergaulan haruslah hormat, komunikasi hati ke hati dan ketelusan. Kita boleh menilai antara ketelusan ataupun sebaliknya. Bagaimana menilai?Jawapannya, kita ada mata hati.

Berhadapan dengan penyelia aku, terus-terang aku nyatakan aku ini ada perasaan sedikit takut pada beliau. Takut pada konsep aku ialah " terlampau hormat" sehingga tidak banyak butir komunikasi yang keluar. Bagaimana aku memecahkan rasa terlampau takut itu, aku andaikan beliau juga manusia. Mungkin jika kita bercakap secara telus, kita mampu menjadikan mereka sebagai sahabat dan juga teman berbicara. Namun, harus ada batasannya. Kenapa aku takut pada beliau ketika itu?Pertamanya penyelia aku ini adalah Ketua Jabatan. Keduanya, aku pernah melakukan kesilapan, datang lambat ke kelas beliau, hingga aku gugup takut, hingga aku berada di belakang pintu kelas berminit-minit sebelum masuk kelas. Tapi terpaksa tabahkan hati, kalau tidak, apapun tidak dapat ilmu hari itu. Pastinya, aku akan malu dengan sikap aku ini. Kelewatan itu disebabkan aku terlupa di mana aku letak file jadual aku. Telefon member semua off hp ketika dalam kelas. Ketiganya, aku tidak datang kelas penyelidikan beliau, kerana aku ke konvensyen remaja, untuk kolej aku. Disebabkan tiga aspek ini, membuatkan aku malu pada beliau. Walaupun aku cuba hubungi beliau, beliau nyatakan perlu juga hadir kelas, sedangkan aku dalam bas ke Putrajaya. Banyak yang aku peroleh dan belajar daripada beliau walaupun surat HEP ada. Aku dapat belajar banyak perkara daripada beliau.

Tambah pula beliau adalah penyelia tesis aku. Sedikit sebanyak akan berlaku "counter transference" juga. Suatu perkara yang aku lihat pada beliau. Ketika semua orang sudah pulang, aku pergi jumpa beliau secara personal memohon maaf. Mungkin tidak semudah untuk memaafkan. Namun, aku nyatakan, sebenarnya aku nak datang kelas, cuma aku tercicir jadual aku kelas mana satu maklumlah ketika itu masih awal kuliah. Baru 5,6 kali kuliah masih belum ingat bilik kuliah yang mana. Teruk betul. Kemudian, aku bertanya pada beliau tentang proposal cuma katanya mahu lihat dan aku kata aku hanya ada soft copy sahaja dan aku tunjukkan pada beliau. Namun, dalam laptop beliau meneliti. Tidak pula, pensyarah aku ni marah, tunjuk dalam laptop. Beruntungnya ada pensyarah yang memahami. Boleh pula pensyarah aku ni ambil laptop dan siap tolong baiki. Masa tu barulah aku cuba memahami dirinya. Dalam hati aku ni, baik sangat pensyarah aku ni..nampak kat luar lain. Mungkin itu trick dia sahaja., buat-buat tegas dengan pelajar. Bermula hari itu, aku ada semangat untuk ke kelasnya walaupun aku dapat B+ untuk subjek penyelidikan. Aku ingat paling koman pun aku dapat A-. Pada masa dapat result penyelidikan tu, baru aku sedar, rupanya aku ni buat silap ke kelas lambat tu kot, mungkin menggores perasaan dia ke..sebab tu Tuhan tak bagi aku A. huhu..Biasalah kalau buat hati guru kita ni terasa. Itu aku paling takut dan pantang. Masuk semester baru pula, aku buat tesis, beliau juga penyelia tesis aku. Ketika itu masih lagi takut-takut. Tahap takut tu masih ada 50%. Kalau tersalah ejaan ke apa ke..mula lah..rasa takut tu..takut tidak bertempat. Perasaan takut ni pada beliau seorang sahaja. Mungkin terlampau hormat hingga membataskan komunikasi. Tanya satu, jawab satu, macam lecturer lain pula, boleh pula aku berbincang dan bagi pendapat dengan senangnya. Banyak juga gap dan aku tidak mesra dengan penyelia aku. Itu yang aku sedar.

Pada suatu hari, aku ke ofis beliau sorang-sorang. Disebabkan aku buat kajian sorang-sorang, tidak sama-sama ahli yang lain mengkaji modul yang sama, aku ke ofis beliau pun sorang-soranglah. Lagipun, lebih senang sebegini. Entah macam mana aku boleh tercakap, aku minta maaf, sebab aku jumpa beliau pun ketika-ketika sahaja dan pada masa tu, aku lepaskan semua. Aku katakan pada beliau, aku minta maaf, ketika rakan-rakan pergi jumpa beliau, aku masih tak dapat jumpa beliau aku di kampung. Ketika itu beliau tidak tahu pun kenapa aku di kampung. Inilah silapnya, patutnya perlu beritahu penyelia juga. Malah, aku tidak tahu pun, apabila semua diminta berjumpa dengan beliau. Bila aku dapat tahu, lagilah perasaan bersalah tu. Hari itu, aku ceritakan semua pada beliau sehinggakan beliau boleh bertanya latar belakang keluarga aku. Aku pula secara telus berbicara. Hati aku banyak kelegaan. Malah, saling berborak pula. Tiba-tiba beliau menyatakan pada aku " Sebenarnya ramai pelajar takut pada saya". Aku pula mudah jer menjawab, sebenarnya saya pun takut pada dr..Boleh pulakkan..fluent jer terkeluar..Responnya..Ya ker?A'ah..saya takut pada dr mungkin saya terlampau pengang konteks"hormat pada dr. Telus sahaja aku berbicara sedemikian. Hinggalah kami sembang pasal facebook, rakan kenalannya yang suruh sampaikan salam dan sebagainya. Ada sahabat dr yang aku kenal di facebook sempat aku borak dan orang itu katakan pada aku, ucapkan salam padanya dan katakan saya cakap pada beliau " Beliau seorang bapa yang baik". Kagum aku mendengarnya, dan ketika itu juga aku menyampaikan salam insan tersebut pada dr. Wajahnya ceria ketika itu..Malah, bermula dari situ, banyak yang kami sembang..Pengajaran yang amat bermakna buat aku, dan aku akui, beliau sememangnya seorang bapa yang baik..aku boleh rasa. Boleh pula beliau meminta maaf pada aku, katanya maaf atas tindakan sedikit tegas beliau pada aku, katanya saya tidak mahu awak terlena dan bersedih dengan pemergian ayah awak, itu cara saya untuk awak tidak terbuai-buai dengan perasaan dan sampai sekarang aku ingat kata-katanya dalam kelas dan masa kami berbincang, "Perasaan ini tidak pernah matang". Aku tahu, masa taklimat juga beliau tujukan pada aku..ada suatu kata-kata yang amat mengesankan pada aku dan aku jadikan ia sebagai motivasi kepada aku. Sekurang-kurangnya, aku mengenali beliau pada saat-saat akhir sebelum aku meninggalkan UPSI.

Semasa melaksanakan tesis, banyak tunjuk ajar yang beliau berikan pada aku. Walaupun 5,6 kali jumpa secara personal, aku benar-benar kualitikan masa yang ada ketika berbincang. Ada juga clash masa kerana penyelia aku juga ada tanggungjawabnya. Turun naik juga aku ke ofis beliau dalam memperbetul tesis-tesis. Alhamdulillah, berkatnya dapat aku peroleh A. Ketika beliau menyemak tesis aku, aku perhati caranya dan boleh pula aku tanya

" Dr dulu ambil minor bahasa ke?"

"Ya..macam mana awak tahu..?"

"Tuuu..cara dr semak tesis saya tuu.."

Dia tengok jer aku dan meletakkan pen,.dan mula bercerita. Mungkin dalam hati beliau " Budak ni duk perati aku cara semak ker..huhuhuuh..

"Ya..saya ambil minor bahasa dulu...saya ni minat menulis, minat bahasa..blaa..blaa.."

Aku pun tengok ler keadaan bilik dia tuuu..memang betul penyelia aku ni orang bahasa..orang jiwa sastera..hehe..dalam hati ni...lebih kurang aku jer..kalau kertas-kertas tu..jangan orang alihkan ler..kalau tak..aku tak jumpa..kekeke..Kemudian aku mencelah..

"Patutlah, orang Sastera, orang artistik ni.." Sambil-sambil mata aku perhati sekeliling biliknya..huhu..Beliau pula menyambung ceritanya...bla..blaa...

Sampailah aku boleh bercerita pasal pernah kerja mengedit novel..dan beliau pula cerita pasal beliau suka menulis...dan dia mengajar ketika sekolah dahulu pun kalau tak silap aku Sejarah dan Bahasa Melayu...hikhikhik..Dalam hati aku ni...patutlaaaaaahhh...duk patutlah..patutlah..jer..huhuhu..

Patutlah..Azril ada cakap kat aku masa aku jadi MC Malam Anugerah Kasih tu Dr.Nasir puji..huhuhuhuuh...Apalah sangat..ketika itu baru aku terlintas..Orang bahasa akan perhati, masa pengendalian majlis tu..patutlah dia cakap macam tu pada Azril. Apapun, aku hargai.

Berbalik kepada tesis, kajian ini, dilaksanakan sendiri. Mati esok sorang-sorang, dosa pahala ditanggung seorang-seorang..Kos juga boleh katakan tinggi buat sorang-sorang. Buat program pun sendiri, cuma minta bantuan rakan untuk tengok-tengokkan pelajar. Alang-alang buat, walaupun tesis, biar puas hati. Apa yang boleh aku simpulkan ketika aku dibawah seliaannya, beliau seorang bapa yang baik, dan sangat baik..sedikit sebanyak beliau ada memberi pandangan kepada aku untuk membuat kajian selepas ini mungkin untuk menyambung pelajaran...itu aku hargai..Beliau ialah Dr. Mohammad Nasir bin Bistamam. Terima kasih dr. Jasa dr akan saya kenang walaupun sekejap saya mengenali dr. Semoga Tuhan sentiasa menempatkan guru-guruku ini ditempat yang tertinggi dan terpuji diakhirat kelak. Dr.Nasir memang best!

Aku ada impian aku sendiri. Insan-insan yang hadir dalam hidup aku banyak memberi tunjuk ajar pada aku. Malah memberi sokongan dan kekuatan diri aku untuk meneruskan pelajaran selepas ini. InsyAllah. Itulah Falsafah ilmu seperti kata Dr.Jazimin dalam facebooknya. Banyak perkara dan situasi aku menjadi pemerhati dan sentiasa menilai...Kita perlu menjadi manusia yang memahami jika ingin disayangi manusia, dan kita perlu menjadi manusia yang tahu menilai jika ingin disayangi oleh Allah SWT.

Material juga aku perlukan kelak

1. Rumah sendiri untuk ibu dan adik-adikku
2. Kereta
3. Pasangan hidup

Pasangan hidup? Aku juga memikirkannya. Tipu jika usia 24 tahun masih tak berfikir tentang pasangan hidup. Boleh aku katakan, aku ini dari segi percintaan bersifat storage kepada pragma. Bermakna mungkin dalam rakan-rakan dan aku mengenalinya sebagai seorang kawan dahulu barulah boleh ada perasaan. Untuk mencari pasangan yang level sama pemikiran ini susah, jika tidak sama boleh runtuh institusi rumah tangga. Cukuplah pasangan aku itu mempunyai kesederhanaan hati walaupun jika diberi peluang oleh Allah SWT seorang yang hebat luaran. Lebih baik mencari insan yang ada ilmu agama walaupun rupanya tiada, dan aku juga impikan pasangan yang berpelajaran. InsyAllah Tuhan itu sentiasa terbaik buat kita!

Buat masa ini, biarlah aku bercinta dengan Pencipta kerana aku rasakan aku hanya layak mendampinginya. Walaupun aku kaki facebook, kaki internet, dan kaki segala kaki... paling penting..urusan dengan Allah haruslah lebih dekat daripada segalanya walaupun laptop selalu jadi makanan harian, makanan rohani ketika bersama Allah haruslah dijaga dengan terbaik!!!!!!Aku rindu pada Allah, Aku rindu Pada Nabi Muhammad S.A.W. Mampu mengalir air mata jika mengigati betapa hebatnya Allah dan sayangnya pada Nabi Muhammad S.A.W walaupun tidak pernah melihatnya sekalipun. Aku doakan, ibu bapaku,adik beradik, nenek dan saudara mara ISLAM ku..agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Hidup ini hati kena lurus dan Allah perlu ada setiap saat walaupun ketika kita tidur?Bagaimana?Kita ada mata hati, kita pandai menilai bagaimana.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42