Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Monday, August 17, 2009

100 000 Pilih Guru

KUALA LUMPUR - Profesion perguruan semakin mendapat tempat di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan hampir 100,000 orang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) bagi pengambilan sesi Julai ini.

Ini sekali gus menimbulkan persaingan sengit di kalangan pelajar sedangkan pihak Kementerian Pelajaran hanya mampu menempatkan 6,200 orang untuk mengikuti kursus pendidikan di dalam dan luar negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom (gambar) yang menyifatkan bilangan tersebut sebagai satu petanda positif terhadap kerjaya perguruan di negara ini.

"Pada tahun ini, seramai 1,877 pelajar yang memperoleh 9A hingga 15A dalam SPM 2008 memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan di luar negara. Daripada bilangan itu, seramai 100 pelajar terpilih untuk dihantar ke United Kingdom.

"Mereka dipilih untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara khusus pembelajaran dalam bidang kritikal seperti Fizik dan Biologi,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Alimuddin memberitahu, Kementerian Pelajaran memang mencari dan memilih pelajar cemerlang serta berkualiti yang berminat untuk mengikuti kursus perguruan.

Bagaimanapun, mereka perlu melalui tiga tapisan termasuk menghadiri proses temu duga dan menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis. _ Kosmo

2 comments:

An NahL said...

mereka mungkin cemerlang. mereka mungkin genius. mereka mungkin berjaya dgn usaha. tapi soal guru soal hati. tanpa tapisan, akan timbul perlbagai implikasi di masa hadapan. berapa ramai guru2 yg hebat dari segi akademik, hebat dari segi penghafalan, hebat dari segi pembelajaran. tapi berapa ramai anak2 malaysia yg terkorban kerana mereka hebat namun tidak dapat menyampaikan dengan jelas, terang, nyata dan bersuluh? hanya mereka yang pernah melaluinya yang tahu. Nilai seorang guru bukan dari kebijaksanaannya belajar dan mendapat markah yang baik semasa di universiti atau IPG, namun mereka yang dapat menerangi kehidupan pelajar adalah guru yg lebih mulia. selama ini, guru2 yang hebat dan gemilang bukan kerana kebijaksanaan mereka bersama ilmu sahaja, tetapi adalah kerana segenap kriteria yang dinilai oleh mereka yang menerima(pelajar).

AFITI said...

YUPs..kerana soal hati itu sukar untuk mengenalpasti siapa y bnr layak mnjadi guru.Hanya insan y memahami dan melaluinya akan faham.

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42