Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, February 25, 2010

Tahniah!


Assalamualaikum.

Selepas update blog "belajarenglish", saya suka untuk mengupdatekan juga di bahagian blog ini. Saya amat gembira sebenarnya mendapat khabar kejayaan adik saya. Saya sangat berharap adik lelaki saya yang bongsu dapat melangkah ke alam mahasiswa juga. Keputusan STPM diumumkan. Alhamdulillah, akhirnya dirinya berjaya mendapat pointer 3.58. (Sejarah, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Pengajian Am).

Saya mendapat khabar mesej ini ketika saya berada di Kem Belia Langong, Gombak. Ketika ini saya sedang bersama-sama barisan kaunselor sekolah mengendalikan Program Kepimpinan Pelajar tahun 2010. Syukur alhamdulillah, kejayaan ini amat mengembirakan hati saya, kerana adik saya lelaki bukannya perempuan. Anak lelaki harus membela nasib keluarga dan dirinya berada dalam top 5. Alhmdulillah, syukur saya pada Allah. Corak pembelajaran lelaki dan perempuan amat berbeza. Namun, saya yakin potensi yang ada pada dirinya.Ketika pulang bercuti sempena Hari Raya Cina, saya dan adik bersama-sama mengisi borang UPU secara online untuk kemasukan ke universiti. Saya pulang ke kampung juga semata-mata kerana ingin mengisi untuknya dan juga sambil bercuti dan bulan tiga kelak akan ada cuti lagi, dan saya rasa ingin pulang untuk menyambut kegembiraan kejayaannya.

Jika arwah papa saya masih ada, pasti beliau amat gembira. Saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling kerana ibu bapa saya. Arwah papa saya pernah mendoakan saya ini dalam bidang kaunseling dan psikologi, dan saya benar-benar dalam bidang ini. Walhal saya ini minat dalam bidang perundangan, namun sekarang saya sedar saya tidak minat langsung dan saya sedar bidang perundangan bukan bidang saya. Bidang kaunseling adalah laluan saya. Dahulu juga saya sangat berminat dalam bidang kewartawanan, sebab itulah, saya ini kaki bergambar dan suka merakam video (buat liputan sendiri) dalam kaunseling. Apa yang arwah ayah saya harapkan benar-benar berlaku, dan saya dalam bidang ini. Arwah ingin saya dalam bidang ini kerana arwah papa saya suka melihat seorang sahabatnya yang juga "seseorang" dalam bidang kaunseling, maka itu yang menjadi harapannya pada saya. Tidak kiralah kaunseling itu dalam setting pendidikan (sekolah) mahupun setting (IPT). Arwah papa sangat ingin melihat kami adik-beradik belajar hingga peringkat tertinggi. Hari ini saya sedar, jika dahulu harapan ayah kepada saya, anak sulung, hari ini pula, saya mengharapkan adik saya untuk ke dalam bidang seperti saya ini. Walau bagaimanapun, asalkan masuk universiti, belajar betul-betul, sambung belajar, jadilah pensyarah. Itu yang saya borakkan dengan adik saya.

Pulang ke kampung waktu cuti sempat saya berbual dengan adik saya, apabila masuk universiti, belajar bersungguh-sungguh biar sentiasa dapat anugerah dekan, jangan jadi macam saya, dapat sijil dekan sekali-sekala sahaja, kemudian, bila habis ijazah, sambung master dan PHD. Walaupun adik saya baru sahaja menerima keputusan STPM, saya terangkan awal-awal kepada adik saya ini agar dirinya nampak laluan yang sebenarnya. Jika papa ada, pasti papa akan mengalirkan air mata seperti yang arwah lihat apabila aku menggenggam medal, piala, dan sijil kejayaan. Harapan dan cita-cita arwah menggunung tinggi. Walaupun arwah pernah SPM pangkat 1, namun, kekangan hidup membantutkan segala-galanya, ketika ibu mengandungkan saya, arwah pergi belajar sambilan pada malam hari..itu pernah ibu saya ceritakan, tapi ada kekangan tertentu hanya kami sahaja yang tahu dan sudah tiba masanya kita pula yang menyambung cita-cita, harapan dan semangat arwah papa. Terima kasih kepada adikku kerana memberikan kegembiraan buat kami, tidak mensia-siakan STPM. Jadilah anak lelaki yang baik, jauhi segala yang melalaikan walaupun kita sedar kita ini remaja.

kalau arwah papa ada, pasti papa bangga dgn kejayaan kita, ingtlah, bahawa jika kita ingin kita menjadi anak yang berjasa kpd kedua ibu bapa,hargailah diri kita, jadilah insan yang sangat berguna, kerana kita hari ini adalah didikan papa& mami kita. Jgn sesekali kita calarkan maruah mereka,walaupun papa tiada, semangat papa yang luar ...biasa kt ambil jadikan semangat diri kita.InsyAllah kita berjaya..!Masanya akn tiba..


Apabila mendapat kejayaan, Tuhanlah yang berkuasa dan sujud serta bersyukurlah pada Allah kerana Dia yang membantu kita dalam memberikan kejayaan kepada kita. Semoga nasib kita,kehidupan kita, masa depan kita terbela dengan usaha yang gigih dalam mencapai kejayaan. Alhamdulillah, Allah amat kasih kan orang-orang yang rajin berusaha. Ameen.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42