Subhanallah.Tersangatlah lama berhenti berblogging. Hampir 5 bulan blog aku ini bersarang. Tidak diusik. Adakalanya perkara yang kita minat akan terabai. Tidak bermakna yang kita minat itu kekal kerana patut didahulukan mana yang menjadi perlu. Tinggal, tidak bermakna melupakan, mungkin hanya dalam hati apa yang ingin ditulis disimpan dalam hati dulu. Namun, biarlah masa yang memutarkan semuanya.InsyAllah akan kembali semula minat kita itu. Ramai yang katakan, minat harus dipupuk. Benar, tapi aku memandang minat adalah "GIFTED" kerana setiap orang punyainya. Menulis dalam blog ni, adakalanya membuatkan aku rasa banyak perkara yang perlu diprivasikan. Bukan bermakna berahsia. Apa yang dibuat, adakalanya, biarlah kita hargai dengan cara kita simpan dalam hati, jadikan gema luar biasa untuk diri lebih melangkah.
Aku mengambil kesempatan, ingin tukar layout. Niat di hati sudah banyak kali. Tetapi, tukar-tukar, sayang pulak yang lama. Kali ini, biar semuanya baru. Terhasilnya yang baru kerana yang lama juga layout sekarang ini. Analoginya, sama juga kehidupan. Faham ke? Tak apalah, biarlah aku sahaja yang faham maksud tersiratnya kerana aku suka sangat berfalsafah sorang-sorang.
Yang pasti, meninggalkan, tidak bermakna melupakan.
No comments:
Post a Comment