Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, August 28, 2008

Personality

He is En.Aziz. Very creative, inovative, and proactive lecturer. Always doing inovation in counselling. Talkative and empathy lecturer. Close ngan semua students. He is good lecturer. Dorongan minima very the banyak. Who wants...package of domain, training for students..he is.,(bhs rojak apa la aku guna ni)
Klik here for information about him
He is a good and best lecturer. I'm respect of him because he is congruent and real person that i meet. He is the idol of Counselling students- He is Dr Ahmad Jazimin Bin Jusoh.

Assalamualaikum. Pada pagi yang memberi celik akal ini, sambil bersama klien Ym (practise, walaupun aku tidak ada sijil kaunseling lagi) aku ingin mencoretkan sesuatu sebagai perkongsian
3.30 am..im still can't sleep because im took a nap at 9.00 pm..and woke up..huhu

Sunday, August 24, 2008

Tanggungjawab

Gambar bersama kawan-kawan yang ada buat jurnal, Yati lak saja2..smbil belek2 kamus...dan aku mengupdate blog sambil menyemak tugasan rekabentuk. Huhu

Assalamualaikum.,Setelah tidak update blog, kali ini baru aku dapat update. Tanggungjawab pelajar kaunseling inginku kongsikan bersama anda. Jurnal telah aku siapkan sebanyak 5 jurnal. Pada kali ini pelajar-pelajar kaunseling berhempas pulas menyiapkan jurnal. Gambar-gambar ini di saat kesiapan. Rakan-rakan masih berhempas-pulas . Namun, aku baru sahaja bangun dari tidur, dan aku lihat mereka masih belum tidur. Rasa punyalah lega, sebab aku dah dapat siapkan dan dapat tidur kejap sebelum bangun untuk bersama mereka KERANA 24 Ogos aku telah berhempas pulas pada pukul 4 pagi dan sampailah pukul 9 malam tidak henti-henti kerana menyiapkan tugasan En.Taquddin dan Dr. Jazimin.Dengar orang bercakap kt luar, aku pun join lah sekali. Malas nak tidur dah. Kenyang. Hahaha...Masa nak siap tu, punyalah lega. Aku berasa lega kerana dapat menyiapkannya dan bukan saat-saat akhir. Aku dah siap pukul 9 malam tadi dan kali ini bangun join bersama mereka. Aku selesai menyiapkan dan mengedit pada pukul 9 malam dan sekarang jam menunjukkan jam 5.37.am. Aku bersama Yati, Zeti dan Fiti (my self),... .Kerja dah beres. So..sambil tu bukak blog la..sambil tggu azan subuh..Sekarang ni kitorang meneman Zeti. . Akibat gara-gara laptopnya bmasalah..masuk ward..dan duk edit sikit-sikit reka bentuk ..
Pada kali ini kesukaran menyiapkan kerana vocab dalam jurnal itu amat tinggi. Namun, gambar yang aku selitkan ini ketika kawan-kawan masih berhempas pulas dan aku join jer sambil melaksanakan tugasan KPT. Sebenarnya tugasan tu tidak membebankan pun, KPT ( rekabentuk). Tapi disebabkan serentak asgmnt itu perlu dihantar.. Kejap lagi, tugasan untuk minggu ini, sebagai hadiah cuti midterm, 7 tugasan kena hantar.Itu semuanya dalam masa seminggu sahaja. Jolokan dan status RAJA SEGALA ASGMNT TETAP DIPENGANG OLEH PELAJAR-PELAJAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Aku ingin berkongsi juga suatu kisah, sahabatku, Zeti, laptopnya pada pagi tadi tidak boleh dibuka, Jadi agak huru-hara jadinya. Jika aku berada di situasi itu pun, aku mungkin akan tertekan. Yerlah, tugasan dah nak hantar, semua tugasan dalam laptop tu. Kesian juga aku, pada kawan aku tu. Laptopnya tidak dapat diselamatkan dan perlu masuk KLINIK untuk mendapat rawatan. Tugasan semua dalam lptop. Laptp pulak buat hal. Namun, dia berada di rumah aku untuk menyiapkannya dan kami sama-sama berada bersama, Yati, Afiti dan Zeti. Sama-sama support lah kiranya. Yeahhh...aku bangun dan membebel jer kat blog ni. OK lah, 7 tugasan ini akan dihantar dan aku rasa lega. Namun, tugasan seterusnya Que sedang menunggu...Tunggu jer arahan dari En.Zul pula, bagi 3 tugasan Intervensi Kaunseling dan tugasan En.Anuar yang lain pula 2...KPT 1 lagi, Dr.Jazimin 2 lagi...(lab dan report sesi) dan yang lain-lain tak ingat dah..ada dalam list dalam bilik.Malas nak bicarakan lagi. huhu...Kalau ada award pasti budak kaunseling yang menang. Huhuu...Biasalah tu, nama lagi belajar, kalau tak nak buat mender tu, balik umh, mintak nak kawin jer..huuhu..Ok lah..setakat itu sahaja. Terima Kasih.
Aku punya 5 jurnal dah siap semalam...pagi ni amik gambor sket..jap lagi nak hantar..puhh...setelah suka duka bercinta dengan jurnal yang vocab tahap kritikal untuk difahami
Jurnal Psikoanalisis yang telah saya olah semula...semak balik sebelom diantor..chek jgn x chek..hehe

Asgmnt Delenkuensi...En.Taquddin..ni pasal kajian aku tu..huhuhu dah beres..tunggu nak hantar jer...aku suka buat research pasal ni..banyak yang aku tak tahu jadi tahu....

Thursday, August 21, 2008

Anugerah

Alhamdulillah..blog ini telah kembali normal kerana akibat kekangan yang berlaku. Kekangan teknikal. Kekangannya, aku tersilap tukar layout, alang-alang ingin canggih tapi tersasar canggihnya, semua item-item di tepi hilang. Susah juga akhirnya kembali. Kejadian berlaku apabila dialih bahasakan ke bahasa Inggeris. Sebelum ini dalam B.Melayu jadi sukar pula kerana seperti juga dalam telefon. Jika dialih bahasanya menjadi pening yang biasa aturan guna dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi Bahasa Melayu. Namun, baru aku faham, alat jika diguna dalam BI jadi lain, Tapi kalau membaca jurnal ke, artikel kalau boleh dan paling suka dalam B.Melayu. Baru sedar kadang-kala BI memang penting dalam kendalikan alat. Apapun, aku risau juga akibat aku frust masa form 5, BI aku makin menjadi seperti sekarang. Sederhana. Al-kisahnya, masa trial aku dapat A, tetapi, exam sebenar aku dapat B. aku frust terus sampai usia aku 21 tahun. Sekarang aku beransur-ansur untuk mempelajarinya kembali memandangkan aku perlu pergi melangkah jauh perlu dengan Bahasa Inggeris.

Wednesday, August 20, 2008

Motivasi Kendiri- Bersama Renungi


Jangan katakan…
diri kita yang terhebat kerana masih ada yang lebih hebat..
diri kita seorang yang positif jika minda masih dalam kenegatifan..
diri yang tercantik jika ada lagi yang Maha Cantik…
diri yang sempurna jika masih ada yang cacat cela..
kita menuturkan bicara yang baik...jika hidup dengan mengeji...
kita tidak menghina...jika kita sering memperlekehkan orang..
mengatakan kecelaan jika kita masih mencela orang..
diri kita terlalu mulia jika hati kita masih hitam,..
kita tidak menjaga tepi kain orang jika kita sering mengata orang...
jangan terlalu mengambil tahu hal orang, jika hal diri sendiri pun
banyak yang tidak tahu..
jangan terlalu mengatakan diri kita rajin, jika masih ada kemalasan
menguasai diri
jangan katakan orang lain malas, sedangkan diri sendiri penuh dengan
kemalasan,.
jangan terlalu berdendam,kerana diri akan dibalas dengan dendaman
yang lebih hebat..

jangan katakan kita memberi kemaafan jika hati masih belum tulus ikhlas,..
jangan memperli orang,..kelak,..kita akan diperli...jangan terlalu membuat
persepsi negatif pada orang,..kelak,..terbuka segala kenegatifan diri,..
jangan terlalu tunjukkan kesempurnaan,..kerana sekali buat silap,..
orang akan menuntut kesempurnaan kepada diri kita,..
jangan menilai orang dengan sekelip mata,..kelak persepsi salah akan
menguasai diri,..

Namun,yang terbaik ialah pilihan sendiri,..kita tidak berupaya menuntut
kemaafan daripada semua manusia di akhirat kelak..kerana sekeping
HATI yang perlu dijaga...Merasionalkan pemikiran, bersangka baik,
bersederhana dan menenangkan hati dengan memikirkan kebaikan orang
adalah yang terbaik bagi mengelakkan masalah hati,..dan fikirkan manusia
hanya mampu berusaha mempelajari setiap tingkahlaku di sekeliling,..
dalam proses menjadi MANUSIA.


~cikgu Afiti~

(dah lama buat ni, masa sem 3, terjumpa balik, copy paste kat sini.)

Monday, August 18, 2008

Konvokasyen


sayer nak pergi sekolah

Kak Det nak g konvo

Hari ini tiada apa yang ingin dikongsikan. Hanya pergerakan ke Pentagon, libry, HEP dan bangunan IPSI. Terkial-kial membawa beg galas sekolah. Macam budak kecik. Terasa kecik macam budak sekolah. Muda gitew. Parent datang dan famili bergentayangan di sekitar UPSI untuk melihat anak-anak mereka konvo. Meriah jugak. Kali ini aku tak terlibat untuk pesta konvo. Lalu jer dan sempat menjenguk dalam dewan kuliah A kerana di situ tempat ibu bapa melihat anak-anak mereka dalam skrin memakai jubah ke atas pentas menerima skrol. Terjumpa dengan lecturer aku. Tak balik kampung ker,..buat jurnal saya..hehek..Sedihnya mendengar kekek itu,.uhhuhu. Jurnal x siap.hahahha...gelak jer. Itu ajer lah untuk aku kongsikan hari ini.

Pengumuman Pelajar Wanita Upsi

contoh yang Simple dan sederhana

Buat pertama kalinya, saya ada berita baik untuk pelajar perempuan UPSI...(pelajar lelaki tidak digalakkan..huhu) sesiapa yang ingin pergi dinner, function, pertandingan busana muslimah ker..dan sebagainya,. saya menawarkan perkhidmatan make up. Bergantung pada anda ingin style yang bagaimana. Sebelum ini perkhidmatan saya hanya dilakukan under ground sahaja bermula dari sem 3 lagi( Bila terima sms atau ketukan pintu bilik C104, baru perkhidmatan dilakukan). Namun, pada kali ini, kerana kata-kata senior saya ( apasal engko x bagi tahu yang ko buat kerja ni, kalau tak aku dah lama tempah), so kali ini saya terlintas sebagai perkhidmatan sambilan dalam membantu rakan-rakan yang ingin kelihatan anggun gitew. Jadi, bolehlah berkunjung ke rumah saya atau pun sms saya memandangkan sambutannya agak memuaskan. Harga kita boleh runding. Jangan segan-segan. I memang suka make up orang tapi make up diri i x minat gitew.

permintaan :

kebiasaannya simple dan gaya seorang guru
mengikut jenis dinner
Bergantung pada jenis pakaian dan warna
InsyaALLAH akan memuaskan dan konsep sederhana tapi anggun, menyerlah tema VOUGE saya tawarkan.


Pusat Pengajian Siswazah Upsi???

Dr. Mohd. Yusof Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UPSI
UNIVERSITI Perguruan Sultan Idris (UPSI) melantik pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hasan sebagai Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UPSI berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Dr. Mohd Yusof yang merupakan seorang pakar dalam bidang pemikiran dan kesusasteraan moden menggantikan Prof. Madya Dr. Nagendralingan yang sebelum ini merupakan penyelaras pusat berkenaan.
Pusat Pengajian Siswazah itu tidak mempunyai pemimpin tetap sejak Oktober 1999.
Menurut Dr. Mohd Yusof, tugas utamanya sekarang adalah untuk memantap pusat tersebut dengan mengembangkan pendidikan dan ilmu pengetahuan di peringkat siswazah melalui penambahan bilangan siswazah dalam pelbagai bidang pendidikan.
``Selain itu misi pusat tersebut adalah untuk memenuhi hasrat dan keperluan Islam tentang pendidikan dan ilmu pengetahuan, mengatur dan mengadakan strategi pembangunan pendidikan,'' katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sejajar dengan wawasan itu, beliau bercadang untuk mengadakan sistem yang mantap untuk program sarjana seperti kerja kursus sepenuh masa.
``Kita akan memperuntukkan kira-kira 42 jam kredit yang boleh ditamatkan dalam tempoh tiga semester atau satu setengah tahun,'' katanya.
Kuliah-kuliah akan diadakan pada hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membolehkan para pelajar dari semua negeri di Semenanjung Malaysia mengikutinya.
Pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) pula, beliau bercadang mengadakan kaedah atau mod penyelidikan sepenuh masa di bawah penyeliaan para Profesor dan Profesor Madya di UPSI sendiri.
``UPSI juga akan mengembangkan program Bahasa Melayu ke dunia Melayu dengan menawarkan program pasca siswazah itu kepada pelajar-pelajar dari negara Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Laos,'' ujarnya.
Pada masa ini pusat berkenaan mempunyai pelajar-pelajar dari selatan Thailand.
Di samping program sarjana dan PhD, pusat pendidikan pasca siswazah bercadang menawarkan program profesional dan berprestij seperti Doktor Pendidikan (EdD).
Program itu ditawarkan kepada tokoh-tokoh yang terkenal dari dalam dan luar negara yang berpengalaman dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan syarikat.
Penilaian kursus peringkat siswazah itu katanya, akan dibuat oleh tokoh-tokoh pendidikan di dalam dan luar negara sebagai pemeriksa luar bagi calon-calon peringkat sarjana dan PhD.
Sementara itu Pusat Pengajian Siswazah UPSI yang menerima pelajar pertamanya pada 1999, kini mempunyai 125 pelajar sarjana (MEd) dan 25 pelajar Doktor Falsafah (PhD).
Program yang ditawarkan ialah Bahasa dan Kesusasteraan, Sains dan Teknologi, Seni dan Muzik, Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Sains Sosial serta Pengurusan dan Ekonomi.

Sekretariat Upsi

SEKRETARIAT Rakan Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPP UPSI) buat kali ketiga menganjurkan pertandingan sukan lasak peringkat kebangsaan pada 28 dan 29 Ogos ini.
Turut bekerjasama menjayakan pertandingan itu ialah Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI.
Pertandingan dikenali Rakan Muda National IPT Eco (Nieco) Challenge Merdeka 2004 itu akan diadakan di sekitar UPSI, Tanjung Malim, Behrang, Slim River dan Hulu Bernam.
Pengarahnya, Ezzad Ghuzlan berkata, sasaran peserta ialah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS); ahli persatuan atau kelab rekreasi; jabatan, firma dan syarikat serta pelajar sekolah menengah di seluruh negara.
Menurutnya, pertandingan itu antara lain bertujuan untuk mempromosi sukan lasak sebagai medan cabaran rekreasi terbaik di Malaysia.
Katanya, ia juga diadakan untuk menarik minat generasi muda melalui cabaran disiplin pertandingan sekali gus mendedahkan masyarakat kampus dan luar mengenai prospek sukan lasak yang semakin berkembang.
``Objektif lain adalah untuk mengajar peserta menghayati kemerdekaan serta mengharungi cabaran-cabaran yang dipertandingkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tema pertandingan tahun ini ialah Gaya Hidup Sihat Pemangkin Kemerdekaan Sejagat.
Mengulas lanjut, skop pertandingan ialah format cabaran serta berkumpulan dengan saiz setiap kumpulan ialah tiga orang.
Kategori yang dipertandingkan pula katanya ialah IPT Lelaki dan Campuran serta Kebangsaan Lelaki dan Campuran.
Ezzad berkata, disiplin yang disediakan untuk pertandingan tahun ini ialah larian, mendaki tembok batu, merentas hutan, berbasikal gunung, kayak, cabaran misteri, orientering, menuruni tebing sungai dan water tubing.
Menurutnya, setiap peserta kategori kebangsaan terbuka lelaki dan campuran, masing-masing akan dikenakan yuran sebanyak RM350.
Manakala yuran kategori intervarsiti terbuka dan campuran ialah masing-masing RM300.
``Peserta juga akan menerima baju T kejohanan, sijil penyertaan, sijil menamatkan kejohanan, makanan, penginapan, insurans berkelompok, pengangkutan dan hadiah sampingan,'' katanya.
Mengenai hadiah, pihaknya menyediakan hadiah untuk tempat pertama hingga keempat bagi setiap kategori.
Hadiah wang tunai Kategori IPTA dan IPTS (Lelaki dan Campuran) bagi johan ialah RM1,200; naib johan RM900; ketiga RM700 dan keempat RM400.
Sementara itu, johan untuk Kategori Kebangsaan (Lelaki dan Campuran) akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500; naib johan RM1,000; ketiga RM800 dan keempat RM500.
Semua pemenang bagi kategori berkenaan turut menerima hamper dan sijil
TANJONG MALIM 12 Ogos – Tokoh budayawan, Azah Aziz dan tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad masing-masing dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kesenian dan Doktor Pendidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Azah, 80, dan Abdul Rahman, 72, menerima anugerah tersebut daripada Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun sempena Istiadat Konvokesyen Ke-10 universiti tersebut.
Azah dianugerahkan ijazah kehormat tersebut kerana ketokohannya dalam bidang kebudayaan dan kewartawanan manakala Abdul Rahman di atas jasanya terhadap bidang pendidikan negara sejak lebih 30 tahun lalu.
Sementara itu, dua guru diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis tersebut iaitu Mohd. Khairi Mat Saaid @ Abdullah, 32, dan Lim Siew Hui, 42.
Mohd. Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Sains Sukan, manakala Siew Hui dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Pengurusan Pendidikan.
Seorang lagi menerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Nizam Jamil, 32, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Sains Sukan.
Mohd. Khairi, 32, ketika ditemui berkata, penat lelahnya belajar selama ini telah membuahkan kejayaan yang membanggakan keluarganya.

Tahniah Anak Kandung Suluh Budiman

Along dan angah pakai baju oren tu..uhuhuhu..tahniah utk senior2 ku..

TANJONG MALIM 17 Ogos - Pasangan kembar, sepasang suami isteri dan dua beradik antara penerima ijazah dalam sesi kedua Istiadat Konvokesyen Ke-10 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini semalam.
Penerima Ijazah Pendidikan Biologi, Nazarul Shima Rosmi dan Nazarul Shida Rosmi, 23, merupakan pasangan kembar seiras yang tidak pernah berpisah sejak dilahirkan.
Kedua-dua mereka yang bercita-cita ingin menjadi pendidik sejak di bangku sekolah, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan.
''Kini, kami menyimpan hasrat supaya ditugaskan bersama di sebuah sekolah," kata Nazarul Shima dan kembarnya yang berasal dari Beseri, Perlis, ketika ditemui selepas menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen itu.
Satu lagi pasangan adik-beradik iaitu M. Jayanthi, 35, dan M. Subashini, 33, pula memberitahu, ijazah yang diperoleh bakal mengubah kehidupan mereka lapan beradik selepas ini.
Menurut Jayanthi, dia dan adiknya masing-masing bekerja keras untuk cemerlang dalam pelajaran dan gembira akhirnya berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan.
Selain itu, katanya, kejayaan hari ini juga adalah berkat doa daripada ibu bapa mereka yang banyak berkorban selama ini.
''Selepas ini, kami akan bantu adik-adik yang lain meneruskan pengajian mereka supaya boleh mengubah taraf hidup kami pada masa depan.
''Kami sekeluarga menyedari tanpa pelajaran dan ilmu pengetahuan, kita tidak akan mampu untuk bersaing," katanya.
Sementara itu, pasangan suami isteri, Mohd. Zailirudin Abdul Aziz, 33, dan isterinya, Kasidah Abdullah, 30, mengakui terlalu banyak rintangan yang dihadapi semasa mula-mula menyambung pengajian di UPSI.
Namun, berkat kesabaran dan muafakat, katanya, mereka akhirnya berjaya meneruskan pengajian dan memperoleh apa yang diidamkan sewaktu mula melangkah kaki ke sini beberapa tahun lalu.
''Kejayaan ini juga merupakan berkat pengorbanan kedua ibu bapa kami yang selalu memberikan sokongan agar kami meneruskan pengajian sehingga tamat," kata Mohd. Zailirudin.
Pasangan suami isteri ini berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Penganugerah ijazah hari ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Dr. Yahaya Ibrahim.

Kampus oh Kampus dan Kisah Manis Insan-insan

TANJoNG MALIM 11 Mac - Bangunan baru Fasa 1A kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharga RM419 juta yang sedang dibina dijangka siap dalam tempoh dua tahun ini.
Canselor UPSI, Tuanku Bainun bertitah, dengan siapnya projek itu bakal menyaksikan sebahagian besar warga UPSI, pelajar dan staf serta infrastruktur dan prasarana akan berpindah ke kampus baru selewat-lewatnya tahun 2010.
Baginda bertitah, ini secara tidak langsung masalah penempatan pelajar dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi dengan pembangunan di kampus baru itu.
''Perkembangan UPSI dalam bidang pendidikan akan dapat berjalan seiring dengan pembangunan demi memberi yang terbaik kepada para pelajar dan staf untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing demi kejayaan UPSI," titah baginda di sini hari ini.
Tuanku Bainun bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen Ke-10 UPSI bagi sidang pertama di kampus itu di sini.
Sejumlah 67 graduan menerima Sarjana Pendidikan dan 872 graduan menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah bagi sidang pertama ini.
Titah baginda, program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah itu menjadi bukti kemampuan UPSI melaksanakan dasar dan hasrat kerajaan untuk menampung keperluan guru berijazah di seluruh negara.
''Program ini merupakan satu simbol kepercayaan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran terhadap kemampuan UPSI melaksanakan program-program baru demi mencapai wawasan pengajian tinggi negara," titah Tuanku Bainun.
Sehubungan itu, titah baginda, UPSI perlu meningkatkan pencapaian dalam bidang penyelidikan dan perundingan serta mengantarabangsakan universiti agar ia menjadi pusat rujukan dan tumpuan serantau.
Tuanku Bainun bertitah, ini dapat dilihat melalui program-program pertambahan tenaga pengajar yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan pengambilan pelajar asing yang lebih teratur dan meluas.
Tuanku Bainun bertitah, penubuhan Fakulti Teknikal dan Vokasional serta penawaran program-program teras tetapi dengan alternatif pendidikan menjadi langkah penting mencapai kejayaan yang diimpikan.
''Selain itu, Pusat Kajian Pedagogi akan ditubuhkan sebagai pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan di peringkat serantau.
''Penubuhan pusat ini menampakkan hasilnya apabila beberapa agensi terutama Kementerian Pelajaran telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan menggemblengkan tenaga menjayakan pelaksanaannya," titahnya.
Tuanku Bainun bertitah, Institut Pengajian Siswazah (IPS) di UPSI sudah menawarkan program Sarjana dan PhD dalam bidang bukan pendidikan.
Sehingga hari ini, 158 program ditawarkan di peringkat sarjana dan 59 bidang PhD dan daripada jumlah itu, 102 program ditawarkan dalam Sarjana Pendidikan serta 33 program PhD dalam bidang pendidikan.
Titah Tuanku Bainun, selain program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang ditawarkan IPS, IPS juga melaksanakan program kerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran untuk program sarjana bagi pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan program Diploma Pendidikan dengan Kolej Polytecah MARA.
IlmuSehubungan itu, Tuanku Bainun mahu setiap guru yang meninggalkan UPSI dapat menyampaikan ilmu dan pengajaran yang berguna dalam memartabatkan pendidikan negara.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Samsuring Meli, 39, adalah antara 67 graduan yang menerima Sarjana Pendidikan hari ini.
Beliau yang merupakan graduan bukan guru menerima Sarjana Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) daripada Tuanku Bainun.
Bapa kepada tiga anak itu menjadikan kegagalan pada masa lampau bagi meraih kejayaan bagi diri dan keluarganya.
''Kejayaan saya ini adalah berkat sokongan dan dorongan keluarga terutama isteri Juwariah Muda, 38, yang membakar semangat untuk terus belajar," katanya ketika ditemui di sini.
Samsuring berkata, dia pernah gagal ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1988 dan 1996.
Namun kegagalan itu, jelasnya, tidak melemahkan semangat sehingga dia berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) di UPSI pada 2003.
''Saya akan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD selepas ini," katanya yang kini bertugas di Ipoh.
Sementara itu, sepasang suami isteri guru, N. Rathakrishnan Naidu, 45, dan isterinya D. A. Alexander Etro, 42, yang mengalami kepayahan berulang alik dari Ipoh ke sini berbaloi apabila menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahagian Inggeris Sebagai Bahasa Kedua).
''Saya dan isteri berkorban kesusahan setiap minggu untuk mengikuti kuliah di sini. Saya juga terpaksa meminta ibu bapa untuk menjaga dua anak berumur tiga dan 12 tahun kerana mahu mengejar kejayaan ini," katanya yang turut mendapat sokongan isterinya itu.
Sementara itu, lapan orang guru menerima Anugerah Kecemerlangan Pingat Emas Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob.
Mereka ialah Chan Seow Hong (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian Kelas Pertama; Alina Abdullah (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Kelas Pertama; Nik Mohd. Zaki Nik Mohamed (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Kelas Pertama dan Norsuzila Mansor dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Kelas Pertama.
Empat penerima lain ialah Loke Li Mun (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) Kepujian Kelas Kedua Atas; S. Mogana (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) Kelas Kedua Atas; Fairus Fariza Zainudin (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Kelas Kedua Atas dan Norazlina Musa dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) Kelas Kedua Atas.

Berita zaman Lama

PASUKAN debat Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menarik perhatian lebih 600 pelajar universiti lain pada Kejohanan Debat Universiti-Universiti Dunia yang diadakan di Toronto, Kanada, baru-baru ini.
UPM yang diwakili oleh Tizreena Mohd. Ismail, Muhammad Yunus Zakariah dan Sucharit Pongprakyun mendapat tempat ke-105 daripada 276 pasukan yang bertanding.
Tizreena berkata, pasukannya diberi masa 15 minit untuk menyediakan bahan debat dan jangka masa itu tentunya mencabar minda mereka.
Menurutnya, antara tajuk yang dibahaskan pada kejohanan itu ialah Kita Sepatutnya Membebaskan Industri Yang Gagal dan Serangan 11 September: Dasar Luar Negara Amerika Syarikat Patut Dipersalahkan.
``Sebelum ke Kanada, kami berlatih sebanyak dua kali dalam seminggu serta banyak kali menyertai pertandingan persahabatan dengan universiti awam yang lain,'' kata pelajar tahun dua, ijazah Sarjana Muda (SM) Bahasa Inggeris itu kepada Dunia Kampus.
Kejohanan yang berlangsung dari 27 Disember 2001 hingga 6 Januari 2002 itu diadakan setahun sekali.
Pada kejohanan itu, Malaysia menghantar pasukan debat dari UPM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Multimedia (MMU).
Pasukan debat dari UIAM mendapat tempat ke-81 dan ke-104.
Muhammad Yunus yang merupakan pelajar tahun dua, ijazah SM Kejuruteraan Mekanikal pula berkata, kejohanan itu banyak memberi pendedahan kepada mereka terutama dari segi bertukar-tukar idea dengan pelajar universiti lain.
``Kami berpeluang berkongsi maklumat, pengalaman dan idea dengan pelajar dari universiti-universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford, Universiti New York dan Universiti Monash,'' katanya.

Sunday, August 17, 2008

Reflection




when you share common goals with someone, your're attracted to, it could bring you even closer together. It's at least handy conversation starter. Find out how you can work together on your future. towards my aim ------GOAL

when you share common goals with someone, your're attracted to, it could bring you even closer together. It's at least handy conversation starter. Find out how you can work together on your future. towards my aim ------GOAL

kepimpinan baru

Sekalung tahniah kepada barisan kepimpinan KASIH yang baru bagi tahun 2008/2009. Semoga barisan kepimpinan kali ini menglobalisasi dan merencanakan lagi matlamat dan visi persatuan. Pencalonan dan pemilihan serta gabungan ahli yang mantap semoga menggerakkan matlamat bersama. Tahniah dari aku dan sahabat ucapkan.

YDP- AZRIL BIN RAZALI
TYDP- MOHD FAUZI
NYDP- YUNIZA
S/U- NIK FAZLIDA
BENDAHARI- ROSAZWANI
NAIB BENDAHARI-IKMAL

EXCO LATIHAN- MOHD NAZRI
EXCO AKADEMIK- NUR HANINA SHALIM

setakat ini sahaja dan penambahan akan ditokok lagi kerana maklumat yang terhad. huhu

Saturday, August 16, 2008

Pilihan Raya Kampus

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI CALON DALAM PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2008/09
Pelajar-pelajar yang berhasrat bertanding sebagai calon Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) bagi sesi 2008/09 wajib mematuhi syarat-syarat berikut:
1. Sedang mengikuti program Ijazah Pertama (Sarjana Muda) secara sepenuh
masa di kampus.
2. Hendaklah mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 semester.
3. PNGK tidak kurang dari 3.00.
4. Telah menduduki peperiksaan pertamanya di UPSI bagi kursus pengajian
yang diikutinya.
5. Tidak menghadapi prosiding tatatertib terhadapnya yang masih belum
selesai.
6. Tidak pernah didapati bersalah dalam apa-apa jua kesalahan oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib Pelajar UPSI.
7. Melepaskan semua jawatan di Kolej Kediaman atau Persatuan dan Kelab
sebelum hari penamaan calon.
8. Mendaftar dan mengikuti kesemua 3 siri kursus kepimpinan yang akan
dianjurkan pihak JHEPA sebelum hari penamaan calon

Miss my Mum

Actually, selepas membasahkan lidah dengan nama Tuhan, aku menutup tafsir al-QuranulQarim..terbaring dengan telekung,.air mata mengalir laju. Ketika aku menulis entri ini, aku menangis sebab aku demam. Aku teringatkan mami aku. Ketika Ibu aku demam, pernah dia menyuruh aku mendakap tubuhnya ketika tidur. "Ti, dakap mami, mami sejuk. " kadang-kadang " Long, dakap mami, mami sejuk". Ketika itu ibu aku demam. Badannya terketar-ketar. Aku masih ingat peristiwa itu. Aku kalau balik, aku nampak kaki mami aku bengkak ke..urat ker bengkak..aku duduk dan minta untuk urut. "Mi mari ore urut"..Aku pegang betisnya, aku urut...Aku lihat ada urat-urat di kakinya. Itulah tanda melahirkan anak dan kecekalan ibu menyara aku, dan adik- beradik, kais pagi makan pagi. Usaha daripada kejatuhan, ibu aku bersusah payah menjaga aku dan adik-beradik. Ayah aku pula dengan keadaannya juga. Ketika ini aku demam sebab itulah aku teringat peristiwa itu ketika bersama ibuku. Antara ibu dan anak aku mengerti perasaan kasih sayang itu. Sekarang ini ibu aku di Thailand. Menjaga nenek aku dan akan pulang. Baru sahaja menelefon aku dari Thailand, katanya akan pulang untuk melihat adik aku yang bongsu macam mana keadaannya di rumah. Sekarang adik aku tinggal dengan emak saudaraku. Aku berharap semuanya selamat dan pelajarannya baik. Aku berdoa supaya dirinya dapat mencapai keputusan yang baik dalam STPM dan dapat masuk universiti. Cita-citanya untuk masuk ke tempat aku belajar sekarang ini. Amin. Setakat itu sahajalah.




Valentine Song


best mak ngah dengar lagu ni.tenang gak music nyer

azril, nina...dan yang lain yang baca pasal ni..jangan duk menangis...apalah..jiwang..timer kasih tumpang sedih..hehehe...

Politik Oh Politik

Muka time tahap neurosis..hehe
Politik Malaysia semakin haru-biru. Malaysia dari segi luaran amat best..boleh angkat ibu jari lah. Namun, dalaman nya, permasalahan dan ketidak BETULAN sikap amat menghancurkan. Luaran ok, dalaman penuh nista dan dusta. Aku bukan untuk berpolitik, tetapi aku hanya pemerhati politik. Aku memang minat dalam dunia politik, namun semakin membenci dunia politik disebabkan ketidak adilan dan cacar merba keadaannya. Pada pandangan aku, tidak kiralahlah..pembangkang atau pun kerajaan, semakin mencari kelemahan masing-masing. Itu ke sikap pemimpin yang dikatakan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini???Kalau dah contoh pun tidak betul, ikutan pun lagilah..Entahlah, aku semakin malas nak amik port dalam hal politik disebabkan kecelaruan yang wujud. Namun, terfikir jugak aku, sejauhmana aku ingin membiarkan sikap malas amik port aku tu???SIKAP INGIN MENJATUHKAN, MENCARI KELEMAHAN ORANG, MENCARI KEBURUKAN, MENCARI NANAH DALAM KUDIS ORANG, MENCARI VIRUS DALAM DIRI ORANG, MENCARI SEGENAP SEGALA NISTA SEMEMANGNYA SUDAH ADA DALAM DIRI SETIAP MANUSIA TERMASUKLAH KITA SEMUA. PEMIMPIN JUGA TIDAK LARI DARIPADA PERKARA MENJELIKKAN NI. KALAU ditanya, kenapa sebab perkara tu berlaku....jawapannya mudah jer..biasalah, pemimpin pun manusia macam kita juga, setiap orang ada kelemahan....Argh...ayat lapuk semua tu. kalau masuk mahkamah bagi jawapan macam tu, sure kena tendang gerabak dengan tok hakim...wakaka...Aku makin tak faham lah...nilah yang dikatakan dalam teori realiti ni. Bila manusia tidak dipenuhi oleh 5 basic needs...power, fun, freedom, love and belonging, dan survival. Hancur. Pemimpin yang bersikap macam ni boleh lah dikaitkan power yang tidak dipenuhi.Melampau agak nya. tak kan nak dikatakan survival kot. CITTTT.......SURVIVAL apanya dorang ni. langsung tidak survival. Satu lagi, kalau orang betul2 melihat dalam dewan rakyat. ada pemimpin yang mencarut, membebel entah apa-apa, menyumpah seranah, aku leh angkat punggung jer, tak lalu nak tengok cara mereka tu. Kata demokrasi,.cit...demokrasi apa, boleh meluahkan segalanya konon, tapi bagi aku, nak lihat orang tu macam mana, lihatlah masa orang tu tengah marah dan beremosi (Tapi aku tak beremosi tau masa tulis isu ni..hehe....sekadar melepaskan pandangan..)Boleh la tahu macammana. Aku nak sarankan lah jugak, sebelum bergelar sebagai pemimpin tu, tidak boleh sekadar atas pencalonan sebab kredibiliti la apa la. Aku nak sarankan ujian psikologi pun memang wajar la. Panggil orang betul2 berkelayakn ke,..sapa2 ker....amik psikoterapist ke..amik kaunselor yang power dari PERKAMA tu ker....buat ujian psikologi sebelum bergelar pemimpin. Disebabkan aku belajar subjek pengukuran dan pengujian dalam kaunseling aku tawarkan lah sebagai cadangan. Bagi aku, kalau dah memang betul2 terpilih oleh TUHAN, laksanakanlah betul2....dan ada kejujuran, bagi aku, tidak ada masalah dalam memimpin. Jika permasalah dalam politik, korupsi, ke apa ke...aku rasa TUHAN SEDANG MENDUGA SESEORANG ITU SAMA ADA DIA BOLEH HADAPI ATAU TIDAK. JIKA DIBAWA KE JALAN YANG SALAH, DOSALAH JAWABNYA, JIKA DIBAWA PADA JALAN YANG BETUL, INSYAALLAH PAHALA LAH JAWABNYA. Program dan kempen macam-macam diadakan. Tapi, aku rasa,..kempen ni perlu dilakukan khas untuk pemimpin dahulu. Buat untuk rakyat, tapi pihak atasan sendiri tidak kena caranya. Bagaimana cara yang betulnya?Dalam Al-quran ada jawapannya. Aku berguru tidak habis pun, habis dengan baca sendiri...boleh jugak.. belek jer kitab tu, maknanya ada semua dalam tu...Belek tafsir ker..Aku bukan ahli politik dalam usia yang muda, tapi aku gemar membaca pemikiran ahli-ahli politik. Setiap kata-kata aku akan perhati dan nilaikan. So, please, aku sebagai rakyat..bawah pemerintahan pemimpin-pemimpin, aku tidak mahu Malaysia dicemuh apabila aku diluar negara. Semasa aku pulang ke kampung nenek aku di Thailand, macam-macam persoalan., Apabila di Malaysia, orang bertanya pasal Thailand dan peperangan pulak. Di Thailand orang tanya pasal masalah dalaman Malaysia pulak. Aku hanya boleh jawab secara rasional sahaja. Nak jawab berlebihan, negara aku, tanah air aku yag perlu aku jaga maruahnya. Proses nak jadi pemimpin tu...PROSES..tu yang pentingnya..nak lalui macam mana. Samalah dengan kehidupan sebagai orang bukan politik pun, termasuk aku, banyak cabaran dan halangan juga. Samalah seperti pemimpin. Tapi tanggungjawab pemimpin besar sebenarnya. Boleh dikatakan rasuah setiap hari berlaku, sikit ker banyak ker...memang berlaku,. walau kita tak tahu, dalaman atau luaran..Kalau nak tahu orang makan rasuah macam maner,..struktur personaliti memang wujud. Tandanya, perut tu boroi ke macam maner tah..tu tak silap aku baca dalam buku apa tah... tapi, jangan la lepas baca blog aku ni semua takut sebab perut tu boroi..hehe...ada la types dia tu...sapa-sapa yang pernah terbaca entri ni, dan pernah termakan rasuah, dan aku harap ada pemimpin yang membaca blog aku yang entah apa-apa ni..dan cepat-cepatlah.. lakukan sesuatu perubahan....aku pun tidak lari dari dari Qilaf, tapi ini pandangan aku untuk blog aku kali ini. Wahai pemimpin (tidak kira pembangkang atau kerjaan yang kucintai, pengintip-pengintip negara luar hanya sedang menunggu masa sahaja untuk menjajah Malaysia, itu perlu kita sedar. )Kami tidak mahu kebebasan luaran, tetapi mahukan kebebasan secara bersama dari segi dalaman juga,..Sememangnya tidak ada negara yang bersih daripada segala masalah dan konflik dalaman, namun,..itulah cabaran untuk kita semua bukan sahaja pemimpin-pemimpin,tetapi seluruhnya...senang cakap...prevention is good than cure,..Blog aku ini ditulis dalam keadaan aku demam dan terbangun dari tidur, terus terfikir pasal ni dan menulisnya. Aku demam...huhu...makin menjadi-jadilah pulak.. tapi keinginan menulis dan meluahkan pendapat dan pandangan tidak pernah demam..huhu....Sekian, Terima kasih.

Wednesday, August 13, 2008

CRitical

critical and hard problem. I need to face and through...smoothly,.ALLAH will help me and HE always with me,..dan musim demam pun muncul...3 hari dah mcm ni...

Monday, August 11, 2008

Great Moment

Bersama Norlina Alawi PERNIM dan anak-anak yang memerlukan perlindungan. Kesian kat mereka yang tidak berdosa. Kerana ibu bapa yang dijangkiti HIV/AIDS-Anak-anak yang menjadi mangsa. Lindungilah mereka. Jauhi dadah dan AIDS yang boleh mengancam nyawa kita semua
Gambar 6 orang gurl. 3 gurl lagi entah ke mana.

Memetik Rambutan @Moktang (bahasa kelantan =>)

Debat kedai kopi "Pemilihan Pemimpin"

Bersama rakan-rakan. Ada yang tidak ada dalam gambar ini.

Ketika Memulakan Senaman

Ketika mengaju persoalan kepada panel-Moderator, Pegawai AADK En.Hakimi, En. Azman PENGASIH(pengganti Yunos Pathi), Norlina Alawi

Ketika Norlina Alawi meluahkan perasaan dan berkongsi ceritanya. Sedih jugak aku dibuatnya. Tapi tahan jerla atas pentas tu.

Tanggal 9 ogos 2008 kami mengadakan program "Komuniti Sejahtera, Wawasan Tanpa Dadah". Kami seramai 14 kerat tenaga dengan kesungguhan setiap ahli mengadakan perogram pendidikan pencegahan dadah sasarannya di Felda Besout 1. Menurut penduduk kampung itu sendiri mengatakan kawasan itu merupakan kawasan hitam. Kami terasa gembira atas kerjasama semua termasuklah pengurus Felda Besout 1 dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut mendapat kelulusan dan YB. dati Khusyairi sudi hadir merasmikan majlis pembukaan program. Pada awal kami sampai, kami disambut mesra oleh penduduk kampung. Penduduk kampung seolah-olah mengalu-alu kedatangan kami ke felda tersebut. Pada awalnya, kami dibahagikan dan majlis penyerah ibu dan bapa angkat masing-masing. Actually, tidak bercadang pun untuk mengadakan program bersama ayah dan ibu angkat. Namun, itu merupakan perancangan kami memandangkan kami tidak mencukupi badget pada awalnya. Jadi, plan untuk mendapatkan ayah angkat tercetus. Walau bagaimana pun, perkara yang aku paling kagum di felda ialah kecantikan dan keindahan kampung tersebut. Aku ada cakap berulang-ulang kali, pada kawan aku, suasana sebegini di kawasan kampung memang aku suka dan gemar. Kalau kawasan bandar, aku tak boleh hidup..HUhu..
Tentatif program kami berjalan lancar sehingga majlis penutupan. Pada awal pagi ialah senaman yang kawan aku handle iaitu poco-poco, aley-aley dan senaman rentak lagu siam. Best lah jugak. Selepas itu, aku handle LDK dengan kawan aku bagi pelajar sekolah menengah namun, diambil alih juga oleh sahabatku yang lain untuk mereka terlibat, kerana ada kerja yang perlu aku settlekan. Namun, kerjasama antara ahli dan kawan-kawan aku yang hiper aktif semuanya melancarkan program ini. LDK cukup menrik ditambah pula dengan energizer. Aku dan Azril merancang dalam LDK itu untuk membuat task..Debat kEDAI kOPI. soalan diberikan kepada mereka untuk berbincang. Selepas itu, pertandingan mewarna dan melukis diadakan. Sangat menarik dan dihandle oleh kawanku Lina. Petangnya diadakan program Xplorace. Macam-macam ragam utnuk sampai ke chek point dan didenda oleh fasilitator dengan tugasan yang agak mencabar pelajar-pelajar sekolah. Xplorace ini di handle oleh Nina dan yang lain. Sebelum itu, diadakan forum. Aku sebagai moderator. Pengalaman baru katakan. Pengalaman inilah merupakan pengalaman pertama aku untuk mengendalikan forum dan alhamdulilah berjaya ikut flow juga akhirnya. Kalau dalam bidang len aku pernah join tetapi bab forum, just jadi panel pernah, tapi moderator inilah kali pertama. Bagi bidang pengacaraan lain, aku dah mula dari bangku sekolah rendah lagi. Namun, itulah pengalamn bermakna bagiku. Azril jadi pengerusi di bawah kat dewan sebelum menyerahkan majlis kepada aku. Begitulah.. orang kata, pengalaman perlu dicari sebANyak yang mungkin. Jangan angkuh dan walau kita pernah di atas sekali pun jangan berangkuh dengan kekuatan yang ada. Itu perlu dipupuk sebagai proses pembelajaran. InsyaALLAH. Tajuk Forum ialah Hidup SejahteraTanpa Dadah. Panel jemputan dari PENGASIH, PEGAWAI AGENSI DADAH KEBANGSAAN, DAN NORLINA ALAWI, PERNIM. Sebelum ini aku hanya pernah menjadi ahli panel forum sahaja, namun pada kali ini sebgaia moderatornya. Masa yang aku ambil panjang jugak sebab berlaku dalam tiga pusingan. Kesannya amat mendalam. Kawan-kawan bagi support kerana mereka kata aku boleh dan kepercayaan mereka berikan kepadaku untuk mengendalikan forum pada tengah harinya selepas sahaja upacara perasmian oleh YB. Mula-mula rasa agak janggal lah, tapi apabila di atas pentas, aku rilek jer. huhuhuhu....Janggal aku rasa sebab aku x pernah kendalikan. Teknik aku ialah BERTENANG semasa di atas pentas sentiasa aku pegang sejak dahulu lagi. Pengalaman walaupun dua hari, gerak kerja berjalan dengan baik. Kmai ke sana dengan tiga buah kereta yang dipandu oleh rakan-rakanku yang mempunyai kereta. Pengisiannya sukar aku nak ceritakan tetapi agak berkesan dan padat. Tinggal di rumah mak dan ayah angkat pun best. Kegunaan dewan orang ramai juga besar dan gerak kerja senang dilakukan. Ibu dan ayah angkat memberi motosikal masing-masing untuk kami gunakan. Walaupun penat, ramai yang qada' tidur selepas pulang. Itulah Secara ringkas yang dapat aku ceritakan. Kalau siapa join, dan individu yang terlibat mesti rasa best program ini. Tapi aku nak cerita agar sukar. Kami pulang dengan penuh makanan dan buah-buahan di boot kereta. Aku naik kereta Peja. Boot kereta penuh dengan rambutan. Durian sebijik dua sahaja kerana tidak muat. Fatin pula, pulang dengan tidak membawa apa-apa kerana sudah muak agaknya dengan buah. huhu...kami sampai pada malamnya dan terkejar-kejar dengan tugasan lain pula. Itulah aku dan kawanku sebagai mahasiswa dan mahasiswi uPSI yang sentiasa ke arah kebitaraan diri.InsyaALLAH.

Atasi Diskriminasi Guru IPTA

Atasi 'diskriminasi' guru lulusan IPTA
SERDANG 29 Julai - Kerajaan akan berusaha mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dibebankan dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara syarat itu ialah mesti lulus dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75 sebelum layak mengambil ujian dan ditemuduga untuk jawatan guru."Syarat ini yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran perlu dikaji semula memandangkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak perlu mematuhinya sebaliknya terus di tempatkan di sekolah."Perkara ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan pensyarah di IPTA dan mengurangkan minat graduan untuk menjadi guru," katanya dalam ucapan perasmian Program Sekolah Kluster-Universiti dan Seminar Permuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Tahun 2008 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Idris Haron.
IPG kini melatih guru untuk peringkat prasekolah dan sekolah rendah manakala IPTA memberikan fokus untuk melahirkan tenaga pengajar di sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik. KualitiMohamed Khaled yang berharap masalah itu diselesaikan menerusi seminar permuafakatan itu berkata, isu lain yang perlu diatasi ialah berkaitan sebilangan kecil pelajar perguruan di IPTA yang mendapat pembiayaan Kementerian Pelajaran berbanding pelajar di IPG yang semuanya diberikan pembiayaan.
"Kualiti pelajar yang memohon program perguruan juga perlu dilihat semula oleh kedua-dua kementerian kerana berlaku ketidakseragaman syarat asas kemasukan. "Syarat kemasukan di IPG ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala ke IPTA pula Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau matrikulasi," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr. Wee Ka Siong berkata, sebanyak 60 sekolah kluster akan dijadikan sekolah angkat kepada IPTA menerusi Program Sekolah Kluster-Universiti. Beliau berkata, langkah itu akan membolehkan IPTA berperanan sebagai mentor kepada pihak sekolah yang akan dibenarkan menggunakan kemudahan di universiti bagi melakukan penyelidikan dan pengkomersialan ciptaan baru."Sekolah angkat ini akan berpeluang menggunakan perpustakaan dan juga terlibat dalam program akademik dan kemasyarakatan anjuran IPTA. "Sekolah juga akan dapat menggunakan gimnasium, kolam renang dan mendapatkan nasihat pakar pemakanan dan pensyarah sukan yang berkelayakan tinggi di universiti," jelasnya.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42