Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Sunday, August 9, 2009

Terluka, Tiada Perasaan

Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak ada manusia yang ingin menemui kekecewaan. Tidak ada manusia yang ingin menemui kehibaan. Tidak ada manusia yang ingin terluka. Namun, sudah menjadi lumrah. Jika ingin menemui insan yang benar-benar yang ingin kita temui, kita akan menemui insan-insan yang bukan milik kita dahulu. Pelangi hanya sementara. Kusangkakan panas hingga petang, namun panas hanya sementara kerana Tuhan ciptakan hujan untuk kita merasai kesejukan kemudian hari. Tidak tahu di mana silapnya, mungkin bukan ketentuan untuk kita sentiasa memiliki pelangi. Ketika kita langsung tidak bersedia untuk menerima pelangi, pelangi muncul secara tiba-tiba dan perginya pula secara tiba-tiba.

Kenapa kita sering diuji di saat kita tidak mahukan kehadiran pelangi, kita pula disua-sua agar meredah pelangi itu. Apakah matlamat sebenarnya. Apa permasalahan yang sebenarnya membuatkan pelangi itu akan pergi secara tiba-tiba atau sememangnya lumrah kehidupan. Namun, sekali kita kecewa kerana kehilangan pelangi, pastinya sukar pula untuk menerima kehadiran pelangi. Hidup manusia sentiasa dipegang oleh prinsip kerana manusia itu mempunyai maruah. Jika maruah itu dicabar, mudah sangat manusia mengakui kekalahan. Namun, pokok persoalan itu bukan ingin menang atau kalah. Jika melibatkan masalah hati, amat berduka cita. Bukan senang peluang itu hadir. Jika sudah ada, kita pula yang hancurkan. Jadi, itu silap manusia sendiri. Namun, kesal tetap kesal, apa yang berlaku di sebalik pelangi tidak diketahui kerana hanya pelangi sahaja yang mengetahui sejauhmana dan apa yang berlaku sebenarnya.

Aku mendoakan, aku menjadi seorang manusia yang kuat. Sudah beberapa kali aku menitiskan air mata kerana perkara seperti ini terjadi. Aku sukar memberi hati, sukar pula untuk menerima. Jika pelangi lain datang dengan izin Tuhan kelak, aku redha dengan kejadian Tuhan. Sesungguhya, hati ini amat kecewa. Aku tidak mahu terluka lagi. Kita perlu menjadi manusia yang tahu dan sedar dengan apa yang kita lakukan dan jangan menjadi manusia yang hanya menurut, kerana kadangkala apa yang kita turutkan itu, sebenarnya, maksud lain oleh orang yang menyuruhnya. Semua manusia kita perlu hormat.

Jika ingin pelangi berlalu, biarkan berlalu dengan baik. Tidak perlu untuk menyamar dan samar-samar untuk berlalu. Hakikatnya, itu yang terpaksa dipilih kerana itu ketentuan Tuhan. Pastinya, Dia maha mengetahui. Tidak perlu kecewa. Yang pergi pasti berganti.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42