Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, July 23, 2009

Kiasan Cinta

Assalamualaikum.

Seringkali kita dengar, " Cintailah orang yang cintakan kita, jangan kita kejarkan orang yang tidak cintakan kita ". Namun, sejauhmana jika orang yang kita tidak cinta itu juga pegang pada konsep ini? Maknanya, tidak semua orang pegang pada kata itu. Jika semua orang pegang, maka tidak adalah perasaan cinta, mungkin salah seorang kena pegang dalam pasangan barulah jadi cinta itu dan menjadi penerima. Sebagai seorang wanita, kita tidak boleh menjadi seperti baldi yang menerima semua curahan air. Kadangkala kita perlu menapis juga air. Kalau ada habuk, ada sampah sarap, perlu ke kita minum air itu, apatah lagi untuk menggunakannya. Sudah pasti kita cuba elakkan untuk meminum dan menggunakannya. Baldi juga jangan terlalu angkuh untuk menerima segalanya, kononnya, baldi itu kebal dan memang fungsinya untuk menerima. Jika terlampau banyak air dalam baldi, lama-kelamaan baldi pun akan penuh dan akhirnya boleh pecah. Jadi, latar belakang baldi (wanita) perlu dikaji sebelum menakung air sama ada sesuai atau tidak. Baldi yang baik sudah pastinya diperbuat dari polimer yang baik dan walaupun baldi itu daripada polimer tidak baik, air yang memainkan peranan untuk memadankan isi kandungan ke dalam baldi agar baldi tidak pecah.

Apa yang saya ingin kongsikan daripada analogi yang panjang berjela di atas, pilihlah seseorang kerana agama bukan kerana pangkat, darjat atau rupa paras. Benih yang baik, akan menghasilkan buah yang baik. Namun, jika benih tidak seberapa, jika baja mampu menyuburkannya maka potensi benih untuk bernafas masih lagi tinggi. Terima seseorang dengan seadanya dan lihatlah pada agamanya dan tidak salah untuk saling mengenali (ta'dim). Namun, pegangan untuk mengelakkan maksiat itu perlu sentiasa tersemat di hati.

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42