Secara sedar tidak sedar, kita sebenarnya melupai peranan kita. Kadang-kala terlalu ingin dikejar tentang kepuasan diri dan juga kehendak duniawi. Namun, kehendak duniawi itu perlu diletakkan matlamat untuk kehendak akhirat. Dalam kehidupan di dunia, manusia akan sepi tanpa manusia yang lain. Oleh sebab itu, kehidupan Nabi Adam dihiasi dengan kehadiran Hawa. Kehadiran baginda berdua seterusnya melahirkan generasi sehingga ke hari ini. Bermulanya kehidupan Nabi Adam dan Hawa, syaitan telah bersumpah akan menghancurkan generasi Adam sehingga hancurnya dunia. Maka, kerana adanya nafsu yang berhaluan kiri, maka diri manusia tidak terlepas daripada berbuat dosa. Tidak bermakna saya yang menulis ini, suci tanpa dosa, walhal saya sendiri banyak melakukan kesilapan. Namun, di sebalik kesilapan yang dilukis di atas muka sendiri, adalah lebih baik, diri-sendiri yang cuba untuk memadamkan coretan itu dengan perkara yang lebih baik dan memohon keampunan padanya.
Sedar tidak sedar, kita banyak melukakan hati manusia-manusia lain dalam kita ingin memperelokkan dan mengangkat diri kita. Sikap riak, takbur, terlalu mementingkan diri, tidak menjaga kata-kata sehingga mengaibkan orang, dan terlalu berkepentingan sebenarnya selalu hadir dalam diri manusia. Ada antara manusia-manusia yang mudah lupa asal usul diri. Tidak sedar bahawa diri itu datangnya daripada Allah dan kembalinya pada Allah. Walau hebat, berpangkat, jelita, dan dikurniakan keistimewaan, berharta, jika dihisab, itu bukan ukurannya. Sebaliknya akan dipersoalkan kemana keistimewaan yang diberikan untuk digunakan di jalan Allah.
Masyarakat sekarang, lebih suka menyambung pelajaran tinggi-tinggi. Ada yang menyambung pelajaran untuk kepuasan diri, dan ada juga menyambung pelajaran demi mendapatkan kerja dan pangkat yang baik. Namun, sedar tidak sedar jika dihisab kelak, ukuran yang membezakan manusia itu ialah kemana disalurkan peluang yang dipinjamkan oleh Allah itu. Kita lihat juga, jika belajar tinggi-tinggi, keluar kelas, tidak tahu apa-apa. Di kertas, rancak menjawab peperiksaan dan akhirnya memberi kecemerlangan. Namun, sejauhmanakah, ilmu yang dipelajari itu akan dikutip dan digunakan untuk sarwajagat. Justeru, konsep pembelajaran yang tidak pernah henti itu perlu diteruskan. Jangan pula lepas dikenalpasti kesilapan itu, maka terus dilakukan dan menyatakan itu hanyalah kesilapan juga sedangkan diri masih tidak mahu berubah. Usahlah bercakap merendah-rendahkan orang lain dan berwaspadalah dengan janji Allah. Sekali kita merendah-rendahkan manusia lain, beribu kali Tuhan akan memberi keaiban untuk diri.
Sesungguhnya, setiap kesilapan itu boleh dipelajari dan dijadikan panduan. Hidup ini tidaklah lama. Saya menulis bukanlah untuk menjadi ustazah kerana gelaran itu langsung tidak layak pun untuk diri, cuma menulis hanya untuk peringatan apa yang terbuku dan terlintas di hati. Amatlah rugi orang yang mengetahui sesuatu itu berdosa, namun dirinya masih melakukan dosa.
Terima kasih.

No comments:
Post a Comment