Anda Suka Blog Ini?

::Followers::

Thursday, July 23, 2009

Be Yourself

Bismillahirrahmanirrahim.

Paparan ini diambil lagi dari blog http://almomentum.blogspot.com. (Devotee). Bersama kita hayati konsep "Be Yourself".

Tulisan saya pada kali ini dipetik daripada friendster group yang ditulis oleh saya sendiri. Saya menjangkakan masih ramai yang belum membacanya kerana friendster adalah lebih khusus, berbanding blog yang bersifat lebih umum dari segi keterbukakan dan keterdedahannya. Jadi saya rasa ada baiknya jika ia diletakkan di sini agar lebih ramai yang dapat membacanya , sekaligus dapatlah kita berkongsi ilmu lalu menyebarkannya. Walaubagaimanapun, tulisan itu telah diedit kerana mengandungi unsur-unsur ‘keutaraan’ yang agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk bacaan umum.


Seringkali kita mendengar orang berkata “be yourself”. Maksudnya, janganlah kita meniru orang lain, cubalah jadi diri anda yang sebenar. Nak ikut orang lain kenapa? Hipokrit namanya!


Tetapi, adakah konsep ini benar? Tidak kurang juga dalam kalangan kita yang menjadikan kata-kata ini sebagai falsafah atau pegangan hidupnya. Sehinggakan apabila ada orang mengajaknya menjadi baik sekalipun, dia menolaknya. Alasannya mudah sahaja, “BE YOURSELF please…”






di mana silapnya?


Cuba kita fikirkan kembali, sebenarnya terdapat kesilapan bagi sesiapa yang menjadikan kata-kata ini sebagai pegangan. Sekiranya perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan tiada kaitan dengan agama ataupun lebih jelasnya tiada ketetapan secara mutlak dalam agama, maka dalam perkara sebegini tidak mengapa jika kita ingin “be myself”. Kita bebas memilihnya mengikut selera dan aneka rasa yang ada. Contohnya seperti makanan kegemaran, warna kesukaan dan hiasan pada blog.


Seperti yang telah saya nyatakan, sekiranya perkara itu ada kaitan dengan agama ataupun sudah ditetapkan hukumnya dalam Islam, maka perkara itu bukanlah suatu pilihan, sebaliknya ia adalah satu ketetapan yang tidak dapat tidak mesti kita ikuti dan patuhi. Tiada pilihan lain. Mungkin sebelum ini ada antara kita yang tersalah memilih, tetapi setelah kita ketahui mana yang benar maka perlulah kita ikut dan amalkan.

Api gejala ini sudah merebak, menjilat dan menyambar arang-arang minda para remaja. Terutamanya mereka yang terdedah dengan cara hidup barat yang suka berhibur tanpa batasan dan lebih dikenali sebagai ‘hedonisma’. Mampukah kita memadamkan api ini???


Sedangkan api neraka yang panas itu pun mampu dibendung oleh air mata orang yang bertaubat, inikan pula api dunia. InsyaAllah, sama-samalah kita hindarinya.


Antara penyebar utama ‘fahaman’ ini ialah segelintir artis. Ada dalam kalangan mereka (artis wanita) yang pergi menunaikan haji atau umrah lalu pulang ke tanah air dan ditanya “Mengapa anda tidak bertudung seperti sebahagian artis lain yang baru pulang dari tanah suci?” Dengan tenang dan tanpa rasa bersalah mereka menjawab, “Mengapa perlu tukar itu dan ini? Saya adalah saya! Kenapa nak ikut orang lain? Saya bukannya hipokrit!” Lebih kurang begitulah reaksi mereka. Sedih mendengarnya…


Sahabat-sahabat sekalian, renunglah diri kita. Adakah kita termasuk dalam golongan ini???


Aku terfikir, merenung, menaakul dan beristghfar seketika
selepas membaca tulisan ini. Moga kita mendapat sesuatu yang baik dan berkesan untuk diri.

Aku juga diriku...apapun.kita perlu banyak berubah..dan memperbaiki diri...dalam menjadi diri kita yang sebenar...semoga sama-sama memahami apa yang dimaksudkan "Be Yourself".
Aku di tempat kerja ni..kerja part time..3 kali seminggu..sebab petang ada yang tidak ada kelas..

No comments:

::Window Shopping, Trendy and Design::

Doaku

http://www.youtube.com/watch?v=pLv-Nnr8XhI&feature=player_embedded#at=42