Assalamualaikum.
Sebenarnya aku tidak tahu apa yang aku ingin tulis. Kali ini, hanya ingin menulis apa yang tersirat dan tersurat dari hati. Tangan ini hanya mengikut rentak. Menulis untuk mengurangkan tekanan sambil melayan dan berfikir apakah diri ini ditakdirkan untuk terus berusaha keras.
Sejak dua menjak ini, nak menulis pun kekangan masa di blog ni. Kekangan masa kerana hati mendesak untuk melakukan perkara yang lebih utama. Sebelum ini, walaupun diri ini kesibukan, tetapi menulis tetap diteruskan.Mungkin keserentakan mood itu tiada. Sebenarnya entri ini taip dua tiga baris terpaksa di save kan sebagai draf dahulu kerana ada sahaja halangan untuk menaip. Ketika permulaannya aku pun sudah terlupa feel aku ketika itu. Maka, tulis sahajalah feel hari ni.
Bergelar guru ini bukan semudah yang disangka. Ada kalangan rakan-rakan masing-masing meluahkan adakah layak bergelar sebagai seorang guru.Ada yang memberi pandangan "Mungkin aku akan cari kerja lain, sebab ketika ini aku mula rasa aku tidak layak bergelar seorang guru, baru aku sedar rupanya" Itulah antara katanya...
Perit memang perit jika dapat pula sekolah high risk. Namun, sokongan guru-guru di sekolah tersebut menguatkan aku. Cikgu-cikgu di tempat aku praktikal menyatakan, kebanyakan guru yang keluar dari sekolah ini kebanyakan menjadi guru cemerlang. Namun, itu bukan cita-citaku untuk mencapai semata-mata anugerah. Ketika itu, aku rasa timbul keyakinan. Aku rasa, aku bukan praktikal sekarang ini, rasa seperti sudah bekerja dan disahkan jawatan. Aku kasihan kepada pelajar-pelajar. Namun, adakah pelajar-pelajar tidak kasihan pada diri mereka?Datang ke sekolah separuh jalan, ligat otak aku berfikir teknik yang sesuai dan langkah yang terbaik dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan ponteng. Aku tidak mahu ungkit berita sekolah aku ini mendapat liputan televisyen ke apa ke..yang penting, kami di sini berusaha. Balik rumah, aku termenung memikirkan pelajar-pelajar. Semalaman berfikir dan menelefon rakan aku, Faiz kami bersembang 1 Jam setengah saling berkongsi idea. Idea terus dicanang, hari ini, aku berjumpa ketua kaunselor, aku nyatakan di atas kertas, siap dengan model-model yang dirangka. Ketua kaunselor bersetuju. KPM juga akan memantau kami, bermakna sekolah ini dalam pemerhatian. Tidak mengapa, perjuangan demi pelajar-pelajar harus diteruskan. Program ini akan berterusan sampai bila-bila kata ketua kaunselor untuk mencapai sifar ponteng walaupun agak sukar untuk mencapainya. Aku rasa suatu hari nanti aku ingin teruskan kajian tentang ponteng ini. Rata-rata pelajar di Malaysia dan setiap sekolah tidak terlepas dari masalah ponteng. Sedang aku membincangkan isu ponteng, ketua kaunselor menyatakan, idea ini boleh dijadikan kajian kes, di beleknya surat dari JPN, dan memberikan aku teknik penulisan kajian. Hurm..dalam hati aku, macam nak buat tesis balik jer ni, sebijik format buat tesis, nama lagi kajian kes. InsyAllah, jika berpeluang boleh juga, dah alang-alang buat, biar sampai ke pangkal lengan. Dalam kepala aku, pelajar tegar ponteng boleh dijadikan kajian kes. Namun, aku rasa kesesuaian kajian eksperimental. Aku ingin lihat kesan berdasarkan model piramid.
Pelajar ponteng disebabkan oleh pelbagai faktor. Isu ini remeh dan biasa, tapi bagi aku kerana ponteng lah terjadinya pelbagai permasalahan, belajar entah kemana, masa depan gelap. InsyaAllah, apabila pelajar berjaya untuk kuatkan diri daripada ponteng, pelajar akan dapat menjaga fokus dalam pelajaran, tidak sia-siakan masa, lebih terpandu kehidupan. Buat masa sekarang, nak suruh pelajar duduk di kerusi jangan berkeliaran merata-rata tu perkara asas. Ketika ini, aku teringat kepada cikgu aku, Sir Malek, Cikgu BI, merangkap PKHEM, ketika itu aku tingkatan 1 hingga 3 sebelum dia pencen. Dia selalu rounde kelas, bawa rotan kalau jumpa, ucapannya "Morning!". Morning,Sir!Balas pelajar. Kalau pelajar ponteng, apa lagi, berkejaran dengan pelajar keliling sekolah untuk suruh masuk kelas.
Hari ini giliran aku pula. Awal pagi aku masuk kelas, kena ganti guru, lagipun hari ini hari Jumaat, kerja di Bilik Kaunseling selesai. Lepas ganti kelas, aku round sekolah. Payung UPSI dilipat, aku amik masa 15 minit round sekolah, aku nak lihat pelajar melepak..di penjuru koridor pelajar bergentayangan melepak. Apa ke faedahnya, kalau duduk baca buku lagi elok, tak pun duduk diam-diam dalam kelas. Melepak, buat bising..menganggu konsentrasi pelajar-pelajar lain dalam kelas sebelah dengan suara-suara mereka. Aku berjalan, senyum ke arah mereka tapi pandai main anak mata lah nak bagi pelajar takut. Pelajar berundur, aku berhenti merapati mereka " Awak buat apa kat sini...macam best jer, sy nak join jugak..." Alaa..cikgu kami lepak sini, boring la dalam kelas..tak tahu nak buat apa..." Kan elok kalau awak duduk dalam kelas kan, " "Okla cikgu, saya masuk.."Aku berjalan ke depan jer..toleh belakang "Eh, tadi dah masuk kelas, keluar pulak!" Terus lari masuk kelas..siap main intai-intai lagi tuu..celah pintu..hurmmm..Pelajar di kelas depan pulak satu hal,..duduk bertenggek di koridor, aku jungkitkan kening, telunjuk aku dari jauh bagi isyarat suruh masuk kelas..Kecik-kecik pun dah pandai bertenggek atas koridor, kalau jatuh ke tingkat bawah, maunya pecah kepala!
"Cikgu, boleh saya bawa beg cikgu, ?"
"Cikgu, saya bosan la..."
"Cikgu, dia kacau saya..."
"Morning teacher, you're new teacher?"
Pelbagai ragam pelajar, cuma niatku satu, jika mereka tidak berjaya dengan cemerlang, cukuplah jika mereka tahu menghargai hidup mereka dan ibu bapa mereka. Datang ke sekolah tanpa matlamat, cukuplah mereka datang ke sekolah apabila mereka keluar mereka menjadi manusia, namun, cukuplah sampai di sini untuk mereka mewarisi kemiskinan dan kepayahan hidup. Untuk melahirkan pelajar yang "bermasalah" kepada pelajar yang tahu memandu hidup amat sukar, kerana setiap pelajar mempunyai hati dan fikiran yang kadang-kadang sukar diubah.Untuk timbulkan kesedaran mereka " I need to touch their heart softly"

No comments:
Post a Comment